You are on page 1of 7

CAKAP AJUK & CAKAP PINDAH 

1. Cakap Ajuk dan Cakap Pindah ialah percakapan yang dilaporkan semula secara lisan atau
tulisan tanpa mengubah maksudnya.           
Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah maksud
asalnya.
2. Dalam penulisan, tanda petik ("...") digunakan untuk cakap ajuk.
3. Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan menggunakan
bahasa tanpa mengubah maksudnya.
4. Tanda petik ("...") tidak digunakan dalam cakap pindah.
5. Perhatikan perbezaan antara cakap ajuk dengan cakap pindah di bawah ini.
Cakap Ajuk Cakap Pindah
1. Cakap Ajuk ialah percakapan yang 1. Cakap Pindah ialah perkataan atau
dilaporkan semula sebagaimana asalnya percakapan yang dilaporkan semula tetapi tidak
dituturkan. sebagaimana yang dituturkan.
2. Tidak ada sebarang pindaan yang 2. Terdapat perbezaan stuktur atau susunan
dilakukan. perkataan-perkataan dalam ayat.
3. Cakap ajuk dimulai dengan tanda 3. Walaubagaimanapun , maksud atau susunan
pembuka kata dan diakhiri dengan tanda perkataan sama.
penutup kata  ( “ …….. “ )
1. "Cuci baju kamu," kata ibu kepada 1. Ibu menyuruh Ani mencuci bajunya.
Ani. 2. Cikgu bertanya kepada Hafizi sebab dia
2. Cikgu berkata, "Mengapa tidak hadir tidak hadir semalam.
semalam, Hafizi?" 3. Encik Lim mempersilakan Encik Azman
3. "Datanglah ke rumah saya malam ini, ke rumahnya pada malam nanti.
Encik Azman," kata Encik Lim. 4. Cikgu Azmi bertanya kepada Sunita di
4. “ Di manakah awak letakkan beg mana dia meletakkan beg itu.
itu ? ” tanya Cikgu Azmi kepada 5. Nenek berkata kepada Siti bahawa
Sunita. begitu cara membuat Kuih Bahulu.
5. Kata nenek kepada Siti, “ Begini cara 6. Hassan menyatakan kepada Faizal
membuat kuih Bahulu.” bahawa itu buku dia.
6. Kata Hassan kepada Faizal , “ Ini 7. Asmah menyatakan bahawa ayam itu
buku awak. ” lapar.
7. “ Ayam itu lapar,” kata Asmah. 8. Dollah Salleh menyuruh agar bola itu
8. “ Berikan bola ini kepada Zainal diberikan kepada Zainal Abidin.
Abidin,” kata Dollah Salleh.

6. Apabila menukarkan bentuk cakap ajuk kepada cakap pindah, perkara berikut perlu diubah
atau diberi perhatian.
Cakap Ajuk Cakap Pindah
saya, aku, hamba dia, ia, nya, beliau
beta baginda
kami, kita mereka
anda, awak, kamu, engkau saya, dia, nya
dia dia
beliau beliau
mereka mereka
ini itu
itu itu
sini situ, sana, tempat itu
begini begitu
demikian ini demikian itu
sekarang masa itu, ketika itu
malam tadi malam semalamnya
semalam semalamnya
hari hari itu
ini esoknya, keesokan harinya, hari itu
esok

Contoh 1:
Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan
susunan isi dalam petikan ini. 

Kamariah : Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.


Samad .....: Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah.
Aziz .........: Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti
Indonesia, .................... Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.
Samad : Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong
....................tempatan .pelancong di dalam negeri.
Kamariah.:.Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberi
.................... potongan .harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat
.....................percutian mereka.
Samad .....: Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam
....................dalam diri.

Jawapan:
...............Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak
mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan
mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang
indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka
melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.
Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana
kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz
bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta
seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong
tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di
samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam
dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu.

Contoh 2:
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap
pindah.

Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu Hassan.
“ Oh, cikgu, kami ada di rumah ! “ Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan Cikgu Hassan di
halamannya.
Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. “ Jemputlah naik, cikgu. Redwan ada di
dalam, “ pelawa Kamarul dengan hormat.
“Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, “ gurau Cikgu Hassan
“Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, “ Redwan mencelah.
“ Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang lepas, “ Kamarul
memberikan alasan.

Jawapan: 
1. Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu Hassan sangat
rapat.
2. Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di halaman rumah dengan
mengatakan bahawa mereka berada di dalam rumah.
3. Setelah berada di tangga rumah Redwan, Kamarul dengan hormat mempersilakan Cikgu
Hassan naik ke rumah dan/ sambil mengatakan bahawa Redwan berada di dalam rumah.
4. Dengan nada mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan itu dengan mengatakan bahawa dia
tentu akan naik kerana kalau tidak masakan dia datang ke situ.
5. Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum berkemas/ tidak teratur.
6. Kamarul pula menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan mengemas rumah kerana
kerja-kerja menuai padi baru selesai dua hari sebelumnya.
................................................
c. Latihan Pengukuhan (AMARAN: Rujuk jawapan setelah latihan dibuat sahaja!)
...........................................
Latihan 1
Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap
pindah.

“ Bagaimana dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh.


“ Rancangan apa? “ jawab Ani.
“ Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, “ kata Salleh.
“ Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. “ jelas Ani.
“ Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! “
Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu. ............[ 6 markah ]
Latihan 2:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

“Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......”


“Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya,” kata Tuk Yahya sambil meneliti mata belolok anak
itu.
“Ani tak ada sapa-sapa,” rengek Ani lagi.
“Ya, Tuk Yahya tahu.........”
“Ani tak mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk tak ada”,jelas
anak itu hampir meraung.
“Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot,” pujuk Tuk Yahya .....................................[ 6 markah ]

Latihan 3:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

“Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja?” tanya Nizam.


“Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang masih belum saya
bayar,” beritahu Salim dengan perasaan sayu.
“Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit tersebut untuk
membayar yuran?” tanya Nizam dengan perasaan hairan.
“Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya yang dimasukkan
ke hospital baru-baru ini,” jelas Salim.
“Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan jelaskan perkara
yang sebenarnya,” kata Nizam.
“Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat,” kata Salim. .....[ 6 markah ]

Latihan 4:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah

MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?


FELIX : Mi Pedas.
MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?
FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?
FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia. ...................[ 6 markah ]
.......................
.......................................................................
Latihan 5:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

Norhayati ......: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?


Norasyikin.... : Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati ......: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita
...........................tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norsyikin ......: Sebenarnya ibu Syikin sakit. ........................................................[ 6 markah ]
............................................................................................................................................................
.....
....................................................................................
Jawapan sila "CLICK" jika anda sudah menjawabnya sahaja!
........................................................
B. AYAT CAKAP PINDAH KEPADA AYAT CAKAP AJUK.
a. Langkah menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk:

1. Ada dua cara: (anda boleh memilih mana-mana cara di bawah)


i. Menggunakan dialog biasa dalam bentuk perenggan.
ii. Menggunakan dialog seperti wawancara.
2. Jaga penukaran ayat yang telah dipelajari. Anda hanya perlu menukarkannya semula kepada
bentuk asal seperti yang telah dipelajari dalam “menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat
pindah”. Jika anda lupa, sila rujuk semula.
3. Jaga penggunaan tanda bacaan, tanda kata, tanda seruan dan sebagainya untuk mengelakkan
markah anda ditolak.

b. Contoh soalan dan jawapan:

Contoh 1:
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan
susunan isi dalam petikan ini.

Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai
tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan
bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz
pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke
luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah
menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya
promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan
pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat
pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang
mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran
rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah
dan Samad mengiakan pendapat itu. ...........[ 6 markah ]

Jawapan :

Kamariah ...: Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.

Samad ........: Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi
...................... yang ..indah.

Aziz............. : Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti Indonesia,
....................... Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.

Samad .........: Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong
....................... tempatan melancong di dalam negeri.

Kamariah.... : Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberi potongan
........................harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian
........................mereka.

Samad.......... : Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu
.........................ditanam dalam diri.

Contoh 2:
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan
susunan isi dalam petikan ini.

...............Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu dalam keadaan
tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli
jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Limah mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu
walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut suaminya akan berasa lapar . Pak Usop
memberitahu ii itsterinya bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi
itu. Mak Limah bertanya cara suaminya hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya dia berhenti
kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA
untuk membeli sebuah bas.

Jawapan:

Mak Limah ......: Abang hendak ke mana dalam keadaan tergesa-gesa ini?


Pak Usop......... : Saya hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju.
Mak Limah...... : Kalau sibuk dengan kerja pun makanlah nasi dulu, nanti lapar.
Pak Usop .........: Abang hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu.
Mak Limah ......: Sudah tu, abang hendak kerja dengan siapa?
Pak Usop .........: Minta pinjaman daripada MARA, abang beli sebuah bas.
...................................................................................
c. Soalan Latihan:

Latihan 1:
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan
susunan isi dalam petikan ini.

...............Azman bertanya kepada Yahya tentang keputusan muktamadnya hendak ke bandar.


Yahya mengiyakannya dan menyatakan bahawa dia sudah nekad dan tidak mahu Azman
memujuknya lagi. Azman cuba menyedarkan Yahya bahawa kampung mereka pun tiada
kurangnya berbanding dengan bandar. Yahya menegaskan bahawa dia sudah bosan hidup di
kampung yang bergelumang dengan lumpur sawah. Azman cuba menyedarkan Yahya bahawa
mereka lulusan bidang pertanian dan bekerja sebagai petani iatulah yang sepatutnya menjadi
pilihan mereka. Sekali lagi Yahya menegaskan bahawa Azman sahajalah yang mengerjakan
sawah tetapi dia tetap hendak ke bandar. Azman tetap mengajaknya mengerjakan tanah terbiar di
kampung mereka kerana hasilnya tentu lumayan. Yahya tetap berkeras dan menyuruh Azman
sahaja mengerjakannya, manakala dia hendak bekerja makan gaji di bandar.

Latihan 2:
Tukarkan karangan di bawah dalam bentuk perbualan.
Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu Hassan sangat
rapat.Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di halaman rumah dengan
mengatakan bahawa mereka berada di dalam rumah.Setelah berada di tangga rumah Redwan,
Kamarul dengan hormat mempersilakan Cikgu Hassan naik ke rumah dan/ sambil mengatakan
bahawa Redwan berada di dalam rumah.Dengan nada mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan
itu dengan mengatakan bahawa dia tentu akan naik kerana kalau tidak masakan dia datang ke
situ.Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum berkemas. Kamarul pula
menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan mengemas rumah kerana kerja-kerja menuai
padi baru selesai dua hari sebelumnya.

You might also like