You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI INDAH


JALAN THEAN TEIK,
11500 AYER ITAM, PULAU PINANG.
Tel : 04-8276350 Faks : 04-8268277
Email : pba1018@jpnpp.edu.my

Rujukan Kami : SKSI 100-1/14


Tarikh : 25 Januari 2021

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seri Indah

Tuan,

PENERIMAAN PERLANTIKAN SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN UNIT


PENTADBIRAN, UNIT KURIKULUM, UNIT HEM DAN UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH
KEBANGSAAN SERI INDAH SESI 2021

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk kepada perkara di atas berasaskan surat tuan
bertarikh 21 hb Januari 2021 yang berkaitan.

2. Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas
kepercayaan dan keyakinan tuan melantik saya sebagai;

BIL BIDANG JAWATAN


1 Pentadbiran Setiausaha Pentadbiran Sekolah
2 Kurikulum AJK Pusat Sumber Sekolah
3 HEM Setiausaha Lembaga Pengawas AJK ATHAM
Sekolah
4 Kokurikulum Setiausaha Kelab Rukun Negara

3. Sehubungan itu, saya dengan sepenuh hati menerima perlantikan tersebut sebagai
sebahagian daripada tugas, kuasa dan tanggungjawab profesion saya dan berikrar akan
menumpukan segala upaya dan segenap tenaga untuk menunai dan melaksanakannya.

4. Saya faham bahawa sekiranya saya lalai, alpa dan ingkar dalam melaksanakan tugas, kuasa
dan tanggungjawab yang diamanahkan ini, maka saya boleh dikenakan tindakan mengikut
Subseksyen 135(1) dan 135(2) Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan 4 dalam Bahagian II Peraturan-
Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Sekian , terima kasih.

“SEDERAP KE PUNCAK SINERGI INDAH”


“ BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN ”

Saya yang menjalankan amanah,

______________________________
(AINUR NAZURA BINTI MOHD JONI)

s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Sekolah


2. Fail unit

You might also like