You are on page 1of 3

BKAL1013 SULIT

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER


SEMESTER OKTOBER 2020/2021
KOD / NAMA KURSUS : BKAL1013 PERAKAUNAN PERNIAGAAN
TARIKH : 18 DISEMBER 2020
MASA : 8.00 PM – 10.00 PM (2 JAM)

ARAHAN:
1. Peperiksaan ini mengandungi DUA PULUH LIMA SOALAN OBJEKTIF (25) di
BAHAGIAN A dan SATU (1) soalan struktur di BAHAGIAN B.
2. Pelajar diminta menjawap soalan BAHAGIAN A (DUA PULUH LIMA SOALAN OBJEKTIF)
DI ONLINE LEARNING dengan tajuk ”PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER
BAHAGIAN A” dan masa yang diberikan adalah 30 minit.
3. Pelajar diminta menjawap soalan BAHAGIAN B (SATU SOALAN STRUKTUR), yang
boleh dimuatturun dari folder ”PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER
BAHAGIAN B”. Pelajar diminta menulis jawapan dengan menggunakan aplikasi
MICROSOFT EXCEL dan memuat naik jawapan di folder yang sama. Masa di berikan
adalah 90 minit.

NO. MATRIK : ____________________________________


( dalam perkataan ) ( dalam nombor)

NO. KAD PENGENALAN :

PENSYARAH : ____________________________________________

KUMPULAN : NO. MEJA :

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DI


BERITAHU
PERATURAN BERKENAAN KECURANGAN AKADEMIK ADALAH
TERPAKAI DALAM PEPERIKSAAN INI
SULIT
BAHAGIAN A

SOALAN OBJEKTIF (25 MARKAH: 30 MINIT)

SILA JAWAP DI ONLINE LEARNING

BAHAGIAN B

SOALAN STRUKTUR

SOALAN 1 (25 MARKAH: 90 MINIT)

Cemerlang Enterprise merupakan sebuah firma yang menyediakan perkhidmatan konsultansi


perniagaan. Berikut adalah baki-baki akaun yang diambil daripada rekod perakaunan firma
bagi tahun berakhir pada 30 Jun 2020.
RM
Tunai 11,700
Akaun Belum Terima 3,300
Bekalan Pejabat 625
Insurans Prabayar 550
Tanah 63,000
Kenderaan 95,000
Susut Nilai Terkumpul - Kenderaan 37,500
Peralatan Pejabat 56,000
Susut Nilai Terkumpul – Peralatan Pejabat 16,800
Akaun Belum Bayar 14,645
Hasil Belum Terperoleh 3,000
Pinjaman Bank (Faedah 5% setahun) 75,000
Modal 55,700
Ambilan 7,000
Hasil Perkhidmatan 51,600
Belanja Gaji 15,800
Belanja Iklan 700
Belanja Utiliti 570

Maklumat tambahan:

1. Pada 30 Jun 2020, belanja iklan yang berjumlah RM350 masih terhutang dan belum
direkodkan.
2. Susut nilai kenderaan ialah 10% setahun atas nilai kos menurut kaedah garis lurus,
manakala peralatan disusut nilai pada kadar 15% setahun atas nilai buku menurut
kaedah baki berkurangan.
3. Bekalan pejabat yang masih lagi belum digunakan ialah sebanyak RM370.
4. Pinjaman bank dibuat pada 1 Mei 2020. Sejak dari tarikh itu, tiada bayaran dibuat ke
atas faedah yang dikenakan ke atas pinjaman tersebut sehingga ke akhir tempoh
perakaunan.
5. Hasil belum terperoleh pada 30 Jun 2020 ialah sebanyak RM1,000.
6. Insurans berjumlah RM400 telah luput sehingga 30 Jun 2020.

DIKEHENDAKI:

(a) Sediakan catatan jurnal pelarasan. Penerangan tidak diperlukan


(9 Markah)

(b) Sediakan imbangan duga terlaras pada 30 Jun 2020 untuk Cemerlang Enterprise.
(16 Markah)

SOALAN TAMAT

You might also like