Professional Documents
Culture Documents
1. Cakap Ajuk dan Cakap Pindah ialah percakapan yang dilaporkan semula secara lisan atau
tulisan tanpa mengubah maksudnya.
Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah maksud
asalnya.
2. Dalam penulisan, tanda petik ("...") digunakan untuk cakap ajuk.
3. Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan menggunakan
bahasa tanpa mengubah maksudnya.
4. Tanda petik ("...") tidak digunakan dalam cakap pindah.
5. Perhatikan perbezaan antara cakap ajuk dengan cakap pindah di bawah ini.
Cakap Ajuk Cakap Pindah
1. Cakap Ajuk ialah percakapan yang 1. Cakap Pindah ialah perkataan atau
dilaporkan semula sebagaimana asalnya percakapan yang dilaporkan semula tetapi tidak
dituturkan. sebagaimana yang dituturkan.
2. Tidak ada sebarang pindaan yang 2. Terdapat perbezaan stuktur atau susunan
dilakukan. perkataan-perkataan dalam ayat.
3. Cakap ajuk dimulai dengan tanda 3. Walaubagaimanapun , maksud atau susunan
pembuka kata dan diakhiri dengan tanda perkataan sama.
penutup kata ( “ …….. “ )
1. "Cuci baju kamu," kata ibu kepada 1. Ibu menyuruh Ani mencuci bajunya.
Ani. 2. Cikgu bertanya kepada Hafizi sebab dia
2. Cikgu berkata, "Mengapa tidak hadir tidak hadir semalam.
semalam, Hafizi?" 3. Encik Lim mempersilakan Encik Azman
3. "Datanglah ke rumah saya malam ini, ke rumahnya pada malam nanti.
Encik Azman," kata Encik Lim. 4. Cikgu Azmi bertanya kepada Sunita di
4. “ Di manakah awak letakkan beg mana dia meletakkan beg itu.
itu ? ” tanya Cikgu Azmi kepada 5. Nenek berkata kepada Siti bahawa
Sunita. begitu cara membuat Kuih Bahulu.
5. Kata nenek kepada Siti, “ Begini cara 6. Hassan menyatakan kepada Faizal
membuat kuih Bahulu.” bahawa itu buku dia.
6. Kata Hassan kepada Faizal , “ Ini 7. Asmah menyatakan bahawa ayam itu
buku awak. ” lapar.
7. “ Ayam itu lapar,” kata Asmah. 8. Dollah Salleh menyuruh agar bola itu
8. “ Berikan bola ini kepada Zainal diberikan kepada Zainal Abidin.
Abidin,” kata Dollah Salleh.
6. Apabila menukarkan bentuk cakap ajuk kepada cakap pindah, perkara berikut perlu diubah
atau diberi perhatian.
Cakap Ajuk Cakap Pindah
saya, aku, hamba dia, ia, nya, beliau
beta baginda
kami, kita mereka
anda, awak, kamu, engkau saya, dia, nya
dia dia
beliau beliau
mereka mereka
ini itu
itu itu
sini situ, sana, tempat itu
begini begitu
demikian ini demikian itu
sekarang masa itu, ketika itu
malam tadi malam semalamnya
semalam semalamnya
hari hari itu
ini esoknya, keesokan harinya, hari itu
esok
Contoh 1:
Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan
susunan isi dalam petikan ini.
Contoh 2:
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap
pindah.
Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu Hassan.
“ Oh, cikgu, kami ada di rumah ! “ Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan Cikgu Hassan di
halamannya.
Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. “ Jemputlah naik, cikgu. Redwan ada di
dalam, “ pelawa Kamarul dengan hormat.
“Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, “ gurau Cikgu Hassan
“Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, “ Redwan mencelah.
“ Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang lepas, “ Kamarul
memberikan alasan.
c. Latihan Pengukuhan
Latihan 1
Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap
pindah.
Latihan 2:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.
Latihan 3:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.
Contoh 1:
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan
susunan isi dalam petikan ini.
Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai
tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan
bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz
pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke
luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah
menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya
promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan
pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat
pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang
mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran
rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah
dan Samad mengiakan pendapat itu. ...........[ 6 markah ]
Contoh 2:
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan
susunan isi dalam petikan ini.
...............Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu dalam keadaan
tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli
jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Limah mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu
walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut suaminya akan berasa lapar . Pak Usop
memberitahu ii itsterinya bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi
itu. Mak Limah bertanya cara suaminya hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya dia berhenti
kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA
untuk membeli sebuah bas.
c. Soalan Latihan:
Latihan 1:
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan
susunan isi dalam petikan ini.
Latihan 2:
Tukarkan karangan di bawah dalam bentuk perbualan.
Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu Hassan sangat
rapat.Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di halaman rumah dengan
mengatakan bahawa mereka berada di dalam rumah.Setelah berada di tangga rumah Redwan,
Kamarul dengan hormat mempersilakan Cikgu Hassan naik ke rumah dan/ sambil mengatakan
bahawa Redwan berada di dalam rumah.Dengan nada mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan
itu dengan mengatakan bahawa dia tentu akan naik kerana kalau tidak masakan dia datang ke
situ.Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum berkemas. Kamarul pula
menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan mengemas rumah kerana kerja-kerja menuai
padi baru selesai dua hari sebelumnya.