You are on page 1of 2

Sejak akhir-akhir ini, landskap dunia pendidikan telah berubah ekoran penularan wabak Covid-

19. Di peringkat global, institusi-institusi Pendidikan telah pun ditutup disebabkan oleh kaedah
pengajaran konvensional dianggap tidak kalis Covid-19 dan ramai murid telah dijangkiti oleh
wabak tersebut (Free Malaysia Today, 2020). Kerajaan Malaysia juga turut mengambil langkah
yang sama dan melaksanakan Perintah Kawalan Berkurung. Pihak kerajaan Malaysia juga
telah menguatkuasakan rakyatnya untuk mengamalkan amalan penjarakkan sosial (sosial
distancing) dan mengharamkan sebarang perhimpunan yang melibatkan orang ramai. Oleh itu,
sektor pendidikan sangat terjejas disebabkan penularan wabak ini. Meskipun begitu, ianya tidak
bermakna sektor pendidikan negara ini telah lumpuh. Pelbagai inisiatif telah diusahakan oleh
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) walaupun terdapat banyak cabaran yang
dihadapi oleh warga pendidik dalam melaksanakannya. Hal ini kerana masih terdapat kawasan
seperti di pedalaman Sarawak yang mana penduduknya bukan sahaja tiada capaian internet
malah tiada akses kepada sumber elektrik.

Antara inisiatif yang dicadangkan adalah pembelajaran melalui alam maya. Inisiatif ini menjadi
kejutan bagi murid, ibu bapa dan guru sendiri kerana pengajaran dan pembelajaran secara
maya. Perkara ini bukanlah satu perkara yang digunakan dengan meluas sebelum ini. Malah,
banyak gangguan yang dihadapi dalam proses melaksanakannya. Contohnya, terdapat isu
capaian internet dalam kalangan murid yang menyebabkan murid ketinggalan dalam pelajaran
(Berita Harian, 2020). Pada pandangan saya, untuk masalah ini mungkin pihak pemimpin
sekolah boleh berbincang dengan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah untuk
mengutip sumbangan bagi murid yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan capaian
internet. Sekiranya kawasan tempat tinggal murid tersebut berada di kawasan pedalaman yang
terpencil dan tiada langsung capaian internet, mungkin pihak pentadbir boleh membantu para
guru untuk mengagihkan kerja sekolah yang disediakan secara bersemuka.

Menurut Berita harian (2020, Mei 16) lagi, seorang guru telah mengadu bahawa terdapat murid
yang tidak memberikan kerjasama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Masih terdapat
murid yang tidak menyiapkan tugasan dan tidak hadir secara maya walaupun setelah
diberitahu. Pada pandangan saya, untuk menyelesaikan masalah ini, pihak pemimpin sekolah
juga boleh mengadakan kerjasama dengan ibu bapa dalam memastikan anak mereka
menghadiri kelas dan menyiapkan tugasan yang diberikan secara maya supaya mereka tidak
tercicir dalam pelajaran. Oleh itu, peranan ibu bapa sebagai fasilitator di rumah menggantikan
guru amatlah penting dalam memantau anak mereka dengan proses pengajaran dan
pembelajaran secara maya serta menyediakan kelengkapan yang sesuai untuk memastikan
proses tersebut berterusan walapun dalam krisis Covid-19. Sesungguhnya, hasil kerjasama
antara ibu bapa dan guru akan memastikan kejayaan murid dalam menguasai ilmu dan
kemahiran dalam musim Covid-19 ini.

Terdapat juga isu bahawa tidak semua guru mahir menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi terutamanya guru yang tergolong dalam kalangan ‘oranglama’ (Berita harian, 2020).
Pendidikan masakini memerlukan guru yang menguasai bidang IT. Oleh itu, pihak pentadbir
hendaklah menjalankan satu kursus khas yang wajib untuk para guru bagi menguasai platform-
platform terkini seperti Google Classroom, Kahoot, Skype dan sebagainya untuk digunakan
sebagai medium pengajaran dan pembelajaran. Para guru perlulah melengkapkan diri dengan
kemahiran IT ini demi meningkatkan kompetensi diri dalam dunia pendidikan dalam era ini bagi
menghadapi norma baharu kehidupan. Proses penyampaian ilmu dan kemahiran melalui
mekanisme tersebut masih memerlukan kepakaran guru agar apa yang disampaikan itu selari
dengan silibus yang telah ditetapkan agar objektif pelajaran dapat dicapai. Cabaran ini akan
dapat diatasi melalui program dan latihan peningkatan profesionalisme guru dalam
meningkatkan tahap kompetensi guru dengan menambah literasi teknologidan maklumat agar
dapat bersaing dengan Pendidikan negara maju.

Rujukan
Berita Harian. (2020, Mei 16). COVID-19: Pendidikan Menerusi Dunia Maya Cabaran Baharu
Buat Guru. Dimuat turun daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/689322/covid-19-pendidikan-
menerusi-dunia-maya-cabaran-baharu-buat-guru
Free Malaysia Today. (2020, Mac 6). Australia Arah Tutup Sekolah Selepas Pelajar Dijangkiti
Covid-19. Dimuat turun daripada
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/03/06/australia-arah-tutup-
sekolah-selepas-pelajar-dijangkiti-covid-19/

You might also like