You are on page 1of 2

Rumusan

Langkah 1

Kenal pasti fokus 1 dan fokus 2

Fokus 1 = kata kunci 1 + tugasan 1 – kebaikan taman awam kepada masyarakat

Fokus 2 = kata kunci + tugasan 2 – langkah-langkah menjaga taman awam

Kata kunci

Langkah, usaha, strategi, kaedah, ikhtiar, teknik, pendekatan, inisiatif, tindakan, cara

Punca, sebab, faktor, pemangkin, pencetus

Halangan, masalah, cabaran, kesulitan, kerenah, sekatan, dugaan, rintangan

Kesan, natijah, impak, implikasi

Manfaat, faedah, kepentingan, kebaikan, kelebihan

Tanggungjawab, tugas, peranan , fungsi

Ciri-ciri, kriteria, sifat

Langkah 2

Menulis pendahuluan

Langkah 3,

mengenal pasti semua isi dari bahan 1 dan bahan 2

Langkah 4

Menulis isi ( 8 isi)

Langkah 5

Menulis kesimpulan dan mengira jumlah patah perkataan


Rumusan membincangkan kepentingan/ kebaikan/ faedah taman awam kepada masyarakat dan cara-
cara/ langkah-langkah untuk menjaga taman awam.

Antara kepentingan taman awam kepada masyarakat ialah tempat pengumpulan koleksi spesies
tumbuhan sama ada spesies tempatan mahupun luar negara untuk penyelidikan dan pendidikan. Selain
itu, taman awam penting kerana memberikan ruang selesa daripada impak rekreasi dan keindaham
alam di sekitar kawasan penduduk setempat. Seterusnya, kepentingannya ialah menjayakan pencapaian
kualiti kehidupan yang menyeluruh (Total Quality Living Environment). Selanjutnya, memberi peluang
penduduk berinteraksi antara satu sama lain.

Cara-cara untuk menjaga taman awam ialah melancarkan Hari Landskap Negara 2013. Kemudian,
penyelenggaraan dan pengurusan aktiviti secara sistematik. Di samping itu, caranya ialah bergotong-
royong membersihkan taman awam dan tidak membuang sampah di merata-rata tempat.

Kesimpulannya, semua pihak haruslah menjaga keindahan taman awam agar masyarakat dapat hidup
dalam keadaan aman dan sihat.

p- 2

I – 8x2 = 16

k- 2

total = 20

Bahasa 10

(120 pp)

You might also like