You are on page 1of 4

PROGRAM SEMARAK PDPC: CONTINUING 

PROFESSIONAL DEVELOPMENT (CPD)

Nama Program: Teambuilding (Bina Pasukan)


Tarikh: 8 Januari 2018
Hari: Isnin
Masa: 3.00 petang hingga 4.30 petang
Tempat/lokasi: SMK Mantin
Sasaran: Semua warga sekolah (barisan kepimpinan dan semua guru tingkatan 1
hingga 6)

Pengenalan
Penerapan pasukan kerja merupakan yang berinteraksi untuk berkongsi maklumat dan
keputusan bagi membantu ahli-ahli pasukan menjalankan tugas dalam sempadan
tanggungjawab yang ditetapkan. Pasukan kerja merupakan gabungan usaha, pengetahuan,
kemahiran dan kebolehan yang dilakukan secara sinergenik untuk menghasilkan prestasi kerja
melebihi input yang dilakukan secara bersendirian. Pasukan kerja akan membolehkan
organisasi meningkatkan sumber atau kemahiran.
Oleh yang demikian, program Teambuilding ini perlu dilakukan bagi menjayakan kerja
berpasukan yang mampu meningkatkan kualiti sesebuah organisasi/sekolah. Program ini akan
diadakan sebanyak 2 fasa dan berlangsung selama 1 jam 30 minit bagi setiap fasa dalam
memenuhi objektif utama. Fasa 1 pada tarikh 8 Januari 2018 dan fasa 2 pula ialah pada 10
Julai 2018. Pelbagai aktiviti akan disediakan untuk memupuk semangat kerja berpasukan,
bekerjasama dalam kalangan ahlinya, membina kemahiran penyelesaian masalah dan melatih
guru berfikiran kritikal serta kreatif.

Objektif Program Teambuilding:


Bagi menajayakan program ini, ia memerlukan objektif yang kukuh dan jelas bagi memudahkan
organisasi yang terlibat memahami objektif utama program ini dilakukan. Oleh itu, beberapa
objektif utama telah dikenalpasti iaitu:
1. Membangunkan individu kearah kecemerlangan diri, kerjaya dan organisasi,
menyeimbangkan jati diri, mental, kerohanian dan kecergasan fizikal, dan mengharmonikan
diri dengan suasana kerja (job-based and workplace).

2. Penumpuan kepada aktiviti yang dapat mencapai matlamat untuk membentuk komuniti dan
kemesraan dengan rakan sejawat untuk mengenali sifat mereka sekaligus dapat
mengeratkan silaturahim sesama sendiri.

3. Interaksi dan perbincangan berkumpulan dengan aktiviti dan khidmat bakti dalam mencapai
matlamat utama iaitu membentuk individu dan organisasi yang cemerlang.
4. Memahami bagaimana personaliti, jantina, dan budaya mempengaruhi pemikiran, emosi
dan stail pembelajaran dalam menyuburkan sifat ehsan dan membantu mereka
membangkitkan semangat yakin diri serta kegembiraan di kalangan mereka.

5. Membina kemahiran menyelesaikan masalah, berfikiran kritikal dan kreatif disamping dapat
mengurangkan tekanan diri dalam melaksanakan tugas.

Methodologi Program:

Pendekatan yang digunakan dalam program ini adalah melalui penekanan terhadap dua aspek
iaitu:
1) Penyelesaian masalah (Problem Solving),
2) Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, dan
3) Kemahiran komunikasi berkesan.

Pengisian Program/Aktiviti:
1. The Human Knot
Aktiviti ini dilaksanakan dalam kumpulan bagi melatih guru menyelesaikan masalah dengan
limitasi yang ditetapkan. Setiap kumpulan membentuk satu bulatan dan saling berpegang
tangan dengan saling berhadapan. Masalah yang harus diselesaikan ialah bagaimana cara
pergerakan anggota badan menukar posisi yang berhadapan kepada posisi membelakangi
tanpa melepaskan jalinan tangan setiap ahli kumpulan.

                

2. Standing On News Paper


Aktiviti ini dilaksanakan dalam kumpulan bagi melatih guru membina kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif dalam menyelesaikan tugasan yang diberi. Dalam kumpulan dibekalkan sehelai
surat khabar. Tugasan dalam kumpulan ialah setiap ahli mesti berdiri di atas surat khabar yang
dibentang di atas lantai pada pusingan pertama. Bagi yang tidak berjaya melakukannya dikira
“mati” dan tidak layak meneruskan pusingan seterusnya. Pusingan berikutnya lipat kepada dua
bahagian kertas tadi. Tugasan yang sama sehingga semua ahli berjaya berdiri di atas kertas itu
tanpa terkeluar mana mana bahagian anggota badan setiap ahli. Kumpulan yang menang
adalah kumpulan akhir yang berjaya mara ke pusingan yang lebih sukar iaitu semakin kecil
lipatan kertas tetapi mampu menampung setiap ahli dalam kumpulan.
            
3. Blind Fold
Aktiviti ini dilaksanakan dalam kumpulan bagi melatih guru mempraktikkan komunikasi
berkesan dalam mencapai matlamat. Seorang ahli dalam kumpulan akan ditutup matanya dan
akan bergerak mengikut arahan ahli kumpulannya yang lain dalam melepasi halangan untuk
mencapai matlamat sampai ke destinasi yang ditetapkan tanpa melakukan sebarang kesilapan.

Faedah Program Teambuilding (Bina Pasukan):


1. Memupuk semangat kerjasama yang kukuh dan berpanjangan diantara ahli dalam
sesebuah organisasi.
2. Memberi peluang kepada ahli dalam organisasi bebas memberikan pandangan dan
bersuara dalam memberikan pandangan dalam sesebuah aktiviti.
3. Memperkukuhkan hubungan diantara ahli dalam sesebuah organisasi terutama dalam
mendapatkan kerjasama.
4. Membentuk guru yang berdaya saing dan menyumbang kepada pembentukan sekolah
maju.
5. Melahirkan guru yang bersifat pemimpin dan berketerampilan serta memperkasakan
guru dengan membentuk diri individu mahupun kumpulan yang mempunyai ketahanan
fizikal dan mental.
6. Membina benteng dalam diri individu serta kumpulan dalam mengharungi cabaran dunia
pendidikan dan melahirkan individu guru dan kumpulan guru yang kental dan serba boleh.
Keperluan alatan yang perlu disediakan oleh pihak sekolah:

Bi Perkara Kuantiti
l

1 Surat khabar lama 5 set

2 Kain penutup mata 15 helai

3 Cawan kertas/polistrin atau pundi 15 set (1 set = 10 cup/pundi kacang)


kacang

4 Alat pembesar suara untuk fasilitator 2 set

5 Visel 2 pc

6 Mancis 15 kotak

8 Fotostate Gambar Gajah 10 salinan

Fasilitator yang terlibat:


Pegawai SIPartners+
1. Pn Normala Binti Abu Bakar
Pegawai SISC+
2. En Rahim Bin Abd Latif
2. En Ahmad Tarmimi Bin Mukhtar
2. Dr Norhana  Binti Bakhary
2. Pn Nor Aisah Binti Jamil
2. Pn Norjayanthimala Binti Mahadzir
2. Pn Noraini Binti Hassan
2. Pn Shamsina Idayu Binti Mohd Yusof
2. Pn Alnon Faziaton Binti Fakhrullah
2. Pn Khannita Binti Zakariah
2. Pn Nor Hayati Binti Senek
2. Pn Aini Haziah Binti Amirullah

*** Catatan: Keperluan peserta program dalam kalangan warga sekolah berpakaian sukan

You might also like