You are on page 1of 1

deduktif

Guru memberikan rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan tertentu kepada murid dan
mengajarnya kepada murid sehingga murid memahami, kemudian murid akan mengaplikasikannya
atau menggunakannya sebagai proses menyelesaikan masalah dalam Matematik. Kadang kala
pendekatan deduktif ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang
baharu daripada rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang telah diketahui. Maksudnya di
sini ialah daripada rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan tertentu, murid-murid dapat
memahami sesuatu yang baharu. Mereka mungkin memperoleh idea yang baharu bagi
menyelesaikan sesuatu permasalahan. Daripada idea atau pemahaman yang baharu itu boleh
dibentuk rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang baharu asalkan tidak terpesong
daripada konsep masing-masing. Dalam pendekatan deduktif ini, guru memberitahu murid objektif
pada peringkat awal. Murid dibimbing mengingat hukum, prinsip, teorem atau peraturan yang
berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapatkan kesimpulan yang
baharu.

kelemahan

kelemahan Tumpuan tidak boleh diberi kepada keseluruhan murid kerana jumlah pelajar yang ramai
menyebabkan guru sukar untuk memberi perhatian kepada tiap-tiap murid. Penglibatan setiap pelajar
tidak menyeluruh. Faktor masa iaitu masa yang terhad yang diperuntukkan kepada guru akan
menyebabkan apa yang ingin disampaikan oleh guru tidak tercapai. Kawalan kelas tidak menyeluruh
menjadikan kelas tidak teratur dan tidak bagus. Potensi murid yang berbeza-beza dalam kelas
menyukarkan guru semasa dalam proses pembelajaran.

You might also like