You are on page 1of 2

Penghargaan

Syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia Nya maka dapat kami
menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada kami dalam jangka masa yang
telah ditetapkan. Keberhasilan tugasan ini adalah datangnya daripada dorongan dan
sokongan daripada pelbagai pihak. Pada kesempatan ini, kami merakamkan jutaan
terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Ustazah Safinah binti Yaakob kerana
memberi tunjuk ajar dan memberi jalan penyelesaian dalam setiap permasalahan yang
kami utarakan. Tanpa beliau, kami tidak mungkin mampu menyelesaikan tugasan ini..
Beliau sentiasa memberi kata semangat dan sentiasa memberikan maklumat yang kami
perlukan. Beliau juga tidak kedekut ilmu dengan berkongsi pendapat dengan kami.
Sekiranya kami mempunyai persoalan mengenai tugasan ini, beliau sentiasa memberi
penjelasan yang jelas sehinggalah kami faham dan tahu menyelesaikan masalah yang
timbul.
Tidak kami lupakan juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan
yang bersama-sama membantu dan menyumbang idea bagi menyempurnakan tugasan
ini. Tanpa kerjasama dan sokongan, sesungguhnya tugasan ini tidak mampu disiapkan
dalam masa yang ditetapkan. Kerjasama dan pengurusan masa yang bijak penting
dalam menyelesaikan sesuatu tugas. Jika tidak, sesuatu tugas tidak dapat diselesaikan
pada masa yang ditetapkan dan tidak dapat disiapkan dengan sempurna. Bak kata
pepatah, Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Sesungguhnya,hanya Tuhan
sahaja yang mampu membalas jasa kalian.
Akhir sekali,kami pohon sejuta kemaafan daripada semua pihak yang terlibat
sekiranya terdapat silap dan salah yang telah kami lakukan. Sesungguhnya manusia
tidak pernah sunyi daripada melakukan kesilapan, Yang baik datangnya daripada
Tuhan yang buruk datangnya daripada kelemahan diri kami sendiri.

You might also like