You are on page 1of 22

SAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel : 03-8884 9370
62604 PUTRAJAYA Faks: 03-8884 9315
MALAYSIA Laman Web: www.moe.gov.my

Ruj. Kami : KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 )


Tarikh : :2 :l. Jun 2020

Seperti Senarai Edaran

YBhg. Datuk/Dato'ffuan,

PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


SERTA PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIAS AAN BAHARU

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia


(KPM) telah mengedarkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah
sebagai rujukan pengurusan sekolah bagi mengawal penularan jangkitan penyakit
Koronavirus 2019 (COVID-19) dan memastikan kesihatan murid sentiasa diutamakan.

2. Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato'/tuan, merujuk garis panduan 6.3.14 dan


7.7.1 (d) menggariskan pelaksanaan minda sihat secara berkala bagi mengenal pasti murid
yang terkesan dengan peraturan baharu di sekolah.

3. Sehubungan dengan itu, bengkel dan mesyuarat telah dilaksanakan bersama-sama


pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia, wakil universiti, bahagian-bahagian sektor
operasi sekolah KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan agensi berkepentingan telah
diadakan bagi memantapkan panduan sedia ada ini. Pelaksanaan Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling serta Program Minda Sihat dalam Kebiasaan Baharu ini adalah
maklumat tambahan garis panduan berkenaan. Panduan ini dikeluarkan bertujuan
memastikan

i. menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang teratur;


ii. mengamalkan langkah-langkah keselamatan dan kebersihan dalam
pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling;
iii. mema�tikan perkhidmatan kaunseling dilaksanakan dalam keadaan
selamat;
iv. meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan penjagaan kesihatan
mental; dan
v. memugarkan emosi murid bagi menyokong kesejahteraan diri.

4. Pengetua, guru besar, pentadbir sekolah serta guru bimbingan dan kaunseling
hendaklah mematuhi panduan yang ditetapkan dalam panduan tersebut. Sekolah per1u
membuat persediaan dengan merujuk panduan yang dilampirkan.
. .. 2/-

Si/a catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung


PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA
PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU
KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 )
-------------------------------: .._
�':L..Jun 2020

5. JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) diminta membuat pemantauan bagi
memastikan pematuhan terhadap panduan ini oleh semua sekolah bawah pentadbiran
masing-masing.

6. Bersama-sama m1 di lampirkan Panduan Sesi Bimbingan dan


Kaunseling/Konsultasi di Sekolah dalam Kebiasaan Baharu seperti Lampiran 1 dan
Pelaksanaan Program Minda Sihat dalam Kebiasaan Baharu seperti Lampiran 2.

7. YBhg. Datuk/Dato'/Tuan dimohon mengambil tindakan memaklumkan


kandungan surat makluman ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di bahagian,
JPN, PPD dan sekolah bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Dato'/tuan.

Kerjasama dan keprihatinan YBhg. Datuk/Dato'/tuan amat dihargai dan diucapkan


terima kasih.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yan menjalankan amanah,

b . Pengarah
Ba agian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia

s.k 1. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


Kementerian Pendidikan Malaysia

2. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


Sektor Operasi Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia

~2~
Si/a catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung
PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA
PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU
KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 ) ;). :).. Jun 2020

Senarai Edaran

1. Pengarah
BahagianPerancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

2. Pengarah
Sahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia

3. Pengarah
Sahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh
Kementerian Pendidikan Malaysia

4. Pengarah
Sahagian Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia

5. Pengarah
Sahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia

6. Pengarah
Sahagian Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia

7. Pengarah
Sahagian Pendidikan Swasta
Kementerian Pendidikan Malaysia

8. Pengarah·Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

9. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu

10. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

11. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

12. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri Perak

-3-
Si/a catatkan rujukan Sahagian ini apabila berhubung
PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA
PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU
KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 ) �un 2020

13. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri Johor

14. Pengarah Pendidikan


Jabatan P.endidikan Negeri Kelantan

15. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

16. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri Perlis

17. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

18. Pengarah. Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

19. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

20. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

21. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

22. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan

23. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya

~4~
Si/a catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung
PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA
PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU
KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 ) CLL-Jun 2020

Lampiran 1

PANDUAN PELAKSANAAN
SESI BIMBINGAN, KAUNSELING DAN KONSULTASI DI SEKOLAH
DALAM KEBIASAAN BAHARU

1. OBJEKTIF

Objektif panduan pelaksanaan ini adalah untuk:

1.1 memastikan perkhidmatan yang dijalankan selamat, teratur dan efektif; dan
1.2 mengamalkan langkah-langkah keselamatan dan kebersihan dalam
melaksanakan sesi bimbingan, kaunseling dan konsultasi.

2. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Peranan dan tanggungjawab pihak yang terlibat adalah seperti berikut:

2.1 Pengetua dan Guru Besar

2.1.1 memastikan bilik kaunseling beroperasi dalam melaksanakan perkhidmatan


bimbingan, kaunseling dan konsultasi.
2.1.2 memastikan Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) menyediakan
kemudahan bilik kaunseling yang mematuhi garis panduan ditetapkan;
2.1.3 memantau tindak susul kes krisis yang dirujuk; dan
2.1.4 melaksana konsultasi bersama-sama ibu bapa/penjaga bagi kes kaunseling
dan krisis.

2.2 Guru Bimbingan dan Kaunseling

2.2.1 memberi taklimat tatacara perkhidmatan kepada guru dan murid;


2.2.2 mempamerkan tatacara perkhidmatan di luar bilik kaunseling;
2.2.3 memastikan bilik kaunseling bersih dan selamat untuk beroperasi;
2.2.4 mengendalikan kes krisis secara profesional; dan
2.2.5 melaksana perkhidmatan berdasarkan perubahan peraturan semasa.

2.3 Guru

2.3.1 merujuk murid yang mengalami perubahan tingkah laku dan emosi kepada
GBK;
2.3.2 melaks�nakan program minda sihat dalam kelas;
2.3.3 meningkatkan kesedaran kepentingan kesihatan mental dalam kalangan
murid melalui proses pengajaran dan pembelajaran; dan
2.3.4 mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling jika perlu.

~5~
Si/a catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung
PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA
PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU
KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 ) �LJun 2020

3. Persediaan Kemudahan di Bilik Kaunseling

3.1 GBK perlu memastikan perkara-perkara berikut disediakan sebelum


beroperasi:

3.1.1 membersihkan bilik kaunseling;


3.1.2 memastikan pengudaraan dan pencahayaan dalam keadaan baik;
3.1.3 memastikan bilik sesi kaunseling individu dan kelompok tidak dijadikan
ruang kerja;
3.1.4 menampal poster bagi mengingatkan murid untuk menjaga kebersihan dan
keselamatan diri;
3.1.5 menampal maklumat tatacara pelaksanaan perkhidmatan;
3.1.6 menyediakan buku rekod kehadiran murid dan pelawat;
3.1.7 menyediakan pensanitasi tangan di luar bilik kaunseling dan kaunter daftar
masuk;
3.1.8 menyediakan pelitup muka untuk murid yang memerlukan;
3.1.9 menyimpan model dan alatan yang menarik minat murid untuk disentuh;
3.1.10 memastikan susunan kedudukan kerusi ruang menunggu dan bilik sesi
mematuhi penjarakan sosial satu (1) meter dengan menggunakan pita
pelekat;
3.1.11 menyediakan pelan laluan pergerakan terarah atau sehala; dan
3.1.12 sekiranya perlu, GBK boleh menggunakan kelas yang kosong untuk
menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling kelompok.

3.2 Sebelum Sesi

GBK bertanggurigjawab;

3.1.1 merancang temujanji sesi sekurang-kurangnya sehari lebih awal;


3.1.2 meminta murid untuk hadir lima (5) minit sebelum sesi dijalankan;
3.1.3 mengutamakan sesi kepada murid yang mengalami kes krisis;
3.1.4 melaksc:4nakan sesi kaunseling kelompok dengan mematuhi penjarakan
sosial (bergantung kepada keluasan bilik)
3.1.5 memastikan murid tidak berkumpul di bilik kaunseling;
3.1.6 memastikan murid mengisi borang/instrumen di luar waktu sesi;
3.1.7 tidak membenarkan murid yang bergejala berada dalam billik kaunseling;
dan
3.1.8 memastikan murid mencuci tangan dengan sabun atau pensanitasi tangan
sebelum masuk ke bilik kaunseling.

3.3 Semasa Sesi

GBK bertanggungjawab

3.3.1 memastikan murid sentiasa menjaga penjarakan sosial;


3.3.2 memakai pelitup muka Uika perlu);
3.3.3 mengelakkan bersentuhan dan bersalaman;
3.3.4 melaksanakan sesi dengan profesional dan beretika; dan
3.3.5 menentukan temujanji akan datang (jika perlu).
-6~
Si/a catatkan rujukan Bahagian ini apabifa berhubung
PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA
PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU
KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 ) :2.1Jun 2020

3.4 Selepas Sesi

GBK bertanggur:igjawab

3.4.1 memastikan kehadiran setiap murid dan pelawat telah direkodkan;


3.4.2 menyediakan laporan sesi kaunseling;
3.4.3 menyediakan tindak susul bagi kes krisis; dan
3.4.4 memastikan kerusi dan tempat yang disentuh oleh murid disanitasi.

CART A ALIR PELAKSANAAN


SESI BIMBINGAN, KAUNSELING DAN KONSUL TASI DI SEKOLAH
DALAM KEBIASAAN BAHARU

Mula

Murid mengisi borang temu janji sekurang-kurangnya


sehari lebih awal. Keutamaan diberikan kepada murid
yang memerlukan perkhidmatan segera (kes krisis)

Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) menetapkan tarikh


temujanji.

Murid mencuci tangan dengan pensanitasi.

Murid mencatat nama dalam buku daftar rekod kehadiran.

GBK melaksanakan sesi.

GBK menetapkan tarikh sesi seterusnya Oika perlu).

GBK memastikan kerusi dan tempat yang disentuh oleh


murid disanitasi.

Murid mencatatkan waktu keluar.

GBK menyediakan laporan sesi.

GBK melaksanakan tindak susul bagi kes krisis Oika ada).

Tamat.
~7~
Si/a catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung
PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA
PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU
KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 ) ��Jun 2020

Lampiran 2

PROGRAM MINDA SIHAT DI SEKOLAH DALAM KEBIASAAN BAHARU


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1. Pengenalan

1.1 Program Minda Sihat Di Sekolah Dalam Kebiasaan Baharu dilaksanakan


bagi memugarkan emosi murid kesan daripada penularan pandemik atau
krisis yang berlaku.
1.2 Program ini mengunakan tema "Minda Sihat: Emosi Terjaga, Kehidupan
Sejahtera" bagi meningkatkan kesedaran warga sekolah akan kepentingan
penjagaan kesihatan mental.

2. Objektif

Objektif program ini adalah untuk;

2.1 meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan penjagaan kesihatan


mental;
2.2 mengenal pasti gejala awal yang memberi kesan kepada minda akibat
pandemik atau krisis yang berlaku;
2.3 melaksanakan intervensi bagi menguruskan emosi dalam kalangan murid;
2.4 meningkatkan kemahiran daya tindak murid dalam mengendalikan emosi;
dan
2.5 memugarkan emosi murid bagi menyokong kesejahteraan diri.

3. Pendekatan

Program ini menggunakan empat pendekatan utama iaitu pencegahan,


perkembangan, pemulihan dan krisis.

3.1 Pencegahan

Pencegahan dilaksanakan melalui aktiviti berikut:

3.1.1 mengenal pasti isu murid melalui analisis keperluan;


3.1.2 mempromosikan kepentingan menjaga kesihatan dan mencegah
penyakit mental; dan
3.1.3 membimbing murid menguruskan emosi bagi meningkatkan daya
tindak.

~8~
Si/a catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung
PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA
PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU
KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 ) ;u._Jun 2020

3.2 Perkembangan

Perkembangan dilaksanakan melalui perkara berikut:

3.2.1 · meningkatkan keupayaan murid berfikir secara sihat, rasional dan


kreatif melalui aktiviti seperti bimbingan kelompok, mentor mentee
dan Pembimbing Rakan Sebaya;
3.2.2 meningkatkan kawalan diri, konsep kendiri positif dan resilien; dan
3.2.3 meningkatkan kemahiran mengawal emosi melalui sesi bimbingan
· berterusan.

3.3 Pemulihan

Pemulihan dilaksanakan melalui perkara berikut:

3.3.1 melaksanakan intervensi minda sihat kepada murid yang dikenal


pasti; dan
3.3.2 melaksanakan sesi kaunseling secara berterusan dan berfokus
kepada penyelesaian isu menggunakan pendekatan kaunseling
seperti Solution Focus Brief Therapy, Cognitive Behavioral Therapy
dan Choice Theory Reality Therapy.

3.4 Krisis

Krisis dilaksanakan melalui perkara berikut:

3.4.1 mengenal pasti murid yang mengalami tanda kemurungan dan


tanda awal kecelaruan mental (contoh skizofrenia, kecelaruan
bipolar);
3.4.2 melapor kes krisis kepada Pengetua atau Guru Besar; dan
3.4.3 mengadakan konsultasi dengan ibu bapa untuk merujuk murid
kepada pegawai kesihatan di klinik dan hospital berdekatan.

4 Peranan dan Tanggungjawab

Peranan dan tanggungjawab pihak yang terlibat dalam melaksanakan program


ini adalah seperti berikut:

~9~
Si/a catatkan rujukan Sahagian ini apabi/a berhubung
PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA
PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU
KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 ) :l.d- Jun 2020

4.1 Jabatan Pendidikan Negeri

4.1.1 melaksanakan penataran kepada Penolong Pegawai HEM Pejabat


Pendidikan Daerah (PPD), GBK sekolah rendah dan menengah
sebelum sesi persekolahan dibuka;
4.1.2 membimbing pelaksanaan program kepada Penolong Pegawai HEM
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD); dan
4.1.3 melaksanakan kunjung bantu di sekolah menengah dan rendah (rujuk
borang senarai semak pada muka surat 22).

4.2 Pejabat Pendidikan Daerah

4.2.1 membimbing pelaksanaan program kepada Pengetua dan Guru


Besar dan GBK; dan
4.2.2 melaksanakan kunjung bantu di sekolah menengah dan rendah (ruj_uk
borang senarai semak pada muka surat 22).

4.3 Pentadbir Sekolah

4.3.1 melaksanakan program dengan lancar dan berkesan;


4.3.2 memantau pelaksanaan program secara berterusan;
4.3.3 merujuk kes krisis murid kepada ibu bapa/penjaga; dan
4.3.4 melaporkan kes krisis murid kepada PPD dan JPN melalui Sistem
Pelaporan lsu Disiplin dan Pendidikan (e-PIDP).

4.4 Guru Bimbingan dan Kaunseling

4.4.1 menyelaras pelaksanaan program dengan guru dan murid;


4.4.2 melaksanakan penataran program kepada guru;
4.4.3 menyebarluaskan maklumat promosi kesihatan mental kepada guru,
ibu bapa dan murid;
4.4.4 menyediakan panduan dan bahan program kepada guru;
4.4.5 Menyediakan profil murid dari segi isu kesejahteraan emosi;
4.4.6 Melaksanakan program pencegahan, pengembangan, pemulihan
dan krisis mengikut keperluan murid;
4.4.7 memantau perkembangan murid dari masa ke semasa;
4.4.8 melaporkan kes krisis kepada Pengetua dan Guru Besar; dan
4.4.9 menjalinkan kerjasama dengan Pejabat Kesihatan yang berdekatan
untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan kepakaran.

~ 10 ~
Sita catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung
PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA
PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU
KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 ) :).;) Jun 2020

4.5 Guru

4.5.1 memastikan program dilaksanakan dengan lancar;


4.5.2 memantau perkembangan perubahan tingkah laku dan emosi murid;
4.5.3 merujuk murid yang dikenal pasti mengalami perubahan tingkah laku
dan emosi kepada GBK; dan
4.5.4 meningkatkan kesedaran kepentingan kesihatan mental merentas
kurikulum.

5 Pelaksanaan Program

Program ini dilaksanakan melalui dua strategi iaitu promosi minda sihat di sekolah
rendah dan menengah manakala saringan minda sihat di sekolah menengah
sahaja.

5.1 Promosi Minda Sihat

Promosi minda sihat bertujuan meningkatkan kesedaran dan kepentingan


menjaga kesihatan mental. Aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti
berikut;

5.1.1 Senarai semak keperluan murid


5.1.2 Program 5 minit Pemugaran Minda Sihat
5.1.3 Teknik Relaksasi
5.1.4 Kuiz
5.1.5 Ekspresi Emosi (luahan emosi di nota pelekat)
5.1.6 Pertandingan - (karikatur, info grafik, lagu dan video pendek satu
minit Minda Sihat).

5.2 Saringan Minda Sihat

GBK menggunakan saringan minda sihat seperti berikut;

5.2.1 Saringan Whooley;


5.2.2 Saringan PHQ 9; dan
5.2.3 Saringan GAD7

Murid yang dikenal pasti mempunyai isu berkaitan emosi, perlu menjalani
intervensi menggunakan Modul Minda Sihat (KPM) dan Modul Kesihatan Mental
Remaja (KKM)

- 11 ~
Si/a catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung
PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA
PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU
KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 ) �:>- Jun 2020

CARTA ALIR UMUM SARINGAN MINDA SIHAT

Mula

Promosi Minda Sihat Guru mata pelajaran/ Pencegahan


Guru Bimbingan dan Kaunseling Perkembangan

Pra Saringan Minda Sihat Guru mata pelajaran/


Soalan Whooley Guru Bimbingan dan Kaunseling

Saringan Minda Sihat 1


Soalan PHQ-9 Guru Bimbingan dan Kaunseling
Soalan GAD 7
------ ----- - - ------------- .... ---- .
lntervensi khusus Guru Bimbingan dan Kaunseling Pemulihan

Saringan Minda Sihat 2


Soalan PHQ-9 Guru Bimbingan dan Kaunseling
Soalan GAD 7

- - - - - ...
Maklumkan kepada pengetua Guru Bimbingan dan Kaunseling
Krisis
Pengetua

Konsultasi ibu ·bapa Guru Bimbingan dan Kaunseling


Pengetua
lbu bapa/penjaga
Rujukan Pegawai Perubatan di lbu bapa/penjaga
klinik/hospital Pegawai Perubatan

Pelaporan Guru Bimbingan dan Kaunseling

- 12 -
Si/a catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung
PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA
PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU
KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 ) ;1.1-Jun 2020

Soalan Whooley

Dalam sebulan yang lepas, adakah anda terganggu oleh masalah berikut?

Over the past one month, have you been bothered by the following problems?

Bil Soalan Jawapan

Berasa murung, sedih atau tiada harapan ? Ya ffidak


1
Feeling down, depressed or hopeless Yes/No

Kurang minat atau keseronokan dalam melakukan kerja-kerja? Ya ffidak


2
Having little interest or pleasure in doing thing? Yes/No

~ 13 ~
Si/a catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung
PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA
PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU
KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 ) .2. � Jun 2020

Borang PHQ 9

Dalam tempoh 2 minggu yang lepas, berapa kerap anda terganggu oleh masalah
berikut?
0 1 2 3
Tidak pernah sama sekali Beberapa hari Lebih dari seminggu Hampir setiap hari
Not at all Several days More than half the days Nearly everyday

Bil Soalan a 1 2 3
Sedikit minat atau keseronokan dalam melakukan kerja-kerja.
1
Little interest br pleasure in doing things.
Berasa murung, sedih atau tiada harapan.
2
Feeling down, depressed or hopeless.
Masalah hendak tidur/semasa tidur, tidur terlalu banyak.
3
Trouble failing/ staying asleep, sleeping too much.
Berasa letih atau kurang bertenaga.
4
Feeling tired or having little energy.
Kurang selera atau terlalu banyak makan.
5
Poor appetite or over eating.
Mempunyai perasaan buruk terhadap diri sendiri atau pun berasa gagal
terhadap diri sendiri atau pun menghampakan diri atau keluarga.
6
Feeling bad a·bout yourself-or that you are a failure or have let yourself
or your family down.
Masalah menumpukan perhatian terhadap perkara-perkara seperti
membaca surat khabar atau menonton televisyen.
7
Trouble concentrating on things, such as reading the newspaper or
watching television.
Bergerak atau bercakap dengan terlalu lambat sehingga disedari oleh
orang lain. Atau pun bertentangan-terlalu resah atau gelisah sehingga
anda bergerak lebih dari biasa.
8
Moving or speaking so slowly that other people could have noticed Or the
opposite-being so fidgety or restless that you have been moving around
a lot more tha'n usual.
Berfikiran bahawa lebih elok jika anda telah mati atau ingin
mencederakan diri anda dalam sesuatu cara.
9
Thoughts that you would be better off dead or hurting yourself in some
way.

Soal Selidik PHQ-9 *

Panduan Pemarkahan dan lnterpretasi

• Kira jumlah skor kesemua 9 item/soalan mengikut kotak yang di tanda (✓)
• Jumlah skor bagi ke semua 9 item/soalan adalah antara O - 27
• Rujuk jadual di bawah untuk mentafsir skor PHQ-9
~ 14 ~
Sita catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung
PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA
PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU
KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 ) �� Jun 2020

lnterpretasi Skor PHQ-9

Jumlah Skor Tindakan

0-4 Tiada
5-9 lntervensi umum/ Sesi kaunseling dan ulang saringan PHQ-9 (2
Minggu)
10-14
15-19 Rujuk Pegawai Perubatan di klinik/ hospital selepas intervensi
20-27 khusus dan saringan kali kedua.

lnterpertasi

• Jumlah Skor 5, 10, 15 dan 20 menunjukkan tanda-tanda kemurungan.


• Skor � 10 adalah jumlah skor positif. lntervensi khusus (sesi kaunseling) dan
saringan kali kedua. Sekiranya masih tidak menunjukkan perubahan perlu dirujuk
pegawai perubatan di klinik/hospital.
• Nota : Soalan no 9 adalah saringan utama untuk risiko bunuh diri.
Murid yang menjawab "Ya" bagi soalan no 9 ini perlu dirujuk untuk sesi kaunseling bagi
menilai risiko untuk bunuh diri .

~ 15 ~
Si/a catatkan rujukan Bahagian ini apabi/a berhubung
PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA
PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU
KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 ) � Jun 2020

BORANG GAD-7

Dalam tempoh 2 minggu lepas, berapa kerap kali anda terganggu oleh masalah berikut?

Over the last 2 weeks, how often have you been bothered by any of the following
problems?

0 1 2 3
Tidak pernah sama sekali Beberapa hari Lebih dari seminggu Hampir setiap hari
Not at all Several days More than half the davs Nearlv evervdav
Bil Soalan 0 1 2 3
Berasa resah, gelisah atau tegang.
1
Feelina nervous, anxious, or on edge.
Tidak dapat menghentikan atau mengawal kebimbangan.
2
Not being able to stoo or control worrying. ot being able
Terlalu bimbang mengenai pelbagai perkara yang berlainan.
3
Worrvina too much about different things.to stop or control worrvina.
Mempunyai masalah untuk tenang.
4
Havina trouble relaxina.
Terlalu resah sehingga susah untuk berdiam diri.
5
Beina so restless that it is hard to sit still.
Mudah menjadi rimas dan menjengkelkan.
6
Being easily annoved or irritable.
Berasa takut bahawa sesuatu yang buruk akan terjadi.
7
Feeling afraid as if somethina awful might happen.

Soal Selidik : Generalised Anxiety Disorder (GAD-7),

Panduan Pemarkahan dan lnterpretasi

• Kira jumlah skor kesemua 7 soalan mengikut kotak yang di tanda (✓)
• Jumlah skor bagi kesemua 7 soalan adalah antara O - 21
• Rujuk jadual di bawah untuk mentafsir skor GAD-7

INTERPRETASI SKOR GAD-7


Jumlah Skor Tindakan
0-4 lntervensi umum
5-9
�8
10-14 Rujuk Pegawai Perubatan di klinik/ hospital selepas intervensi
khusus (sesi kaunseling) dan saringan kali kedua.
15-21

lnterpertasi

• Jumlah Skor 4, 9, 14 dan 21 menunjukkan tanda-tanda kebimbangan (anxiety).


• Skor � 8 adalah jumlah skor positif kebimbangan (anxiety) perlu intervensi khusus
(sesi kaunseling) dan saringan kali kedua. Sekiranya masih tidak menunjukkan
perubahan perlu dirujuk pegawai perubatan di klinik/hospital.
• Mana-mana skor positif PHQ-9 dan/atau GAD-7 perlu dirujuk.

~ 16 ~
Si/a catatkan rujukan Bahagian ini apabi/a berhubung
PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA
PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU
KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 ) �1.. Jun 2020

CARTA ALIR UMUM SARINGAN MINDA SIHAT

Mula

,..
Pra Saringan Minda Sihat Guru mata pelajaran/
Soalan Whooley Guru Bimbingan dan Kaunseling

..
Saringan Minda Sihat 1
Soalan PHQ-9 Guru Bimbingan dan Kaunseling
Soalan GAD 7

I,

lntervensi khusus Guru Bimbingan dan Kaunseling

r
Saringan Minda Sihat 2
Soalan PHQ-9 Guru Bimbingan dan Kaunseling
Soalan GAD 7

I,

Pelaporan Guru Bimbingan dan Kaunseling

l
INTERVENSI KHUSUS
Tamat Sesi Kaunseling
-Kemahiran daya tindak
-Tangani Stres 10 B
-Teknik Pernafasan
-Kawai Marah
-Penyelesaian Masalah
-Berfikitan Positif
-Komunikasi Berkesan
-Asertif

~ 17 ~
Si/a catatkan rujukan Bahagian ini apabi/a berhubung
PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA
PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU
KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 ) ;2 � Jun 2020

CARTA ALIR SARINGAN WHOOLEY

Mula

Guru mata pelajaran/


Bimbingan kelas/kelompok Guru Bimbingan dan Kaunseling

Edar Soalan Whooley Guru mata pelajaran/


Guru Bimbingan dan Kaunseling

Berisiko
Tidak Jawab 'YA' mana-mana soalan

Lakukan Saringan Guru mata pelajaran/


lntervensi Minda Sihat 1
umum dan Guru Bimbingan dan Kaunseling
PHQ-9 dan GAD7
amalkan
gaya hidup
sihat

INTERVENSI UMUM
- Sesi Kaunseling
-Teknik Relaksasi
-Latihan Pernafasan
-Senaman bahu dan leher
-Urutan bahu dan eher
-X-Break
-Brain Gym
-Energizer

~ 18 ~
Si/a catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung
PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA
PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU
KPM,600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 ) �,-_ Jun 2020

CARTA ALIR SARINGAN MINDA SIHAT

Saringan Minda Sihat 1


Edar PHQ-9 dan GAD 7

PHQ-9 kor 0-4 PHQ-9 skor 5-9 PHQ-9 skor =i!:10


GAD 7 kor 0-4 GAD 7 skor 5-7 GAD 7 skor skor: =!!: 8

lntervensi
khusus

lntervensi umum Saringan Minda Sihat 2


lntervensi Sesi kaunseling dan Edar PHQ-9 dan GAD 7
umum dan amalkan gaya hidup sihat
amalkan
gaya hidup
sihat

PHQ-9 skor �10


PHQ-9 skor 0-9
GAD 7 skor 0-7 GAD 7 skor: =!!: 8

Maklumkan kepada
lntervensi umum Pengetua
Sesi kaunseling dan
amalkan gaya hidup sihat i
Konsultasi ibu
bapa/penjaga
INTERVENSI UMUM
- Sesi Kaunseling
-Teknik Relaksasi
INTERVENSI KHUSUS
Sesi Kaunseling
i
-Kemahiran daya tindak Rujuk Pegawai
-Latihan Pernafasan
-Senaman bahu dan leher -Tangani Stres 10 B Perubatan
-Urutan bahu dan leher -Teknik Pernafasan
-X-Break -Kawai Marah
-Brain Gym -Penyelesaian Masalah
-Energizer -Berfikitan Positif
-Komunikasi Berkesan
-Asertif

~ 19 ~
Si/a catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung
PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA
PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU
KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 ) :l_:)_ Jun 2020

SENARAI SEMAK KEPERLUAN MURID DALAM KEBIASAAN BAHARU

Nama
Tingkatan Jantina
I Lelaki I Perempuan

Arahan:
Sila jawab soalan berikut yang jelas menggambarkan tentang diri anda dalam tempoh tiga (3)
bulan yang lalu.

Bil SOALAN YA TIDAK

1. Saya bersemangat untuk belajar.

2. Ahli keluarga saya selalu bergaduh.

3. Saya mempunyai kawan baik.

4. Hubungan saya dengan guru tidak baik.

5. Saya selalu rasa tertekan.

6. lbu/bapa/penjaga selalu memukul saya.

7. Saya tidak ada sesiapa untuk berkongsi masalah

8. Guru sentiasa membantu saya

9. Saya rasa hendak berhenti sekolah.

10. Saya telah kehilangan orang yang disayangi.

11. Saya selalu dibuli oleh kawan di media sosial.

12. Guru selalu memarahi saya.


Saya tidak akan melakukan apa-apa yang mencederakan diri walaupun
13.
kusut dengan masalah.
14. lbu/bapa/penjaga saya hilang punca pendapatan.

15. Saya selalu bergaul dan terikut-ikut tingkah laku kawan saya.

16. Saya suka berada di sekolah.

17. Saya rasa tiada harapan untuk lulus peperiksaan.

18. lbu/bapa/penjaga meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap saya.

19. Saya banyak menghabiskan masa saya dengan media sosial.

20. Saya risau tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

Apakah masalah lain yang tidak dinyatakan di atas?

~20 ~
Si/a catatkan rujukan Sahagian ini apabila berhubung
PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA
PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU
KPM.600-17/1/22 JLD.2 ( 93 ) .;i_� Jun 2020

Apakah yang sangat membimbangkan anda?

Soalan Ya Tidak
Pernahkan anda mendapatkan bantuan daripada orang lain?
Adakah anda perlukan pertolongan?

PANDUAN MENGIRA SKOR

PERIBADI
SOALAN S1 S5 S9 S13 S17 JUMLAH

SKOR
Y=0 I T=1 Y=1 I T=0 Y=1 I T=0 Y=1 I T=0 Y=1 J T=0

KELUARGA
SOALAN S2 S6 S10 S14 S18 JUMLAH

SKOR
Y=1 J T=0 Y=1 I T=0 Y=1 j T=0 Y=1 T=0I I
Y=1 T=0

RAKAN DAN MEDIA SOSIAL


SOALAN S3 S7 S11 S15 S19 JUMLAH

SKOR
Y=0 I T=1 Y=1 I T=0 Y=1 I
T=0 Y=1 T=0I I
Y=1 T=0

GURU DAN SEKOLAH


SOALAN S4 S8 S12 S16 S20 JUMLAH

SKOR
Y=O I T=1 Y=1 I T=0 Y=1 T=0 I Y=0 T=1I I
Y=1 T=0

KEPUTUSAN SOAL SELIDIK

KATEGORI JUMLAHSKOR
. PERIBADI
KELUARGA
RAKAN DAN MEDIA SOSIAL
GURU DAN SEKOLAH

~ 21 ~
Si/a catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung
PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA
PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU
KPM.600-17/1 /22 JLD.2 ( 93 ) .:l � Jun 2020

Senarai semak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling


serta Minda Sihat dalam Kebiasaan Baharu

Arahan : $Ha tandaka� I pada ruangan yang disediakan.

Bil Perkara Disemak

Memberi taklimat pelaksanaan perkhidmatan kepada guru dan


1.
murid.

2. Memastikan bilik kaunseling bersih dan selamat untuk beroperasi.

Menampal poster bagi mengingatkan murid untuk menjaga


3.
kebersihan dan keselamatan diri.
Mempamerkan tatacara pelaksanaan perkhidmatan di luar bilik
4.
kaunseling.

5. Menyediakan buku rekod kehadiran murid dan pelawat.

Menyediakan pensanitasi tangan di kaunter daftar masuk, bilik sesi


6.
kaunseling dan di ruang menunggu.

7. Menyediakan pelitup muka untuk murid yang memerlukan.

Menyimpan semua model dan alatan yang kerap disentuh oleh


8.
murid.
Memastikan susunan kedudukan kerusi ruang menunggu dan bilik
9. sesi mematuhi penjarakan sosial satu (1) meter dengan
menaaunakan pita pelekat.
10. Menyediakan arah laluan pergerakan keluar dan masuk.

11. Menyebarluaskan program minda sihat dalam kebiasaan baharu.

12 Melaksanakan program minda sihat.

~ 22 ~
Si/a catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung

You might also like