You are on page 1of 3

Lampiran 3

Nota Lapangan
PEMERHATIAN KAJIAN DENGAN NOTA LAPANGAN DAN KOMEN
PENGKAJI
TARIKH: 4 JANUARI 2021 HARI: ISNIN
TEMPAT: PEJABAT SEKOLAH WAKTU: 8.30 PAGI

Pada hari pertama penyelidik tiba di sekolah pada jam 8.30 pagi. Terus ke pejabat Sekolah
Kebangsaan Yamtuan Hitam. Ketika penyelidik menuju ke pejabat terdapat kumpulan-
kumpulan guru bersedia untuk persediaan pembukaan sekolah.
Penyelidik menunggu dipejabat lebih kurang 10 minit sebelum Pn. Kamsiah datang kepada
penyelidik dan menanyakan tujuan kedatangan penyelidik. Penyelidik menyerahkan surat
permohonan untuk menemu bual GPK Kurikulum yang mana untuk kajian penyelidik.
Semasa menunggu, penyelidik sangat memberi perhatian terhadap ruang menunggu pejabat.
Ruang menunggu agak kecil tapi masih disusun dengan baik. Meja staf mengadap ke pintu
masuk pejabat. Tempat duduk penyelidik mengadap semua bilik iaitu bilik Guru Besar, Bilik
Guru Penolong Kanan Kurikulum, GPK Hal Ehwal Murid dan GPK Kokurikulum.
SK Yamtuan Hitam merupakan sekolah rendah luar bandar.
Lebih kurang 10 minit saya dibenarkan masuk berjumpa dengan Guru Besar. Beliau
membenarkan penyelidik untuk elaksanakan temu bual dengan GPK Kurikulum dan
menetapkan masa dan Tarikh pertemuan iaitu pada 6 Januari 2021 jam 12 tengah hari.

You might also like