You are on page 1of 16

5/21/2018 BukuLogPanduPuteriTunasolehAina-slidepdf.

com

BUKU LOG PANDU PUTERI TUNAS

http://slidepdf.com/reader/full/buku-log-pandu-puteri-tunas-oleh-aina 1/16
5/21/2018 BukuLogPanduPuteriTunasolehAina-slidepdf.com

BUKU LOG PANDU PUTERI TUNAS

http://slidepdf.com/reader/full/buku-log-pandu-puteri-tunas-oleh-aina 2/16
5/21/2018 BukuLogPanduPuteriTunasolehAina-slidepdf.com

Pengenalan:

Buku Log merupakan sebuah rekod catatan bagi seorang ahli Pandu Puteri Tunas. Ia
merupakan sebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti oleh ahli Pandu Puteri Tunas.

Buku Log harus mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan dan
pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pandu Puteri Tunas itu. Ia juga merupakan
rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti Pandu Puteri. Ahli
Pandu Puteri Tunas dapat mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman
terhadap persekitarannya serta mampu menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran
grafik atau bantuan visual.

(1) Jenis-jenis Buku Log


(a) Buku Log Peribadi
Buku Log ini mengandungi:
  Biodata pemilik dan rekod jawatan Pandu Puteri yang disandang di sekolah,
daerah, negeri atau kebangsaan
  Rekod penglibatan diri dalam aktiviti Pandu Puteri (Semua peringkat)
  Acara Pandu Puteri yang dihadiri (Semua peringkat)
(b) Buku Log Kemajuan
Buku Log ini mengandungi:
(i) Semua laporan kemajuan Program Pandu Puteri Tunas
(ii)Laporan Lencana kecekapan
(c) Buku Log Acara
Buku log ini mengandungi laporan setiap acara yang disertai
Contoh acara adalah seperti:
(i) Perkhemahan/ Cuti pasukan
(ii) Khidmat
(iii) Lain-lain projek

(2) Ciri-Ciri Buku Log


Buku Log mengandungi rekod atau catatan maklumat hasil daripada pengalaman
yang dilalui. Pastikan:
(a)  Bahan-bahan disusun kemas
(b)  Rekod disimpan berterusan, tersusun dan berperingkat
(c)  Maklumat dikumpul menunjukkan perkembangan dan kemajuan
(d)  Melampirkan sijil atau surat perakuan atau bukti penyertaan
(e)  Keaslian dan kreativiti amat digalakkan
(f)  Hasil kerja boleh dizahirkan dalam bentuk tulisan tangan atau bercetak KECUALI
biodata / profil diri
http://slidepdf.com/reader/full/buku-log-pandu-puteri-tunas-oleh-aina 3/16
5/21/2018 BukuLogPanduPuteriTunasolehAina-slidepdf.com

(3)  Kandungan Buku Log ( setiap buku log)


(a)  Biodata/ Profil Diri
Biodata atau profil diri secara ringkas bagi memudahkan pembaca mengetahui
siapa penulisnya.
  Nama

  No. Mykad / No Mykid / No surat beranak


  Tarikh lahir

  Alamat rumah

gambar

  No tel rumah / No tel bimbit


  Alamat e-mail

  Nama & alamat sekolah


  No tel sekolah

  Nama pasukan

  Nama Kumpulan Berenam


(b)  Penglibatan Dalam Kegiatan Pandu Puteri


  Jawatan yang dipegang
  Pencapaian dalam Pandu Puteri
  Senarai acara Pandu Puteri yang disertai

(4)  Kandungan laporan aktiviti


  Tarikh, tempoh, aktiviti atau program yang dihadiri

  Laporan atau penerangan mengenai aktiviti yang dilakukan


  Renungan – ceritakan dengan ringkas pengalaman baharu yang diperoleh


semasa menyertai acara


   Sertakan lampiran seperti:
(i) Bahan asal atau salinan bercetak
(ii)gambar-gambar acara
(iii)salinan sijil penyertaan/pencapaian/penghargaan
   Perakuan bahawa pengisian adalah hasil peribadi atau individu
   Tanda tangan pemimpin atau penilai yang menyemak pengisian buku log
tersebut

Susunan/ Urutan Kandungan Dalam Buku Log Kemajuan Pandu Puteri Tunas
1.  Biodata / Profil diri
2.  Lencana Dunia
3.  Lencana Pandu Puteri Tunas
4.  Lambang Kumpulan Berenam sendiri
5.  Peringkat Pra  –Persetiaan
6.  Peringkat Calit Emas
7.  Peringkat Tangga Emas
8. Peringkat Tangan Emas
9. Skim Lencana Kecekapan

http://slidepdf.com/reader/full/buku-log-pandu-puteri-tunas-oleh-aina 4/16
5/21/2018 BukuLogPanduPuteriTunasolehAina-slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/buku-log-pandu-puteri-tunas-oleh-aina 5/16
5/21/2018 BukuLogPanduPuteriTunasolehAina-slidepdf.com

PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG

BAHAGIAN PANDU PUTERI TUNAS

TOLONG ORANG SELALU  


‘ ’

1. PANDU PUTERI TUNAS

2. PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS

3. ORGANISASI PANDU PUTERI TUNAS

4. POW WOW

5. KETUA PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS

 –
6. KETUA KUMPULAN BERENAM  KETUA BERENAM

7. PENOLONG KETUA KUMPULAN  – PENOLONG KETUA BERENAM

8. PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI TUNAS

9. PELANTIKAN AHLI BAHARU

10. PERSETIAAN, UNDANG-UNDANG,


SENYUMAN, BERJABAT COGAN KATA PANDU PUTERI TUNAS, HORMAT
TANGAN, KHIDMAT

  1
Persidangan Kejurulatihan, 21-23 November 2010 di Seri Cempaka Services & Suites
http://slidepdf.com/reader/full/buku-log-pandu-puteri-tunas-oleh-aina 6/16
5/21/2018 BukuLogPanduPuteriTunasolehAina-slidepdf.com

PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG

BAHAGIAN PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS

’ TOLONG ORANG SELALU   ’

1. PANDU PUTERI TUNAS

Dasar program Bahagian Pandu Puteri Tunas membolehkan ahli menghayati dan menguasai
asas Pandu Puteri.

 Ahli Pandu Puteri Tunas berumur sembilan hingga dua belas tahun. Seorang kanak-kanak
perempuan hanya boleh menjadi ahli Pasukan Pandu Puteri Tunas sehingga berumur dua
belas tahun. Dia dilantik menjadi Pandu Puteri Tunas setelah lulus Ujian Pra Persetiaan.

2. PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS

2.1 Jumlah minimum ahli ialah 12 orang dan jumlah maksimum 36 orang.

2.2 Satu (1) pasukan baharu mesti ditubuhkan sekiranya ahli pasukan sedia ada melebihi
daripada 36 orang ahli.

2.3 Setiap Pasukan Pandu Puteri Tunas mempunyai seorang Pemimpin yang dikenali
sebagai Kakak Setia dan sekurang-kurangnya seorang penolong yang dikenali sebagai
Siti Setia.

2.4 Setiap Pasukan Pandu Puteri Tunas hendaklah disahkan oleh Pesuruhjaya Daerah
serta didaftarkan secepat mungkin. Borang Pendaftaran hendaklah dilengkapkan dan
dihantar melalui Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan kepada Ibu
Pejabat Kebangsaan berserta dengan yuran pendaftarannya.

2.5 Yuran pendaftaran hanya dibayar sekali . Sijil Pendaftaran ialah hak milik Pasukan di
sekolah berkenaan. Jika sijil hilang, bayaran akan dikenakan untuk mendapatkan sijil
ganti

  2
Persidangan Kejurulatihan, 21-23 November 2010 di Seri Cempaka Services & Suites
http://slidepdf.com/reader/full/buku-log-pandu-puteri-tunas-oleh-aina 7/16
5/21/2018 BukuLogPanduPuteriTunasolehAina-slidepdf.com

2.6 Setiap Pasukan Pandu Puteri Tunas dikehendaki membaharui pendaftaran dan
mengemaskinikan bilangan pemimpin dan ahlinya dengan Ibu Pejabat Kebangsaan
melalui Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan. Pembaharuan
pendaftaran berserta bayaran yuran ahli (kuota) dihantar ke Ibu Pejabat Kebangsaan
tidak lewat daripada 30 April setiap tahun.

2.7 Pasukan Pandu Puteri Tunas didaftarkan mengikut turutan nombor pendaftaran, nama
daerah dan nama sekolah.
Contoh : Pasukan Pandu Puteri Tunas ke-29 Kuala Kangsar,

SJK ( C ) Tsung Wah, Kuala Kangsar, Perak.

2.8 Perjumpaan pasukan diadakan sekurang-kurangnya setiap dua (2) minggu sekali.

2.9 Jawatankuasa Pandu Puteri Tunas terdiri daripada:

2.9.1 Ketua Pasukan


2.9.2 Ketua Berenam
2.9.3 Penolong Ketua Berenam

2.10 Kakak Setia merangkap sebagai pengerusi dan Siti Setia sebagai penolong
pengerusi dalam Pow- Wow.

2.11 Pasukan memilih secara undi sulit seorang Ketua Pasukan dalam kalangan ahlinya.

2.12 Ketua Berenam dipilih oleh ahli kumpulan sendiri manakala Penolong Ketua
Berenam dilantik oleh Ketua Berenamnya.

3. ORGANISASI PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS

3.1 Pada perjumpaan pertama, Kakak Setia membahagikan ahli mengikut kumpulan.
Setiap kumpulan dianggotai oleh tidak lebih daripada enam (6) orang ahli termasuk
seorang Ketua Berenam dan seorang Penolong Ketua Berenam.

3.2 Setiap kumpulan dikenali dengan nama bunga yang ditetapkan oleh Persatuan Pandu
Puteri Malaysia seperti berikut :

  3
Persidangan Kejurulatihan, 21-23 November 2010 di Seri Cempaka Services & Suites
http://slidepdf.com/reader/full/buku-log-pandu-puteri-tunas-oleh-aina 8/16
5/21/2018 BukuLogPanduPuteriTunasolehAina-slidepdf.com

3.2.1 Bunga Cempaka


3.2.2 Bunga Kenanga
3.2.3 Bunga Kesidang
3.2.4 Bunga Melur
3.2.5 Bunga Siantan
3.2.6 Bunga Teratai

3.3 Setiap kumpulan menyediakan kotak Kumpulan Berenam yang digunakan


semasa aktiviti sudut kumpulan.

4. POW-WOW – Mesyuarat Pasukan

4.1 Pow-Wow adalah mesyuarat pasukan sekiranya perlu untuk membincangkan perkara
yang berkaitan dengan Pasukan Pandu Puteri Tunas seperti memberi keterangan,
menyampaikan berita dan rancangan akan datang

4.2 Kakak Setia menjadi Pengerusi Pow-Wow. Jika Kakak Setia tidak ada, Siti Setia boleh
menggantikannya.

4.3 Lingkungan Pow-Wow dilaksanakan khas untuk ahli pasukan sahaja dan pembentukan
lingkungan adalah bebas

5. KETUA PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS

5.1 Ketua Pasukan Pandu Puteri Tunas dipilih secara undi sulit untuk membantu Kakak
Setia dan Siti Setia.

5.2 Ketua Pasukan Pandu Puteri Tunas mesti mempunyai kelulusan Calit Emas.

5.3 Pasukan yang baharu ditubuhkan, Kakak Setia boleh melantik ahlinya yang
berkebolehan sebagai Ketua Pasukan walaupun dia belum mempunyai kelulusan Calit
Emas.

5.4 Kakak Setia boleh mengundang seorang Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri
Renjer yang telah lulus Kelas Dua untuk menjadi Ketua Pasukan Pandu Puteri Tunas.

  4
Persidangan Kejurulatihan, 21-23 November 2010 di Seri Cempaka Services & Suites
http://slidepdf.com/reader/full/buku-log-pandu-puteri-tunas-oleh-aina 9/16
5/21/2018 BukuLogPanduPuteriTunasolehAina-slidepdf.com

6. KETUA BERENAM

6.1 Ketua Kumpulan Berenam dikenali sebagai Ketua Berenam. Ketua Berenam dipilih
oleh ahli kumpulan sendiri.

6.2 Ketua Berenam membantu Kakak Setia dan Siti Setia serta ditugaskan untuk menjaga
ahli kumpulannya.

7. PENOLONG KETUA BERENAM

7.1 Penolong Ketua Berenam dipilih oleh Ketua Berenamnya.

7.2 Tugas Penolong Ketua Berenam membantu Ketua Berenam dan mewakilinya apabila
Ketua Berenam tidak hadir.

8. PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI TUNAS

Pakaian seragam Pandu Puteri Tunas ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu
Puteri Malaysia. Merujuk kepada Girl Guides Act 1953, Revised 1991, pakaian seragam dan
semua peralatan hanya boleh diperoleh dari bahagian Peralatan Persatuan Pandu Puteri

Malaysia.

8.1 Ahli Baharu dibenarkan memakai pakaian seragam dengan skaf perang tanpa Lencana
Pelantikan.

8.2 Pakaian seragam lengkap dipakai oleh Ahli Baharu selepas dilantik.

8.3 Ahli Pasukan Pandu Puteri Tunas memakai lambang kumpulannya disebelah kiri atas
kocek blausnya.

8.4 Ketua Pasukan Pandu Puteri Tunas memakai tiga (3) jalur putih di kocek kiri blausnya
(Sila rujuk lampiran).

8.5 Ketua Berenam Pandu Puteri Tunas memakai dua (2) jalur putih di kocek kiri
blausnya ( Sila rujuk lampiran).

  5
Persidangan Kejurulatihan, 21-23 November 2010 di Seri Cempaka Services & Suites
http://slidepdf.com/reader/full/buku-log-pandu-puteri-tunas-oleh-aina 10/16
5/21/2018 BukuLogPanduPuteriTunasolehAina-slidepdf.com

8.6 Penolong Ketua Berenam Pandu Puteri Tunas memakai satu (1) jalur putih di
tengah kocek kiri blausnya (Sila rujuk lampiran).

8.7 Ahli yang telah dilantik wajib memakai pakaian seragam lengkap pada :

8.7.1 Perjumpaan Pasukan


8.7.2 Majlis Istiadat Pandu Puteri Tunas
8.7.3 Majlis rasmi Persatuan Pandu Puteri Malaysia peringkat Daerah, Cawangan
dan Kebangsaan
8.7.4 Majlis rasmi anjuran pihak lain

8.8 Ahli wajib mendapat kebenaran Kakak Setia atau Siti Setia untuk memakai
pakaian seragam lengkap apabila menghadiri acara selain daripada yang

dinyatakan dalam para 8.7.4.

8.9 Sayap Pandu Puteri Tunas dipakai oleh Pandu Puteri Tunas dalam Upacara Terbang
Naik.

9. PELANTIKAN PANDU PUTERI TUNAS

9.1 Seseorang Ahli Baharu mestilah lulus ujian Pra-Persetiaan sebelum dilantik.

9.2 Istiadat Pelantikan dirancang oleh Kakak Setia untuk semua Ahli Baharu sebaik sahaja
mereka lulus ujian Pra-Persetiaan.

9.3 Pelantikan hanya boleh dijalankan oleh pemimpin berwaran.

9.4 Istiadat Pelantikan Pandu Puteri Tunas


Istiadat Pelantikan dijalankan dalam formasi Lingkungan Pandu Puteri Tunas.

( Sila rujuk risalah Istiadat Pandu Puteri Tunas).

  6
Persidangan Kejurulatihan, 21-23 November 2010 di Seri Cempaka Services & Suites
http://slidepdf.com/reader/full/buku-log-pandu-puteri-tunas-oleh-aina 11/16
5/21/2018 BukuLogPanduPuteriTunasolehAina-slidepdf.com

10. PERSETIAAN, UNDANG-UNDANG, COGAN KATA PANDU PUTERI TUNAS, ISYARAT,


HORMAT, SENYUMAN, BERJABAT TANGAN, KHIDMAT

10.1 Persetiaan Pandu Puteri Tunas


Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia akan

Menjalankan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia,
Menolong orang setiap hari terutama mereka di rumah dan

Mematuhi undang-undang Pandu Puter Tunas.

10.2 Undang-Undang Pandu Puteri Tunas


Pandu Puteri Tunas selalu menurut ajaran orang yang tertua daripadanya.

Pandu Puteri Tunas tidak menurut kehendak hati sahaja.

10.3 Cogan Kata Pandu Puteri Tunas : Tolong Orang Selalu (TOS)

10.4 Isyarat Pandu Puteri


Tiga jari kanan ditegakkan, ibu jari diletakan menindih jari kelingking yang
dibengkokkan. Tangan diangkat ke paras bahu. Tiga jari melambangkan Persetiaan
Pandu Puteri.

10.5 Hormat
Pandu Puteri Tunas memberi hormat dengan menunjukkan Isyarat Pandu Puteri pada
paras bahu dalam keadaan sedia.

10.6 Senyuman
Senyuman merupakan satu tanda salam Pandu Puteri Tunas.

10.7 Berjabat Tangan


Pandu Puteri Tunas berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli Pandu
Puteri yang lain. Pandu Puteri Tunas menggunakan kedua-dua belah tangan apabila
berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang bukan ahli.

10.8 Khidmat
Pandu Puteri Tunas membuat khidmat dengan cara menolong orang setiap hari sama
ada di rumah atau di sekolah.

  7
Persidangan Kejurulatihan, 21-23 November 2010 di Seri Cempaka Services & Suites
http://slidepdf.com/reader/full/buku-log-pandu-puteri-tunas-oleh-aina 12/16
5/21/2018 BukuLogPanduPuteriTunasolehAina-slidepdf.com

LAMPIRAN

LAMPIRAN 1

  8
Persidangan Kejurulatihan, 21-23 November 2010 di Seri Cempaka Services & Suites
http://slidepdf.com/reader/full/buku-log-pandu-puteri-tunas-oleh-aina 13/16
5/21/2018 BukuLogPanduPuteriTunasolehAina-slidepdf.com

SIANTAN MELUR

KENANGA TERATAI

KESIDANG CEMPAKA

  9
Persidangan Kejurulatihan, 21-23 November 2010 di Seri Cempaka Services & Suites
http://slidepdf.com/reader/full/buku-log-pandu-puteri-tunas-oleh-aina 14/16
5/21/2018 BukuLogPanduPuteriTunasolehAina-slidepdf.com

Lampiran

PAKAIAN RASMI PANDU PUTERI TUNAS

  10
Persidangan Kejurulatihan, 21-23 November 2010 di Seri Cempaka Services & Suites
http://slidepdf.com/reader/full/buku-log-pandu-puteri-tunas-oleh-aina 15/16
5/21/2018 BukuLogPanduPuteriTunasolehAina-slidepdf.com

  11
Persidangan Kejurulatihan, 21-23 November 2010 di Seri Cempaka Services & Suites
http://slidepdf.com/reader/full/buku-log-pandu-puteri-tunas-oleh-aina 16/16

You might also like