You are on page 1of 1

Bantuan Per Kapita Mata Pelajaran (Mata pelajaran Teras, Wajib, Tambahan / Bahasa

Asing dan Elektif)

i. Pembelian inventori dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran.
ii. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, cakera padat dan lain-lain yang
bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
iii. Penyelenggaraan dan pembaikan inventori dan harta modal yang digunakan untuk
tujuan pengajaran dan pembelajaran.
iv. Keceriaan berunsurkan pendidikan seperti taman sains, taman herba dan lain-lain
yang boleh memberi pengukuhan kepada program pengajaran dan pembelajaran.
v. Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses
pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau hari
persekolahan.
vi. Bayaran elaun kepada penceramah berdasarkan peraturan-peraturan kewangan
yang berkuatkuasa.
vii. Perolehan harta modal dibenarkan tetapi hendaklah dibincangkan dan dipersetujui
oleh Ketua Bidang atau Ketua Panitia dan diluluskan oleh Pengurus Sekolah.
Pembelian hendaklah mematuhi peraturan di bawah;-

a. Sekolah Rendah : Tidak melebihi RM5,000 atau 30% daripada keseluruhan


peruntukan PCG Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata Pelajaran (Tidak
termasuk komponen LPBT/LPK Sekolah) mana yang lebih rendah.
b. Sekolah Menengah : RM10,000 atau 30% daripada keseluruhan peruntukan
PCG Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata Pelajaran (Tidak termasuk
komponen LPBT/LPK Sekolah) mana yang lebih rendah.
c. Sekolah Kurang Murid (Rendah / Menengah) : Tidak melebihi 30% daripada
keseluruhan peruntukan PCG Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata Pelajaran.
d. Perolehan/penggantian alat pendingin udara tidak dibenarkan. Peruntukan
bagi tujuan ini hendaklah dipohon daripada Ketua PTJ masing-masing.

viii. Bagi perolehan ICT, sekolah hendaklah mematuhi tatacara Perolehan ICT yang
berkuatkuasa.
ix. Perolehan harta modal yang melebihi kadar yang ditetapkan perlu mendapat
kelulusan terlebih dahulu daripada Ketua Pusat Tanggungjawab.

Sumber: Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2012 Garis Panduan Pengurusan
Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Ke Sekolah Berdasarkan Per Kapita Dan
Enrolmen Murid. Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012, hlm. 8-9

You might also like