You are on page 1of 5

Dalam Jurnal Charles Hirschman (2016) iaitu “Gender, the Status of Women, and

Family Strucutre in Malaysia” secara amnya adalah membahaskan tentang jantina, status
wanita dan struktur keluarga di Malaysia pada usia 20-an abad Semenanjung Malaysia.
Daripada abstrak jurnal, pengkaji berpendapat bahawa di Malaysia, aspek patriarki tipikal tidak
berlaku, seperti mementingkan keturunan patrilineal, penyediaan tempat tinggal bagi pasangan
yang baru berkahwin, mahupun mmeberi keutamaan kepada anak lelaki dalam sebarang
urusan. Namun, terdapat bukti kesinambungan daripada corak relatif keseimbangan gender di
Malaysia yang membuatkan pengkaji menyatakan bahawa bukanlah bermakna patriarki tidak
berlaku langsung di Malaysia.

Sebelum menceritakan dengan lebih lanjut apakah yang pengkaji maksudkan dengan
aspek perkembangan keseimbangan gender di Malaysia berpandukan jurnal dan bukti semasa,
kefahaman mengenai aspek patriarki tipikal haruslah jelas terlebih dahulu. Maksud patriarki
lebih mudah diterangkan dengan mengutamakan atau melebihkan kaum lelaki serta meletakkan
kaum lelaki paling atas jika dibandingkan dengan kaum wanita. Oleh itu, untuk memudahkan
kefahaman masyarakat, patriarki memberi maksud lelaki melebihi wanita dalam setiap perkara.
Terdapat pelbagai contoh untuk menerangkan tentang sistem patriarki seperti mementingkan
keturunan patrilineal iaitu seseorang individu itu mempunyai susur galur kekerabatan melalui
bapanya, datuk sebelah bapa, dan seterusnya melalui lelaki sahaja. Atau mudah katanya hanya
lelaki sahaja yang akan berada dalam sistem-sistem sosial.

Dalam jurnal oleh Charles Hirschman menyatakan bahawa lelaki dan wanita tidak
dianggap sama dalan semua aspek. Terdapat bidang aktiviti dan kewibawaan lelaki dan wanita
yang terpisah. Apa yang dimaksudkan di sini ialah kaum lelaki umumnya akan dikaitkan dengan
kerja-kerja yang berat seperti kerja yang melibatkan logam, pembangunan dan sebagainya.
Manakala, kaum wanita pula akan dikaitkan dengan aktiviti yang tidak memerlukan tenaga yang
banyak seperti aktiviti ekonomi perniagaan dan lain-lain. Namun, berbeza dengan zaman
sekarang di mana dalam setiap sektor aktiviti pekerjaan tidak lagi mementingkan kaum dalam
bidang tersebut. Selagi seseorang itu mahir dan berkemampuan dalam melakukan kerja yang
ditetapkan, jantina seseorang itu tidak lagi menjadi penghalang dan faktor utama yang dilihat.
Sebagai contoh, seorang wanita bergelar Aini Ramli tidak kekok untuk membawa lori sampah
sebagai pekerjaannya telah membuktikan bahawa bukan hanya kaum lelaki yang boleh bekerja
dalam sektor 3D (dirty, difficult, dangerous) [ CITATION Nor16 \l 1033 ].
Selain itu, sistem keturunan patrilineal juga turut dibincangkan oleh pengkaji di dalam
jurnalnya. Terdapat beberapa jenis keturunan yang disebut di dalam jurnal tersebut. Antaranya
termasuklah patrilineal, matrilineal serta kedua-duanya atau lebih mudah difahami sebagai dua
hala. Di Malaysia, sistem kekeluargaan Melayu adalah secara dua hala. Oleh itu, kepentingan
bagi kaum lelaki dan kaum wanita adalah sama diberikan kepada saudara-mara di sebelah
ayah dan ibu. Sistem ini kebiasaannya mencerminkan ‘sistem penamaan Islam’ [ CITATION Dja65
\l 1033 ]. Hal ini dikatakan demikian kerana keluarga Melayu tidak mempunyai nama keluarga
pelbagai jenerasi, iaitu setiap orang tidak mengekalkan nama bapa mereka untuk satu-satu
jenerasi. Sebagai contoh, nama anak lelaki atau nama anak perempuan yang diberi nama ayah.
Sistem penamaan Islam ini dikatakan sedemikian kerana ia tidak memberikan sebarang
keistimewaan untuk kerabat ayah berbanding kerabat ibu. Oleh itu, setiap orang dalam
kekeluargaan itu adalah sama bagi kedua-dua belah pihak ayah dan ibu.

Penyediaan tempat tinggal bagi pasangan yang baru berkahwin turut dibincangkan oleh
pengkaji. Pengkaji menyatakan bahawa pasangan yang baru berkahwin serta tinggal berjauhan
dengan rumah ibu bapa mereka akan mempunyai kebebasan dalam membuat keputusan tanpa
perlu memikirkan tentang pendapat daripada ibu dan bapa mereka. Pengkaji juga menyatakan
bahawa corak umum kediaman selepas berkahwin di Malaysia bagi pasangan yang baru
berkahwin ialah si suami akan menetap bersama-sama si isteri di rumah ibu bapa si isteri
sekurang-kurangnya untuk janga masa yang pendek terutamanya bagi mereka yang berada di
kawasan luar bandar kerana kos rumah yang agak tinggi. Oleh itu, pasangan yang baru
berkahwin dan menetap di rumah ibu bapa pasangan mereka akan terikat dengan keputusan
yang terhad kerana mereka perlu untuk berurusan dengan keputusan ibu bapa mertua. Perkara
ini masih berlaku daripada zaman dahulu hingga zaman sekarang kerana kos yang perlu
ditanggung untuk memiliki rumah sendiri setelah berkahwin amat tinggi terutamanya bagi
kawasan bandar. Justeru, kedua-dua pihak perlu untuk saling bantu-membantu bagi memenuhi
kehendak mereka untuk memiliki kediaman sendiri setelah berkahwin. Namun, bukan semua
masyarakat di Malaysia yang menjadikan rumah sendiri sebagai kebiasaan setelah berkahwin.
Hal ini dikatakan kerana terdapat masyarakat yang cenderung untuk tinggal bersama keluarga
mertua kerana beberapa faktor seperti lebih mudah untuk membantu ibu dan bapa serta
mengawasi mereka kerana risau akan keselamatan mereka [CITATION Pal70 \l 1033 ].

Bahagian tenaga kerja isi rumah juga termasuk dalam perkara yang dibincangkan dalam
jurnal oleh Charles Hirschman. Isu yang dibangkitkan bagi perkara ini adalah kaum wanita
dikatakan mempunyai tanggunjawab yang lebih banyak. Hal ini dikatakan demikian kerana
kaum wanita perlu menjalankan kerja-kerja rumah. Walaupun mereka mempunyai kerja tetap
bagi membantu suami menambahkan wang pendapatan sekaligus membantu suami
meringankan beban dalam perkahwinan, si isteri turut perlu melakukan kerja-kerja rumah
seperti mengemas rumah, memasak dan sebagainya. Namun, kaum wanita dikaitkan dengan
pekerjaan juga adalah kerana mempunyai taraf hidup yang lebih tinggi, bukan kerana
membantu meringankan beban suami semata-mata. Oleh itu, wanita sedemikian sememangnya
lebih berdikari daripada biasa. Tetapi, pengkaji juga turut memberikan komen bahawa masih
ada kaum lelaki yang turut membantu si isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah seperti
mengemas, memasak dan lain-lain jika ketiadaan isteri mahupun ketika isteri mereka berada
dalam keadaan yang tidak sihat. Pengkaji menyatakan bahawa terdapat 46 peratus wanita di
Malaysia yang mempunyai tenaga kerja sehingga tahun 2014, namun peratusan kadar tenaga
kerja terus meningkat kepada 54.3 peratus pada tahun 2017 [ CITATION Nor17 \l 1033 ]. Kadar
peningkatan sebanyak 8.3 peratus ini jelas menunjukkan bahawa kaum wanita tidak
didiskriminasi dalam sektor peluang pekerjaan, namun memberikan gambaran bahawa lebih
ramai dalam golongan wanita yang bekerjaya dalam menempuhi dunia yang semakin moden.

Seterusnya, pengkaji iaitu Charles Hirschman dalam jurnalnya juga turut membahaskan
tentang kepentingan penyertaan wanita dalam ekonomi. Di dalam jurnal tersebut menyatakan
bahawa kepentingan penyertaan wanita dalam ekonomi semakin meningkat kerana peluang
pekerjaan yang diberikan semakin berkembang. Hal ini dikatakan demikian kerana pada zaman
dahulu, kaum wanita hanya dikaitkan dengan mengemas rumah, melayan suami ketika suami
pulang daripada seharian bekerja dan sebagainya. Sebagai contoh, kerjaya sebagai seorang
cef wanita tidak begitu rancak kerana komitmen yang perlu dikorbankan oleh seorang cef
wanita ialah perlu bekerja selama 12 hingga 14 jam sehari [CITATION Fat18 \l 1033 ]. Oleh itu,
mereka tiada masa untuk melayan anak-anak dan suami di rumah. Namun, pada zaman
sekarang, perkara tersebut sudah mulai berubah dari semasa ke semasa. Kaum wanita
semakin lama semakin menceburi bidang ekonomi yang lain. Mungkin pada zaman dahulu
bidang ekonomi yang selalu dikaitkan dengan wanita hanya berkaitan dengan perniagaan,
pertanian dan sebagainya, kini kaum wanita turut berpeluang dalam menceburi bidang ekonomi
yang lain seperti sektor pembangunan, perkhidmatan dan sebagainya. Contohnya, seorang ibu
tunggal, Rokiah Salim yang menjadi pemandu lori kontena yang kebiasaannya dipikul oleh
kaum lelaki demi menyara kehidupan dua orang anaknya [ CITATION Asl19 \l 1033 ]. Walaupun
sudah berusia 53 tahun, beliau masih bertenaga untuk bekerja untuk menyara kehidupan anak-
anaknya setelah berhenti kerja.
Bagi aspek wanita dalam peranan politik pula wanita dikatakan memasuki politik untuk
memperjuangkan nasib wanita terutamanya jika berlaku keruntuhan rumah tangga. Politik lebih
menjerumus kepada sikap kepimpinan yang umumnya tahu bahawa lelaki sesuai menjadi
khalifah atau pemimpin. Dari aspek pemilihan politik juga menyaksikan bahawa wanita kurang
dipilih oleh masyarakat kerana dianggap lemah. Rakyat berasa takut jika wanita tidak berani
untuk menyampaikan kemahuan mereka dan mudah goyah apabila diugut atau ditengking oleh
parti lain. Namun begitu, bukti yang boleh dilihat bahawa wanita berani pada tahun sebelum
kemerdekaan apabila Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang memperjuangkan hak wanita pada
ketika itu. Kaum wanita pada ketika itu mempunyai semangat yang tinggi yang ingin mengubah
persepsi masyarakat bahawa wanita tidak boleh dipandang rendah. Kaum wanita pada ketika
itu mempunyai semangat sama dengan lelaki untuk memperjuangkan kemerdekaan.

Jelaslah, kadar penyertaan wanita di Asia Tenggara dalam aspek ekonomi semakin
meningkat tinggi berbanding zaman dahulu. Wanita pada ketika ini juga lebih ramai dalam
bidang pendidikan kerana semangat yang dibawa oleh Kaum Ibu dahulu menjadi inspirasi
hingga ke hari ini. Wanita juga kebanyakan tidak bergantung kepada lelaki dan lebih bekerjaya.
Kalau dilihatkan pada ketika dahulu wanita lebih bergantung kepada suami dan menjalankan
tugas sebagai suri rumah tangga sepenuh masa. Namun kesedaran berlaku disebabkan wanita
yang ditinggalkan suami dan tidak mempunyai sumber kewangan untuk meneruskan kehidupan
bersama anak-anak. Keadaan ini menyebabkan wanita sedar dan berusaha dengan lebih keras
terutama dalam bidang ekonomi.

Kesimpulannya, keseimbangan gender di Malaysia daripada zaman dahulu sehingga


zaman sekarang dapat dilihat dengan jelas apabila sistem patriarki sudah semakin tidak
diamalkan di negara Malaysia ini. Sistem patriarki pada zaman dahulu tidak seperti zaman
sekarang. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan aspek yang berada di Malaysia sudah
tidak mengamalkan amalan mementingkan kaum lelaki melebihi kaum wanita dengan teruk.
Sebagai contoh, merendahkan martabat dan maruah kaum wanita untuk kepentingan kaum
lelaki itu sendiri. Sebagai seorang orang Islam sendiri, mereka tidak pernah melebih-lebihkan
kaum wanita melebihi kaum lelaki dalam semua aspek kerana dalam agama Islam sendiri
memuliakan kaum wanita kerana kaum wanita adalah kaum yang mulia. Hanya pada zaman
jahiliyah sahaja masyarakat mereka iaitu masyarakat arab jahiliyah yang memandang rendah
dan menghina kaum wanita kerana kaum wanita dikatakan kaum yang membawa malang
dalam kehidupan.
RUJUKAN

Ad, N. F. (2016, Februari 17). Wanita tak kekok bawa lori sampah. Retrieved from Berita Harian Online:
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/02/125185/wanita-tak-kekok-bawa-lori-sampah

Baharin, H. B. (2019, Disember 7). Lelaki cabul rakan sekerja dicekup polis. Retrieved from Berita Harian
Online: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/12/636282/lelaki-cabul-rakan-sekerja-
dicekup-polis

Djamour, J. (1965). Malay kinship and marriage in Singapore. London: The Athlone Press.

Fatin, N. (2019). GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA. Retrieved from Melaka Kini:
https://melakakini.my/infografik-gangguan-seksual-di-tempat-kerja/

Kollo, F. L. (2017, November 11). Budaya Patriarki dan Partisipasi Perempuan dalam Bidang Politik.
Retrieved from Prosiding Konferensi Nasional Kewarganegaraan III :
http://eprints.uad.ac.id/9799/1/315-318%20Fredik%20Lambertus%20Kollo.pdf

Nasir, A. (2019, April 26). Ibu tunggal cabar diri jadi pemandu lori kontena sara 2 anak. Retrieved from
Free Malaysia Today: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/04/26/ibu-
tunggal-cabar-diri-jadi-pemandu-lori-kontena-sara-2-anak/

Norhafzan Jaafar; Syalikha Sazili. (2017, September 5). Wanita dalam sektor pekerjaan 54.3 peratus.
Retrieved from Berita Harian Online:
https://www.bharian.com.my/wanita/keluarga/2017/09/321572/wanita-dalam-sektor-
pekerjaan-543-peratus

Palmore, J.A., Klein, R.E., & Ariffin Marzuki. (1970). Class and family in a modernizing society. American,
76, 375-398.

Shahar, H. (2018, Julai 5). Kerja berat cabaran cef wanita. Retrieved from Berita Harian Online:
https://www.bharian.com.my/wanita/lain-lain/2018/07/445282/kerja-berat-cabaran-cef-wanita

Tukar Baju Elak Gangguan Seks. (2008, Mei 21). Retrieved from Malaysia Kini:
https://www.malaysiakini.com/news/83220

You might also like