You are on page 1of 1

LATIHAN INTERAKTIF – KATA NAMA TERBITAN

1. Encik Ali telah mengedarkan kad ___________ perkahwinan anaknya kepada jiran tetangga.
(jemputan / undangan)

2. Pak Atam bercucuk tanam pelbagai sayur di tanah __________ yang dipajaknya daripada Encik
Chong. (penanaman / pertanian)

3. Afiqah mencatat rekod baharu dalam acara merejam lembing apabila berjaya membuat
_________ yang jauh. (lemparan / rejaman)

4. ____________ sudut Azwan yang tepat ke arah gawang gol pihak lawan telah memastikan
kejayaan pasukan sekolah. (hentaman / tendangan)

5. ____________ terbuka di kawasan hutan itu berpunca daripada sikap segelintir masyarakat
sekeliling. (kebakaran / pembakaran)

6. Mak Kiah menyusun pasu bunga orkid yang berwarna-warni di ___________ rumah.
(perkarangan / pekarangan)

7. Pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap _____________ undang-undang oleh
mana-mana pihak. (perlanggaran / pelanggaran)

8. __________ kuasa asing di Tanah Melayu telah mengakibatkan kesusahan hidup kepada
penduduk negara kita. (perluasan / peluasan)

9. Para murid berasa amat teruja semasa melihat _____________ buyung daripada tanah liat
ketika mengikuti lawatan sambil belajar itu. (perbuatan / pembuatan)

10. Cikgu Julayda meminta para murid supaya memberikan ____________ menarik ketika
mengakhiri penutupan karangan. (ulasan / ungkapan)

SKEMA
1. Undangan
2. Pertanian
3. Rejaman
4. Tendangan
5. Pembakaran
6. Pekarangan
7. Pelanggaran
8. Peluasan
9. Pembuatan
10. Ungkapan

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A

You might also like