You are on page 1of 3

Profesion perguruan adalah satu pekerjaan yang berfokuskan dalam pembentukan insan yang

sempurna dari segi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Pembentukan insan ini
akan diukur melalui pencapaian-pencapaian yang telah ditetapkan di sekolah seperti
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Sijil Pelajaran Malaysia dan sebagainya. Hasil
keputusan terhadap pencapaian tersebut adalah bergantung kepada tahap pelaksanaan sistem
pendidikan di Malaysia. Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010) mendakwa bahawa sistem
pendidikan bergantung kepada kualiti guru. Hal ini demikian kerana guru merupakan agen
pendidikan yang bertindak dalam menyampaikan ilmu kepada murid, membentuk sahsiah serta
menjadi suri teladan (role model) (Maziahtusima Ishak, Norhasni Zainal Abiddin, dan Fathiyah
Mohd Fakhruddin, 2018). Jelaslah disini bahawa pentingnya kualiti guru bagi melicinkan sistem
Pendidikan di Malaysia.

Menurut Sharin Hashim dan Saraswati Vani Marappan (2011), tahap kualiti guru berkait rapat
dengan tahap kepuasan bekerja guru dalam profesion keguruan mereka. Prestasi kerja dan
kualiti pengajaran juga dapat ditingkatkan sekiranya kepuasan kerja guru meningkat. Hal ini
kerana para guru yang mempunyai kepuasan kerja yang tinggi akan melaksanakan tugas
mereka dengan penuh dedikasi dan mengajar dengan bersungguh-sungguh. Hal ini juga
didokong oleh Muh (2005) yang menyatakan bahawa kepuasan kerja guru merupakan salah
satu faktor yang mempengaruhi prestasi kerja guru. Jika wujudnya dalam kalangan guru
perasaan ketidakpuasan hati dalam bekerja, maka pretasi kerja mereka akan merosot kerana
mereka melaksanakan tugas mereka dengan sambalewa (Rosnah Ishak dan Siti Nur Fatimah
Rusnan, 2018). Sekiranya hal ini berlaku, maka pencapaian murid dalam akademik mahupun
kokurikulum akan merosot. Hal

Seperti yang didakwa oleh teori Kepuasan Kerja Herzberg (1957) dalam Wong Kiet Wah,
Noriati A. Rashid, dan Boon Pong Ying (2018), kepuasan kerja berkait rapat dengan faktor
intrinsik yang meliputi persepsi guru terhadap pencapaian peribadinya dan faktor ekstrinsik
yang merangkumi suasana dan persekitaran kerja mereka. Pengiktirafan terhadap peribadi guru
seperti anugerah kecemerlangan guru dan sebagainya daripada majikan mereka mampu
menjadi motivator untuk mereka dalam mendorong prestasi kerja mereka. Oleh itu, guru akan
bersungguh-sungguh dalam menyampaikan ilmu kepada murid walau apa jua keadaan sekali
pun bagi murid menguasai ilmu (Rosnah Ishak dan Siti Nur Fatimah Rusnan, 2018). Hal ini
termasuklah guru perlu menggunakan kaedah yang selaras dengan arus pemodenan zaman
teknologi ini. Guru perlu menguasai dan menggunakan medium teknologi dalam menyampaikan
ilmu dan kemahiran kepada murid seperti Google Classroom, Zoom dan medium-medium lain
yang dapat menarik minat murid generasi sekarang. Secara tidak langsung, murid akan dapat
belajar cara belajar dan kemahiran seperti yang digariskan oleh dua daripada empat Tonggak
Pendidikan UNESCO iaitu belajar untuk menguasai ilmu dan belajar untuk menguasai
kemahiran.

Ilmu dan kemahiran yang dikuasai murid menjadi acuan untuk mereka menjadi modal insan
yang berguna dan mampu menjadi pemimpin kepada generasi yang akan datang. Pekara ini
juga membantu mereka untuk menghadapi cabaran masakini yang mencabar terutamanya
dalam sektor pekerjaan. Oleh itu, mereka memerlukan ilmu dan kemahiran sebanyak yang
mungkin agar mereka kompeten dalam kehidupan mereka. Kedua-dua perkara ini juga
memudahkan murid untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Dengan
memperkembangan ilmu dan kemahiran mereka, murid dapat melahirkan inovasi dlam pelbagai
bidang yang mereka kuasai. Inovasi ini penting dalam melahirkan negara yang berdaya saing
dengan negara-negara maju yang lain. Contohnya, semasa sesi pengajaran dan pembelajaran,
guru menunjukkan cara untuk menguasai sesuatu ilmu dengan kaedah tertentu dengan
menggunakan teknologi tertentu selaras dengan pembangunan teknologi masakini. Oleh itu,
murid dapat menerima pengetahuan yang terkini melalui teknologi terkini selari dengan negara
maju yang lain. Interaksi dua 3 hala antara guru, murid dan teknologi juga membantu murid
untuk menguasai kemahiran dalam bidang teknologi yang merupakan satu kemahiran yang
menjadi permintaan yang tinggi dalam mana-mana profesion.

Selain itu, suasana kepuasan kerja yang dipamerkan oleh guru-guru di sekolah mampu
mempengaruhi murid dalam aspek sosial. Hal ini kerana guru yang mempunyai kepuasan kerja
yang tinggi menunjukkan persefahaman yang baik antara rakan sejawat (Azlinda jaini, 2013).
Perkara ini penting kerana murid belajar daripada guru mereka yang bertindak sebagai role
model mereka (Maziahtusima Ishak et al., 2018). Rentetan itu, murid akan belajar untuk
harmoni dan bekerjasama dengan antara satu sama lain seperti yang dipamerkan oleh guru
mereka. Belajar untuk harmoni dan bekerjasama merupakan tonggak ke-empat dalam Tonggak
Pendidikan UNESCO. Dalam era teknologi ini, perkara ini sangat penting terutamanya di
Malaysia yang mana rakyatnya terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Secara automatik
juga murid akan belajar menjadi seorang insan yang berguna seperti yang dinyatakan dalam
tonggak yang ketiga dalam Tonggak Pendidikan UNESCO. Hal ini kerana guru yang
mempunyai kepuasan kerja yang tinggi mampu membentuk insan yang berguna yang holistik
(Maziahtusima Ishak et al., 2018). Oleh itu, guru bermanfaat terhadap muridnya dan mendorong
murid mereka menjadi insan yang berguna dalam kehidupan. Kejayaan membentuk murid
menjadi insan yang berguna dan mempunyai pedoman untuk membawa pengaruh yang baik
kepada masyarakat.

Rujukan

Azlinda Jaini. (2013). A Study on the Factors that Influence Employees Job Satisfaction at
Scope International (M) Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan: Universiti Teknologi Mara Shah
Alam.
Maziahtusima Ishak, Norhasni Zainal Abiddin, & Fathiyah Mohd Fakhruddin. (2018). Eksplorasi
Peranan Guru Pendidikan Islam Sebagai Agen Perubahan Masyarakat dari Perspektif
Pendidikan Pengembangan. International Journal of Education, Psychology and
Counseling, 2(6), 214–230.
https://www.researchgate.net/publication/326111938_EKSPLORASI_PERANAN_GURU_
PENDIDIKAN_ISLAM_SEBAGAI_AGEN_PERUBAHAN_MASYARAKAT_DARI_PERSPE
KTIF_PENDIDIKAN_PENGEMBANGAN
Muh Ghufran Faqih. (2005). Pengaruh Sikap, Motivasi dan Iklim Kerja terhadap Prestasi Kerja
Guru Madrasah Aliyah di Kabupaten Purworejo Propinsi Jawa Tengah. Tesis yang tidak
diterbitkan. Universitas Muhammadiyah Surakarta.
Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon. (2010). Guru dan Cabaran Semasa.
Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Rosnah Ishak & Siti Nur Fatimah Rusnan. (2018). Prestasi Kerja Guru dan Hubungannya
dengan Faktor Beban Tugas, Persekitaran dan Personal: Kajian Kes di Sebuah Sekolah
di Sabah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 5(6).
Wong Kiet Wah, Noriati A. Rashid, & Boon Pong Ying. (2018). Asas Kepimpinan dan
Pembangunan Profesionalisme Guru. In Siri Pendidikan Guru (Kedua). Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

You might also like