You are on page 1of 20
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekuluan Gea fas aaa wi MAAveA aioe Faks : +603-8884 9315 Laman Web : wwwwimoe.govmy Ruj. Kami: KPM.600-17/1/18 Jid. 3 (7+) Tarikh Y September 2020 bas aif lho, Takobin F ‘Semua Pengarah Pendidikan C > Jabatan Pendidikan Negeri Mole Hele TR? doe MH YBhg. Datuk/Tuan/Puan, GE PENYELARASAN PERJANJIAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH SEMASA PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh pengusaha kantin sekolah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19 dan semasa pembukaan semula sekolah, Berdasarkan tinjauan dan maklum balas yang diperoleh mendapati pemiagaan mereka mengalami kerugian kerana tidak dapat beroperasi semasa PKP dan kadar pendapatan periagaan mereka amat merosot semasa pembukaan semula sekolah, 3. Sehubungan dengan itu, pihak KPM telah mengambil inisiatif untuk membantu pihak pengusaha kantin sekolah dengan memberikan pengecualian sewaan kantin sekolah selama dua bulan (Oktober dan November 2020) sebagai tambahan kepada pengecualian sewaan selama enam (6) bulan daripada April hingga September 2020 bagi premis kerajaan yang diumumkan oleh kerajaan dalam pakej Ransangan Ekonomi (PRE) Prihatin Rakyat pada 27 Mac 2020 bagi perjanjian penyewaan kantin sekolah yang ditandatangani oleh pihak sekolah (mewakili kerajaan) dengan pihak pengusaha kantin SAHAJA. Sewaan bagi bulan Disember dikecualikan seperti mana yang termaktub dalam Perjanjian Penyewaan dan Pengurusan Kantin Sekolah. 4, Adalah dimaklumkan juga berdasarkan pindaan Takwim Persekolahan Tahun 2020, sekolah akan beroperasi sehingga 18 Disember 2020. Pihak pengusaha kantin sekolah perlu beroperasi seperti biasa dalam tempoh tersebut sekiranya Perjanjian Penyewaan dan Pengurusan Kantin Sekolah belum tamat pada 30 November 2020, Ruj. Kami: KPM.600-17/1/18 did. (++) Tarikh _: 9 September 2020 5. Bagi kantin sekolah di mana Perjanjian Penyewaan Kantin Sekolah akan tamat pada 30 November 2020 bagi Perjanjian Ibu selama dua (2) tahun atau Pelanjutan Perjanjian Penyewaan Kantin Sekolah selama satu (1) tahun, pihak sekolah perlu menyelesaikan isu jualan makanan kepada murid di kantin sekolah dalam tempoh 01 hingga 18 Disember 2020 tersebut. Pihak sekolah dicadangkan untuk mengambil tindakan mengikut urutan keutamaan seperti berikut: i. menawarkan Pelanjutar Perjanjian Penyewaan Kantin Sekolah selama setahun lagi sehingga 30 November 2021 bagi Perjanjian Penyewaan Kantin Sekolah (perjanjian ibu) yang akan tamat pada 30 November 2020. ATAU jika tidak dapat dilaksanakan; ji, memohon kerjasama pihak pengusaha kantin sedia ada untuk terus beroperasi dalam tempoh dari 01 hingga 18 Disember 2020 dengan dua (2) pilinan kaedah seperti berikut: a) Kaedah 1 Bagi perjanjian yang telah tamat dua (2) tahun pada 30 November 2020, pihak sekolah dan pengusaha kantin menandatangani perjanjian tambahan (supplementary agreement) untuk tempoh sebulan dari 01 Disember hingga 31 Disember 2020 menggunakan template seperti di Lampiran (i) ATAU; b) Kaedah 2 Bagi perjanjian yang telah tamat tiga (3) tahun/(2 +1) pada 30 November 2020, pihak sekolah dan pengusaha kantin menandatangani perjanjian baharu untuk tempoh sebulan dari 01 hingga 31 Disember 2020 menggunakan template seperti di Lampiran (ii). ATAU jika tidak dapat dilaksanakan; ‘Sia oalalken rulian Bahagian inl apabla berhubang Ruj. Kami : KPI 7/18 did. 3 (74) Tarikh September 2020 iii, mendapatkan perkhidmatan jualan makanan daripada pengusaha kantin sekolah terdekat dengan menandatangani surat persetujuan antara pihak sekolah dengan pengusaha kantin sekolah tersebut bagi tempoh 01 hingga 18 Disember 2020. ATAU jika tidak dapat dilaksanakan; iv. mendapatkan kerjasama pihak PIBG sekolah untuk menyelesaikan isu perkhidmatan jualan makanan kepada murid dalam tempoh 01 hingga 18 Disember 2020. 8. Sebut harga bagi Perjanjian Penyewaan dan Pengurusan Kantin Sekolah yang baharu hendaklah bermula pada 01 Januari 2021 hingga 30 November 2022. 7. Pihak kami memohon kerjasama YBhg. Datuk/Tuan/Puan untuk memaklumkan perkara ini kepada semua sekolah di bawah pentadbiran masing- masing. Pihak sekolah hendaklah memaklumkan perkara yang berkenaan sahaja kepada pihak pengusaha kantin, Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Hih. Noryate binti Muda di talian 03-88849322 atau Pn. Aini Arifah binti Abdul Karim di talian 03-88849390. Kerjasama pihak YBhg. Datuk/Tuan/Puan amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” ‘Saya yang rfnjalankan amanah, (H BINTI YANG RAZALI) Timbgfan Pengarah Pengurusan Hal Ehwal Murid Bahagian Pengurusan Sekolah Harian ‘Sia cafatkan akan Bahagian in spabla Bombing Lampiran (i) PERJANJIAN TAMBAHAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH BAGI PELANJUTAN TEMPOH PERJANJIAN DARIPADA. 01 DISEMBER 2020 HINGGA 31 DISEMBER 2020 PERJANJIAN TAMBAHAN ini dibuat pada ...(Tarikh Perjanjian Tambahan ditandatangani 2020 ANTARA KERAJAAN MALAYSIA yang bagi maksud Perjanjian Tambahan ini diwakili oleh Sekolah .. {Nama dan Alamat Sekolah} .(kemudian daripada ini disebut sebagai "Kerajaan’) bagi suatu pihak; DENGAN .(NAMA SYARIKAT | PERNIAGAAN) (No. Syarikat / No. Pendaftara : sees) Sebuah syarikat / perniagaan yang diperbadankan / didattarkan di bawah undang-undang Malaysia dan mempunyai alamat berdattar di .(Alamat Syarikat 1 Porniagaan). (kemudian daripada ini disebut sebagai “Pengusaha Kantin’) sebagai pihak yang satu lagi BAHAWASANYA— A. Kerajaan dan Pengusaha Kantin telah menandatangani Perjanjian Penyewaan dan Pengurusan Kantin bertarikh ............(Tarikh Perjanjian IbU)......-0cce.e--s0s-ee bagi Pengusaha Kantin berniaga bahan-bahan makanan dan minuman mengikut senarai yang ditetapkan oleh Kerajaan di premis yang disediakan oleh Sekolah ve-(Nama Sekolah. ...daripada .. (Tarikh Kuat Kuasa Porjanjian Wu... hingga .(Tarlkh Tamat Perjanjian Ibu)......... (kemudian daripada ini disebut sebagai ‘Perjanjian Ibu"); B. _ Kerajaan, melalui Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penggal Institusi Pendidikan Tahun 2020) 2020 [P.U. (A) 34/2020], telah meminda tempoh penggal institusi pendidikan bagi tahun 2020 khususnya penggal kedua bagi semua institusi pendidikan Kumpulan A daripada 02 Ogos 2020 hingga 19 November 2020 kepada 25 Ogos 2020 hingga 17 Disember 2020 dan bagi semua institusi pendidikan Kumpulan B daripada 03 Ogos 2020 hingga 20 November 2020 kepada 25 Ogos 2020 hingga 18 Disember 2020; Kerajaan, melalui Surat Pelanjutan Tempoh Perjanjian bertarikh (Tarikh ‘Surat Palanjutan Tompoh Perjanjian)........ sebagaimana yang dilampirkan dalam LAMPIRAN A Perjanjian Tambahan ini, berhasrat untuk meminda tempoh Perjanjian Ibu; dan Berdasarkan Fasal 20 Perjanjian tbu berkenaan pindaan, Kerajaan dan Pengusaha Kantin bersetuju untuk meminda Perjanjian Ibu bagi melanjutkan tempoh Perjanjian Ibu tertakluk kepada terma dan syarat Perjanjian Tambahan ini DENGAN INI kedua-dua pihak bersetuju seperti yang berikut: 1 ‘Tempoh Perjanjian Ibu hendaklah dilanjutkan selama satu (1) bulan bermula pada hari selepas Tarikh Tamat Perjanjian Ibu yang diperuntukkan dalam Fasal 3.1 Perjanjian lou, iaitu dari 01 Disember 2020 hingga 31 Disember 2020 (kemudian daripada ini disebut sebagai "Tarikh Tempoh Lanjutan’). Semua terma dan syarat Perjanjian Ibu hendaklah terpakai melainkan Fasal 3.2 Perjanjian Ibu jaitu peruntukan mengenai pelanjutan tempoh Perjanjian. Perjanjian Tambahan ini hendaklah dibaca bersama dengan dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian Ibu. Jika.kesemua atau mana-mana bahagian daripada deposit sewa dalam Fasal 6.1 dan deposit bayaran elektrik dan air dalam Fasal 7.2 Perjanjian bu telah digunakan dalam tempoh kuat Kuasa Perjanjian Ibu, maka Pengusaha Kantin hendaklah mengemukakan baki deposit supaya amaun deposit adalah seperti yang ditetapkan dalam Fasal 6.1 dan Fasal 7.2 Perjanjian Ibu dalam tempoh tidak lewat dari tujuh (7) hari selepas tarikh Perjanjian Tambahan ini berkuat kuasa Kegagalan berbuat demikian hendaklah dianggap sebagai suatu kemungkiran Perjanjian dan Kerajaan berhak menamatkan Perjanjian Tambahan ini di bawah Fasal 18 Perjanjian Ibu. Perjanjian Tambahan ini hendaklah ditafsir menurut, dan dikawal oleh, undang- undang Malaysia dan kedua-dua pihak bersetuju untuk tertakluk sepenuhmya kepada bidang kuasa mahkamah Malaysia (SEBAHAGIAN DARIPADA MUKA SURAT INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG) PADA menyaksikan persetujuan dan peruntukan tersebut di atas, kedua-dua pihak yang diberi kuasa untuk tujuan Perjanjian Tambahan ini menurunkan tandatangan masing- masing pada tarikh yang mula-mula disebut di atas. UNTUK DAN BAG! PIHAK KER, LAYSIA: Nama Jawatan ei ee No. Kad Pengenalan (Tandatangan dan cap) SAKSI: Nama Jawatan No. Kad Pengenalan 7 (fandatangan dan Cap). UNTUK DAN BAGI PIHAK PENGUSAHA KANTI Nama Jawatan No. Kad Pengenalan : ‘(Tandatangan dan *Cap) *(ika ada) SAKSI: Nama Jawatan : No. Kad Pengenalan : (Tandatangan dan *Cap) (ka ada) LAMPIRAN A. SURAT PELANJUTAN TEMPOH PERJANJIAN Lampiran (ii) PERJANJIAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH . (NAMA SEKOLAH) .. BAGI TEMPOH 01 DISEMBER 2020 HINGGA 31 DISEMBER 2020 PERJANJIAN ini dibuat pada ... ..(Tarikh Perjanjian ditandatangant).. 2020 ANTARA KERAJAAN MALAYSIA yang bagi maksud ini diwakili oleh Sekolah : Nama dan Alamat Sokolah)... .(kemudian daripada ini disebut sebagai “Kerajaan’) bagi suatu pihak; DENGAN (NAMA SYARIKAT / PERNIAGAAN).. (No. Syarikat / No. Pendaftarai .) sebuah syarikat_ / perniagaan yang diperbadankan / didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia dan mempunyai alamat berdaftar di (Alamat Syarikat / Perniagaan) (kemudian daripada ini disebut sebagai “Pengusaha Kantin’) sebagai pihak yang satu lagi. BAHAWASANYA— A. Melalui Surat Tawaran rujukan ...... (nombor rujukan surat) ... ..bertarikh (larikh surat) .......... Sebagaimana dilampirkan dalam LAMPIRAN A, Kerajaan_bersetuju untuk memberikan hak kepada Pengusaha Kantin untuk bemiaga bahan-bahan makanan dan minuman mengikut senarai yang ditetapkan oleh Kerajaan di premis yang disediakan oleh Sekolah .. (Nama Sekolah) «dan B. — Pengusaha kantin bersetuju untuk menerima hak itu dan mengusahak: Sekolah tersebut atas syarat-syarat yang ditetapkan dalam Perjan kantin DENGAN INI kedua-dua pihak bersetuju seperti yang berikut: 4. Takrif Dalam Perjanjian ini perkataan-perkataan yang berikut membawa maksud yang ditetap baginya, melainkan jika konteksnya memerlukan maksud yang lain: “Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia termasuklah Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Ketua Pengarah Pelajaran, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Operasi Pendidikan, Pengarah 1 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Pengarah Pendidikan Negeri... (Jabetan Pendidikan Negeri yang berkaitan). Pengetua / Guru Besar Sekolah dan pegawal yang diberi kuasa sewajanya; “Sekolah” ertinya Sekolah Alamat Sekolah). yang termasuklah Pengetua / Guru Besar sekolah dan pegawai yang diberi kuasa sewajarnya; “Pengusaha _—ertinya (Nama Syarikat Kantin” Perniagaan) yang termasuklah wakilnya yang diberi kuasa, waris, penerima serah hak dan pekerja-pekerjanya di mana berkenaan; dan “Kantin” ertinya premis yang disediakan oleh Sekolah untuk digunakan sebagai kantin. Persetujuan Pengusaha Kantin Pengusaha Kantin bersetuju untuk mengusahakan Kantin di premis yang ditetapkan oleh Sekolah dan kedua-dua pihak bersetuju bahawa Pengusaha Kantin bertanggungjawab sepenuhnya untuk + mengusahakan Kantin berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dalam Perjanjian ini. Tempoh Perjanjian Perjanjian ini adalah bagi suatu tempoh selama satu (1) bulan mulai dari 01 Disember 2020 (kemudian daripada ini disebut sebagai “Tarikh Kuat Kuasa Perjanjian’) hingga 31 Disember 2020 (kemudian daripada ini disebut sebagai “Tarikh Tamat Perjanjian’) Wakil Kerajaan Mengeluarkan Arahan Bagi maksud pelaksanaan Perjanjian ini, Kerajaan adalah diwakili oleh Pengetua / Guru Besar Sekolah yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan apa-apa arahan kepada Pengusaha Kantin yang selaras dengan peruntukan Perjanjian ini 54 5.2 53 6.1 6.2 63 7.4 72 ‘Sewa Kantin Dalam tempoh Perjanjian ini berkuat kuasa, Pengusaha Kantin hendaklah membayar kepada Kerajaan sewa Kantinberjumlah Ringgit “ ARM... ) sahaja setiap bulan dan dimasukkan dalam akaun Kumpulan Wang Sekolah (SUWA) berasaskan Garis Panduan Perakaunan dan Kewangan Sekolah (kemudian daripada ini disebut sebagai “Sewa Kantin’) Pengusaha Kantin hendaklah membayar Sewa Kantin kepada Kerajaan, melalui Pengetua / Guru Besar Sekolah, sebelum 7 hari bulan tiap-tiap bulan kalendar. Sewa Kantin pada bulan Disember akan dikecualikan. Deposit Sewa Kantin Pengusaha Kantin hendaklah menyerahkan wang deposit berjumlah Ringgit : (RM, ) sahaja yang bersamaan dengan sebulan Sewa Kantin, tidak lewat dari tujuh (7) hari dari Tarikh Kuat Kuasa Perjanjian kepada Pengetua / Guru Besar Sekolah (kemudian daripada ini disebut sebagai "Wang Deposit’). Wang Deposit ini akan dikembalikan oleh Sekolah kepada Pengusaha Kantin, tanpa faedah, tidak lewat dari tujuh (7) hari dari Tarikh Tamat Perjanjian, tertakluk kepada apa-apa potongan oleh Kerajaan sebagaimana yang dibenarkan di bawah Perjanjian ini. Wang Deposit tidak akan dikembalikan jika Pengusaha Kantin menarik diri sebelum Tarikh Tamat Perjanjian. Bayaran Penggunaan Elektrik, Air dan Deposit Pengusaha Kantin hendaklah bertanggungjawab ke atas penggunaan elektrik dan air di Kantin Sekolah sepanjang tempoh Perjanjian ini berkuat kuasa dan bayaran bagi penggunaan elektrik dan air itu hendaklah dibayar terus oleh Pengusaha Kantin kepada pihak berkuasa yang berkenaan. Sebagai sekuriti bagi pelaksanaan tanggungiawab ini, Pengusaha Kantin hendaklah_menyerahkan wang berjumlah Ringgit i ARM, sahaja sebagai deposit bayaran elektrik dan air tidak lewat dari tujuh (7) hari dari Tarikh Kuat Kuasa Perjanjian kepada Pengetua / Guru Besar Sekolah (kemudian daripada ini disebut sebagai "Wang Deposit Uti’). 73 8.1 8.2 83 84 8.5 86 87 88 Wang Deposit Utiliti ini akan dikembalikan oleh Sekolah kepada Pengusaha Kantin, tanpa faedah, tidak lewat dari tujuh (7) hari dari Tarikh Tamat Perjanjian, tertakluk kepada apa-apa potongan oleh Kerajaan jika terdapat apa- apa bayaran elektrik dan air yang tertunggak Penyediaan dan Penjualan Makanan dan Minuman Pengusaha Kantin hendaklah memastikan penjualan makanan dan minuman yang disediakan adalah menepati spesifikasi yang ditetapkan sebagaimana dalam LAMPIRAN B dan Pengusaha Kantin juga hendaklah memastikan agar makanan dan minuman tersebut dijual pada harga sebagaimana yang ditetapkan dalam LAMPIRAN B. Pengusaha Kantin hendaklah mematuhi garis paduan dan arahan yang terkandung dalam Garis Panduan Kantin Sekolah yang berkuat kuasa dan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dari semasa ke semasa. Makanan yang dihidangkan hendaklah halal dan tidak berlawanan dengan kehendak-kehendak agama Islam dan disediakan mengikut perundangan makanan yang ditetapkan oleh Kerajaan_ seperti yang terdapat dalam Garis Panduan Kantin Sekolah yang berkuat kuasa. Barang-barang dapur, alat-alat memasak, pinggan mangkuk dan tempat- tempat menyimpan bahan makanan dan perkakas memasak hendaklah semuanya digunakan bagi tujuan memasak makanan yang halal sahaja Bagi sekolah-sekolah jenis kebangsaan, sekiranya terdapat guru-guru atau murid-murid beragama Islam, pihak Pengusaha Kantin hendaklah mengaturkan persediaan untuk menyedia dan menjual makanan serta minuman bagi orang Islam secara berasingan, Bahan makanan yang dibawa dari luar Sekolah hendaklah daripada sumber yang bersih dan selamat serta dimaklumkan kepada pihak Sekolah, Pengusaha Kantin hendaklah menjaga kebersihan Kantin dan persekitarannya pada setiap masa dan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti yang diperuntukkan dalam Garis Panduan Kantin Sekolah yang berkuat kuasa, Pengusaha Kantin hendaklah mematuhi arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh Sekolah dari semasa ke semasa berhubung dengan kebersihan Kantin, penyediaan dan penjualan makanan serta minuman dan apa-apa perkara lain yang berkaitan 94 92 10. 10.1 10.2 12, Penjagaan Kantin Pengusaha Kantin hendaklah memastikan perabot dan peralatan yang dipasang atau disediakan oleh Sekolah untuk kegunaan Kantin sentiasa dijaga dan berada dalam keadaan yang baik. Pengusaha Kantin hendaklah bertanggungjawab untuk membaiki apa-apa kerosakan kepada perabot dan peralatan kantin atau membayar ganti rugi kepada Sekolah bagi apa-apa kerosakan yang tidak boleh dibalki apabila diminta berbuat demikian dan sebelum Tarikh Tamat Perjanjian. Kerajaan berhak untuk mengambil mana-mana bahagian daripada Wang Deposit yang dirujuk dalam Fasal § jika Pengusaha Kantin gagal membayar ganti rugi dalam tempoh yang ditetapkan. Hak Kerajaan Mendapatkan Khidmat Pihak Ketiga Sekiranya Pengusaha Kantin gagal mematuhi Perjanjian ini, maka Kerajaan hendaklah mempunyai hak untuk menggunakan budi bicara mutlak untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman daripada mana-mana pihak ketiga tanpa perlu memaklumkan kepada Pengusaha Kantin Apabila Kerajaan memilih untuk mendapatkan khidmat pihak ketiga maka, semua kos dan perbelanjaan yang berkaitan bagi maksud mendapatkan khidmat pihak ketiga tersebut hendaklah menjadi suatu tuntutan_hutang terhadap Pengusaha Kantin dan Kerajaan mempunyai opsyen yang berikut: (a) _membuat potongan secara terus di bawah Fasal 6.2 daripada Wang Deposit yang dibayar oleh Pengusaha Kantin di bawah Fasal 6.1; atau (b) menggunakan hak untuk membuat potongan daripada penerimaan bayaran Sewa Kantin yang diterima oleh Kerajaan dan Pengusaha Kantin mempunyai tanggungjawab untuk menyelesaikan baki tunggakan Sewa Kantin bulanan tersebut setelah potongan dibuat. Waktu Perkhidmatan Pengusaha Kantin hendaklah memastikan Kantin dibuka (memulakan operasi jualan) pada setiap hari persekolahan dan pada hari-hari yang ditetapkan atau mengikut arahan semasa oleh Sekolah dari ......... (waktu buka) pagi hingga ......... (waktu futup) ...... petang / malam, Pekerja Pengusaha Kantin 42.4 Pengusaha Kantin bertanggungjawab ke atas setiap pekerja dan kakitangannya yang mengurus dan mengendalikan Kantin dan hendaklah memastikan mereka disahkan oleh pengamal perubatan atau pegawai 5 13, 14, 12.2 perubatan berdaftar sebagai sihat dan tidak berpenyakit berjangkit serta tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah yang menyebabkan mereka tidak sesual bekerja di Sekolah seperti yang terkandung dalam Garis Panduan Kantin Sekolah yang berkuat kuasa. Kerajaan melalui Pengetua / Guru Besar bethak — mengarahkan Pengusaha Kantin, dan apabila diarahkan sedemikian, Pengusaha Kantin hendaklah menukarkan mana-mana pekerja atau kakitangannya yang berdasarkan pemerhatian pihak Sekolah, didapati melanggar mana-mana peraturan dan arahan berhubung dengan pengurusan dan pengendalian Kantin sebagaimana yang ditetapkan oleh Penjanjian ini, atau didapati mempunyai masalah kesihatan yang berat atau berkelakuan tidak sopan atau tidak bermoral atau mengganggu murid- murid dan kakitangan Sekolah. Tanggung Rugi Pengusaha Kantin bersetuju dengan Kerajaan bahawa— (a) (b) Pengusaha Kantin akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengusahakan Kantin dan melepaskan Kerajaan sepenuhnya sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang, daripada apa-apa tuntutan dan tanggungan daripada apa-apa kemalangan, kerugian, kerosakan, kehilangan atau kematian yang terbit daripada Pengusaha Kantin atau oleh Pengusaha Kantin di bawah Perjanjian ini dan Kerajaan hendaklah tidak bertanggungan kepada kerugian, kerosakan, kehilangan atau kematian itu; dan Pengusaha Kantin hendaklah menanggung rugi Kerajaan daripada apa- apa tuntutan, prosiding, kerugian, kerosakan, kehilangan, ganti rugi dan kos yang ditanggung, atau mungkin menjadi tanggungan Kerajaan yang berikut atau terbit daripada: () — kecuaian dalam penggunaan atau salah guna atau, penyelewengan oleh Pengusaha Kantin atau wakil, pekerja dan ejennya; dan (i) apa-apa_kehilangan, kerosakan atau kerugian harta atau kecederaan_berikutan daripada pelaksanaan Perjanjian ini. Penyerahhakkan atau Sewaan Pengusaha Kantin tidak boleh, menyerahhakkan Perjanjian ini atau menyewakan Kantin atau mana-mana bahagian Kantin kepada mana-mana pihak ketiga 15, 16, 47. Pemeriksaan oleh Kerajaan Pengetua / Guru Besar, pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri, Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kerja Raya atau mana-mana jabatan Kerajaan hendaklah dibenarkan untuk memasuki mana-mana bahagian Kantin pada bila-bila masa yang sesuai untuk menjalankan pemeriksaan Kantin menurut bidang kuasa masing-masing. ‘Struktur Kantin 16.1 Pengusaha Kantin dilarang mengubah atau meminda struktur Kantin, melainkan bagi memasang atau meletakkan perabot dan lain-lain peralatan yang telah dipersetujui oleh pinak Kerajaan, dan Pengusaha Kantin hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pemasangan itu dan menanggung semua perbelanjaan yang berkaitan. 16.2 Pengusaha Kantin hendaklah memastikan struktur asal Kantin tidak rosak atau menjadi rosak berikutan daripada pemasangan perabot atau peralatan itu. Jika berlaku apa-apa kerosakan, Pengusaha Kantin hendaklah bertanggungjawab untuk membaiki Kerosakan berkenaan atau membayar ganti rugi kepada pihak Kerajaan. Penyelesaian Pertikaian 17.1 Apa-apa pertikaian yang berbangkit daripada perjanjian ini antara kedua- dua pihak hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian yang terdiri daripada (a) Pengarah Pendidikan Negeri sebagai Pengerusi, (b) seorang wakil Kerajaan yang dilantik oleh Pengarah Pendidikan Negeri daripada kalangan pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah yang berkaitan; dan (©) seorang wakil yang ditantik oleh Pengusaha Kantin. 17.2 Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian boleh menentukan prosedurnya sendiri dan Pengerusi hendaklah menentukan tarikh dan tempat untuk menyelesaikan pertikaian itu 17.3. Jika pertikaian itu tidak dapat diselesaikan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian itu bersidang atau suatu tempoh yang lebih lama sebagaimana dipersetujui oleh Jawatankusa Penyelesaian Pertikaian tersebut, maka pertikaian itu boleh diselesaikan melalui proses undang-undang, termasuk timbang tara, 18. Penamatan Perjanjian 18.41 18.2 18.3 18.4 18.5 18.6 Kerajaan berhak menamatkan Perjanjian ini dengan mengemukakan notis bertulis tujuh (7) hari tentang niatnya untuk menamatkan Perjanjian jika — (a) Pengusaha Kantin melanggar mana-mana syarat Perjanjian; atau (b) __perkhidmatan Kantin yang diberikan tidak memuaskan. Jika Pengusaha Kantin gagal untuk meremedi pelanggaran syarat-syarat Perjanjian yang berkaitan atau meningkatkan perkhidmatan Kantin ke suatu taraf yang memuaskan, maka Kerajaan boleh menamatkan Perjanjian dengan mengemukakan notis penamatan secara bertulis yang berkuat kuasa pada tarikh notis itu, Perkhidmatan Pengusaha Kantin boleh ditamatkan serta-merta tanpa notis oleh pihak Kerajaan sekiranya berlaku — (a) kes keracunan makanan disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, berpunca daripada Pengusaha Kantin; atau (b) Pengusaha Kantin gagal beroperasi tanpa notis kepada pihak Kerajaan, Kerajaan berhak menuntut apa-apa ganti rugi daripada Pengusaha Kantin berikutan daripada penamatan Perjaniian ini. Walau apa pun peruntukan dalam Perjanjian ini, Kerajaan boleh menamatkan Perjanjian ini dengan serta-merta dengan memberikan notis tanpa memberi apa-apa alasan kepada pihak Pengusaha Kantin sekiranya Kerajaan berpendapat bahawa penamatan tersebut adalah patut. Sekiranya Kerajaan menamatkan Perjanjian di bawah Fasal 18 ini, Fasal 18.5 hendaklah terpakai dan pihak Pengusaha Kantin boleh menuntut Wang Deposit atau Wang Deposit Utilii sekiranya tiada tunggakan pada masa penamatan tersebut daripada Kerajaan. 19. 20. 24, Peruntukan Am 19.1 Apa-apa notis, kelulusan, permohonan atau lain-lain komunikasi yang perlu diberikan kepada suatu pihak oleh pihak yang satu lagi hendaklah secara bertulis dalam bahasa Melayu dan diserahkan kepada pihak yang berkenaan di alamat berikut, sama ada secara serahan tangan, pos biasa atau pos berdaftar— (a) bagi pihak kerajaan: (Nama, Alamat, Nombor Telefon dan Faks Sekolah) up Pengetua / Guru Besar Sekolah (b) bagi pihak pengusaha kantin: (Nama, Alamat Berdaftar, Nombor Telefon dan Faks Pengusaha Kantin) 19.2. Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan menurut, dan dikawal oleh, Undang- Undang Malaysia dan kedua-dua plhak bersetuju untuk tertakluk sepenuhnya kepada bidang kuasa mahkamah Malaysia. 19.3 Pengusaha Kantin hendaklah menanggung apa-apa kos duiti setem yang perlu dibayar berikutan daripada Perjanjian ini, 19.4 Pengusaha Kantin hendakiah mematuhi undang-undang Malaysia yang terpakai kepadanya dan apa-apa arahan atau peraturan yang dikeluarkan kepadanya oleh pihak berkuasa yang dibuat di bawah undang-undang bertulis. Pindaan Salah satu pihak boleh secara bertulis meminta supaya suatu pindaan, tambahan atau perubahan pada keseluruhan atau sebahagian daripada Perjanjian ini dibuat bila-bila masa dengan persetujuan kedua-dua_pihak melalui suatu Perjanjian Tambahan. Apa-apa pindaan, tambahan atau perubahan yang dipersetujui oleh pihak-pihak hendaklah menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini dan mula berkuat kuasa pada suatu tarikh sebagaimana ditentukan oleh kedua-dua pihak. Apa-apa pindaan, tambahan atau perubahan hendaklah dibuat tanpa menjejaskan hak dan obligasi yang berbangkit daripada atau berdasarkan Perjanjian ini sebelum atau sehingga tarikh pindaan, tambahan atau perubahan itu, Bahasa Semua notis dan komunikasi berkaitan dengan Perjanjian ini hendaklah menggunakan bahasa Melayu. 22. Pengganti Perjanjian ini mengikut kedua-dua pihak kepada Perjanjian ini dan juga pengganti mana-mana pihak tersebut. (SEBAHAGIAN DARIPADA MUKA SURAT INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG) 10 PADA menyaksikan persetujuan dan peruntukan tersebut di atas, kedua-dua pihak yang diberi kuasa untuk tujuan Perjanjian Tambahan ini menurunkan tandatangan masing-masing pada tarikh yang mula-mula disebut di atas. UNTUK DAN BAGI PIHAK KERAJAAN MALAYSIA: (oeennneNama Sekolah Nama Jawatan No. Kad Pengenalan SAKSI: Nama Jawatan : No. Kad Pengenalan ‘ (Tandatangan dan Cap) UNTUK DAN BAG! PIHAK PENGUSAHA KANTIN: ( Nama Syarikat / Perniagaat ) Nama Jawatan a No. Kad Pengenalan (Tandatangan dan *Cap) *(ika ada) SAKSI: Nama Jawatan % i No. Kad Pengenalan (Tandatangan dan *Capy “Gika ada) 4 LAMPIRAN A SURAT TAWARAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN KANTIN 12 ai SPESIFIKASI MAKANAN DAN MINUMAN 13 LAMPIRAN B

You might also like