You are on page 1of 13

BAHAGIAN A

(20 markah)

Jawab semua soalan. Baca soalan dengan teliti sebelum mula menjawab.

1) Berikut ialah arah angin utama kecuali:

A) utara
B) selatan
C) barat daya
D) timur

2) Sebuah masjid terletak ke arah utara sebuah sekolah. Pasar pula terletak ke
timur masjid manakala padang terletak ke barat sekolah. Sekolah terletak ke
arah __________ padang (gunakan padang sebagai titik rujukan).

A) selatan
B) utara
C) tenggara
D) barat laut

3) Semasa matahari terbit, Abu berdiri dan menghadap matahari. Dia


mendepakan tangannya. Tangan kanannya menunjukkan arah:

A) selatan
B) utara
C) timur
D) barat

4) Malaysia terletak di utara Garisan Khatulistiwa. Garisan ini terletak di:

A) latitud 23°
B) longitud 0°
C) latitud 0°
D) longitud 180°

5) Yang manakah simbol pandang darat budaya?

I) Getah
II) Gunung
III) kelapa sawit
IV) Nipah

A) II sahaja
B) II dan IV sahaja
C) I dan III sahaja
D) I, III dan IV sahaja

1
6) Negeri manakah bersempadan dengan Brunei Darussalam?

A) Sabah
B) Indonesia
C) Laut China Selatan
D) Sarawak

7) Negeri manakah bersempadan dengan dua buah Wilayah Persekutuan


negara kita?

A) Kuala Lumpur
B) Selangor
C) Sabah
D) Perak

8) Kuantan terletak paling hampir dengan negeri:

A) Selangor
B) Terengganu
C) Johor
D) Perak

9) Benua Asia dapat dihubungi dengan daratan melalui benua:

A) Amerika Utara
B) Afrika
C) Australia
D) Amerika Selatan

10) Malaysia terletak di benua Asia dan paling hampir dengan benua:

A) Australia
B) Afrika
C) Eropah
D) Amerika Selatan

11) Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak dipisahkan oleh:

A) Lautan China Selatan


B) Selat Melaka
C) Selat Tebrau
D) Laut China Selatan

12) Tsunami disebabkan oleh:

A) hanyutan benua
B) gempa bumi
C) letusan gunung berapi
D) hujan lebat

2
13) Magma berasal daripada:

A) mantel
B) kerak bumi
C) teras dalam
D) teras luas

14) Manusia dan tumbuhan ialah contoh sistem fizikal:

A) litosfera
B) biosfera
C) atmosfera
D) hidrosfera

15) Malaysia mempunyai pelbagai bentuk muka bumi. Antaranya ialah tanah
tinggi. Apakah definisi tanah tinggi?

A) mempunyai ketinggian di bawah 180meter


B) mempunyai ketinggian melebihi 180 meter
C) dikelilingi kabus dan berasa dingin
D) Kawasan yang perlu didaki

16) Negara kita mempunyai gunung tertinggi di Asia Tenggara. Gunung ini
terletak di Banjaran:

A) Titiwangsa
B) Crocker
C) Brassey
D) Trus Madi

17) Teluk dan tanjung wujud kerana:

A) hakisan ombak
B) letusan gunung berapi
C) magma
D) gempa bumi

3
18) Perhatikan gambar di bawah terutamanya di kawasan sepanjang pasir.
Bentuk muka bumi ini dipanggil:

A) Tanjung
B) Teluk
C) Batu tinggi
D) Tanah Tinggi

19) Teliti Jadual 1 di bawah.

Nama Kampung Tempat Menarik


Kampung Tanah Merah Air terjun yang dingin dan bersih
Kampung Tok Janggut Mempunyai delta yang subur dan
ditanam dengan pelbagai bunga yang
cantik
Kampung Albi Dikelilingi tasik ladam yang cantik
Kampung Cergas Dibina atas tetambak dan dikelilingi air

Jadual 1: Senarai Kampung dan tempat menarik

Kampung manakah yang terletak di hulu sungai:

A) Kampung Tanah Merah


B) Kampung Tok Janggut
C) Kampung Albi
D) Kampung Cergas

20) Alia ingin menaiki bot dari Sibu ke Kapit. Sungai apakah yang akan
digunakan olehnya?

A) Sungai Pahang
B) Sungai Rajang
C) Sungai Baram
D) Sungai Kinabatangan

4
BAHAGIAN B
(50 markah)

Arahan: Jawab semua soalan.

1. Berdasarkan Peta 1, jawab soalan-soalan berikutnya.

Peta 1: Peta Pekan Sedeli

5
(a) Nyatakan rujukan grid 4 angka bagi ciri yang berikut.

[2 markah]

Tempat Rujukan Grid 4 Angka (


b )
i. Kilang
Nyatakan rujukan grid 6 angka bagi ciri yang berikut.
ii. Jambatan

[2 markah]

Tempat Rujukan Grid 6 Angka

i. Bt. Timah

ii. Masjid
c). Apakah arah Bt. Timah dari Pekan Sedeli?

[1
markah]

d). Berapakah jarak lurus dari jambatan (RG 173288) ke Bukit Timah (RG
209305)?

[1 markah]

e). Apakah pola petempatan yang terdapat dalam RG 1829 dan nyatakan ciri-
cirinya.
i. Pola petempatan:_____________________________________________

ii. Ciri-cirinya :__________________________________________________


[2 markah]
f). Nyatakan ciri fizikal dan ciri budaya dalam peta topografi tersebut.
i. Ciri fizikal: ___________________________________________________

ii. Ciri budaya:__________________________________________________


[2
markah]
2. (a) Namakan negara-negara yang ditandakan pada peta Asia Tenggara di
bawah ini.

6
Peta 2: Asia Tenggara

N1 N6

N2 N7

N3 N8

N4 N9

N5 N10

[10
markah]

7
(b). Nyatakan fungsi dan contoh petempatan bandar utama di Asia Tenggara.

i.

ii.

iii.

iv.

[4 markah]

8
3. Berdasarkan Foto 1 dibawah ini, jawab soalan-soalan berikut.

Foto 1
(a) Namakan alat X dan alat Y.

i. X:___________________________

ii. Y:___________________________
[2 markah]

(b) Huraikan empat kepentingan alat-alat tersebut terhadap pembangunan negara.

i. ___________________________________________________________

ii. ___________________________________________________________

iii. ___________________________________________________________

iv. ___________________________________________________________

[4 markah]

(c) Terangkan kesan positif' dan kesan negatif' alat-alat telekomunikasi tersebut
kepada negara.

Kesan Positif Kesan Negatif


1. 1.
2. 2.
3. 3.
[6 markah]

9
4. Berdasarkan Rajah 1, jawab soalan berikut.
(meter)

(a). Apakah jenis hutan dalam rajah tersebut?

[1 markah]

(b) Nyatakan tiga kawasan yang mempunyai taburan hutan tersebut di Malaysia
dan dua kawasan yang mempunyai taburan hutan tersebut di dunia.
Malaysia

i. ___________________________________________________________

ii. ___________________________________________________________

iii. ____________________________________________________________

Dunia

i.

ii.

10
[5 markah]
(b) Namakan lapisan P, Q, R dan S.

i. P:_________________________ iii. R: ____________________________

ii. Q:_________________________ iv. S: ____________________________

[4 markah]

(c) Nyatakan ciri-ciri tumbuh-tumbuhan di lapisan S.

i. _____________________________

ii. _____________________________
[2 markah]

(d) Bagaimanakah cara untuk memberi kesedaran terhadap masyarakat bagi


memelihara sumber hutan?

i. ____________________________________________________

ii. ___________________________________________________
[2 markah]

11
BAHAGIAN C
(30 markah)

Arahan: Jawab mana-mana tiga soalan daripada bahagian ini.

1. Berdasarkan keratan akhbar di bawah ini, jawab soalan-soalan yang berikut.

30 maut dalam kejadian gempa bumi dan tsunami di Sulawesi


PALU: Sekurang-kurangnya 30 terbunuh di bandar Palu, Pulau Sulawesi dalam gempa bumi pada
lewat Jumaat. Menurut laporan Metro TV, jumlah itu disahkan oleh Dr. Komang Adi Sujendra
menerusi sebuah video yang dikongsikan. Menurutnya, 30 mangsa yang maut telah dibawa ke
hospital manakala 12 lagi yang cedera kini memerlukan rawatan segera. Pihak berkuasa tempatan
menghadapi cabaran besar untulc mengkoordinasi misi bantuan kecemasan selepas sistem
komunikasi di sekitar Palu lumpuh sepenuhnya. Sehingga kini, tiada pengesahan daripada pihak
berkuasa tempatan berhubung jumlah mangsa yang terjejas. Kebanyakan yang maut atau cedera
akibat oleh runtuhan bangunan susulan gegaran 7.5 pada skala Richter yang menggegarkan Palu.

(Sumber: Diubah suai daripada Astro Awani, 29 September 2018)

a). Apakah kesan kejadian gempa bumi dan tsunami tersebut? [5 markah]

b). Bagaimanakah kita dapat membantu mangsa gempa dan tsunami tersebut?
[5 markah]

2. a). Huraikan punca-punca yang menyebabkan kesan rumah hijau. [4 markah]

b). Sekiranya anda seorang pegawai meteorologi, apakah yang anda lakukan untuk
memberikan maklumat kepada orang ramai bagi mengelakkan kesan rumah hijau?
[6 markah]

12
3. Maklumat di bawah merupakan hidupan liar yang terdapat di dalam hutan di Malaysia.

 Tenggiling
 Badak Sumatera
 Harimau Malaya

a). Nyatakan kegiatan manusia yang menyebabkan kepupusan hidupan liar tersebut.
[5 markah]

b). Cadangkan cara untuk memupuk kesedaran mencintai hidupan liar dalam kalangan
rakan-rakan sekelas yang lain supaya hidupan liar ini tidak pupus pada masa
hadapan. [5 markah]

4. Foto 2 menunjukkan salah satu empangan di Malaysia.

Foto 2

a). Namakan lima empangan jana kuasa hidroelektrik yang terdapat di Malaysia.
(5 markah)

b). Apakah kepentingan empangan tersebut kepada penduduk di Malaysia


(5 markah)

13

You might also like