You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Mutiara


Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Tel : 088-437492
Lorong Aman 1, Off Jalan Lintas Faks (Fax) : 088-431473
Laman Web (Web) : skmutiarakk.blogspot.com
88300 Kota Kinabalu, Sabah Rujukan TuanE-mel
: (E-mail) : xba4098@moe.edu.my
Rujukan Kami : XBA4098/800-8/1(04)
Tarikh : 06 September 2019

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lintas


Balai Bomba dan Penyelamat Lintas
Jalan Lintas
88990 Kota Kinabalu, Sabah

Tuah/ Puan,

MAKLUMAN KARNIVAL DAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH


KEBANGSAAN MUTIARA KOTA KINABALU 2019

Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Mutiara Kota Kinabalu akan
mengadakan Karnival dan Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah Tahun 2019 seperti
butiran berikut:
Tarikh : 12 – 13 September 2019 (Khamis – Jumaat)
Masa : 7:00 pagi (Waktu persekolahan) – 5:00petang (Jumaat)
Tempat : SK Mutiara Kota Kinabalu
Bilangan Murid : 329 orang murid

3. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memaklumkan kepada pihak tuan, murid yang terlibat akan
bermalam di sekolah. Pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat sentiasa bersedia
akan apa-apa perkara dan bantuan yang kami perlukan sepanjang tempoh perkhemahan dijalankan.

4. Kesudian dan keprihatinan pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

BUDHI RAHMAD BIN HAJI SUPARNO


Guru Besar
SK Mutiara Kota Kinabalu
Sekolah Kluster Kecemerlangan

SK: Fail Unit KOKUM

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

You might also like