You are on page 1of 2

FAKTOR YANG MENYEBABKAN MEKAH TERKENAL DARI SUDUT EKONOMI,

POLITIK DAN SOSIAL.

SUDUT EKONOMI

 Terkenal sebagai “pusat perniagaan” dan “perdagangan”.


 Kedudukannya strategik jika dibandingkan dengan wilayah-wilayah arab yang lain.
 Terdapat sumber air dari telaga zam-zam, menjadikannya sebagai tempat tumpuan
kegiatan ekonomi dan kebudayaan di kalangan bangsa Arab.
 Sebahagian daripada golongan bangsawan seperti Hasyim, Abu Thalib, Abu Lahab
juga bergiat aktif dalam aktiviti perdagangan.
 Penduduk kota Mekah yang terdiri daripada masyarakat Arab Quraisy merupakan
masyarakat peniaga dan pedangang.
 Mereka mengimport batu-batu permata dan rempah dari luar melalui Pelabuhan
Aden yang terletak di laut Merah.
 Sistem perniagaan bebas diamalkan – mengandungi banyak unsur-unsur gharar
seperti riba yang diamalkan di pasar yang dibina khas menjadikan kota Mekah
sebagai pusat tumpuan para pedagang dari utara dan selatan Semenanjung Tanah
Arab.
 Perjanjian dagang dan damai diwujudkan dengan pedagang Rom dan sesama Arab
tempatan. (Demi keuntungan kedua-dua belah pihak).
 Pengisytiharan bulan-bulan haram pada musim haji. – (elak permusuhan /
pergaduhan).
 Ayat Al-Quran tentang pedangang ke Yaman pada musim sejuk dan ke Syam pada
musim panas.

SUDUT POLITIK

 Pentadbiran secara langsung oleh peraturan adat dan suku kaum masing-masing.
 Setiap kabilah ‘ sukuk aum diketuai oleh seorang sheikh yang bertanggungjawab
menjaga keselamatan kabilahnya daripada segala ancaman.
 Mereka dilantik berdasarkan kepada kekayaan, anak & harta, keberanian serta
kebijaksanaan.
 Kadang ramai dalam kalangana masyarakat Quraisy yg berkebolehan dalam bidang
kepimpinan bersifat gila kuasa terdedah kepada perebutan jawatan.
 Bersifat ego dan hati batu apabila berjaya memegang sesuatu jawatan. (Tercabar).
 Mala’ yakni merupakan majlis tertinggi yang dianggotai oleh ketua-letua suku telah
ditubuhkan oleh golongan kaya Mekah.
 Keputusan majlis ini dipengaruhi oleh golongan kaya menyebabkan suku-suku lemah
mengadakan Hilf al-Fudul untuk memperjuangkan nasib mereka.
 Mempamerkan pergolakkan di antara golongan kaya dan golongan miskin.

SUDUT SOSIAL

 Kepercayaan masyarakat Arab Quraisy terhadap patung berhala.


 Amalan penyembahan berhala diamalkan dari zaman berzaman.
 Kaabah dikunjungi setiap hari kerana Kaabah merupakan pusat penyembahan dan
dikelilingi dengan 360 berhala disekitarnya.
 Semasa musim haji suasana sekitar Kaabah sangat sibuk dan kota Mekah menjadi
tumpuan.
 Kewujudan “kepercayaan khurafat”, yang diamalkan oleh orang Quraisy terutamanya
yang berkaitan dengan nasib dan tuah dalam perniagaan.

You might also like