You are on page 1of 18

TARIKAN PRORAM PELANCONGAN DI MALAYSIA

: MALAYSIA MY SECOND HOME (MM2H)


Syahmah Hamizah Binti Salasa
P79316
Fakulti Undang-Undang
Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK
Pelancongan di negara kita bukan sahaja terhad kepada sesuatu konsep yang dilihat
sebagai pelancong datang dan melancong, bahkan Malaysia kini giat mempromosikan
program-program yang dilihat mampu meningkatkan kadar kedatangan pelancong ke
Malaysia. Sebagai contoh program yang telah diperkenalkan oleh Kementrian
Pelancongan ini iaitu Malaysia My Second Home terbukti mampu menggalakkan
pelancong-pelancong dari pelbagai negara datang melancong sekaligus menetap di negara
kita pada tempoh masa yang tertentu yang telah ditetapkan di bawah program ini.
Program ini dilihat sedikit sebanyak menggalakkan dan memperkenalkan Malaysia ke
peringkat dunia, disamping memiliki ciri-ciri dan keistimewaan yang mampu menarik
hati para pelancong dari negara luar untuk menetap di Malaysia. Bukan itu sahaja untuk
melaksanakan dan menjayakan program yang amat berfaedah ini, penggerak yang
berintergriti juga di perlukan bagi menyokong keberkesanan sesebuah program yang di
jalankan. Sebagai contoh, untuk memastikan program ini berkembang dengan pesatnya
ejen-ejen di bawah syarikat yang dilantik perlu memenuhi kriteria yang di tetapkan dan
menjalankan kerja yang diberikan. Justeru itu, kertas kerja ini ditulis bertujuan untuk
mengetahui secara menyuluruh berkenaan dengan program yang di tawarkan oleh
Kementrian Pelancongan Malaysia ini seperti aspek polisi, perlesenan, servis yang di
sediakan oleh ejen yang di lantik dan permohonan untuk menjadi ejen di bawah program
ini, sekali gus meneliti garis panduan yang di berikan oleh pihak berwajib dalam program
tersebut. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya penipuan di bawah program
ini yang mungkin boleh memburukkan nama malaysia di mata pelancong. Di akhir
kajian pengkaji dalam analisisnya mendapati bahawa melalui program yang di terapkan
oleh Kementrian Pelancongan ini salah satu usaha yang dilihat sebagai cemerlang
dalam usaha menggalakkan lebih ramai lagi pelancong yang datang ke Malaysia dan
menyedari bahawa malaysia salah sebuah negara yang sangat sesuai di bawah program
sebegini.

Kata Kunci: Program Pelancongan, Malaysia My Second Home (MM2H)

1
OBJEKTIF

� Untuk mengkaji latar belakang keseluruhan program pelancongan MM2H ini


� Untuk meneliti syarat-syarat dan garis panduan yang perlu dipenuhi sebelum terlibat
dalam program MM2H terutamanya aspek permohonan untuk menjadi ejen syarikat
yang sah
� Untuk menjelaskan jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan di bawah program ini
� Untuk menjelaskan polisi-polisi yang perlu dipatuhi sebelum, semasa dan selepas
terlibat dalam program MM2H ini
� Untuk menganalis jumlah kedatangan rakyat asing ke Malaysia serta faktor yang
mempengaruhinya.

PENGENALAN

Program Malaysia My Second Home (MM2H) ini merupakan usaha kerajaan untuk
membenarkan bukan warganegara malaysia yang telah memenuhi kriteria yang
ditetapkan untuk tinggal di Malaysia selama mana yang telah di tetapkan di bawah
syarat-syarat pemilikan sesebuah visa di bawah program ini. MM2H adalah salah satu
program yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk rakyat asing yang mempunyai
sumber ekonomi yang kukuh untuk diberikan visa menetap selama sepuluh tahun. Bagi
membolehkan rakyat asing menjadi peserta MM2H, mereka perlu memenuhi syarat-syarat
yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia1.

Program ini juga menawarkan visa yang boleh di diperbaharui dan sejenis
dengannya kepada bukan penduduk tetap Malaysia. Sehingga kini seramai 27 000
pemohon telah diluluskan untuk mendapat visa tersebut dan telah meraih pelbagai
faedah daripada program ini. Program ini di wujudkan adalah bertujuan untuk menarik

1
Siti Hamin Stapa, Malaysia My Second Home: Isu Bahasa Dalam Kalangan Peserta Jepun; GEMA Online™ Journal
of Language Studies 185 Volume 13(1), February 2013, p187.

2
Jadual 1: Jumlah Peserta MM2H Yang Diluluskan Bagi Tahun 2002- Desember 20142

minat bukan penduduk Malaysia yang berhasrat untuk bersara atau menghabiskan masa
yang agak panjang di negara kita. Sebagai peserta MM2H, warga asing diberikan hak
istimewa seperti kebenaran membeli rumah berharga melebihi RM250,000, kebenaran
membeli atau mengimport kereta, kebenaran mendaftarkan anak-anak sama ada di sekolah
swasta atau universiti, kebenaran pengecualian cukai daripada pencen yang diperolehi dari
negara luar dan kebenaran bekerja sambilan secara profesional.

Pemohon yang berminat untuk memiliki visa yang ditawarkan dalam program
MM2H ini dibenarkan membawa tanggungan yang terdiri daripada

� Kanak-kanak umur di bawah 21 tahun


� Anak tiri
� Kanak-kanak terencat atau cacat
� Ibu bapa 60 tahun dan keatas

2
Kementraian Pelancongan Malaysia, Malaysia My Second Home Programme, Partipants Approvals by 2002-
december 2014, from http://www.mm2h.gov.my/index.php/en/home/programme/statistics,

3
Manakala tanggungan yang melebihi umur 21 tahun dan keatas akan memiliki visa
yang berasingan daripada penanggung mereka di bawah program MM2H ini. Visa yang
dipohon ini merangkumi kadar perbelanjaan yang rendah bagi kos kehidupan,
pembangunan infrastruktur, destinasi pelancongan yang menarik, dan kualiti kehidupan
yang umum. Mana-mana pelancong yang berhasrat untuk memohon dan memiliki visa di
bawah program MM2H ini boleh memohon melalui secara langsung atau memalui ejen
yang telah dilantik di bawah program ini. Kebanyakkan pelancong lebih gemar
menggunakan khidmat ejen dalam syarikat-syarikat berdaftar yang disediakan bagi
memudahkan perjalanan permohonan dan tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak.

Permohonan yang di buat melalui ejen juga lebih banyak faedah yang boleh di dapati
seperti tiada caj yang dikenakan bagi surat ikatan perjanjian keselamatan dan secara
amnya ejen-ejen yang di lantik telah biasa dengan syarat dan terma yang telah di tetapkan.
Di samping itu ejen yang berhak juga boleh menyediakan kemudahan pengangkutan dan
keperluan dalam menyelesaikan formal urusan permohonan visa tersebut, dan secara
tidak langsung ianya tidak memerlukan surat ikatan perjanjian keselamatan kerana ejen
secara tidak langsung telah bertindak sebagai penaja kepada pemohon tersebut3.

Kepada pemohon yang masih berada di luar negara boleh juga terus memohon
melalui ejen yang telah dilantik untuk mendapatkan visa di bawah program MM2H ini
tanpa perlu datang ke Malaysia semasa proses permohonan visa tersebut. Ejen juga
bertugas untuk menyediakan segala keperluan yang diperlukan dalam urusan mendaftaran
dan permohonan visa MM2H ini.

3
Borneo Vision Sdn Bhd, http://www.theexpatgroup.com/theexpat-read-online.php, 2015.

4
Ejen yang bertugas juga akan bertanggungjawab menjawab segala persoalan yang di
timbulkan oleh pihak yang berhak meluluskan visa tersebut. Permohonan yang telah
diluluskan akan diberikan surat tawaran dengan bersyarat iaitu pemohon haruslah
memenuhi syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh pihak berwajib bagi seperti yang
ternyata dalam surat tawaran tersebut. Ejen juga membantu pemohon untuk
menyelesaikan perkara-perkara yang berkaitan dengan Jabatan Imigresen seperti pelekat
yang perlu dilekatkan pada pasport pemohon
.

GARIS PANDUAN PERMOHONAN UNTUK MEMOHON LESEN EJEN


"MALAYSIA MY SECOND HOME" (MM2H)

Untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang kekacauan dan
penipuan, Kementrian Pelancongan Malaysia telah menyediakan beberapa garis panduan
yang perlu dipenuhi bagi sesebuah syarikat untuk menjadi ejen sah dalam progran MM2H
ini. Syarat yang menjadi asas kepada program ini ialah ejen tersebut mestilah syarikat
persendirian yang telah berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965.

Sebelum memulakan permohonan lesen untuk menjadi ejen, pemohon perlu


menghantar 2 salinan borang ( Form 1 Regulation 3) kepada pejabat bahagian
perlesenan Kementrian Pelancongan Malaysia. Semua salinan borang tersebut mestilah di
tandatangan oleh pengarah dan dicopkan dengan stam rasmi syarikat. Salinan borang
tersebut juga perlu di serta dengan salinan-salinan dokumen sokongan yang diperlukan.
Yuran prosesan yang dikenakan sebanyak RM 100 adalah untuk setiap permohonan
sahaja termasuk semua draf, kiriman wangdan pos kepada Pesuruhjaya Pelancongan.
Wang dan yuran proses permohonan adalah tidak dikembalikan sekiranya permohonan
gagal atau dibatalkan.

Pemohonan bagi permohonan untuk mendapatkan lesen sebagai ejen di bawah


program ini bukanlah syarikat yang mempunyai kompaun yang tertunggak di bawah

5
Akta Industri Pelancongan 1992. Sekiranya permohonan telah diluluskan kementrian
jabatan perlesenan akan memberikan satu surat berkuat kuasa selama 2 bulan untuk
syarikat tersebut membuat persiapan bagi mejalankan operasi sebagai ejen di bawah
program ini, yang mana ianya termasuklah persiapan dari segi perjanjian penyewaan
pejabat, plan tingkat premis dan gambar-gambar premis yang di persetujui untuk
dijadikan pusat operasi program tersebut.

Lesen dan pelekat rasmi yang berdaftar dan sah hanya akan diberikan kepada ejen
sekiranya syarat-syarat premis yang dikehendaki oleh kementrian telah di penuhi
dokumen- dokumen yang diperlukan telah disertakan dan yuran lesen telah dijelaskan.

Maklumat mengenai syarikat yang sah sebagai ejen program ini perlu meletakkan
nama syarikat yang disertai dengan perkataan MM2H sebagai sebahagian daripada nama
syarikat mereka sebagai contoh Borneo Vision (MM2H) Sdn Bhd. Syarikat yang
menjalankan lesen ejen program ini adalah syarikat perniagaan operasi pelancongan jenis
"inbound tourism". Setelah urusan permohonan diluluskan syarikat tersebut perlu
menyediakan kertas kerja yang merangkumi objektif penubuhan syarikat, kumpulan
sasaran pernigaan, kaedah-kaedah perniagaan yang akan dijalankan, latar belakang
maklumat pengarah, rangkaian rakan niaga dalam agensi pelancongan jika diperlukan4.

Jumlah bayaran yang dikenakan juga adalah ditentukan oleh pihak kemetrian seperti
jumlah bayaran dan modal untuk rakyat malaysia, bukan rakyat malaysia secara individu
akan dikenakan sebanayak maksimum 30 % untuk bukan negara Asia atau 70% jika
negara Asia seperti Singapura dan Cambodia dan juga 51% caj untuk negara Asia selain
daripada Singapura dan Cambodia. Walaubagaimanapun syarikat asing juga dipelawa
untuk menyertai permohonan untuk mendapatkan lesen "inbound tourism" sahaja dengan
kadar 100%.

4
Kementerian Pelancongan Malaysia, Malaysia My Second Home Programme, From
http://www.mm2h.gov.my/index.php/en/our-agents/apply-to-be-an-agent/agent-application-guidelines, 2015.

6
Keperluan bagi memenuhi modal bayaran akan dikenakan sebanyak RM 50 000 jika
permohonan yang merangkumi semua lokasi. Syarikat dengan ekuiti milikan asing akan
dikenakan modal bermula dengan RM 250 000 minimum, dan syarikat asing yang
sepenuhnya dimiliki oleh negara asing akan dikenakan modal sebanyak RM 500 000
minimum bayaran5.

PERHIDMATANYANG DISEDIAKAN OLEH SYARIKAT BERDAFTAR DI BAWAH


PROGRAM MM2H

Setelah syarikat sah menjadi sebuah pernigaan yang berdaftar dan ejen yang di perakui,
pernigaan berlesen di bawah program ini secara rasminya boleh menjalankan aktiviti
mempromosikan program MM2H ini dan mencari pelanggan sebagai sasaran perniagaan.

Sehubungan dengan itu, pelbagai jenis perkhidmatan yang secara asasnya telah
ditetapkan untuk sesebuah syarikat laksanakan, namun tidak menjadi kesalahan untuk
setiap syarikat menyediakan perkhidmatan sampingan sebagai alternatif lain untuk
menarik lebih ramai pelanggan secara efisien dan efektif. Antara perkhidmatan wajib
yang perlu dipenuhi seperti menyediakan maklumat terbaru berkaitan dengan terma dan
syarat-syarat seiring dengan perkembangan semasa kepada rakyat asing yang berminat
untuk menyertai program MM2H ini.

Selain itu, ejen yang berdaftar juga bertanggungjawab menyediakan permohonan


bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk kegunaan kebenaran
dari pihak Jabatan Imigresen atau Kementrian Pelancongan. Ini adalah termasuk
memastikan permohonan tersebut adalah lengkap dan mematuhi semua syarat dan terma
yang dikehendaki termasuklah memastikan permohonan tersebut telah disertakan dengan
dokumen yang diperlukan dan perakuan yang diperlukan.

5
Kementerian Pelancongan Malaysia, Malaysia My Second Home Programme, From
http://www.mm2h.gov.my/index.php/en/our-agents/apply-to-be-an-agent/agent-application-guidelines, 2015.

7
Surat ikatan perjanjian perlu ditandangani sebagai jaminan bahawa pemohon tidak
melakukan sebarang kekacauan dan gangguan yang bersifat jenayah selama mana mereka
memberi komitmen untuk tinggal di Malaysia di bawah program ini. Jika diketahui
bahawa pemohon di bawah syarikat berdaftar tersebut menyalahi terma dan syarat
program atau menyalahi undang-undang Malaysia, mereka berhak dan dikehendaki untuk
menghantar semula klien tersebut ke negara asal mereka dengan segera, dan perbelanjaan
termasuk pembelian tiket, makanan dan sebagainya adalah di bawah tanggungan syarikat
berdaftar tersebut.

Ejen tersebut perlu memaklumkan status permohonan pemohon dari semasa ke


semasa sehinggalah surat tawaran bersyarat telah di keluarkan oleh Jabatan Imegresen
dan menasihati pemohon untuk datang ke Malaysia dalam tempoh masa 6 bulan daripada
tarikh peengeluaran surat tawaran bersyarat tersebut untuk memenuhi segala keperluan
bersyarat yang dinyatakan dalam surat tawaran tersebut. Kementrian telah menetapkan
bahawa proses sepanjang permohonan ini dijalankan syarikat dan ejen berdaftar tersebut
hanya perlu mengenakan caj prosesan yang tidak lebih daripada RM 7000 bagi setiap
permohonan.

Dalam tugas dan perkhidmatan untuk membantu pemohon dalam urusan penempatan
di Malaysia, ejen dan syarikat bertanggungjawab mengurus dan mengatur kemudahan
untuk pengangkutan dan penginapan bagi pemohon yang berjaya diluluskan untuk
mendapat visa di bawah program ini. Membantu pemohon yang berjaya diluluskan untuk
membuka sebuah akaun untuk deposit dan mengurus polisi insurans dan laporan
perubatan yang di perlukan. Ejen tersebut juga bertanggungjawab membawa pemohon ke
Jabatan Imigresen untuk membuat pembayaran yuran bagi visa dan pasport yang telah di
tampal dengan pelekat rasmi program MM2H ini.

Selain itu, syarikat dan ejen juga bertanggungjawab untuk mengingatkan semua
peseta yang telah diluluskan untuk tinggal di Malaysia di bawah program ini jenis-jenis
insentif yang mereka boleh pohon dan nikmati sepanjang berdaftar sebagai peserta di

8
bawah program ini seperti pembantu rumah, rumah dan kereta. Sebagai contoh juga
mereka perlu memohon kelulusan terlebih dahulu kepada Jabatan Kewangan negara
jika mereka berhasrat untuk membawa kenderaan sendiri daripada negara asal dalam
tempoh 6 bulan daripada tarikh pasport mereka di ampal dengan pelekat rasmi MM2H
dan tidak melebihi 1 tahun jika mereka berhasrat untuk membeli kereta tempatan di
Malaysia. Semua caj perkhidmatan yang telah ditetapkan bagi urusan ini adalah tidak
melebihi RM 3000 seperti yang telah di tetapkan oleh kementrian

Selain daripada itu syarikat dan ejen juga boleh menyediakan perkhidmatan
tambahan lain-lain yang di relevan dengan program ini. Contohnya perkhidmatan untuk
mendapatkan rumah sewa atau pembelian rumah, permohonan untuk membeli kereta
import, permohonan unuk mendapatkan khidmat pembantu rumah, permohonan untuk
mendapatkan lesen bagi pelajar yang berhasrat untuk menyertai program MM2H,
permohonan untuk mendapatkan keperluan asas seperti perkhidmatan telefon, eletrik, air
dan sebagainya juga turut disediakan. Segala perkhidmatan tambahan yang di tawarkan
adalah dikenakan caj yang ditentukan oleh syarikat tersebut dengan persetujuan dari
pihak peserta.6

5 Kementerian Pelancongan Malaysia, Malaysia My Second Home Programme, from


http://www.mm2h.gov.my/index.php/en/our-agents/agent-s-services/handle-application-process, 2015.

9
POLISI YANG PERLU DIPATUHI OLEH SYARIKAT & EJEN YANG BERDAFTAR
DI BAWAH PROGRAM MM2H

Sebelum memulakan dan melakukan operasi pernigaan di bawah program MM2H ini
setiap agensi dan ejen berdaftar yang diperakui haruslah meneliti dan mematuhi setiap
kandungan polisi yang telah di tetapkan. Hal ini adalah untuk memastikan setiap agensi
dan ejen yang berdaftar tidak menyalahgunaan kuasa yang di berikan dan tidak berlaku
sebarang frod semasa berurusniaga sesama klien mahupun pusat induk program MM2H
ini.

Polisi asas yang telah dipersetujui untuk dilakukan semasa operasi perniagaan
dijalankan adalah seperti aktiviti-aktivi yang dibenarkan merangkumi mempromosikan
dan memasarkan program MM2H ini dengan menyediakan khidmat penerangan dengan
maklumat yang sentiasa mengikut perkembangan semasa dalam negara kepada mereka
yang berpotensi untuk menyertai program ini.

Selain itu juga ejen yang telah ditugaskan juga berhak menawarkan perkhidmatan
permohonan pada pemohon yang berminat. Dalam erti kata lain ejen tersebut boleh
menawarkan diri untuk melakukan segala urusan permohonan sehingga ke peringkat
akhir urusan tersebut dengan caj- caj tertentu yang akan dikenakan berikutan dengan
kadar caj yang telah ditetapkan oleh Kementrian Pelancongan Malaysia.

Bukan itu sahaja setiap ejen yang ditugaskan boleh menawarkan perkhidmatan lain
yang di rasakan perlu bagi memastikan kelancaran urusan permohonan tersebut dengan
kadar caj yang tertentu dan tidak meletakkan caj atau bayaran yang tersembunyi bagi
mempengaruhi pelanggan dan mengaut keuntungan yang tidak relevan. Malah bukan itu
sahaja ejen syarikat yang berdaftar juga bertindak sebagai penjaga dan penjamin kepada
pemohon yang telah diluluskan permohonannya. Jadi adalah tidak relevan jika mereka
sendiri mengenakan dan memperdaya klien mereka, sedangkan mereka ditugaskan

10
sebagai penjaga kepada pelanggan tersebut7.

Menjadi suatu kesalahan jika di dapati ejen mendorong pemohon tersebut melakukan
rahsua kepada pihak dan kakitangan yang terlibat dengan urusan kelulusan permohan
bagi pemohon tersebut. Oleh itu aktiviti dan operasi program ini perlu sentiasa di pantau
dan diselidik bagi memastikan nilai intergriti sentiasa di amalkan kerana sedia maklum
bahawa program ini melibatkan imej negara yang di bawa ke serata dunia.

ANALISIS JUMLAH KEDATANGAN PELANCONG MENGIKUT NEGARA


YANG MENYERTAI PROGRAM MM2H DI MALAYSIA SERTA FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI

Objektif utama MM2H adalah untuk menggalakkan sektor pelancongan di Malaysia. Di


samping itu program ini juga diharapkan dapat menarik pelabur asing untuk menggalakkan
lagi ekonomi domestik 8. Pada awalnya program seumpama ini dimulakan pada tahun 1996
dengan nama Silver Hair Programme bertujuan menarik golongan pesara dari negara luar
untuk tinggal lama dan membeli hartanah di Malaysia. Program ini menjadi pencetus kepada
MM2H iaitu pada tahun 2002 ianya ditukar namanya. Jadual 2 menunjukkan taburan peserta
MM2H mengikut negara dari tahun 2003 hingga 20109.

2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 Jumla


h
1 Chin 521 468 502 242 90 120 114 154 2,21
a 1
2 Bang 32 204 852 341 149 68 86 74 1,80
lades 6
h
3 UK 159 210 199 209 240 208 162 141 1,52

7
Kementerian Pelancongan Malaysia, Malaysia My Second Home Programme, from
http://www.mm2h.gov.my/index.php/en/our-agents/apply-to-be-an-agent/policies, 2015.
8
Ono. M, Long-stay tourism and international retirement migration: Japanese retires in Malaysia. Transnational
Migration in East Asia Senri Ethnological Reports, Vol 77, 151-162, 2008.
9
Siti Hamin Stapa, Malaysia My Second Home: Isu Bahasa Dalam Kalangan Peserta Jepun; GEMA Online™ Journal
of Language Studies 185 Volume 13(1), February 2013, p 188.

11
8
4 Jepu 99 42 87 157 198 210 169 195 1,15
n 7
5 Iran 2 8 7 9 59 227 212 227 751
6 Sing 143 91 62 94 58 48 61 73 630
apur
a
7 Taiw 95 140 186 63 31 16 36 49 616
an
8 Pakis 55 82 104 36 31 65 103 77 553
tan
9 India 123 118 80 51 46 32 35 51 536
10 Indo 118 104 54 63 25 27 53 25 469
nesia
Lain-l 298 450 482 464 576 491 547 433 3,741
ain
Juml 1,645 1,917 2,615 1,729 1,503 1,512 1,578 1,499 13,99
ah 8

Jadual 2. Jumlah peserta MM2H mengikut negara

Justeru itu usaha kerajaan dalam mempromosikan program ini ke serata dunia sering
mendapat hasil yang baik dan menunjukkan pencapaian yang cemerlang. Bukan itu
sahaja malah dapat dilihat dalam jadual di atas peserta yang paling banyak menyertai
program ini adalah berasal dari negara Asia juga. Ini tidak di nafikan walaupun Malaysia
mempunyai status negara Asia yang sama seperti negara China dan lain-lain negara Asia
namun Malaysia dilihat sebagai salah satu negara Asia yang sedang berkembang maju.

Jadual 3: Jumlah negara-negara yang mengambil bahagian mengikut kawasan10

10
Kementerian Pelancongan Malaysia, Malaysia My Second Home Programme. Summary of Participating Countries
By Region from 2002 - December 2014, From http://www.mm2h.gov.my/index.php/en/home/programme/statistics,
2015

12
Manakala jadual 3 di atas ini juga memperlihatkan bahawa rakyat asing negara asia juga
paling banyak menyertai program seumpama ini di Malaysia. Pelbagai faktor yang boleh
dikaitkan dengan perkembangan dan pencapaian ini. Faktor seperti cuaca yang dimiliki
oleh Malaysia ternyata mampu membuat rakyat asing tertarik untuk menetap di Malaysia
kerana cuacanya yang agak suam dan panas. Kalau dilihat dari aspek iklim sendiri setiap
negara juga mempunyai iklim yang panas tetapi terlalu panas dan tidak menepati citarasa
mereka.

Bukan itu sahaja antara faktor yang menggalakkan mereka datang ke Malaysia
adalah faktor keramahan rakyat Malaysia dan juga kepelbagaian etnik dan kaum yang ada
di Malaysia. Justeru itu juga kecanggihan dan keunggulan infrastruktur pembangunan
malaysia juga dapat dilihat sebagai salah satu faktor yang amat ketara dalam kalangan
penduduk asing yang datang ke Malaysia. Juga tidak dilupakan status dan keadaan
ekonomi dan kestabilan politik yang dimiliki oleh Malaysia salah satu acuan yang mampu
menonjolkan keunikan Malaysia di mata dunia11.

11
Borneo Vision Sdn Bhd, http://www.theexpatgroup.com/theexpat-read-online.php, 2015.

13
Jadual di bawah pula menunjukkan peserta dari negara- negara asing yang menyertai
program MM2H bermula dari tahun 2001 hingga tahun 2014

Jadual 4 : Jumlah Negara-Negara Yang Mengambil Bahagian Mengikut Sub- Kawasan12

Pencapaian ini dilihat sebagai salah satu kejayaan yang cemerlang dalam arena
pelancongan mana tidaknya pelbagai usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerjaan bagi
membantu mempromosikan sektor pelancongan yang ada dinegara kita termasuklah

12 Kementerian Pelancongan Malaysia, Malaysia My Second Home Programme, Summary Of Participating Countries By Sub Region from
2002- December 2014,From http://www.mm2h.gov.my/index.php/en/home/programme/statistics, 2015

14
program-program yang dijalankan. Sebanyak tujuh misi jualan telah dilaksanakan oleh
pasaran Asia Utara dan Asia Timur. Antaranya ialah misi jualan Program Malaysia
Rumah Kedua Ku (Malaysia My Second Home) ke selatan China, Taiwan dan Jepun.
Program-program misi jualan ini telah disertai oleh 88 buah organisasi yang terdiri
daripada para pengusaha pelancongan dan wakil kerajaan negeri dan telah berjaya
menerima lebih daripada 150,000 pengunjung13.

Namun pun begitu faktor penggunaan bahawa tempatan dan bahasa inggeris juga
boleh di katakan sebagai salah faktor yang boleh menarik pelancong untuk datang ke
Malaysia. Dalam kajian yang di lakukan oleh Siti Hamin Stapa, dalam dapatan kajiannya
mendapati bahawa jika dilihat dari sudut ekonomi, program ini sebenarnya menguntungkan
kedua-dua belah pihak. Malahan kekurangan penguasaan serta penggunaan bahasa Inggeris
dan bahasa Melayu oleh peserta MM2H ini tidak memberi impak yang besar dari sudut
ekonomi.

Tetapi perlu dilihat juga dari sudut bukan ekonomi yang sebenarnya memberi kesan
mendalam terhadap hubungan kedua-dua belah pihak dari segi jangka panjang. Penggunaan
bahasa tempatan yang baik dapat membantu para peserta MM2H bergaul dengan penduduk
tempatan daripada pelbagai lapisan masyarakat dan bukan hanya golongan tertentu sahaja.
Pergaulan antara peserta MM2H dan penduduk tempatan ini memberi faedah dari sudut
bukan ekonomi. Pergaulan yang luas boleh memberi ilmu serta pengalaman baru bagi
kedua-dua pihak lantas memperkayakan lagi nilai dalam kehidupan.

Kemahiran menguasai bahasa tempatan oleh peserta MM2H dapat membentuk hubungan
kemanusiaan antara dua negara dan ini sekali gus memberi kesan positif terhadap hubungan
dua hala antara kedua-dua negara. Walaupun matlamat asal Kementerian Pelancongan adalah

13 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia Bagi Tahun 2013, from

www.tourismmalaysia.gov.my, 2013, p 29.

15
menggalakkan perkembangan industri yang menjadi antara salah satu pendapatan utama
negara, pertimbangan dalam melaksanakannya tidak patut dilihat dari sudut nilai wang
semata-mata. Adalah sesuatu kerugian kepada negara jika Malaysia yang mempunyai ramai
penduduk asing menetap di negara ini tetapi tidak memanfaatkan secara optimum kehadiran
mereka dari sudut lain selain daripada faktor ekonomi. Sebagai contoh, memanfaatkan
pengalaman profesional mereka atau menyediakan platform untuk pertukaran budaya dengan
mereka yang seharusnya dapat menambahkan ilmu dan memberikan pengalaman baru buat
penduduk tempatan.

Peserta MM2H boleh menjadi jambatan kepada kedua-dua negara. Harapan peserta
MM2H sebagai modal insan bersandarkan dari sumbangan rakyat Jepun kepada penduduk
tempatan dan sebaliknya diharapkan dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh
kedua-dua pihak. Percampuran di antara peserta asing dan rakyat tempatan adalah perlu
untuk mendekatkan jurang perbezaan di antara keduanya. Ianya mungkin boleh dilakukan
dengan adanya orang-orang yang memahami bahasa kedua-dua negara ini. Sebagai contoh,
para pelajar tajaan kerajaan Malaysia lepasan universiti luar negara atau para pelajar asing
di universiti tempatan boleh dimanfaatkan untuk tujuan di atas. Mereka perlu mendekatkan
diri dengan peserta-peserta warga asing supaya dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan
dapat saling bantu-membantu di antara kedua pihak14.

14 Siti Hamin Stapa, Malaysia My Second Home: Isu Bahasa Dalam Kalangan Peserta Jepun; GEMA Online™ Journal of Language
Studies 185 Volume 13(1), February 2013, p 198.

16
KESIMPULAN

Secara kesimpulannya dapat dilihat bahawa program sepeti malaysia my second home ini
mampu meningkatkan daya saing dan peningkatan dalam sektor pelancongan sekali gus
meningkatkan perkembangan ekonomi dalam negara. Selain dari itu walaupunkedatangan
mereka hanyalah berbentuk sementara dan pada tempoh-tempoh tertentu namun visa dan
lesen yang di perolehi boleh diperbaharui. Ini secara tidak langsung mengelak daripada
berlakunya kesalahan dari segi undang-undang iaitu penempatan yang tidak sah dari segi
undang-undang. Bukanitu sahaja program ini juga dilihat mampu mengeratkan perhubungan
diplomatik antara negara- negara yang terlibat. Oleh itu dalam kertas kerja ini boleh di
rumuskan bahaqa program malaysia my second home ini adalah usaha kemetrian
pelancongan yang berpotensi untuk mencapai matlamat dalam meningkatkan ekonomi
melalui sektor pelancongan.

17
RUJUKAN

Ono. M, Long-stay tourism and international retirement migration: Japanese retires


in Malaysia. Transnational Migration in East Asia Senri Ethnological Reports, Vol 77,
151-162, 2008.

Kementerian Pelancongan Malaysia, Malaysia My Second Home Programme, From


http://www.mm2h.gov.my/index.php/en/, 2015.

Kementerian Pelancongan Malaysia, Malaysia My Second Home Programme, From


http://www.mm2h.gov.my/index.php/en/our-agents/apply-to-be-an-agent/policies, 2015

Kementerian Pelancongan Malaysia, Malaysia My Second Home Programme, From


http://www.mm2h.gov.my/index.php/en/our-agents/agent-s-services/additional-sservices,
2015.

Kementerian Pelancongan Malaysia, Malaysia My Second Home Programme, From


http://www.mm2h.gov.my/index.php/en/our-agents/apply-to-be-an-agent/agent-applicatio
n-guidelines, 2015.

Kementerian Pelancongan Malaysia, Malaysia My Second Home Programme, From


http://www.mm2h.gov.my/index.php/en/home/programme/statistics, 2015

Kementerian Pelancongan Malaysia, Malaysia My Second Home Programme, from


http://www.mm2h.com/mm2h-requirements-terms-and-conditions.php, 2015

Kementerian Pelancongan Malaysia, Malaysia My Second Home Programme, from


http://www.mm2h.gov.my/index.php/en/our-agents/agent-s-services/handle-application-p
rocess, 2015.

Siti Hamin Stapa, Malaysia My Second Home: Isu Bahasa Dalam Kalangan Peserta
Jepun; GEMA Online™ Journal of Language Studies 185 Volume 13(1), February 2013,
p 185.

Borneo Vision Sdn Bhd, http://www.theexpatgroup.com/theexpat-read-online.php,


2015.

Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Lembaga Penggalakan Pelancongan


Malaysia Bagi Tahun 2013, from www.rourismmalaysia.gov.my, 2013, p 29.

18

You might also like