You are on page 1of 4

Ulasan artikel (1)

Faktor – faktor yang membawa kepada perkembangan Kesultanan Melayu Melaka

Pengukuhan atau kerajaan Melaka telah dikembangkan lagi oleh Sultan Megat Iskandar Shah, diikuti
oleh Sultan Muhammad Shah serta Sultan Abu Shahid. Empat orang sultan menjalankan pemerintahan
kerajaan Melaka, telah mencapai era atau zaman kegemilangan ketika pemerintahan Sultan Muzaffar
Shah, Sultan Mansur Shah dan Sultan Alauddin Riayat Syah. Selain itu, faktor geografi serta kawasan yang
strategik di Melaka mengukuhkan dan mengembangkan kuasa raja - raja Melaka. Tambahan pula, pada
masa itu, aktiviti perdagangan di Melaka juga berkembang maju dan juga pelabuhan Melaka menjadi
pelabuhan yang terkenal .Ramai pedagang dari pelbagai kawasan telah menyinggahi pelabuhan Melaka
ini.

Semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah Melaka pelabuhan Melaka sangat terkenal dan
seramai 40 ribu orang daripada pelbagai bangsa dari seluruh dunia telah mengunjungi pelabuhan. Tom
Pires menyatakan, di pelabuhan Melaka terdapat sebanyak 84 jenis bahasa yang berlainan digunakan
dalam urusan seharian. Bandar Melaka merupakan pelabuhan yang terkaya dengan jumlah perdagangan
borong terbesar dan tempat persinggahan kapal – kapal dagangan. Barang – barang perdagangan banyak
jenis boleh didapati dari seluruh dunia. Kerajaan Melaka sebagai pelabuhan perdagangan dunia tidak
boleh dinafikan.Ini kerana, terdapat juga banyak catatan asing yang telah menyatakan
mengenainya.Pencapaian kerajaan Melaka juga merupakan perkara yang sangat dibanggakan serta
menunjukkan kemajuan kerajaan dan rakyatnya. Selain itu, bagi melicinkan urusan pentadbiran kerajaan
Melaka, pemerintah Melaka telah mengadakan satu sistem pentadbiran yang tersusun dan dikenali
sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan iaitu Sultan dibantu oleh empat orang pembesar yang dikenali
sebagai Pembesar Berempat. Mereka terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan
Laksamana dan lain-lain. Amalan pengutipan cukai serta tanggungjawab lain juga dibahagikan mengikut
sistem tersebut. Pada masa yang sama, terdapat kebanyakan wilayah yang baru telah dapat dikuasai
dengan kebijaksanaan raja - raja Melaka serta hubungan diplomatik dengan Dinasti Ming dari negara
China mengukuhkan lagi politik, ekonomi di Melaka.
Elemen - elemen kebesaran Kerajaan Melaka

Elemen kebesaran kerajaan Melaka selalu dikaitkan dengan aspek peranan pemerintah dari segi
kedaulatan dan kebijaksanaan pemerintah itu sendiri. Sistem pemerintahan sering dikaitkan dengan
konsep Daulat dan Derhaka serta mendapat gelaran sebagai ‘Zulliahifil Alam’ yang bermaksud ‘sultan yang
memerintah di dunia adalah wakil Allah di bumi’ dan berdasarkan konsep ini, ia telah menjadi satu elemen
penting bagi membantu mengukuhkan kedudukan dan seterusnya meninggikan kedudukan seseorang
pemerintah. Pemerintah dianggap mempunyai “daulat” yang bererti negeri atau kerajaan dan juga
membawa maksud kuasa luar biasa yang tidak ada pada orang biasa yang lain. Sesiapa yang ingkar dan
melawan sebarang titah sultan, maka orang tersebut dikenakan ‘tulah’ atau balasan buruk. Perkara ini
menyebabkan rakyat menjalankan titah sultan supaya tidak dianggap sebagai penderhaka dan
memberikan taat setia yang tidak berbelah-bahagi kepada pemerintah agar mereka tidak terkena tulah
raja.

Peristiwa yang menerangkan tentang kuasa raja ialah peristiwa Raja China yang tidak dapat diubati oleh
semua tabibnya, menjadi sembuh dengan meminum air basuh kaki menantunya, iaitu Raja Melaka.
Peristiwa tersebut menjadi punca Raja China mengarahkan semua anak cucunya supaya tidak lagi
menuntut Raja Melaka menyembah China, tetapi hendaklah bermuafakat dan mempunyai hubungan erat
dengan Melaka.

Hak keistimewaan raja juga diambil kira untuk membezakan raja dengan orang biasa. Hak istimewa yang
digunakan untuk raja adalah seperti penggunaan bahasa dan warna. Penggunaan warna kuning dikhaskan
untuk raja dan kerabat baginda dan orang biasa dilarang memakai warna tersebut. Penggunaan alat-alat
kebesaran diraja seringkali digunakan pada hari pertabalan untuk menunjukkan kemegahan raja yang
dianggap sebagai keramat. Misalnya, alat - alat kebesaran diraja adalah cap mohor dan penggunaan
beberapa jenis senjata seperti pedang, lembing, keris dan tombak yang selalu diarak dalam upacara diraja.
Penggunaan alat-alat nobat merupakan alat - alat kebesaran diraja.
Ulasan artikel (2)

Faktor – faktor kemerosotan atau kejatuhan Melaka

Kegemilangan Empayar Melaka telah berakhir pada 1511M disebabkan oleh beberapa faktor.Antara
faktor utama yang menyebabkan kemerosotan Kerajaan Melayu Melaka ialah kelemahan kepimpinan. Hal
ini kerana selepas Bendahara Tun Perak meninggal dunia, tempatnya telah diganti oleh Bendahara Tun
Mutahir. Semasa menjalankan tugasnya, Tun Mutahir bersikap pilih kasih. Oleh yang demikian, timbul
perasaan iri hati di kalangan pembesar lain terhadap Bendahara Tun Mutahir. Beliau telah difitnah cuba
mengatasi kekayaan sultan Melaka oleh Raja Mendeliar dan Kitol. Setelah mengetahui perkhabaran
tersebut, Sultan Mahmud Shah amat murka dan tanpa usul periksa, baginda telah menjatuhkan hukuman
bunuh terhadap Tun Mutahir dan seluruh ahli keluarganya kecuali Tun Fatimah. Apabila, Sultan Mahmud
Shah menyedari akan kesilapannya, baginda telah menyerahkan pemerintahan negeri kepada puteranya,
Raja Ahmad untuk menjadi sultan Melaka. Sultan Ahmad Shah merupakan seorang seorang pemerintah
yang tidak cekap dan lemah. Pengganti Bendahara Tun Mutahir iaitu Bendahara Tun Perpatih Putih pula
merupakan seorang yang uzur dan tepok. Di samping itu, amalan rasuah dan fitnah-menfitnah berlaku
secara berleluasa dalam kalangan pembesar dan rakyat jelata. Selain itu, sistem cukai yang sedia ada pula
tidak diamalkan dengan sebaiknya, kadar cukai yang tinggi menyebabkan pedagang memilih pelabuhan
lain seperti Acheh, Bantam, Patani dan Brunei untuk berniaga kerana cukainya yang lebih rendah. Dengan
ini, menyebabkan pentadbiran di Melaka menjadi semakin lemah akibat ketiadaan pemimpin yang cekap
dalam menguruskan.

Faktor lain menyebabkan kemerosotan Kerajaan Melayu Melaka ialah masalah perpaduan dalam
kalangan rakyat. Pelantikan Tun Mutahir sebagai Bendahara Melaka telah menimbulkan semula
persaingan antara orang Melayu dengan orang India-Muslim untuk mendapatkan pengaruh. Persaingan
ini kerana amalan pilih kasih dalam pentadbiran yang diamalkan oleh Bendahara Tun Mutahir. Kesannya,
telah menyebabkan rakyat berpecah belah dan tidak bersatu padu membawa kepada kejatuhan kerajaan
serta kegiatan perdagangan di Melaka.

Faktor seterusnya yang menyebabkan kemerosotan kerajaan Melaka ialah tidak ada kekuatan Angkatan
tentera dan pertahanan. Kerajaan Melaka masih lagi belum maju dari segi ketenteraan, strategi perang
dan juga senjata. Tentera Melaka masih lagi mengamalkan kaedah lama, iaitu menggunakan keris dan
pedang sedangkan pihak Portugis menggunakan senjata yang lebih canggih iaitu menggunakan senapang

dan peluru.
Usaha Sultan Mahmud Syah mengambil kembali Melaka

Sultan Mahmud Shah adalah Sultan Melaka ke-8 dan terakhir dan putera kepada Sultan Alauddin Riayat
Shah. Selepas kematian ayahandanya pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah yang masih muda mewarisi
takhta di Melaka. Selepas kematian Tun Perak pada tahun 1498, Tun Mutahir dilantik menjadi Bendahara
Melaka yang baru.

Pada tahun 1510, Sultan Mahmud Shah menyerahkan kuasa sementara kepada puteranya, iaitu Sultan
Ahmad Shah. Setelah Melaka jatuh ke tangan orang Portugis.Sultan Ahmad Shah yang pada ketika itu
memerintah Melaka telah berundur ke Bentayan manakala Sultan Mahmud Shah ke Kota Hampar. Selepas
10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka. Sultan Mahmud Shah terpaksa
berundur ke Bertam, Batu Hampar, Pagoh dan seterusnya ke Pahang di pantai timur .Seterusnya Sultan
Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor .Ibu kotanya di pulau Bentan
yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura). Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim
mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa. Pada
1526, pihak Portugis membalas dengan angkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan
memusnahkan ibu kota Bentan dan dari Bentan Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar setelah gagal
mengambil kembali Melaka dan mangkat di Kampar pada 1528 dan dikenali sebagai 'Marhum Mangkat Di
Kampar'. Kemudian Raja Ali menjadi Sultan Johor dan memakai gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah II
serta mengambil usaha untuk mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa serta
mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19.

You might also like