You are on page 1of 5

SJK(T) KINTA VALLEY, 31000 BATU GAJAH, PERAK 2021

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA TAMIL BIL 2/2021

TARIKH : 19.2.2021

MASA : 10.30 pagi

TEMPAT : Lokasi masing-masing (Google meet)

PENGERUSI : Puan S. Mariayee (Guru Besar)

KEHADIRAN : 1. En.A.Tasaratharajan (GPK.KU)

2. Pn.P.Vijaya Rani (GPK. HEM)

3. Pn.S.Kuppamal (GPK.KO-KO)

4. Pn.K.Pushpa (KP BAHASA TAMIL)

5. Pn.T.Jaya Luxmy

6. Pn.K.Kalarani

7 Pn.N.Thelagavatani

8. Pn.M.Vani

9. Pn.K.Thirumagal

10. En.S.Jeffrey

11. Pn.H.Padma Priya.

TIDAK HADIR : -
SJK(T) KINTA VALLEY, 31000 BATU GAJAH, PERAK 2021

AGENDA:

1.0 UCAPAN ALUAN

1.1 Ketua Panitia Bahasa Tamil, Pn.K.Pushpa memberi ucapan aluan dan mengalu-
alukan semua guru ke mesyuarat Panitia Bahasa Tamil yang ke 2 ini.

1.2 Beliau juga mengalu-alukan kedatangan Puan Guru Besar dan semua guru ke
mesyuarat ini.

1.3 Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para hadirin kerana dapat
menghadirkan diri dalam mesyuarat google meet ini.

Tindakan: makluman

2.0 PERUTUSAN PENGERUSI

2.1 Puan Guru Besar telah mengalu-alukan kedatangan semua guru ke Mesyuarat Panita
Bahasa Tamil yang ke 2/2021 ini.

2.2 Puan Guru Besar mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana telah mula
menggunakan CIDS 90% ke atas terutamannya dalam mata pelajaran Bahasa Tamil.

2.3 Beliau juga mengatakan bahawa semua guru sedang melaksanakan penghantaran
RPH CIDS untuk mata pelajaran Bahasa Tamil dengan betul.

2.4 Guru Besar juga mengatakan bahawa pemberian latihan kepada murid oleh guru-guru
mata pelajaran Bahasa Tamil amat memuaskan.

2.5 Latihan yang diberi oleh guru subjek Bahasa Tamil khususnya yang berbentuk
modul sangat memuaskan.

2.6 Beliau meminta para guru supaya memastikan latihan yang diberikan kepada murid
jelas, dan berkesan. Arahan semasa memberi tugasan kepada murid juga harus
jelas.

2.7 Menurut beliau lagi, kerja rumah yang diberikan kepada murid harus dipermudahkan
dan beliau meminta supaya mengurangkan pemberian tugasan yang berlebihan.

Tindakan: makluman
SJK(T) KINTA VALLEY, 31000 BATU GAJAH, PERAK 2021

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

3.1 Minit mesyuarat Panitia Bahasa Tamil bil 1/2021 dibacakan kepada semua guru oleh

ketua panitia Bahasa Tamil.

3.2 Minit mesyuarat tersebut diterima dengan sebulat suara tanpa sebarang bantahan.

Dicadangkan : Pn. Pn.K.Kalarani

Disokong : En.Jeffry

Tindakan: makluman

4.0 JADUAL WAKTU VERSI 2.0

4.1 Guru Besar menerangkan pelaksanaan jadual waktu baharu iaitu versi 2.0.

4.2 Beliau juga mengatakan bahawa mata pelajaran akan disusun supaya pelaksanaan
PDPR lebih berkesan.

4.3 Beliau juga mengatakan bahawa kandungan mata pelajaran dalam jadual waktu
berkenaan akan merangkumi 3 mata pelajaran sehari bagi mengurangkan beban
murid semasa menyiapkan tugasan.

4.4 Menurut beliau lagi, pelaksanaan PDPR harus merangkumi sesi tutorial dimana ia
memudahkan murid-murid memahami sesuatu topik dengan berkesan.

Tindakan: makluman

5.0 PBD

5.1 Guru Besar meminta para guru supaya melaksanakan PBD bagi semua mata
pelajaran yang dijalankan mengikut jadual waktu PDPR.

5.2 Beliau juga menjelaskan bahawa pemberian TP bagi sesuatu mata pelajaran harus
tepat dan harus menunjukkan tahap sebenar seseorang murid dalam mata pelajaran
Bahasa Tamil.

5.3 Beliau juga meminta guru-guru supaya menyediakan buku ataupun fail PBD bagi
mata pelajaran Bahasa Tamil.

Tindakan: semua guru


SJK(T) KINTA VALLEY, 31000 BATU GAJAH, PERAK 2021

6.0 LATIHAN MURID

6.1 Guru Besar menyatakan bahawa latihan yang diberikan kepada murid untuk mata
pelajaran Bahasa Tamil harus menarik dan berkesan.

6.2 Beliau juga meminta para guru supaya mengurangkan pemberian latihan yang terlalu
banyak. Ini kerana, murid-murid yang kian menggunakan telefon bimbit dalam
menyiapkan tugasan sekolah akan mengalami kesukaran jika terlalu lama malihat
telefon bimbit.

6.3 Beliau juga mengatakan guru bolah melaksanakan ‘team teaching’ semasa
melaksanakan pengajaran Bahasa Tamil. Misalnya, team teaching melalui youtube
dengan mengambil sesuatu topik dalam mata pelajaran Bahasa Tamil.

Tindakan: Guru mata pelajaran Bahasa Tamil

7.0 LAPORAN PDPR

7.1 Guru Besar meminta semua guru supaya melaksanakan laporan PDPR bagi mata
pelajaran Bahasa Tamil.

7.2 Beliau juga mengatakan laporan PDPR harus mengikut senarai nama murid mengikut
tahun 1 hingga tahun 6.

Tindakan: Guru mata pelajaran Bahasa Tamil

8.0 HAL-HAL LAIN

7.1 Ketua Panitia Mata pelajaran Bahasa Melayu, Sains, RBT dan PJK telah
membentangkan kandungan taklimat SKPMG 2.

7.2 Guru Besar meminta semua guru supaya menyediakan laporan jam kredit.

7.3 Guru Besar juga mengatakan bahawa guru perlu bersedia ‘oncall’ iaitu bersedia
melaksanakan sebarang penjelasan daripada murid berkaitan subjek Bahasa Tamil.

Tindakan: makluman
SJK(T) KINTA VALLEY, 31000 BATU GAJAH, PERAK 2021
9.0 UCAPAN PENANGGUHAN

Ketua Panitia Bahasa Tamil telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar dan para
guru yang hadir dalam mesyuarat google meet ini.

Mesyuarat Paniti Bahasa Tamil ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari.

Yang menjalankan tugas, Disemak oleh, Disahkan oleh,

……………………………… ……………………………… ……………………….


(PN.K.PUSHPA) (En.A.TASARATHARAJAN ) (PN.S. MARIAYEE)
KP BT Penolong Kanan Pentadbiran Guru Besar

You might also like