You are on page 1of 5

ARTIKEL MENGENAI ASAS-ASAS PERKHEMAHAN (1)

Perkemahan adalah aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan untuk merehatkan
fikiran Boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan serta rakan apabila melakukannya
bersama-sama Dalam Pengakap, perkhemahan bertujuan untuk menguji apa yang telah
dipelajari oleh ahli pengakap. Contohnya, mengikat, menghidupkan api, mendirikan
khemah, dan sebagainya. Melibatkan bermalam samada satu malam atau lebih,samada
dihutan,kawasan sekitar rumah, di pantai, tempat rekreasi dan lain-lain tempat yang sesuai

Antara objektif dalam perkhemahan ialah dapat mengasah kemahiran dalam


penyediaan tapak khemah disamping dapat membentuk sikap berdikari, semangat setia
kawan, berdisiplin & berkepimpinan ianya juga dapat membina kekuatan mental dan
fizikal seterusnya dapat merasai & menyesuaikan diri dengan kehidupan luar

Sebelum pergi berkhemah , kita perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak


berkenaan seperti tuan tanah, pihak sekolah, dan sebagainya. Sekurang-kurangnya seorang
pemimpin atau orang dewasa turut serta dalam sesuatu perkhemahan. Selain itu kita juga
perlu memaklumkan kepada pesuruhjaya daerah mengenai perkhemahan dengan cara
mengisi borang permohonan kebenaran berkhemah. Kita juga boleh menghantar surat
makluman kepada pihak polis mengenai perkhemahan tersebut. Kita juga perlu
memastikan kawasan perkhemahan tersebut selamat daripada binatang buas, jenayah,
keadaan fizikal muka bumi, dan sebagainya. Tidak lupa juga kita perlu memastikan segala
alatan perkhemahan mengcukupi seperti pisau, parang, cangkul, bekalan makanan, dan
lain-lain. Dan yang terakhir peserta perkhemahan perlu memastikan setiap peserta
perkhemahan mematuhi peraturan perkhemahan yang telah ditetapkan .

Seterusnya adalah

yang boleh dibawa.


adalah alat perlindungan yang diperbuat daripada kain, kanvas atau lain-lain bahan yang
boleh digerakkan. Dalam kata lain perkataan khemah merupakan satu perkara utama
dalam aktiviti berkhemah. Tanpa khemah anda tidak boleh berkhemah. Berikut adalah
beberapa jenis khemah:

* Khemah bentuk A

* Khemah bentuk Dome

* Khemah Igloo
Dan banyak lagi, ikut kemampuan anda untuk menggunakan mana-mana jenis khemah, dan
ikut keperluan dan keadaan tempat perkhemahan. KHEMAH BENTUK A Khemah nylon
berntuk "A" atau poncho (seperti digunkan oleh tentera) yang sesuai digunakan di
kawasan tanah rendah atau pantai. Khemah jenis ini akan memberikan kitaran udara yang
baik di tempattempat yang agak panas. KHEMAH NYLON BERBENTUK DOMESesuai
digunakan dipergunungan kerana boleh ditutup dan menghalang dari kesejukan. Khemah
ini boleh memerangkap udara panas di dalam khemah dan menghalang angin sejuk dari
menerobos ke dalam. Dengan ini memberi keselesaan kepada pengguna di persekitaran
yang sejuk. KHEMAH NYLON BERBENTUK IGLOOKhemah nylon berbentuk Igloo adalah
sesuai digunakan di pergunungan air batu dan di tempat bersalji. Fungsinya sama dengan
khemah bentuk Dome, cuma ianya lebih memanaskan. 5. PERKARA-PERKARA YANG
PERLU DI AMBIL PERHATIAN SEBELUM BERKHEMAH.A. PERLINDUNGAN B. KESELESAAN
C. KALIS AIR D. TAHAN LASAK E. UKURAN A. PERLINDUNGANKhemah yang anda miliki
perlu memberi perlindungan cuaca seperti hujan, panas, angin dan sebagainya. Disamping
itu ianya perlu diberi perlindungan dari serangga. B. KESELESAANKhemah anda perlu
selesa, kerana tempat yang paling utama dalam aktiviti pengembaraan ialah tempat tidur
yang selesa. Anda juga perlu mempunyai ruang untuk menyimpan barang-barang anda. C.
KALIS AIRKhemah anda mestilah dari yang jenis kalis air. Terdapat beberapa jenis khemah
yang tidak kalis air apabila hujan lebat. Anda perlu pastikan bahawa khemah yang
dikatakan kalis air itu benar-benar kalis air. Kalau tidak anda akan menanggung risiko
berbasah apabila hujan. D. TAHAN LASAKMemandangkan perlunya khemah itu ringan,
pembuat khemah mengambil kesempatan membuatnya dengan bahan ringan tetapi tidak
tahan lasak. Ini perkara penting yang perlu anda ambil ingatan. Khemah perlu ringan
disamping itu mesti tahan lasak dalam mana ianya tidak mudah koyak apabila digunakan
untuk satu jangka masa yang sesuai dan manasabah. E. UKURANTentukan ukuran khemah
yang sesuai sebelum digunakan dan pastikan keselesaan untuk tidur dan menempatkan
barang-barang di dalam khemah. 6. PERALATAN PERKHEMAHAN Apa yang perlu dan apa
yang tidak perlu di beri perhatian untuk satu perkhemahan akan bergantung bergantung
kepada beberapa faktor seperti jangka masa, tempat dan bilangan peserta. Berikut
disenaraikan contoh-contoh peralatan asas yang perlu anda bawa untuk memastikan
perkhemahan anda selamat dan selesa:- a. Khemah yang sesuai. b. Bag galas c. Dapur (gas
atau minyak bahan tambahan serta alat gantinya) d. Pelita (jenis minyak atau gas bersama
alat gantinya) e. Messtin, pinggan, sudu , garpu dan lain-lain. f. Botol air, kole dan bekas
minuman. g. Pisau dan pembuka tin h. Lampu picit serta beteri dan lat gantinya. i. Mancis
dan lilin atau bahan penyala api. j. Kotak pertolongan cemas. k. Kotak ikhtiar hidup. l. Tali
m. Ponco atau baju hujan. n. Parang/kapak kecil. o. Bekas air tambahan. p. Selimut atau bag
tidur. q. Pakaian selengkapnya r. Uniform Pengakap (bagi perkhemahan pengakap) Dan
banyak lagi, yang mana dibawa mengikut keperluan 7.MENGEMAS HAVERSACK1. Barang
mudah basah dibalut plastik 2. Barang berat di atas 3. Barang besar, sederhana berat di
bwh 4. Brg keras di bah. luar 5. Brg yg kerap diguna di poket luar 6. Pek kecil-kecilan 7.
Sistem sendiri 8. MEMILIH TAPAK PERKHEMAHANTeknik memilih tapak perkhemahan 1-
Carilah tapah perkhemahan sebaik-baiknya lapang dan tanahnya rata.2-Terdapat
sumber/punca air berhampiran. 3-Mendapat pancaran cahaya matahari untuk
mengeringkan khemah jika basah. 4-Terlindung daripada tiupan angin secara terus. 5-Jika
boleh carilah tapak yang mempunyai pemandagan yang menarik. 6-Lakukan pemeriksaan
di sekitar kawasan perkhemahan (untuk keselamatan) 7-Jika bersatai (berkeluarga) carilah
tempat yang mempunyai kemudahan awam seperti tandas, parking kereta dan lain-lain.
Tempat yang harus dihidarkan1-kawasan khemah yang lembab dan berair (khemah basah
dan ketidakselasaan berlaku) 2-Dikawasan tanah yang berlumpuh (mengotorkan
khemah)3-berhampiran belukar atau semak samun atau kawasan lalang (elak gangguan
serangga contoh nyamuk , haiwan kecil contoh ular dan jika kawasan lalang ia mudah
terbakar). dikawasan ini juga menyukarkan pergerakan. 4-Diatas tebing curam (risiko
tergelicir atau tanah runtuh) 5-Dikawasan berbatu yang tajam, akar pokok yang timbul di
permukan tanah (merosakan khemah) 6-Dibawah pokok mati atau berdahan mati (risiko
dahan patah dan menghempap khemah) 7-Dibawah pokok besar dan daunya rimbun
(risiko dahan patah jika ribut atau hujan lebat) 8-Dibawah pokok yang beracun atau
berhampiran dengannya (sepeti pokok rengas-risiko gatal-gatal), juga pokok yang berduri.
9-Diatas denai binatang (laluan binatang) atau laluan manusia 10- Berhampiran tempat
sumber makanan/minum haiwan di sekitarnya (risiko diserang haiwan dan juga akan
menakutkan haiwan) 11-Dikawasan kotor atau berhampiran dengan sampah sarap.
(penyakit) 12.Terlalu dekat dengan sungai (risiko berlaku ibu air) Walau bagaimanapun,
tidak semua tapak perkhemahan memenuhi apa yang dikehendaki oleh kita.Ia bergantung
kepada keadaan yang memungkinkan pertimbagan yang sewajarkannya untuk memilih
tempat perkhemahan tersebut. ia bergantung kepada keadaan berikut: 1-Jangkamasa
berkhemah, jika satu malam saja tidak perlulah smua yang disenaraikan diatas dipenuhi .
Gunakan yang perlu sahaja 2-Bilangan peserta-jika ramai fikirkan yang perlu, jika sekadar
berdua atau satu keluarga kecil memadai yang terpenting sahaja.3-Jenis perkhemahan-
berkaitan memilih tapak, ikut kesesuaian sesuatu program itu. 4-Keadaan alam sekeliling-
jika dapat pemandangan yang menarik satu bonus. SEKIAN.. TERIMA KASIH ATAS
PERHATIAN ANDA =)

You might also like