You are on page 1of 2

Tutorial M1

1.Perbincangan dan sumbangsaran :

a) Menjelaskan pembaharuan dalam sistem politik Eropah

Selepas kejatuhan tamadun Rom, masyarakat Eropah dilabel hidup dalam zaman Gelap.
Hal ini disebabkan masyarakat Eropah berada dalam keadaan mundur pada masa itu. Antara
masalah yang wujud dalam masyarakat Eropah ialah kemerosotan dalam bidang ekonomi,
politik dan sosial.
Pada awalnya, pusat Eropah berkuasa mentadbir wilayah-wilayah Eropah. Sistem ini
merosot dengan kemunculan golongan baron, iaitu tuan tanah. Golongan baron berkuasa di
wilayah masing-masing. Bagi menjaga keselamatan diri, golongan petani mencari
perlindungan daripada golongan baron. Golongan petani itu juga membayar cukai kepada tuan
tanah sebagai balasan. Manakala petani yang tidak mampu membayar cukai akan
menyerahkan tanah mereka kepada tuan tanah dan menjadi hamba. Kaedah ini juga sama
dengan tuan tanah. Tuan tanah mendapat perlindungan daripada Raja. Sebagai balasannya,
tuan tanah berikan khidmat atau bayar cukai kepada raja. Ikatan antara rakyat, tuan tanah dan
raja merupakan asas kepada sistem feudal di Eropah.
Berlaku perubahan pada zaman kemuncak Pertengahan di Eropah. Berlaku peningkatan
hasil pertanian yg menambahkan pendapatan penduduk. Kegiatan perdagangan mula
berkembang maju di Eropah.Muncul bandar seperti Venice, Milan, Florence di Eropah.
Pembaharuan dlm sistem politik melahirkan golongan kelas perdagangan seperti artisan,
pedagang dan ahli perbankan. Status sosial berubah daripada pemilikan tanah kepada
kekayaan. Perubahan ini memberi hak politik kepada rakyat untuk menuntut hak mereka
menerusi institusi parlimen yg diwujudkan. Situasi politik pada masa ini menunjukkan
bahawa pemerintah mula menjalinkan hubungan dengan rakyat.
Muncul era baharu disebut zaman Renaissance. Bermaksud kelahiran semula dgn
merujuk kpd penghargaan semula ilmu dalam tamadun Rom dan Yunani. Tokoh terkenal
termasuklah Francesco Petrarch, Nicollo Machiavelli, Giovanni Bocaccio. Renaissance
berlaku di Itali melalui penonjolan keupayaan manusia berfikir untuk selesaikan masalah.
Renaissance berlaku akibat kesediaan pentadbir dan pemimpin meneroka bidang dan kawasan
baharu setelah didorong oleh semangat inkuiri yang kuat. Persaingan dalam kalangan patron
berlaku di Itali untuk mendapatkan seniman dan cendikiawan yg terbaik dalam pelbagai
bidang. Para seniman dan cendikiawan berkunjung dari bandar ke bandar untuk menyiapkan
tugasan dan menyebarkan idea Renaissance di Itali.
Kesan Renaissance ialah berlaku perubahan politik iaitu kemunculan monarki baharu yg
mempunyai kekuatan dan kekuasaan melalui kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan
kebangsaan. Pembayaran cukai kepada kerajaan pusat telah memperkukuh kedudukan raja
menyebabkan kuasa gereja dan golongan bangsawan semakin berkurang, Monarki baru
terdapat di Portugal, Castile, Aragon (Spain), England, Perancis dan Belanda.
Zaman Reformation bermaksud para pentadbir dan kerajaan yg memerintah perlu
melaksanakan perubahan atau pembaharuan untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik atau
membentuk sesuatu yang baharu. Zaman ini berlaku di Eropah Barat pada abad ke-16 yg ada
kaitan dengan agama Kristian. Golongan agama menentang perkara baharu yg ditimbulkan
golongan Protestan. Gerakan Reformation adalah disebabkan oleh kepincangan, rasuah dan
penyelewengan setelah pihak Gereja Rom meningkatkan usaha pembangunan keduniaan.
Amalan golongan penguasa gereja Katolik yg tidak selari dengan kitab Bible menyebabkan
masyarakat mempersoalkan kedudukan mereka. Golongan penguasa gereja cenderung
mengamalkan gaya hidup pemerintah dan bangsawan yg tidak mencerminkan kehidupan
beragama. Penyelewengan berlaku dlm penjualan sijil indugences, iaitu surat pengampunan
bagi penganut Kristian yg melakukan dosa telah merebak ke seluruh Eropah. Adanya mesin
cetak ciptaan Johann Gutenberg membolehkan Bible dihasilkan dalam masa yg singkat dgn
harga yang murah. Martin Luther, prof ilmu teologi di Jerman menentang amalan
Indulgences. Baginya, manusia perlu bergantung kepada kekuatan rohani dlm beribadat dgn
mencabar kedudukan paderi dan gereja dan memperkenalkan mazhab protestant yg
membantah dan mempersoalkan kewibawaan gereja Roman Katolik dan paderi.

b) Menerangkan pembentukan negara-negara bangsa akibat keruntuhan Kesatuan Soviet.

You might also like