You are on page 1of 8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LA SALLE PJ

JALAN CHANTEK, 46000 PETALING JAYA

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU


BILANGAN 1/2020
Tarikh : 30 Disember 2019
Masa : 8.30 pagi – 11.00 pagi
Tempat : Makmal Rampaian Sains
Kehadiran
1. Pn Suguna Sockalingam (GKMP Bidang Bahasa)
2. Pn.Hoo Sau Kin (Ketua Panitia Bahasa Melayu)
3. Pn. Sarwaniza binti Saharuddin
4. Pn, Nur Hanisah binti Che Yusof
5. En. Abd Mutalib bin Salleh
6. Pn. Nuur ‘Azimah bt Ariffin
7. En Mohd Syafiq bin Mohamad Rasnan
8. En Hapiz bin Aminallah
9. Pn. Fazilah binti Fadzir @ Abd Malek

Tidak Hadir :
Tiada

Urusetia: Pn. Sarwaniza Saharuddin

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Puan Hoo Sau Kin selaku pengerusi mesyuarat mengucapkan terima kasih kepada
semua guru yang hadir untuk mesyuarat panitia.
Tindakan : Makluman
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Minit mesyuarat bil 4/2018 telah dibentangkan oleh pengerusi.
2.2 Minit mesyuarat telah disahkan oleh Pn. Nuur’Azimah Ariffin dan disokong oleh Pn.
Sarwaniza.

Tindakan: Makluman

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


1
3.1 Tiada perkara berbangkit.
4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU
4.1 FAIL REKOD MENGAJAR DAN E-RPH
4.1.1 Pengerusi memaklumkan setiap guru telah dibekalkan dengan fail poket yang
berisi beberapa dokumen yang perlu dilengkapkan untuk fail rekod mengajar
tahun 2019.
4.1.2 Fail Rekod Mengajar yang telah lengkap diisi dan cetakan RPH bulan Januari
harus dihantar kepada pengetua pada 11 Januari 2019.
4.1.3 e-RPH harus dimuat naik ke VLE Frog masing-masing pada hari Sabtu setiap
minggu selewat-lewatnya:
 Jam 12.00 tengah hari ( guru sesi pagi)
 Jam 5.00 petang ( guru sesi petang)
4.1.4 Pengerusi memohon guru-guru menggunakan ruang sembang (forum ) di dalam
Vle frog sebagai medium perantaraan antara guru dan penyemak e-rph.

Tindakan: Semua Guru


4.2 FAIL PANITIA DAN FAIL KSSM

4.2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa semakan Fail Panitia Fasa 1 akan dilakukan pada
minggu ke-2 bulan Januari. Pastikan fail panitia lengkap terutamanya fokus kepada fail
no.2 dan fail KSSM mestilah lengkap mengandungi ( RPT / DSKP/SP /HSP ) bagi setiap
tingkatan 1,2 dan 3.

4.2.2 Pengerusi bertanggungjawab dan ditugaskan untuk mengemaskini fail panitia Bahasa
Melayu dan dibantu oleh Pn Nuur”Azimah. Manakala Puan Sarwaniza ditugaskan untuk
mengemaskini fail KSSM.
Tindakan:KP dan Pn.Sarwaniza

4.3 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)


4.3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa guru perlu menggunakan borang transit, template atau
senarai nama murid bagi merekodkan pencapaian setiap murid kelas yang diajar.
4.3.2 Pengerusi juga meminta guru menyediakan sebuah fail PBD yang
mengandungi :
a. Fail showcase – menyimpan contoh hasil PBD terbaik murid setiap kelas.
b. Rekod transit
4.3.3 Selain itu, pengerusi juga meminta untuk menghantar fail PBD untuk semakan
sebanyak
2 kali kepada Puan Suguna pada :
 10 Mei 2019 (semakan pertama)
 25 Oktober 2019 (semakan kedua)

Tindakan : Semua guru

2
4.4 PENYEDIA/ PENGGUBAL SOALAN PEPERIKSAAN 2019
4.4.1 Pengerusi memaklumkan tentang senarai penyedia kertas soalan peperiksaan . Guru-guru
yang terlibat dengan penggubalan kertas soalan diminta untuk mematuhi format baharu
peperiksaan bagi mata pelajaran PT3.

UBK2/Percubaa
Tingkatan M/P UBK1 PPT PAT
n
Peralihan BM Nuur’ Azimah Syarifah Azma Nuur’ Azimah Syarifah Azma
Peralihan ABM M. Ayyub Nuur’ Azimah M. Ayyub Nuur’ Azimah
T. 1 BM Pn Sarwaniza Pn Nurhanisa Pn Sarwaniza En. Mutalib
T. 2 BM En Mutalib Pn Nur Hanisa En Mutalib Pn Rozuliaaida
Pn. Hoo Sau
T. 3 BM Pn Roziana Pn Fazilah -
Kin
K1: Pn K1: Pn
T. 4 BM Md Syafiq Roziana Pn Fazilah Roziana
K2: Md Hapiz K2: Md Syafiq
K1: Pn Suguna K1: Pn Zabariah  
T. 5 BM Md Hapiz
K2: Md Syafiq K2: Pn Suguna

Tindakan : Semua guru berkenaan

4.5 JADUAL PENCERAPAN


4.5.1 Pengerusi mengingatkan guru-guru agar melakukan penilaian kendiri dengan menggunakan
borang PPS Skpmg2 Stdrd 4 mulai Januari dan Mac 2019.
4.5.2 Setiap guru perlu memastikan agar markah penilaian kendiri disesuaikan dengan tahap
tindakan dan tahap kualiti.
4.5.3 Berdasarkan analisis markah pencerapan menunjukkan guru –guru masih lagi lemah dari
aspek 4.4.1 iaitu guru sebagai pendorong.

4.5.4 GKMP Bahasa telah menerang beberapa tindakan untuk meningkat Aspek 4.4.1 dalam
PdPc.

3
Tindakan : Semua guru

4.6 PLC
4.6.1 Pengerusi telah memilih dua orang guru bagi sesi pagi dan sesi petang bagi menyediakan
laporan PLC untuk Panitia Bahasa Melayu 2019.

Bil PLC TINDAKAN Kitaran


1 Peer coaching En Mohd Hapiz dan En Mohd Syafiq 1
2 Lesson study Pn Nuur’ Azimah dan Pn Rozuliaaida 2

Tindakan : Guru berkenaan

4.7 KAJIAN TINDAKAN

4.7.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pada tahun 2019 semua guru perlu menghasilka Kajian
Tindakan. Setiap guru perlu menetapkan kumpulan masing-masing untuk menyediakan
proposal KT dan menghantarnya selewat-lewatnya pada 2 Mei 2019 pada Pn Carol.
4.7.2 Semua guru terlibat dalam menyediakan kajian tindakan sama ada secara individu atau
berkumpulan. Bagi KT secara berkumpulan tidak melebihi 4 orang.
Tindakan :Semua Guru

4.8 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK:


4.8.1 PENYEDIAAN MODUL BAHASA MELAYU
Pengerusi memaklumkan tahun 2019, Panitia Bahasa Melayu telah merancang beberapa
program peningkatan akademik. Antara program yang dirancang:

Bil. Nama Modul Tingkata Nama Penyedia


n
1 Modul Cemerlang Bahasa Melayu 2 Pn Sarwaniza dan Pn Rozuliaaida
2 Modul Celik Bahasa 3 Pn Fazilah dan Pn Hoo Sau Kin
3 Modul Bijak Bahasa 4 Pn Roziana & Pn Shahida
4 Modul Bestari 5 En Md. Hapiz dan En Md. Syafiq

4
4.8.2 Penyediaan modul Bahasa Melayu bagi tingkatan 2,3, dan 4 akan dilaksanakan selepas
bulan Jun. Ini disebabkan oleh faktor kos. Hanya Modul Bestari tingkatan 5 sahaja yang
akan diteruskan pada bulan Mac.

Tindakan: Guru Tingkatan 5.


4.9 SUDUT PIDATO
4.9.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pihak Panitia telah melantik seorang orang guru iaitu
Puan Sarwaniza untuk menyelaras Sudut Pidato. Guru perlu memastikan setiap guru
Bahasa
Melayu menggunakan sudut berkenaan sekurang-kurangnya sekali seminggu.
4.9.2 Puan Sarwaniza diminta untuk menyediakan satu jadual penggunaan sudut berkenaan
bagi setiap tingkatan selewat-lewatnya 22/01/2019. Setiap guru perlu menyediakan
laporan
bertulis berserta gambar penggunaan sudut berkenaan.
Tindakan:Pn.Sarwaniza

4.10 PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU


4.10.1 Pengerusi memaklumkan bahawa panitia telah merangka Jadual program peningkatan
professionalisme bagi guru-guru Panitia Bahasa Melayu. Antara aktiviti yang telah
dirancang adalah seperti berikut:

BIL PROGRAM GURU BULAN TINDAKAN


GURU TINGKATAN 4
1 BENGKEL PENANDAAN KERTAS 1 SPM APRIL
&5
2 BENGKEL PENANDAAN KERTAS 2 SPM MEI GURU T4& T5
3 BENGKEL PENANDAAN PT3 MAC & JULAI SEMUA GURU
4 BENGKEL HEBAT MAC SEMUA GURU
5 BENGKEL KSSM JAN SEMUA GURU
Tindakan :Semua
Guru

4.11 PENYEMAKAN HASIL KERJA MURID


4.11.1 Pengerusi mengingatkan setiap guru diminta untuk mengikuti jadual penghantaran buku
latihan kepada penyemak berdasarkan tarikh yang telah ditetapkan seperti terkandung
dalam buku pengurusan sekolah.

BIL MINGGU TINGKATAN PENYEMAK


1 M5-7 (28/1-15/2) T5 PENGETUA
T1 PK PETANG
2 M10-11 (4/3 – 15/3)
T2 GKMP BAHASA
3 M14/15 ( 8/4 -15 ) T4 PK
5
T5 GKMP BAHASA
T3 PENGETUA
4 M16 – 17 (22/4 – 3/5 )
P PK PETANG
5 M25 -26 (8/7 -19/7 ) T4 GKMP BAHASA
6 M27-28 ( 22/7 -2/8 ) T2 PK PETANG
ABM PK PETANG
7 M31 – 32 (26/8 – 6/9 ) T1 GKMP BAHASA
T3 GKMP BAHASA
8 M37 – 38 (7/10 -1/10) P GKMP BAHASA

Tindakan :Semua Guru

4.12 LAPORAN POST MORTEM PT3 2018

4.12.1 Pengerusi memaklumkan bahawa peratusan pelajar yang lulus mata pelajaran Bahasa
Melayu 2018 telah menunjukkan penurunan sedikit berbanding dengan tahun 2018 iaitu
71.77 (2017) kepada 70.06(2018). Manakala GPMP yang diperolehi bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu PT3 2018 telah menunjukkan peningkatan 3.82 berbanding
dengan tahun 2017 iaitu 4.10. Seramai 29 orang murid telah memperolehi gred A dan 50
orang pelajar gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Lulus / Tidak Layak


PEPERIKSA Bil Calon A B C D E G Gagal Sijil
Bil AN Daftar Ambil TH Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % GPMP
1 2016 191 187 4 26 13.90 20 10.70 10 5.35 25 13.37 31 16.58 75 40.11 112 59.89 75 40.11 4.28
2 2017 174 170 4 14 8.24 21 12.35 30 17.65 22 12.94 35 20.59 48 28.24 122 71.76 48 28.24 4.10
3 2018 171 167 4 29 17.37 21 12.57 23 13.77 22 13.17 22 13.17 50 29.94 117 70.06 50 29.94 3.82

Lulus / Tidak Layak


Bil Calon A B C D E G Gagal Sijil
Bil Kelas Daftar Ambil TH Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % GPMP
1 MERAH 28 28 0 17 60.71 9 32.14 1 3.57 1 3.57 0 0.00 0 0.00 28 100 0 0.00 1.50
2 OREN 31 31 0 12 38.71 8 25.81 8 25.81 2 6.45 0 0.00 1 3.23 30 96.77 1 3.23 2.13
3 KUNING 27 27 0 0 0.00 2 7.41 6 22.22 9 33.33 5 18.52 5 18.52 22 81.48 5 18.52 4.19
4 HIJAU 25 25 0 0 0.00 2 8.00 8 32.00 5 20.00 4 16.00 6 24.00 19 76 6 24.00 4.16
5 BIRU 26 24 2 0 0.00 0 0.00 0 0.00 3 12.50 8 33.33 13 54.17 11 45.83 13 54.17 5.42
5 INDIGO 18 17 1 0 0.00 0 0.00 0 0.00 1 5.88 3 17.65 13 76.47 4 23.53 13 76.47 5.71
6 UNGU
JUMLAH 16 15 1 0 0.00 0 0.00 0 0.00 1 6.67 2 13.33 12 80.00 3 20 12 80.00 5.73
(mengikut MP 153 167 4 29 17.37 21 12.57 23 13.77 22 13.17 22 13.17 50 29.94 117 70.06 50 29.94 3.82

Tindakan: Makluman

6
4.13 KEWANGAN
Pengerusi memaklumkan bahawa PCG akan digunakan untuk program yang dirancang dalam Pelan Taktikal
2019. Antara programnya ialah :-

Bil Anggaran Belanjawan


Program
1 RM400
Kelas Tambahan PT3 dan SPM
2 Bengkel Teknik Menjawab SPM RM1,000
3 Modul Celik Bahasa PT3 RM300
4 RM300
Modul Cakna Bahasa SPM
5 Teknik Penandaan Kertas SPM & PT3 RM400

Tindakan: Semua guru.


4.13 KARNIVAL AKADEMIK
4.13.1 Pengerusi memaklumkan Karnival Akademik akan berlangsung pada 11 Februari – 25
Februari 2019 dan setiap Panitia perlu adakan sekurang-kurangnya 2 aktiviti/program untuk
setiap tingkatan.
4.13.2 Panitia Bahasa Melayu telah mencadangkan beberapa aktiviti untuk setiap
Tingkatan iaitu:

BIL AKTIVITI KELAS TINDAKAN

1 Mencipta sajak 5 MOK Md Hapiz

Mencipta puisi 5 HBIU Suguna

2 Membaca berita 4 MOK Fazilah

Deklamasi sajak 4 HBIU Md Syafiq

3 KAHOOT (PERMAINAN BAHASA) 3 MOK Roziana

Teka silang kata 3HBIU Hoo Sau Kin

4 Sampaikan Pesan 2 MOK Abd Mutalib

Teka Silang Kata 2 HBIU Nur Hanisah

5 Sahibba 1 MOK Sarwaniza

Mendeklamasi Puisi 1 HBIU Rozuliaaida

6 KAHOOT (PERMAINAN BAHASA) PERALIHAN Sharifah Azma ( Nuu’r Azimah)

4.13.3 Setiap aktiviti mesti ada laporan bertulis dan gambar dan diserahkan kepada
ketua panitia untuk difailkan.
7
Tindakan: Semua Guru terlibat

5.0 PENUTUP
5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru Bahasa Melayu atas segala
kerjasama dan sokongan dalam usaha untuk mencemerlangkan SMK La Salle Petaling Jaya.
5.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.20 petang.

Urus Setia
Sarwaniza Saharuddin
Tarikh: 7 Januari 2019

You might also like