You are on page 1of 5

Kesimpulan projek.

Masalah dan kekangan

Bagi menjayakan projek penanaman ini, terdapat juga beberapa masalah dan
kekangan yang dihadapi oleh kami, iaitu masalah dari segi pengurusan masa yang
mana masa yang tidak mencukupi bagi melaksanakan projek ini. Masalah ini terjadi
kerana pokok yang ditanam lambat membesar manakala projek perlu dilaksanakan
dengan segera.

Selain itu, pokok ini juga memerlukan penjagaan yang rapi bagi memastikan
kesuburan pokok tersebut. Timbul masalah disini ialah apabila pokok ini perlu disiram
tiap-tiap hari dan apabila tiba waktu hujung minggu atau cuti sekolah yang panjang
masalah ini akan timbul kerana tiada siapa yang akan menjalankan tugas bagi
menyiram pokok tersebut.

Masalah lain yang dihadapi ialah ganguan daripada anasir-anasir lain contohnya
serangga perosak dan ganguan dari murid-murid yang mana mereka memetik atau
menjadikan pokok tersebut bahan permainan mereka. Pokok tersebut memerlukan
penjagaan yang rapi bagi memastikan proses pertumbuhan yang normal berlaku
disamping untuk menjamin kesuburan pokok tersebut.

Disamping itu, pokok-pokok yang ditanam kebanyakannya mati dan tidak semuanya
hidup dan pokok yang mati perlu diganti dengan segera bagi memastikan proses
pertumbuhan antara pokok adalah sama.
Kaedah penyelesaian

Antara langkah-langkah penyelesaian yang boleh diambil ialah dengan memikirkan


strategi atau cara yang lebih efektif bagi memastikan pokok tersebut membesar dengan
cepat iaitu dengan sentiasa memastikan keperluan asas seperti air, baja dan
sebagainya mencukupi bagi keperluan pokok supaya dapat mengelak daripada
terbantunya proses pertumbuhan atau pembesaran pokok tersebut. Dengan menjaga
keperluan asas pokok, ianya akan mempercepatkan proses pembesaran dan juga
mampu untuk membesar dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Selain itu, bagi menyelesaikan masalah penyiraman pokok tersebut, kami telah
membuat jadual pengiliran untuk menyiram dan memantau pokok tersebut pada waktu
cuti hujung minggu dan juga cuti sekolah yang panjang. Dengan membuat jadual
pengiliran ini, pokok tersebut lebih dipantau dan ini akan memastikan pokok tersebut
sentiasa subur dan sihat.

Kemudian, untuk memastikan tiada ganguan dari serangan seranga perosak dan
murid, kami telah menggunakan racun organik yang dibuat sendiri. Racun organik ini
dipilih kerana ianya mesra alam dan tidak membahayakan kesihatan sesiapa yang
makan daun tersebut. Disamping memastikan kesuburan pokok, kami juga
mementingkan khasiat atau kesegaran pokok tersebut. Manakala bagi masalah
ganguan murid pula, guru akan sentiasa memberi peringatan dan amaran agar mereka
tidak merosakkan pokok tersebut.

Penyelesaian yang terakhir bagi masalah pokok banyak yang mati, setelah ditelilti,
cara penanaman pokok-pokok yang mati tersebut tidak mengikut tatacara penanaman
yang sempurna atau seperti yang dicadangkan oleh pihak yang berautoriti. Setelah
mengikut prosedur yang ditetapkan, pokok-pokok tersebut hidup dengan subur tanpa
ada sebarang masalah.
Tindakan susulan.

Tindakan susulan yang dapat diambil bagi memastikan projek yang dirancang berjalan
lancar ialah dengan memastikan kesemua permasalahan yang berlaku dapat diatasi
dengan mengikut kaedah penyelesaian yang dirancang.

Selain itu juga, kami akan menambah sumber rujukan bagi kajian ini supaya kualiti
dan kadar keberhasilan kajian akan dapat dipertingkatkan lagi.
Rumusan projek.

Rumusan yang dapat dibuat dari hasil kajian ini ialah dapat dibuktikan bahawa pokok
belalai gajah merupakan sejenis pokok yang mempunyai banyak manfaat dan khasiat
contohnya seperti mampu mengubati penyakit kanser, darah tinggi dan kencing manis.
Penanaman pokok tersebut juga mudah dan boleh dilakukan dimana-mana tempat
yang sesuai yang perlu mengambil kira faktor kesuburan tanah , kesesuaian cahaya
dan keperluan-keperluan asas yang lain.

Selain itu juga, pokok belalai gajah ini atau nama saintifiknya ( clinacanthus) juga
boleh menjadi sumber pendapatan dengan dikomersialkan menjadi jus atau kapsul dan
mampu dipasarkan diserata Malaysia. Disini dapat dilihat bahawa kajian ini mempunyai
banyak manfaat kepada orang ramai

Sepatutnya, khasiat pokok belalai gajah ini perlu dikongsi dan disebarluaskan kepada
seluruh masyarakat supaya ianya dapat memberi manfaat kepada semua dan dapat
mengurangkan kadar kebergantunggan orang ramai terhadap ubat-ubatan jenis sintetik.
Dengan adanya kajian ini, ianya dapat membuka mata orang ramai yang mana pokok-
pokok herba disekeliling kita boleh memberi banyak manfaat kepada kehidupan.
Cadangan penambahbaikan / Evolusi

Setelah membuat pemerhatian dan kajian, terdapat beberapa penambahbaikan yang


boleh dilakukan bagi memastikan projek yang dilakukan berjalan lancar, menarik dan
berjaya, antara cadangan penambahbaikannya ialah dengan mempelbagaikan lagi hasil
dari daun belalai gajah tersebut dengan melakukan proses inovasi kepada sesuatu
yang lebih menarik dan berguna contohnya dengan menghasilkan teh belalai gajah
ataupun jus belalai gajah.

You might also like