You are on page 1of 3

1. Menjelaskan ketidakseimbangan kekayaan dunia dan kemiskinan Dunia Ketiga.

I% orang terkaya di dunia memiliki 40% kekayaan dunia. 2% orang terkaya di dunia
memiliki separuh kekayaan dunia. 10% orang terkaya didunia memiliki 85% kekayaan dunia.
Hampir separuh orang termiskin di dunia memiliki hanya 1% kekayaan dunia. Walaupun
penduduk Amerika Syarikat berjumlah 6% penduduk dunia, ia menguasai 34% kekayaan dunia.
Satu daripada enam orang yang menghuni bumi ini masih lagi menghadapi kesukaran untuk
memenuhi keperluan asas kehidupan seperti nutrisi pemakanan yang mencukupi, air minuman
yang tidak tercemar, tempat perlindungan yang selamat, persekitaran yang bersih dan khidmat
kesihatan asas.

Kawasan-kawasan berlakunya kemiskinan di dunia ini biasanya mempunyai beberapa ciri


yang jelas iaitu kawasan tersebut tidak mempunyai aktiviti perdagangan pada kadar yang
sepatutnya. Kawasan-kawasan ini juga tidak sesuai untuk pelaburan dalam bidang kemudahan
asas, pendidikan, kemudahan pendidikan. Terkini, analisisi terhadap punca kemiskinan dikaitkan
pula dengan faktor “kelemahan urustadbir”. (poor governance). Analisis sebegini menjelaskan
bahawa kemiskinan berlaku kerana pihak kerajaan yang mentadbir telah gagal untuk menyediakan
asas-asas perdagangan di kawasan-kawasan berlakunya kemiskinan. Kerajaan juga gagal
menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan awam dan gagal juga membendung rasuah.

Ketidakseimbangan kekayaan dunia dan kemiskinan Dunia Ketiga adalah disebabkan oleh
beberapa faktor. Antaranya ialah faktor geografi dan penjajahan. Dalam konteks faktor geografi,
tidak kedapatan Banjaran Himalaya yang membekalkan air untuk sungai-sungai di Afrika. Ini
akan membolehkan wujudnya sistem pengairan yang cekap dan membantu pertanian secara besar-
besaran. Jelasnya, Asia telah mengalami Revolusi Hijau dalam tahun 1960-an dan 1970-an.
Revolusi sebegini tidak berlaku di Afrika.

Punca ketidakseimbangan global kedua adalah dari aspek pengagihan kekayaan. Hal ini dapat
dirujuk daripada hubungan antara Negara Maju dan Negara-Negara Sedang Membangun dan
Negara Mundur. Istilah lain yang boleh digunakan ialah Negara Dunia Pertama dan Negara Dunia
Ketiga. Punca ketidakseimbangan global ini berlaku akibat daripada eksploitasi besar-besaran
terhadap Negara Dunia Ketiga oleh Negara-Negara Dunia Pertama. Berbekalkan kelebihan
teknologi ketenteraan, Negara Dunia Pertama telah menjajah Negara Dunia Ketiga. Penjajahan
bermaksud menghalalkan kekayaan Negara Dunia Pertama. Perampasan kekayaan itu yang
bermula ratusan tahun dahulu terus berlaku hingga kini. Dengan wujudnya penjajahan,
pembangunan di kawasan-kawasan jajahan telah terbantut dan tergendala. Fenomena yang
berlaku di tanah-tanah jajahan akibat penjajahan ialah keadaan eksploitasi yang melampau
(overexploited). Penguasaan Dunia Pertama terhadap Dunia Ketiga terus berlaku walaupun
kemerdekaan tanah-tanah jajahan telah dicapai. Dianggarkan tiga perempat daripada sumber
mineral di Negara-Negara Dunia Ketiga terus di bawah kawalan kepentingan korporat-korporat
Dunia Pertama.

2. Membincangkan dan mengaitkan kualiti pemakanan dan kesihatan ekoran keadaan kemiskinan
di negara Dunia Ketiga.
Negara Dunia Ketiga yang menjadi semakin mundur mempunyai masalah kemiskinan,
malnutrisi yang kronik dan kadar penyakit penduduknya adalah tinggi. HIV,tuberculosis dan cirit-
birit banyak berlaku akibat daripada jangkitan virus, bakteria dan parasit. Penyakit-penyakit lain
seperti malaria dan cacar juga berlaku pada kadar yang tinggi. Selain itu, penyakit-penyakit
kardiovaskular seperti sakit jantung dan penyakit kancer juga merupakan ancaman yang besar
kepada penduduk.

Isu kedua ialah jangka hayat. Sebagai contoh, penduduk di sebuah negara yang merupakan
negara kurang membangun, iaitu Swaziland mempunyai jangka hayat penduduk yang paling
rendah, iaitu 40 tahun. Menurut UNICEF, terdapat 18 buah negara di dunia yang mempunyai
jangka hayat penduduk di bawah 50 tahun.

Isu ketiga adalah berkaitan kadar kematian. Punca utama kematian ialah penyakit berkaitan
kardiovaskular, kira-kira 30% daripada keseluruhan kadar kematian. Pada tahun 2007, kadar
kematian bayi di negara kurang maju adalah sebanyak 84 bayi daripada 1000 bayi di bawah umur
1 tahun. Hal ini dikatakan demikian kerana kualiti air dan kebersihan yang rendah. UNICEF
menganggarkan hanya 62% penduduk dunia mendapat kemudahan asas yang bersih.

3. Membincangkan isu-isu alam sekitar yang mengancam kelestarian alam.


Antara isu alam sekitar yang mengancam kelestarian alam ialah pembalakan haram.
Pembalakan haram yang beroperasi berleluasa akan menyebabkan kepupusan flora dan fauna.
Laporan Trade Record Analysis of Fauna and Flora menunjukkan antara tahun 1986 hingga jun
1990 , dianggarkan 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang iaitu melebihi 320,000 hektar
kawasan yang dibenarkan. Operasi pembalakan haram ini telah menyebabkan penebangan spesis
pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal. Kebiasaanya aktiviti pembalakan haram ini
berlaku di kawasan perlindungan seperti kawasan hutan simpan dan Taman Negara. Pembalakan
haram ini turut memusnahkan hidupan flora dan fauna yang lain.Pokok balak yang tumbang
memusnahkan tumbuhan kecil disekitarnya dan menyebabkan haiwan kehilangan tempat tinggal
dan secara tidak langsung tumbuhan dan haiwan itu mengalami kepupusan. Pembalakan haram
dan pembalakan yang tidak dikawal boleh menyebabkan kemusnahan ekologi hutan yang boleh
membawa kepada perubahan suhu setempat. Dengan itu, aktiviti pembalakan harus dikawal
kerana kemusnahan sesebuah kawasan hutan memerlukan masa selama 40 tahun untuk pulih
semula.
Selain itu, salah satu isu-isu alam sekitar yang mengancam kelestarian alam ialah
pembakaran hutan. Pembakaran hutan yang dilakukan secara terbuka menyebabkan spesis-spesis
yang terancam yang terdapat dikawasan tersebut akan musnah. Contohnya pembakaran hutan
yang berlaku di Kalimantan dan sumatera. Secara tidak langsung hidupan dan tumbuhan yang
berada disekeliling hutan tersebut akan pupus dan mati kerana kehilangan tempat tinggal kerana
habitatnya telah musnah. Seperti sedia maklum satu lagi kejadian pembakaran terbuka yang
berlaku di Australia. Sudah pasti hidupan flora dan fauna yang berada disekeliling kawasan
tersebut akan mati. Sikap sesetengah pihak di negara membangun yang lebih gemar mengambil
jalan mudah, seperti mengamalkan "tebas dan bakar" (slash and burn) bukan saja membuatkan
satu-satu kawasan hutan lenyap sama sekali, bahkan pembakaran yang tidak terkawal ada kalanya
mengakibatkan api merebak dan menjadi kebakaran hutan yang serius dan secara tidak langsung
menyumbang kepada faktor kepupusan flora dan fauna.
Di samping itu, isu-isu alam sekitar yang mengancam kelestarian alam ialah pembukaan
tanah baru. Pembukaan tanah seperti untuk pertanian, tanah - tanah rancangan oleh Felda dan
Felcra juga turut memusnahkan spesis tumbuh- tumbuhan. Masalah pembukaan tanah baru ini
kerana jumlah penduduk dunia meningkat, kita memerlukan kawasan yang lebih luas untuk
membina rumah, kawasan industri, perniagaan dan pertanian, jaringan pengangkutan serta
perkhidmatan berkaitan seperti loji bekalan air dan tapak pelupusan sampah. Contohnya
pembukaan tanah baru di Lojing Gua Musang Kelantan dimana penyerahan tanah secara besar-
besar kepada beberapa syarikat dengan yang bertujuan untuk membuka kawasan pertanian seperti
kebun sayur. Bagi tujuan itu maka banyak hutan ditebang dan dibersihkan dan flora dan fauna
yang berada disekeliling kawasan itu akan mengalami kepupusan.

You might also like