You are on page 1of 2

SINTAKSIS

Menurut istilah pula, sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,
struktur dan binaan atau konstruksi ayat (Nik Safiah Karim er al.,.,1993:317).

Abdullah Hassan (1980:164) pula, sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan
ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa
atau menjadi klausa dan ayat merupakan unit yang terbesar.

Frasa nama ialah frasa yg blh berdiri pd subjek dan objek ayat dan prediket nama,
disamping boleh menggantikan kata nama (Asmah Hj. Omar, 1996)

Menurut Za’ba (1965), frasa dianggap sebagai rangkai kata. Abdullah Hassan (2002:233)
pula menyatakan frasa itu sebagai sekumpulan perkataan. Menurut Nik Safiah Karim
(1993:416), frasa ialah unit yang terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-
kurangnya dua perkataan atau satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua
perkataan atau lebih. Daripada pendapat ahli bahasa tersebut, frasa terdiri daripada bentuk-
bentuk perkataan yang disusun menjadi rangkai kata.

Apabila dalam sesuatu ayat itu mengandungi frasa kerja, ayat yang terhasil ialah ayat
transitif dan ayat tak transitif. Dalam ayat yang berprediket frasa kerja, frasa kerja tersebut
terdiri daripada dua jenis iaitu,

Kata kerja tersebut boleh terdiri daripada kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif.

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh objek serta unsur lain manakala
kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu
atau sederetan perkataan.

Frasa kerja pula terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti
kata bantu, objek, pelengkap ayat komplemen dan keterangan (Nik Safiah Karim et. al.,
1994).

Menurut Asmah (1993), kata kerja transitif merupakan kata kerja yang boleh diikuti oleh
objek seperti ;
 Dia menulis surat

You might also like