You are on page 1of 5

TARIKH : 23/12/2019

PERKARA : MESYUARAT J/KUASA PERANCANG SEKOLAH KALI 1/2020

1. UCAPAN PERGERUSI
 Tujuan mesyuarat : FOKUS kepada KUALITI / KECEMERLANGAN MURID dan seterusnya
menlonjakkan KUALITI / KECEMERLANGAN SEKOLAH.

 Pada asas / dasar kualiti yang dihasratkan bermula dari Kualiti Guru / GB dan Pentadbir. (GB
sebagai pemimpin Instruktional serta pengurus organisasi untuk memastikan hala tuju
sekolah lebih berkualiti disamping merupakan fasilitator kepada guru2.

 Guru yang berkualiti – guru yang berjaya menghasilkan murid yang berkualiti dari segi
akademik, ko kurikulum serta sahsiah. Oleh itu, guru sentiasa perlu merancang untuk
melaksanakan pdpc yang berkualiti untuk membawa murid ke arah itu.

 Guru2 perlu mempunyai kemahiran pedagogi yang berkesan dan sentiasa perlu menimba
ilmu untuk mencari kaedah terbaik dalam melaksanakan tugas sebagai pemudah cara.

 Pendidikan Alaf baru memerlukan komitmen guru sangat mencabar dalam pencapaian ilmu
kepada murid2. Dengan pendedahan media social serta internet tanpa sepadan, maka
kemahiran serta pengetahuan guru perlu seiring dengan perubahan teknologi. Maka
kaedah pdpc secara konvensional tidak lagi sesuai utk diaplikasikan pada zaman sekarang.

(perbandingan elektrik / data internet)

 Kemahiran pedagodi yang berkesan yang perlu ada pada seseorang guru bermaksud pdpc
yang membolehkan seseorang murid berfikir secara kreatif dan kritis (KBAT) serta boleh
menyelesaikan masalah. Dan ini perlu dilaksanakan pada peringkat awal lagi samada di
prasekolah atau di tahap satu.

 Hasrat sekolah pada tahun 2020 dan seterusnya, tidak akan wujud murid pemulihan untuk
tahap 2. Intervensi perlu dilaksanakan supaya semua murid tahap 1 menguasai 3M/4M. Maka
kepada Ketua Panitia BM/MT terutamanya perlu bersedia dan merancang untuk mencapai sifar
murid pemulihan (kecuali ada masalah pembelajaran). Jika tidak di atasi pada peringkat awal,
maka masalah tersebut akan berlarutan. Jika perlu buat kelas tambahan (cuti) untuk murid2
ini..kita perlu buat secara berbayar.

 KBSR (Semakan) Tahun 4 bermula 2020 – Dalam melaksanakan pdpc yang berfokus, guru2 juga
perlu menitik beratkan kesepaduan pendidikan SIVIK serta nilai-nilai moral dalam proses pdpc.

 Kepada AJK J/kuasa perancang sekolah, perlu sentiasa memberi perhatian kepada pejalanan sesi
persekolahan bermula hari pertama tahun 2020.
PERANCANG DAN HALA TUJU SEKOLAH 2020

1. Tambah baik PDPc – menghasilkan pendidikan yang berkualiti, penyeliaan dan pencerapan
oleh pentadbir serta Ketua Penitia akan ditingkatkan bagi tujuan khidmat nasihat.
2. FOKUS murid tidak menguasai 3M (Tahap 1 dan 2) – Kenal pasti masalah / isu yang
dihadapi oleh setiap murid dan buat kajian tindakan serta intervensi bagi menyelesaikan
masalah.
3. FOKUS kepada murid TIDAK mencapai tahap minimum (MTM) `E’. Kenal pasti masalah / isu
yang dihadapi oleh setiap murid dan buat kajian tindakan serta intervensi bagi
menyelesaikan masalah
4. Memberi kecaknaan kepada semua murid agar sebarang permasalahan dapat ditanggani –
Elert dengan tingkah laku, tangani masalah dengan teguran yang berhemah. Jika tidak
berubah, bawa kepada kaunselor.
5. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
 Pentaksiran secara berterusan (FORMATIF) (selepas sesuatu topik
pembelajaran)
 SUMATIF – THP 1 (2 KALI) setahun
THP 2 (4 KALI) setahun

6. Meningkatkan pencapaian % MTM dan sesaran 100% bagi m/pelajaran UPSR disamping
meningkatkan kecemerlangan 6A.
7. Meningkatkan potensi dan keyakinan diri murid terutama dalam program KO Akademik dan
lain-lain aktiviti.
8. Meningkatkan sahsiah, tingkah laku & disiplin, rasa tanggung jawab dan hormat
menghormati dikalangan murid .
9. Memberi perhatian kepada prasarana sekolah agar lebih kondusif, bersih dan ceria.

PERANCANGAN UNIT PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

 Memastikan pentadbiran dan pengurusan cekap.

PENTADBIRAN
 Meningkatkan sistem pentadbiran dan pengurusan bagi mencapai kecekapan dan
keberkesanannya.
 Mempertingkatkan dan memperbaiki sistem, kaedah, peraturan serta procedur kerja (SOP)
bagi mencapai kecemerlangan.
 Sentiasa berusaha bagi mempertingkatkan sistem maklumat, pengurusan fail serta sistem
rekod perkhidmatan dan sebagainya.
 Menguruskan perkara-perkara yang berkaitan perkhidmatan kakitangan seperti perjawatan,
persaraan dan kenaikan pangkat.
 Menjalin hubungan dengan PIBG serta JPN/PPD serta agensi luar

KEWANGAN

 Menguruskan hal-hal berkaitan kewangan pembelian dan pembayaran


 Laporan anggaran perbelanjaan 2020

TARIKH : 4/1/2021
PERKARA : MESYUARAT J/KUASA PERANCANG SEKOLAH KALI 1/2021

2. UCAPAN PERGERUSI
 Tujuan mesyuarat : FOKUS kepada KUALITI / KECEMERLANGAN MURID dan seterusnya
melonjakkan KUALITI / KECEMERLANGAN SEKOLAH.

 Jawatan kuasa yang dilantik dalam mesyuarat perancang adalah tulang belakang yang
menentukan hala tuju sekolah.
 Perkongsian idea dan pendapat sangat dialukan untuk merancakkan pembangunan
profesional serta memastikan VISI dan MISI tercapai.
 Kita perlu sedari bahawa SKK adalah Sekolah Transformasi 2025..maka sudah sedia maklum,
SKK perlu bergerak seiring dengan konsep yang dihasratkan selari dengan Hasrat PPPM: iaitu
Kemenjadian Murid dan Sekolah Berkualiti
 Kemenjadian Murid – Dibina melalui Pembelajaran yang bermakna
o Dokumen Standard – Guru2 perlu memahami dengan mendalam isi kandungan
subjek yang diajar dengan merujuk DSKP
o Pedagogi – apabila guru faham DSKP, maka guru dapat melaksanakan pdpc dengan
lebih berkesan..seterusnya
o Pentaksiran – apabila guru faham DSKP dan melaksanakan pedagogi melalaui PAK
21/KBAT dl, maka pentaksiran dapat di jajarkan dengan baik

 Sekolah Berkualiti – Memberi fokus untuk mewujudkan persekitaran sekolah dan


pembelajaran yang bermakna dengan sokongan guru yang berkualiti, pemimpim yang
berkesan dan sokongan PIBG dan Komuniti.

Kedua2 elemen KM dan SB merupakan Intipati dan PPPM yang diterjemahkan dan
Transformasi Sekolah 2025.

 Hasrat sekolah pada tahun 2021 dan seterusnya, tidak akan wujud murid pemulihan untuk
tahap 2.
 Intervensi perlu dilaksanakan supaya semua murid tahap 1 menguasai 3M/4M. Maka kepada
Ketua Panitia BM/MT terutamanya perlu bersedia dan merancang untuk mencapai sifar murid
pemulihan (kecuali ada masalah pembelajaran). Jika tidak di atasi pada peringkat awal, maka
masalah tersebut akan berlarutan.

 KBSR (Semakan) Tahun 5 bermula 2021 – Dalam melaksanakan pdpc yang berfokus, guru2 juga
perlu menitik beratkan kesepaduan pendidikan SIVIK serta nilai-nilai moral dalam proses pdpc.

 Kepada AJK J/kuasa perancang sekolah, di beri tanggun jawab agar sentiasa memberi perhatian
kepada perjalanan sesi persekolahan bermula hari pertama tahun 2021.
PERANCANG DAN HALA TUJU SEKOLAH 2021

1. Perancangan Strategik (Tahun 2020-2022)

 Setiap Unit Kurikulum / HEM /Ko Kurikulum serta Panitia perlu semak berkaitan
perancangan strategik masing2 – Fokus kepada Isu / Masalah / Matlamat dan strategi
menyelesaikan isu / masalah.
 Pembengkelan berkaitan PINTAS dan OPPM kepada SLT (Pentadbir) dan MLT (Ketua Panitia)
akan di adakan agar kita dapat rancang program sekolah dengan berkesan seiring dengan
sekolah TS25.
 Lampiran perancangan strategik (2020-2022) perlu ditambah baik mengikut situasi semasa –
sebelum ini semua mata pelajaran menjurus kepada UPSR sebagai alat ukur.

2. Mengaplikasi Konsep dan amalan PDPC terbaik ( Objektif utama dalam pelaksanaan TS 25)
 Tambah baik PDPc – menghasilkan pendidikan yang berkualiti
 Memerlukan penyeliaan dan pencerapan oleh pentadbir serta Ketua Penitia

TAHAP 1:
 FOKUS Utama: Penguasaan Murid 3M – KPI semua Panitia untuk memastikan tiada murid
yang berada di TP 1dan TP 2.
 Jika tidak menguasai 3M (Tahap 1 dan 2) – Kenal pasti masalah / isu yang dihadapi oleh
setiap murid dan buat program / intervensi bagi menyelesaikan masalah.

TAHAP 2:
 FOKUS kepada murid TIDAK mencapai tahap minimum (MTM) `E’ / berada di TP1 dan TP 2
Kenal pasti masalah / isu yang dihadapi oleh setiap murid dan buat kajian tindakan serta
intervensi bagi menyelesaikan masalah

3. Memberi kecaknaan kepada semua murid agar sebarang permasalahan dapat ditanggani – Elert
dengan tingkah laku, tangani masalah dengan teguran yang berhemah. Jika tidak berubah, bawa
kepada kaunselor.

4. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


 Pentaksiran secara berterusan (FORMATIF) (selepas sesuatu topik
pembelajaran)
 SUMATIF – THP 1 (2 KALI) setahun
THP 2 (4 KALI) setahun

5. Meningkatkan pencapaian % MTM dan sesaran 100% bagi m/pelajaran UPSR disamping
meningkatkan kecemerlangan 6A. (Jika ada UPSR)
6. Meningkatkan potensi dan keyakinan diri murid terutama dalam program KO Akademik dan lain-
lain aktiviti.
7. Meningkatkan sahsiah, tingkah laku & disiplin, rasa tanggung jawab dan hormat menghormati
dikalangan murid .
8. Memberi perhatian kepada prasarana sekolah agar lebih kondusif, bersih dan ceria.

PERANCANGAN UNIT PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

 Memastikan pentadbiran dan pengurusan cekap.

PENTADBIRAN
 Meningkatkan sistem pentadbiran dan pengurusan bagi mencapai kecekapan dan
keberkesanannya.
 Mempertingkatkan dan memperbaiki sistem, kaedah, peraturan serta procedur kerja (SOP)
bagi mencapai kecemerlangan.
 Sentiasa berusaha bagi mempertingkatkan sistem maklumat, pengurusan fail serta sistem
rekod perkhidmatan dan sebagainya.
 Menguruskan perkara-perkara yang berkaitan perkhidmatan kakitangan seperti perjawatan,
persaraan dan kenaikan pangkat.
 Menjalin hubungan dengan PIBG serta JPN/PPD serta agensi luar

KEWANGAN

 Menguruskan hal-hal berkaitan kewangan pembelian dan pembayaran


 Laporan anggaran perbelanjaan 2020

You might also like