You are on page 1of 8

HUBUNGAN STRATEGI PEMBELAJARAN, MOTIVASI DAN GAYA

KOGNITIF DALAM KALANGAN SISWA GURU DI IPGKTHO

Faridah Binti Mohd. Sopah1, Rosly bin Kayar2

Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn


1
faridah.sopah@iptho.edu.my
2
rosly.kayar@iptho.edu.my

ABSTRACT

The implementation of teaching and learning activities in Malaysia has a way of learning that is not
comprehensive and often focuses on certain intelligence. Outwardly each individual has different features
and not everyone has the same in terms of creative cognitive style and learning style strategy. Therefore, in
this study, the researcher looks at the types of creative cognitive styles and the Self Regulated Learning used
by students studying at the Teachers Institute. The instrument used is the Creative Cognitive Style
questionnaire and the Self Regulated Learning Questionnaire is divided into two, namely the learning style
and Motivation. The results of the study showed that most of the teacher's students had the type of cognitive
styles of adapters (98%) and only 2 (2%) who had low-level cognitive styles of innovators. The result of the
correlation analysis showed that there was a very strong positive relationship between the Creative
Cognitive Style and the Self Regulated Learning (r = 0.69). Therefore, this study finds that the Creative
Cognitive Style is an element which indirectly influences the learning strategies among the students as long
as they study at IPGKTHO

Keywords: Creative Cognitive Style, Self Regulated Learning and Motivation

ABSTRAK

Perlaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di Malaysia mempunyai cara pembelajaran yang tidak
menyeluruh dan seringkali berfokus kepada kecerdasan tertentu. Oleh itu, secara tidak langsung
mengabaikan pembezaan pembelajaran yang dapat dimanfaatkan oleh kepelbagaian individu yang berada
dalam sistem persekolahan sedia ada. Secara lahiriah setiap individu memiliki ciri-ciri yang berbeza-beza
dan tidak semua orang mempunyai persamaan dari segi gaya kognitif dan strategi gaya pembelajaran.
Melalui kajian ini, pengkaji telah melihat jenis gaya kognitif kreatif dan Strategi Pembelajaran Kawalan
Kendiri (SPKK) yang digunakan oleh siswa guru yang mengikuti pengajian di Institut Pendidikan Guru.
Instrumen yang digunakan ialah soal selidik Gaya Kognitif Kreatif dan soal selidik Strategi Gaya
Pembelajaran Kawalan Kendiri pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu gaya pembelajaran dan Motivasi.
Keputusan kajian menunjukkan sebahagian besar siswa guru memiliki jenis gaya kognitif adaptor (98%) dan
hanya 2 orang (2%) yang memiliki gaya kognitif inovator pada tahap rendah. Hasil analisis korelasi
menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang sangat kuat antara Gaya Kognitif Kreatif dengan
Strategi Gaya Pembelajaran (r=0.69). Oleh itu, dapatan kajian ini memberikan gambaran bahawa Gaya
kognitif Kreatif merupakan satu elemen yang mana secara tidak langsung mempengaruhi strategi
pembelajaran dalam kalangan siswa guru sepanjang mengikuti pengajian di IPGKTHO.

Kata Kunci : Gaya Kognitif Kreatif, Gaya Pembelajaran Kawalan kendiri dan Motivasi

31
1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan yang adil dilihat dapat memberi jaminan untuk keutuhan sesebuah
tamadun manusia dan dapat menjamin kejayaan dalam sesuatu sistem pendidikan Selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, maka sistem pendidikan di Malaysia harus menekankan
kepentingan memahami perbezaan individu bagi meningkatkan potensi pengajaran dan
pembelajaran. Perbezaan individu boleh dilihat dari segi fizikal, kognitif dan afektif. Faktor-faktor
perbezaan ini menunjukkan bahawa tidak semua orang mempunyai persamaan dari segi gaya
kognitif dan strategi pembelajaran walaupun mereka berada di dalam situasi persekitaran kelas
yang sama, semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Sebagai seorang siswa guru yang berada di IPG, mereka juga perlu menyesuaikan diri dengan
suasana pembelajaran yang berbeza dengan situasi semasa di sekolah. Keupayaan pembelajaran
mereka juga turut dipengaruhi oleh perbezaan gaya kognitif dan strategi pembelajaran yang sedia
ada atau mengikut kesesuaian suasana pembelajaran yang mungkin berbeza ketika mereka berada
di IPG. Berdasarkan kepada beberapa kajian lepas didapati gaya kognitif merupakan salah satu
aspek yang sangat penting dan turut mempengaruhi pencapaian prestasi pembelajaran seseorang
individu (Woolfork 1993, Altun dan Cakan 2006). Aspek gaya kognitif dikatakan mempunyai
kaitan bagaimana cara menerima dan memproses segala informasi khususnya dalam proses
pembelajaran. Menurut Woolfolk (1998), variasi gaya kognitif dan gaya belajar berlaku kerana
orientasi yang digunakan oleh pelajar terhadap alam sekeliling berbeza mengikut kecenderungan
masing-masing.

Melalui Strategi Pembelajaran Kawalan Kendiri (SPKK) merupakan satu proses yang bersifat
aktif, di mana para pelajar menetapkan beberapa tujuan pembelajaran mereka. Menurut Pintrich
(2000), pelajar yang menggunakan kaedah SPKK adalah pelajar yang cuba mengurus, mengatur
dan mengendalikan kesedaran kognitif mereka semasa proses pembelajaran. Menurut Keefe
(1991), individu yang faham tentang gaya belajar mereka dan dapat mengawal aktiviti kognitif
dengan baik, akan lebih bersikap positif terhadap pembelajaran di samping menunjukkan potensi
akademik yang lebih baik. Dalam kajian ini, penyelidik melihat kepada strategi pembelajaran
kawalan kendiri dan gaya kognitif kreatif dalam kalangan siswa pendidik di IPG. Berdasarkan
kepada kajian lepas menunjukkan bahawa terdapat kaitan antara gaya pemikiran kreatif dengan
aspek pembelajaran (Aliza Alias, 2014, Reid, 2004 dan Sternberg, 1997).

Oleh itu, penyelidik menggunakan soal selidik strategi Pembelajaran Kawalan Kendiri (PKK)
Instrumen ini diadaptasi daripada Motivation Strategies of Learning Questionnaire ‘MSLQ’
(Pintrich et al., 1991).yang telah digunakan oleh beberapa pengkaji (Norhani et al., 2005,
Muhammad Ikhwan, 2010) untuk melihat strategi dan kaedah pembelajaran yang telah
dipraktikkan kepada pelajar siswa guru sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan
pembelajaran. Pengkaji juga menggunakan soal selidik gaya kognitif kreatif bagi tujuan melihat
jenis gaya kognitif kreatif dalam kalangan siswa guru di IPG.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Selari dengan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 menekankan pembelajaran kawalan
kendiri dan aspek penghasilan kreativiti dan inovatif serta turut menggalakkan pelajar berfikir
pada aras tinggi. Sistem pengajaran dan pembelajaran yang masih mengamalkan sistem
pembelajaran konvensional, menyebabkan pelajar terlalu bergantung kepada pengajaran guru dan
ini menghalang mereka untuk mengembangkan potensi pembelajaran masing-masing dengan cara
yang tersendiri. Kelemahan dalam mata pelajaran pula sering dikaitkan dengan tahap kecerdasan
yang rendah, tanpa mengambil kira faktor gaya kognitif dan gaya belajar yang mungkin
mempengaruhi pencapaian pelajar. Kurang pengetahuan tentang gaya kognitif dan gaya belajar

32
dalam kalangan guru menyebabkan kurangnya penekanan diberikan dalam menyesuaikan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dengan gaya kognitif dan gaya belajar pelajar. Keadaan seperti ini
menjadikan mereka sebagai individu yang pasif, terkawal dan kurang bertanggungjawab terhadap
pembelajaran (Siti Hawa, 1999). Woolfolk (1998), variasi gaya kognitif dan gaya belajar berlaku
dalam kalangan pelajar kerana orientasi yang mereka gunakan terhadap alam sekeliling adalah
berbeza mengikut kecenderungan masing-masing.

Sarena (2003), menyatakan sistem pendidikan di Malaysia masih kurang menekankan aspek
teknik belajar secara formal. Menurutnya lagi, kebanyakan pelajar mempelajari teknik atau
kemahiran belajar secara kebetulan, tidak langsung atau terikut-ikut dengan rakan sebaya. Situasi
ini wujud disebabkan pelajar tidak mempunyai panduan yang khusus untuk menghadapi
pembelajaran mereka. Sangat sedikit pelajar didedahkan dengan model gaya pembelajaran dan
kemahiran belajar semasa di peringkat awal persekolahan.

Dalam proses pembelajaran, pencapaian seseorang pelajar berkait dengan sikap, minat dan
motivasi yang berterusan. Ada segelintir pelajar mempunyai corak pembelajaran yang dominan
dalam diri mereka, manakala ada juga pelajar yang menggunakan kepelbagaian atau gabungan
daripada beberapa gaya pembelajaran dalam proses pembelajaran mereka. Namun sesetengah
daripada mereka menghadapi masalah dalam mengaplikasikan gaya pembelajaran yang strategik
dan bersesuaian dengan proses pembelajaran mereka.

3.0 METODOLOGI

Kajian dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik,
yang melibatkan 100 orang responden dalam kalangan siswa guru. Dua instrumen kajian
digunakan iaitu instrumen gaya kognitif kreatif dan strategi pembelajaran kawalan kendiri. Hasil
analisis item menunjukkan nilai Alpha Cronbach purata bagi item-item Gaya Kognitif Kreatif
ialah 0.90 dan SPKK ialah 0.85. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan Pakej
Statistik untuk Sains Sosial SPSS versi 25.

4.0 DAPATAN KAJIAN

4.1 Jenis Gaya Kognitif Kreatif

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti apakah jenis gaya kognitif kreatif dalam kalangan siswa
guru IPGKTHO? Untuk menjelaskan analisis, peratusan skor markat gaya kognitif kreatif,
digunakan bagi menginterpretasikan maksud skor-skor yang diperoleh, Soal selidik gaya kognitif
ini mengandungi 32 item, yang mana skor minimum ialah 32 markah dan skor maksimum 160
markah. Skor yang diperoleh mengkategorikan individu kepada dua jenis gaya kognitif kreatif
iaitu adaptor dan kognitif inovator. Kedua-dua jenis gaya kognitif ini dibahagikan kepada
beberapa kategori, iaitu pada tahap rendah, sederhana, tinggi dan sangat tinggi seperti yang
dipaparkan dalam jadual 1.

33
Jadual 1 Skor jenis gaya kognitif kreatif adaptor dan inovator
Kategori Gaya Kognitif Skor
Inovator
Sangat tinggi 140 -160
Tinggi 125-139
Sederhana 111-124
Rendah 96-110
Adaptor
Rendah 95-80
Sederhana 79-65
Tinggi 64-50
Sangat tinggi 32-49
Sumber: M.J. Kirton (1999)

Berdasarkan Jadual 2, analisis data memaparkan gaya kognitif kreatif adaptor-inovator secara
keseluruhannya bagi siswa guru pada tahap adaptor sederhana 12 (12%), adaptor rendah 86 (86%)
dan inovator rendah 2 (2%). Kesimpulannya, kebanyakan siswa guru memiliki gaya kognitif
kreatif adaptor dan hanya sebilangan kecil yang memiliki ciri-ciri inovator yang dianggap kreatif
dan mampu menghasilkan idea tersendiri.

Jadual 2 Taburan kekerapan dan peratusan jenis gaya kognitif kreatif

Gaya Kognitif N Peratusan (%)


Adaptor sederhana 12 12 %
Adaptor rendah 86 86%
Inovator rendah 2 2%
Jumlah 100 100%

4.2 Hubungan Strategi Gaya Pembelajaran Kendiri dengan Gaya kognitif Kreatif

Pekali korelasi (r) digunakan untuk nilai pengukuran kekuatan perhubungan antara dua variabel.
Untuk memudahkan perbincangan tentang kajian, pengkaji menggunakan anggaran oleh Cohen
(1998) yang meletakkan anggaran kekuatan perhubungan antara dua perhubungan pemboleh ubah
dengan nilai pekali pearson ( r ) 0.10 hingga ±0.29 sebagai korelasi rendah, ±0.30 hingga ±0.49
dianggap hubungan yang sederhana, ±0.50 hingga ± 1.00 kolerasi tinggi.

4.2.1 Korelasi antara Sub Komponen Strategi Gaya Pembelajaran Kendiri dengan Gaya
kognitif Kreatif

Berdasarkan dapatan kajian korelasi untuk melihat hubungan secara keseluruhan antara sub
komponen strategi gaya pembelajaran kendiri dengan gaya kognitif kreatif dalam kalangan siswa
guru. Oleh itu, hipotesis pertama ialah :
Ho1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sub komponen strategi gaya pembelajaran
kendiri dengan gaya kognitif kreatif.

Dapatan analisis Korelasi Pearson seperti dalam Jadual 3, menunjukkan pada keseluruhannya
terdapat hubungan positif yang signifikan antara keempat-empat sub komponen strategi gaya
pembelajaran kendiri dengan gaya kognitif kreatif. Analisis menunjukkan strategi gaya
pembelajaran kendiri bagi gaya pembelajaran permukaan (r=0.50, p=0.00, p<0.05), gaya
pembelajaran mendalam (r=0.57, p=0.00, p<0.05), gaya pembelajaran terancang (r=0.57, p=0.00,
p<0.05), gaya pembelajaran gigih usaha (r=0.58, p=0.00, p<0.05), mempunyai hubungan yang
positif yang kuat dengan gaya kognitif kreatif. Dengan itu, hipotesis nol adalah diterima. Hal ini
34
menunjukkan bahawa setiap komponen strategi gaya pembelajaran kendiri berkait dengan gaya
kognitif kreatif.

Jadual 3 Korelasi antara sub komponen strategi gaya pembelajaran kendiri dengan gaya kognitif
kreatif
Gaya Kognitif Kreatif

Gaya Pembelajaran Korelasi Pearson 0.50**


Permukaan Sig. (2-hujung) 0.00
Gaya Pembelajaran Korelasi Pearson 0.57**
Mendalam Sig. (2-hujung) 0.00
Gaya Pembelajaran Korelasi Pearson 0.57**
Terancang Sig. (2-hujung) 0.00
Gaya Pembelajaran Korelasi Pearson 0.58**
Gigih Usaha Sig. (2-hujung) 0.00
**. Signifikan pada aras 0.01 (2-hujung)

4.2.2 Korelasi antara Strategi Gaya Pembelajaran Kendiri dengan Motivasi

Seterusnya bagi menjawab hipotesis kedua iaitu untuk melihat hubungan secara keseluruhan
antara strategi gaya pembelajaran kendiri dengan motivasi dalaman dan motivasi luaran.
Ho2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara strategi gaya pembelajaran kendiri
dengan motivasi

Hasil analisis Korelasi Pearson dalam Jadual 4, menunjukkan terdapat hubungan positif yang kuat
dan signifikan antara strategi gaya pembelajaran kendiri dengan motivasi dalaman (r=0.65,
p=0.00, p<0.05). Manakala, terdapat hubungan positif yang sederhana dan signifikan dengan
motivasi luaran (r=0.32, p=0.00, p<0.05). Dengan itu, hipotesis nol adalah diterima. Hal ini
menunjukkan bahawa strategi gaya pembelajaran kendiri berkait dengan motivasi.

Jadual 4 Korelasi antara strategi gaya pembelajaran kendiri dengan motivasi


Gaya Pembelajaran
Motivasi dalaman Korelasi Pearson 0.65**
Sig. (2-hujung) 0.00
Motivasi Luaran Korelasi Pearson 0.32**
Sig. (2-hujung) 0.00
**. Signifikan pada aras 0.01 (2-hujung)

4.2.2 Korelasi antara sub komponen Gaya Kognitif Kreatif dengan Strategi Gaya
Pembelajaran Kendiri

Seterusnya bagi menjawab hipotesis ketiga iaitu untuk melihat hubungan secara keseluruhan
antara sub komponen gaya kognitif kreatif dengan strategi gaya pembelajaran kendiri dalam
kalangan guru. Oleh itu, hipotesis ketiga ialah :
Ho3 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sub komponen gaya kognitif kreatif
dengan strategi gaya pembelajaran kendiri.

35
Dapatan analisis Korelasi Pearson dalam Jadual 5, menunjukkan terdapat hubungan positif yang
kuat dan signifikan antara ketiga-tiga komponen gaya kognitif kreatif iaitu keaslian (r=0.50,
p=0.00, p<0.05), kelancaran (r=0.58, p=0.00, p<0.05), pematuhan kumpulan (r=0.66, p=0.00,
p<0.05) dengan strategi gaya pembelajaran kendiri. Dengan itu, hipotesis nol adalah diterima. Hal
ini menunjukkan bahawa setiap komponen gaya kognitif kreatif berkait dengan strategi gaya
pembelajaran kendiri.

Jadual 5 Korelasi antara komponen gaya kognitif kreatif berkait dengan strategi gaya
pembelajaran kendiri.
Gaya Pembelajaran
Keaslian Korelasi Pearson 0.50**
Sig. (2-hujung) 0.00
Kelancaran Korelasi Pearson 0.58**
Sig. (2-hujung) 0.00
Pematuhan Kumpulan Korelasi Pearson 0.66**
Sig. (2-hujung) 0.00
**. Signifikan pada aras 0.01 (2-hujung)

5.0 KESIMPULAN DAN PERBINCANGAN

Berdasarkan kepada dapatan kajian menunjukkan jenis gaya kognitif kreatif dalam kalangan siswa
guru menunjukkan kebanyakan siswa guru memiliki gaya kognitif kreatif adaptor tahap rendah
(86%) dan hanya 2 (2%) siswa guru yang mempunyai ciri-ciri inovator pada tahap rendah. Hal
ini, menunjukkan bahawa tahap kreativiti dalam kalangan siswa guru untuk menghasilkan idea
yang asli adalah rendah dan mereka takut mengambil risiko untuk melakukan pembaharuan dan
mencipta idea-idea baru. Ini berlaku disebabkan sistem penilaian di peringkat IPGM yang masih
menekankan sistem peperiksaan. Selain itu, siswa guru juga digalakkan untuk memperoleh
pencapaian akademik yang cemerlang sebagai kayu ukur kejayaan,. Oleh itu, pengukuran dari
aspek keupayaan pelajar untuk menghasilkan sesuatu yang bersifat kreatif dan inovatif tidak
diberikan pengiktirafan yang sewajarnya. Dari aspek motivasi intrinsik, pelajar masih berpegang
kepada kejayaan dalam akademik sebagai satu motivasi dalaman.

Kirton (1999, 2003) menyatakan, bahawa setiap orang adalah terletak pada kontinum yang terdiri
daripada keupayaan untuk 'melakukan perkara itu menjadi lebih baik' atau keupayaan untuk
'melakukan sesuatu yang berbeza,' ciri-ciri ini yang membezakan individu itu sebagai adaptor atau
inovator. Daripada hasil kajian menunjukkan jenis gaya kognitif kreatif siswa guru adalah jenis
adaptor. Ini selari dengan kenyataan oleh Kirton (1999, 2003) daripada dapatan kajian-kajian lepas
menunjukkan kebanyakan sampel kajian berada pada skor antara 70 hingga 90 iaitu adaptor
sederhana hingga inovator tahap sederhana. Hanya terdapat sebilangan kecil sahaja individu yang
betul-betul menonjol dan mendapat skor melebihi 120-140 iaitu individu yang dikategorikan
sebagai inovator yang mampu menghasilkan idea kreatif yang asli dan berani mengambil risiko.
Jonothan Ojo Oke et.al (2014), menyatakan peranan ibu bapa dan guru adalah penting dalam
membangunkan kreativiti dengan menyediakan ruang yang baik. Ini selari dengan perkembangan
gaya kognitif kreatif yang perlu ada dalam kalangan siswa guru yang bakal menjadi pendidik yang
kreatif dan inovatif

Dapatan kajian mendapati gaya kognitif mempunyai hubungan yang positif dengan setiap
komponen strategi pembelajaran kendiri. Ini bermakna aspek kognitif penting kerana menurut ahli
psikologi kognitif manusia mempunyai kebolehan berfikir di pelbagai peringkat bergantung
kepada kebolehan individu dan bentuk tugasan pemikiran/berfikir yang sedang dilakukan. Oleh
itu, jika guru mahu memenuhi setiap keperluan pembelajaran pelajar, maka guru terlebih dahulu
harus memahami maksud perbezaan individu itu sendiri dan mengaitkan gaya mengajar mereka
36
dengan gaya kognitif serta gaya belajar yang dimiliki oleh pelajar.
Menurut Khalid (2002), kebolehan tabii manusia berbeza antara satu sama lain tetapi kejayaan
pembelajaran sebenarnya lebih bergantung kepada usaha dan kaedah pembelajaran berkesan.
Dengan perkataan lain, pelajar yang berkebolehan sederhana masih boleh meningkatkan
pencapaian pembelajarannya menerusi usaha dan belajar dengan menggunakan cara-cara yang
berkesan.

Motivasi merupakan daya penggerak utama yang menjamin kejayaan seseorang dengan
kecenderungan menyeluruh untuk bertindak pada masa tertentu. Apabila seseorang mendapat
dorongan, dia akan mempunyai keinginan yang kuat untuk bertindak ke arah mencapai matlamat
(Siti Hawa,1999). Hasil analisis Korelasi mendapati terdapat hubungan positif yang kuat dan
signifikan antara strategi gaya pembelajaran kendiri dengan motivasi dalaman. Dorongan dalaman
ini adalah seperti keperluan, minat, sikap dan emosi yang semula jadi ataupun berpandukan
pengalaman serta kehendak persekitaran. Bagi pelajar yang memerlukan motivasi ekstrinsik,
mereka selalu didesak atau digalakkan supaya bertindak untuk mendapatkan ganjaran. Dalam
pembelajaran, insentif diberikan dalam bentuk markah, gred, hadiah dan kedudukan dalam kelas.
Pada akhir satu peringkat pembelajaran, keputusan peperiksaan yang baik, sijil dan surat akuan
merupakan insentif yang mendorong pelajar supaya lebih berusaha dengan lebih tekun. Motivasi
intrinsik juga penting untuk pelajar bagi memberikan dorongan dalaman kepada mereka untuk
turut serta dalam aktiviti pembelajaran. Apabila pelajar sukar memahami dan memperoleh
pengetahuan dalam sesuatu pengajaran, pelajar mudah kehilangan minat dan kurang memberi
tumpuan.

Kesimpulannya, aspek motivasi dalaman sangat berkait rapat dengan strategi pembelajaran
kawalan kendiri yang mampu mendorong siswa guru untuk lebih cemerlang. Norlia et al. (2006)
pula menegaskan bahawa faktor motivasi pelajar memainkan peranan penting dalam menentukan
pemilihan strategi gaya pembelajaran. Selain itu, aspek gaya kognitif merupakan satu elemen
penting kerana kesedaran gaya kognitif dalam pembelajaran akan mendorong pembelajaran
kendiri yang lebih baik. Kesedaran gaya kognitif perlu untuk membantu siswa guru, menggunakan
strategi pembelajaran kendiri dengan lebih baik agar selari dengan generasi abad ke-21 yang
seharusnya mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pembelajaran mereka.

RUJUKAN

Aliza Alias. (2014). Profil keterujaan luar biasa pelajar pintar intelek dan kaitannya dengan
keupayaan kognitif. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia

Altun, A. & Cakan, M. (2006). Undergraduate Student’s Academic Achievement, Field


Dependent/Independent Cognitive Style and Attitude Toward Computers.

Cronbach, L. J. (1951). Coefficient alpha and the internal structure of tests. Psychometrika 16(3) :
297-334.

Crow dan Crow (1993). Psikologi Pendidikan Untuk Guru. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka. Dunn, R., & Dunn, K. (1978). Teaching students through their individual
learning styles. Reston, VA: Reston.

Dunn, R.,Dunn, Dunn, K. (1999). "The Complete Guide To Learning Styles Inservice
System." Boston : Allyn & Bacon.

Dunn, R., & Dunn, K. (1978). Teaching students through their individual learning styles. Reston,
VA: Reston.

37
Gay, L.R. & Airasian, P. (2003). Educational Research: competencies for analysis and
applications. New Jersey: Pearson Education

Keefe, J. W. (1991). Learning style: Cognitive and thinking skills. Reston, VA: National
Association of Secondary School Principals.

Keefe, J. W. (1987). Learning style theory and practice. Reston, Va.: National Association of
secondary school Principles.

Kirton, M.J. (1999). Kirton Adaption-Innovation Inventory (KAl) - Manual. Edisi ke-3. U.K. :
KAI Distribution Centre.

Kirton, M.J. (2003). Adaption-Innovation : in the context of diversity and change. UK: Routledge.

Mohd. Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Muhamad Ikhwan Mat Saad. (2010). Analisis Ciri-Ciri Pembelajaran Kawalan Kendiri (Pkk)
Pelajar Sains Tingkatan Empat Daripada Aspek Motivasi Dan Strategi Pembelajaran
Berasaskan Profil Demografi

Norlia Abd. Aziz, T. Subahan M. Meerah, Lilia Halim, & Kamisah Osman. (2006). Hubungan
antara motivasi, gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik Tambahan pelajar
Tingkatan 4. Jurnal Pendidikan, 31, 123-141.

Jonathan Ojo Oke, Aede Hatib Musta’amal & Jonathan Olarewaju Fatokun. (2014). Parental
influence On Creativitydevelopment and Vocationalinterest Of Children In Ekiti
Statenigeria. Journal Of Techno Social, 5 (1) : 11-20.

Pintrich, P.R. (2000). The role of goal orientation in self-regulated learning. In M. Boekaerts, P.
Pintrich, & M. Zeidner (Eds.), Handbook of self-regulation (pp. 452-502). San Diego,
CA: Academic Press.

Reid, J. (Ed). (2004). Understanding Learning styles in the second language classroom.Upper
Saddle River, NJ: Prentice Hall.

Sarena Binti Abdul Karim (2003). Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik
Pelajar Tingkatan Empat Di Dua Buah Sekolah Di Negeri Sembilan. Universiti
Teknologi Malaysia: Laporan PSM. Tidak diterbitkan.

Siti Hawa Munji. (1987). Kajian Penggunaan Teknik Belajar Oleh Pelajar-pelajar Universiti
Pertanian Malaysia Cawangan Sarawak. Sarawak: Universiti Pertanian Malaysia.

Stenberg, R.J. (1997). Thingking Styles. Cambridge Universiti Press.

Woolfolk, A. (1993). Educational psychology (5th ed.). Boston, MA: Allyn & Bacon

Woolfolk, A. (Ed.) (1998). Readings in educational psychology (2nd ed.). Boston, MA: Allyn &
Bacon

38

You might also like