You are on page 1of 6

Tutorial GCI1022 Minggu 2

2. Menjelaskan konflik etnik di Bosnia dan di Myanmar.

Konflik Bosnia

Negara Yugoslavia yang moden terbentuk pada tahun 1918 dan

kemudiannya telah disahkan melalui Perjanjian Versailles selepas Perang

Dunia Kedua.Pada tahap ini,negara tersebut dikenal sebagai The

Kingdom of the Serbs,Croats ,and Slovenes.Negara ini terdiri daripada

kumpulan-kumpulan etnik Balkan.Sebelum terbentuknya Yugoslavia,

wilayah ini diperintah oleh pentadbiran Austria-Hungary. Majoriti

penduduk negara ini terdiri daripada etnik Serb. Dalam negara Yugoslavia

ini telah wujud sistem monarki Serb, tentera Serb dan perkhidmatan

pentadbiran Serb. Jelas bahawa Yugoslavia merupakan sebuah negara

yang didominasi oleh etnik Serb. Namun, negara-negara besar yang telah

berjaya dalam Perang Dunia Pertama khususnya British dan Perancis

telah mewujudkan negara baharu ini sebagai sebuah negara yang

liberal ,demokrasi pelbagai parti, kerajaan berparlimen, dan demokrasi

berperlembagaan.

Perbincangan mengenai Yugoslavia selepas Perang Dunia Kedua

juga perlu menyentuh tentang pemimpin penting mereka, iaitu Josip

Broz Tito. Selepas Perang Dunia Kedua, Tito telah mewujudkan sistem

persekutuan untuk Yugoslavia yang terdiri daripada negara-negara

Balkan yang berikut,iaitu Bosnia dan Herzegovina ,Croatia , Macedonia,


Montenegro , Serbia , Slovenia, dan dua wilayah berautonomi (Kosovo

dan Vojvodina dalam Republik Serbia)

Satu tindakan Tito adalah dengan mengatur sempadan-sempadan

dalam Yugoslavia agar pemimpin itu dapat mengawal sentimen

nasionalisme setiap etnik dalam persekutuan Yugoslavia. Selain itu, Tito

juga telah mewujudkan pasukan polis rahsia untuk memadamkan

sebarang cita-cita dan kumpulan etnik dalam Yugoslavia. Pada tahun

1948,pemerintah Soviet telah menyingkirkan Yugoslavia dari Cominform,

iaitu sebuah pertubuhan negara-negara Komunis Timur. Kekhuatiran

terhadap serangan Soviet terhadap Yugoslavia dan pemerintahan

totalitarian Tito telah menyebabkan persekutuan Yugoslavia terus kekal

sebagai satu entity. Namun, kematian Tito pada 4 Mei 1980 dan

berakhirnya ancaman Soviet pada penghujung tahun 1980-an telah

menyebabkan sentiment kebangsaan etnik-etnik dalam persekutuan

muncul dan menjadi lebih kukuh.

Pemimpin-pemimpin Croatia dan Slovenia mula memperjuangkan

autonomi yang lebih untuk negeri-negeri mereka dalam

Yugoslavia.Pemimpin Serbs pula mahukan Yugoslavia terus kekal sebagai

sebuah persekutuan agar mereka mempunyai kuasa yang lebih terhadap

institusi-institusi dalam negara. Hasrat etnik Serbs untuk mendapat

kuasa yang lebih dan menjadi pihak yang dominan dalam Yugoslavia

dapat dilihat sejak tahun 1980-an lagi. Pada tahun 1986, etnik Serbs
telah mengeluarkan manifesto yang disediakan oleh Akademi Sastera

dan Sains Serbia serta ditandatangani oleh 216 orang tokoh intelek

mereka. Manifesto itu telah mengkritik perlembagaan Yugoslavia dan

mencadangkan langkah-langkah untuk memajukan kepentingan Serbs.

Memorandum itu dinamakan Memorandum SAAS. Memorandum itu

mendakwa bahawa etnik Serbs dan Serbia telah didiskriminasi oleh Tito

dan didakwa telah menerima penguasaan ekonomi oleh Croatia dan

Slovenia.

Pada tahun 1986 juga, Slobodan Milosevic telah menjadi ketua

parti Komunis Serbia. Milosevic telah menggunakan kuasa ketenteraan

untuk menghancurkan penentangan dalam wilayah autonomi Kosovo.

Penduduk majorti dalam wilayah ini ialah etnik Albania. Kosovo telah

menjadi tapak permulaan bagi peluasan kuasa Milosevic terhadap

seluruh Yugoslavia. Antara ulasan yang dibuat tentang konflik di

Yugoslavia ialah “Kebencian yang wujud di seluruh Yugoslavia adalah

sesuatu yang direncanakan dan bukannya secara semula jadi dari dalam

diri mereka.”

Dalam konteks ini,dapat dikatakan bahawa Milosevic

merupakan perencana utama bagi kebencian dan permusuhan antara

etnik di Yugoslavia.

Konflik Myanmar
Konflik yang berlaku di Myanmar adalah antara etnik

Rohingya dengan etnik Rakhine secara khusus. Kemuncak konflik ini

adalah pada Mei 2012 apabila kedua-dua etnik ini berkonflik secara

terbuka. Peristiwa ini telah mengorbankan ratusan nyawa serta

memusnahkan ribuan rumah kediaman dan harta benda lain. Lebih

90000 orang dianggarkan terpaksa berpindah akibat konflik tersebut.

Pada 10 Jun 2012, pihak kerajaan Myanmar telah mengisytiharkan

darurat di wilayah Rakhine. Hal ini membolehkan pihak tentera

melibatkan diri dalam konflik.

Latar belakang etnik Rohingya perlu diketahui lebih dahulu

kerana kumpulan etnik inilah yang menerima akibat buruk daripada

konflik yang tercetus. Mereka ialah kumpulan etnik yang beragama

Islam dan bertutur dalam Bahasa Rohingya. Etnik ini berkait rapat

dengan penduduk Chittagong dalam wilayah Bengal yang kini bernama

Bangladesh. Mereka telah berhijrah ke Myanmar semasa pentadbiran

British. Mereka mempunyai perkaitan dengan kumpulan Indo-Aryan di

India dan Bangladesh. Ciri-ciri tersebut membezakan mereka dengan

etnik lain di Myanmar yang dikategorikan sebagai penutur bahasa Sino-

Tibet. Menurut sumber Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, etnik

Rohingya merupakan kumpulan etnik minoriti yang paling ditindas di

dunia. Di Myanmar, lebih 100000 orang etnik Rohingya terus hidup

dalam kem-kem pemindahan. Terdapat sumber lain yang mengatakan


bahawa jumlah etnik Rohingya di kem-kem pemindahan mencecah

140000 orang. Sementara itu, lebih 700000 orang mengalami

kesengsaraan di kawasan-kawasan lain akibat daripada konflik ini.

Mereka terpaksa melarikan diri ke kem-kem pelarian di kawasan yang

bersempadan dengan Bangladesh dan ke kawasan-kawasan sempadan

Myanmar dan Thailand.

Peristiwa Perang Pembebasan Bangladesh pada tahun 1971

juga perlu dititikberatkan. Akibat daripada perang ini, berlaku

penghijrahan besar-besaran ke wilayah Arakan dalam Myanmar. Pada

tahun 1974, negeri Arakan telah terbentuk secara rasmi. Pada tahun

yang sama juga, Akta Imigrasi Darurat (Emergency Immigration Act)

telah diperkenalkan. Tujuan akta ini diperkenalkan adalah untuk

mengawal kemasukan imigran tidak sah ke negara Myanmar . Hal ini

menyebabkan penghijrahan beribu-ribu orang Rohingya ke Bangladesh.

Pada tahun 1978, Operasi King Dragon telah dilancarkan

untuk meneliti setiap orang yang menetap di negara Myanmar dan

mengambil tindakan terhadap orang asing yang memasuki negara

Myanmar secara tidak sah. Penahanan pendatang tanpa izin melalui

operasi ini telah menimbulkan keadaan tidak aman di Araka. Akibatnya,

berlaku penghijrahan seramai 252000 orang ke Bangladesh. Antara

Ogos 1978 dan Disember 1979, proses penghantaran pulang etnik

Rohingya melalui usaha Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu untuk


Pelarian (UNHCR) telah dilalukan. Kebanyakan mereka kembali menetap

di barat Myanmar. Malangnya, Undang-undang Kewarganegaraan

Burma telah diperkenalkan pada Oktober 1982 dan kebanyakan etnik

Rohingya ini dinafikan hak untuk mendapat kewarganegaraan

Myanmar.

Pada 18 September 1988, pihak tentera telah merampas

kuasa dengan mematahkan kebangkitan gerakan prodemokrasi di

Myanmar dan membentuk rejim pemerintahan tentera yang dinamakan

State Law and Order Restoration Council (SLORC) . Pada tahun 1991

hingga 1992, penduduk Islam Rohingya terpaksa berpindah lagi kerana

organisasi ketenteraan itu telah mewujudkan petempatan baharu di

Buthidaung dan Maungdaw untuk penduduk beragama Buddha. Mereka

terpaksa berhijrah ke Bangladesh dengan jumlah pelarian seramai

270000 orang . Menjelang tahun 1993, mereka berpeluang kembali ke

kawasan asal mereka dan dianggarkan masih terdapat 20000 orang

pelarian yang menetap di kem-kem pelarian di sempadan Myanmar dan

Bangladesh.

You might also like