You are on page 1of 2

LATIHAN INTERAKTIF – KATA NAMA TERBITAN

1. Encik Ali telah mengedarkan kad_________perkahwinan anaknya kepada jiran


tetangga.
(jemputan/undangan)

2. Pak Atam bercucuk tanam pelbagai sayur di tanah__________yang dipajaknya


daripada Encik Chong.
(penanaman/pertanian)

3. Afiqah mencatat rekod baharu dalam acara merejam lembing apabila berjaya
membuat______yang jauh.
(lemparan/rejaman)

4. _____sudut Azwan yang tepat ke arah gawang gol pihak lawan telah memastikan
kejayaan pasukan sekolah.
(hentaman/tendangan)

5. ______terbuka di kawasan hutan itu berpunca daripada sikap segelintir masyarakat


sekeliling.
(kebakaran/pembakaran)

6. Mak Kiah menyusun pasu bunga orkid yang berwarna-warni di ____ rumah.
(perkarangan/pekarangan)

7. Pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap _____undang-undang oleh


mana-mana pihak.
(perlanggaran/pelanggaran)

8. _____ kuasa asing di Tanah Melayu telah mengakibatkan kesusahan hidup kepada
penduduk negara kita.
(perluasan/peluasan)

9. Para murid berasa amat teruja semasa melihat_____________buyung daripada


tanah liat ketika mengikuti lawatan sambil belajar itu.
(perbuatan/pembuatan)

10. Cikgu Julayda meminta para murid supaya memberikan________menarik ketika


mengakhiri penutupan karangan.
(ulasan/ungkapan)

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
SKEMA

1. Undangan
2. Pertanian
3. Rejaman
4. Tendangan
5. Pembakaran
6. Pekarangan
7. Pelanggaran
8. Peluasan
9. Pembuatan
10. Ungkapan

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A

You might also like