You are on page 1of 1

Cara-Cara Memupuk Perpaduan Kaum

15/04/2023

Perpaduan kaum dengan jiran kita sangat penting. Supaya


kita boleh menjadi lebih rapat dan boleh membantu antara
sama satu lain. Perdana Menteri kita sering berkata,
perpaduan akan membawa kejayaan kepada negara. Tetapi
apakah cara-cara memupuk perpaduan kaum?
Kita boleh memupuk perpaduan kaum melalui aktiviti
gotong royong. Hal ini kerana kita boleh bekerjasama dengan
jiran sambil berbual-bual. Ini juga membolehkan kawasan
kejiranan kita sentiasa bersih. Mengambil bahagian dalam
akitiviti gotong-royong juga menjadikan kita lebih
rapat,kerana kita akan bersama selama beberapa jam.
Selain itu, kita boleh membuat mengadakan majlis
rumah terbuka. Hal ini kerana kita boleh belajar tentang
budaya dan makanan masing-masing antara sama satu lain.
Ini juga boleh membenarkan keluarga kita berbual-bual
kepada dengan keluarga jiran-jiran kita dan menjadi lebih
biasa. Apabila kita bergaul mesra dengan kaum lain ini akan
menyebabkan perpaduan dalam kalangan kita.

You might also like