You are on page 1of 23

DASAR PENGURUSAN & PENTADBIRAN

SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH MERAH


Dasar Pengurusan & Pentadbiran  Sekolah Kebangsaan Tanah Merah adalah selaras dengan Dasar Pentadbiran
Kementerian Pendidikan Malaysia

A. Pentadbiran:
Dalam bidang pentadbiran, Guru Besar adalah bertanggungjawab secara langsung dalam segala pengurusan perjawatan dan
perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru di sekolah sebagaimana berikut:
1. Melaksanakan segala prosedur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan semua kakitangan di bawah kelolaan dan
bidang kuasanya.
2. Melaksanakan segala prosedur perlantikan ke jawatan yang lebih tinggi bagi semua kakitangan di bawah jagaannya.
3. Melaksanakan prosedur bagi menamatkan perkhidmatan perletakan, persaraan, penggantungan, pelepasan guru-guru dan
kakitangan.
4. Memastikan pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan perkhidmatan dan kursus dalam jawatan.
5. Mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubung kait dengan soal percutian kakitangan di sekolahnya.
6. Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja dan tugas kakitangan sekolahnya.
7. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab guru dan kakitangan sokongan.
8. Menyimpan dan menyelenggarakan rekod-rekod peribadi guru dan kakitangan bukan guru.
9. Menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Berkala, Laporan Sulit Khas, dan Laporan Nilaian Prestasi Khas bagi
semua kakitangan di bawahnya.
10. Meluluskan permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan yang ada di sekolah mengikut syarat-syarat yang
dibenarkan oleh pihak yang berkuasa.
11. Menentukan sistem penyelenggaraan fail dilaksanakan dengan cara yang teratur dan sempurna.
12. Merancang dan memastikan pelaksanaan takwin sekolah yang telah disusun dan ditetapkan itu berjalan dengan lancar.
13. Memastikan bahawa segala retan-retan yang disediakan itu dilakukan dengan sempurna dan dilaksanakan mengikut
jadual yang telah ditetapkan.
14. Menjadi pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah.
15. Menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru dan memastikan bahawa segala keputusan dilaksanakan dengan teratur dan
berkesan.
16. Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di peringkat sekolah yang melibatkan guru dan kakitangan.
17. Menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah, Zon Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan
Malaysia atau jabatan-jabatan kerajaan yang lain.

B. Kewangan:
1. Menyediakan anggaran belanjawan sekolah seperti perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.
2. Mengurus dan menyempurnakan segala tuntutan perkapita dan lain-lain geran yang dikemukakan oleh pihak yang
berkaitan dari semasa ke semasa.
3. Menentukan segala kutipan atau yuran, sewa, asrama dan lain-lain sumber pendapatan dilaksanakan dengan sempurna.
4. Merancang dan menguruskan segala bentuk pembelian dan pembayaran yang dilakukan oleh pihak sekolah.
5. Mengurus dan menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan gaji, elaun dan lain-lain bagi guru dan kakitangan.
6. Mengurus dan menyelenggarakan buku tunai untuk Akaun Wang Kerajaan, Wang Suwa dan Asrama serta Panjar Wang
Runcit.
7. Melakukan dan menyempurnakan segala persediaan yang diperlukan untuk audit akaun sekolah secara teratur dan kemas.
8. Menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa pelajar-pelajar sekolah yang diberi oleh Kementerian
Pendidikan dan lain-lain badan penaja.
9. Menjadi Pengerusi Lembaga Tender dan Sebut Harga Sekolah mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan.
10. Menentukan buku stok yang disimpan dan disediakan di sekolah disediakan dengan teratur dan kemas kini.
11. Memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa, wang runcit dan sebagainya.
12. Memastikan bahawa tatacara hapus kira dan hapus stok dilakukan dengan sempurna mengikut peraturan yang ada.
13. Menjadi Setiausaha Lembaga Kewangan Sekolah dan pengelola sekolah dan menentukan bahwa semuanya itu berjalan
lancar.
C. Pembangunan Fizikal Sekolah:
1. Melaksanakan pengawasan fizikal sekolah dan menentukan perjalanannya dilakukan dengan cara yang baik dan teratur.
2. Mengambil langkah-langkah penyelenggaraan bangunan sekolah dan kawasan sekolah dari semasa ke semasa.
3. Merancang dan menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan kecil yang diadakan di sekolah.
4. Merancang pertambahan fizikal sekolah jika ada dan jika perlu seperti pembinaan dan pembaikian, memerlukan bangunan
tambahan dan sebagainya.

D. Pembangunan Kakitangan:
1. Merancang dan melaksanakan program dan kursus bagi kemajuan guru dan bukan guru untuk pengayaan dirinya.
2. Mengadakan 'in house training', kolokium, mengambil kursus di luar, kursus dalam perkhidmatan ataupun mengadakan
kursus-kursus untuk kakitangan di sekolahnya.
3. Memberi segala galakan kepada guru dan kakitangan agar melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

E. Mengajar:
1. Mengajar sekurang-kurangnya sembilan waktu seminggu dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan bagi Guru Besar.

F. Kurikulum:
1. Menentukan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan berjalan dengan teratur, berkesan dan mengikut perancangan.
2. Memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan berjalan
mengikut peraturan.
3. Merancang dan memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum di sekolah berjalan dengan sempurna.
4. Menentukan mata pelajaran pilihan untuk pengajaran di sekolahnya dengan menetapkan guru-guru yang mengajar mata
pelajaran yang berkenaan.
5. Menubuhkan panitia mata pelajaran atau Lembaga Kurikulum Sekolah untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya.
6. Mempengerusikan mesyuarat panitia mata pelajaran jika difikirkan perlu.
7. Menubuhkan beberapa buah jawatankuasa dan majlis lain yang difikirkan perlu sebagai usaha untuk memastikan
keberkesanan pengurusan sekolah.
8. Menentukan kewujudan Pusat Sumber sekolah dan Guru Besar bertanggung-jawab terhadap perkembangan dan
kemajuannya.
9. Membina 'Blue Print' sekolah untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan bidang akademik.

G. Ko-Kurikulum:
1. Memastikan penubuhan persatuan, dan kelab sukan dan permainan dan pasukan-pasukan unit pakaian seragam.
2. Menentukan bahawa unit-unit ko-kurikulum itu berjalan dengan cergas, baik, teratur dan sempurna dengan susunan
program yang lengkap, sesuai & praktikal.
3. Menentukan perkembangan bakat dan potensi para pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum seperti persatuan dan kelab,
sukan dan permainan dan juga pasukan unit berunifom.

H. Hal Ehwal Pelajar:


1. Menubuhkan Lembaga Disiplin Pelajar di sekolahnya dan memastikan bahawa pelaksanaannya berjalan dengan berkesan.
2. Menetap dan menggariskan satu peraturan dan undang-undang sekolah yang praktikal untuk dipatuhi sepenuhnya oleh
semua pelajar.
3. Menubuhkan sebuah Lembaga Pengawas Sekolah yang terdiri daripada pelajar yang cergas, baik dari segi tingkah laku,
berbudi pekerti dan bagus dalam akademik dan sukan.
4. Menentukan perjalanan Lembaga Disiplin Pelajar, peraturan dan undang-undang dan Lembaga Pengawas dilaksanakan
dengan baik, sempurna dan adil.
5. Untuk menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan para pelajar, perkhidmatan yang berikut perlu diwujud dan
dilaksanakan di sekolah dengan baik, iaitu:- (Bimbingan dan kaunseling, kesihatan, biasiswa dan dermasiswa, keselamatan,
riadah dan sistem mentor menti).

I. Pengawasan Dan Penyeliaan:


1. Menjadi tugas dan tanggungjawab Guru Besar untuk membuat penyelidikan terhadap perjalanan pengajaran dan
pembelajaran di sekolahnya.
2. Menjadi tugas Guru Besar untuk mengawasi dan melaksanakan tugas-tugas pentadbiran, pengurusan, kewangan,
pembangunan fizikal, kemajuan kakitangan pengajaran pembelajaran, kurikulum, ko-kurikulum dan dalam hal ehwal pelajar.
3. Bertanggungjawab dalam memberi bimbingan kepada Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM dan Penolong
Kanan KO serta Penyelia Petang dalam pelaksanaan tugas-tugas mereka.
4. Guru Besar memberi bimbingan yang diperlukan kepada kakitangan bukan guru dalam melaksanakan tugas-tugas mereka.
5. Memberi bimbingan kepada guru-guru dalam semua bidang tugas dan pengajaran mereka agar ianya menjadi lebih
berkesan dan menyeronokkan.
6. Pengawasan dan penyeliaan ini adalah untuk penilaian prestasi mereka yang akan dibuat pada setiap hujung tahun.

1.0 PENGURUS "LEARNING EXPERIENCES" – KERJA IKHTISAS


1.1 Penyelia dan pengawal polisi dan objektif sekolah yang telah diasaskan dan diselaraskan kepada polisi Kementerian
Pendidikan dan objektif Pendidikan Negeri dan negara.
1.2 Menentukan sasaran sekolah, merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sukatan pelajaran,
rancangan pelajaran, jadual waktu, penugasan guru dan sebagainya.
1.3 Menentukan kualiti volume kerja pelajar-pelajar dan pemeriksaan buku-buku pelajar.
1.4 Menentukan polisi-polisi mengenai ujian dan peperiksaan serta menggunakan data-data untuk perancangan dan tindakan
susulan.
1.5 Menyelia poses pendidikan sama ada dalam bilik darjah, pemeriksaan buku rekod guru atau perbincangan dengan guru /
JKS / PMP.
1.6 Memeriksa buku kemajuan pelajar, buku profil, buku kedatangan dan buku kegiatan kurikulum dari masa ke semasa.
1.7 Menentukan polisi untuk aktiviti ko-kurikulum.
1.8 Membaca dan meneliti laporan kegiatan ko-kurikulum serta memberi nasihat dan bimbingan kepada guru dan pelajar.
1.9 Mengajar sebilangan waktu.

2.0 PEMBANGUNAN MAJU DIRI MURID


2.1 Menentukan polisi-polisi mengenai pelaksanaan disiplin secara menyeluruh. Mengendalikan kes-kes disiplin yang
dirujukkan oleh Badan Disiplin, berjumpa dengan ibubapa dan penjaga, PRS. K & K, guru ko-kurikulum dan sebagainya.
2.2 Melaksanakan projek-projek khas seperti PMP, menyelia dan menilai keberkesanannya.

3.0 PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN (MANAGEMENT AND DEVELOPMENT)


3.1 MURID-MURID
3.1.1 Menyelia pendaftaran kemasukan dan pertukaran murid.
3.1.2 Menyelia buku jadual kedatangan murid.
3.1.3 Menyelia pemberian bantuan kepada murid-murid.
3.1.4 Menyelia Skim Pinjaman Buku Teks serta menentukan polisi dan senarai pelajar yang layak dan tidak layak.
3.1.5 Menentukan polisi berkaitan dengan peperiksaan awam seperti menentukan mata pelajaran yang akan diambil oleh
murid.
3.1.6 Menyemak dan menandatangani sijil berhenti sekolah dan surat akuan.
3.1.7 Memastikan program-program kesihatan dijalankan dengan sempurna supaya wujud tahap kesihatan yang tinggi di
kalangan murid.
3.1.8 Bertanggungjawab ke atas pembuangan dan penggantungan murid-murid.
3.1.9 Bertanggungjawab ke atas keselamatan murid di sekolah.

3.2 PENGURUSAN PERSONEL


3.2.1 Menentukan pendaftaran, pengesahan dalam jawatan, penempatan ke dalam jawatan berpencen dan jenis cuti
kakitangan sekolah.
3.2.3 Menolong kakitangan menentukan sasaran kerja dan berbincang dari masa ke semasa mengenai sasaran dan mutu kerja.
3.2.3 Menentukan tugasan dan bidang kerja (development of staff) dan menjalankan penyeliaan sepanjang tahun.
3.2.4 Mengambil tindakan / laporan tatatertib ke atas pegawai di bawah bidang kuasanya.
3.2.5 Menjaga kebajikan kakitangan.
3.3 KEWANGAN
3.3.1 Mengawal dan menyemak pemberian perkapita, gaji kakitangan, rekod akaun, laporan kewangan dan punca-punca
kewangan suwa dan kerajaan.
3.3.2 Mengemas kini penyata akaun sekolah yang belum diaudit dan membuat tindakan susulan ke atas laporan audit.
3.3.3 Mengawal stok-stok dan harta benda sekolah.
3.3.4 Mengawal perbelanjaan yang dibuat oleh semua bidang dan membuat anggaran perbelanjaan tahunan yang kos efektif.

3.4 KEMUDAHAN FIZIKAL


3.4.1 Memastikan keadaan fizikal bangunan, padang dan persekitaran sekolah berada dalam keadaan baik.
3.4.2 Mempertingkatkan keceriaan dan kecantikan sekolah.
3.4.3 Menyelia dan menjaga kemudahan dan keselamatan bangunan sekolah.
3.4.4 Memastikan perabot sentiasa berada dalam keadaan baik dan membuat pengagihan yang berkesan.
3.4.5 Menyelia dan mengawal sistem pencegahan kebakaran.
3.4.6 Bertanggungjawab ke atas harta benda sekolah.

4.0 PEMBANGUNAN ORGANISASI DAN DIRI (SYNERGY)


4.1 Merancang dan menyelia aktiviti perkembangan staf seperti kursus dalaman, perbincangan, berkongsi maklumat,
merangsang budaya, mencari maklumat dan pengetahuan serta memberi peluang kepada guru memperkembangkan diri.
4.2 Mengawal `learning experiences' dengan berdasarkan pemerhatian, data dan salinan serta menggunakan maklumat yang
diperolehi untuk pembangunan `learning experiences' murid.
4.3 Melaksanakan kursus kesedaran dan pengunggulan kendiri guru.
4.4 Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti pendidikan komuniti.

5.0 PEMBANGUNAN DIRI (PERSONEL DEVELOPMENT)


5.1 Membaca makalah, buku-buku ikhtisas, pengurusan dan filosofi, menghadiri kursus, seminar, bengkel bertukar-tukar
fikiran dengan rakan-rakan sekerja.
5.2 Menjalankan kajian. Mengumpul data dan menghasilkan kaedah yang baru yang lebih berkesan.
5.3 Menerbit artikel-artikel yang berkaitan dengan bidang ikhtisas.

DASAR KURIKULUM SEKOLAH

1.0 LATAR BELAKANG


Kurikulum adalah bidang utama atau ‘core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan
dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan pencapaian sekolah dalam bidang kurikulum selaras dengan arus perdana
sistem dan dasar pendidikan kebangsaan. Menyedari hakikat mampu menjadi yang terbaik dalam pelbagai bidang,suatu
bentuk program yang terancang telah disusun mengikut perbezaan potensi dan kebolehan antara pelajar untuk menghasilkan
impak yang maksima.Seterusnya menjadi asas yang kukuh kepada kecemerlangan pelajar,bagi mencapai arah tuju
pendidikan yang lebih tinggi dan sempurna sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

2.0 OBJEKTIF
Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan :
2.1: Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2.2: Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
2.3: Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Jabatan Pelajaran Negeri.
3.0 DASAR
3.1: Menyediakan program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua aspek pengetahuan,kemahiran,norma,nilai,unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu
perkembangan potensi diri dalam diri pelajar dari aspek jasmani,rohani,mantel dan emosi .
3.2: Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan
kebangsaan.
3.3: Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan
Pejabat Pelajaran Daerah.
3.4: Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang pendidikan dan kurikulum semasa.
3.5: Pada sebilangan masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya program akademik
bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik mestilah diberikan keutamaan.

4.0 MESYUARAT
4.1: Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga ( 3 ) kali setahun mengikut standard piawaian
jabatan pelajaran bagi membincangkan pengurusan dan pelaksanaan,masalah dan isu kurikulum di sekolah.
4.2: Agenda mesyuarat mestilah berdasarkan garis panduan yang dicadangkan di dalam Buku Pengurusan Kualiti
Jabatan Pelajaran Perak atau PKPA 2/1991.
4.3: Mesyuarat Panitia – Dilaksanakan sebanyak minimum 4 kali setahun dan minit mesyuarat mestilah disediakan
dalam tempoh seminggu.4.3: Surat Panggilan Mesyuarat haruslah diedarkan kepada guru 3 hari sebelum tarikh
mesyuarat.
4.4: Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah
dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya dalam Mesyuarat Panitia dan maklumbalas yang sewajarnya
mestilah disampaikan kepada Setiausaha Jawatankuasa.
4.5: Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak terhadap pelaksanaan kurikulum dalam
semua mata pelajaran dan Pihak Pentadbiran Sekolah beserta Ketua-ketua Panitia dipertanggungjawabkan
sepenuhnya.

5.0 PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN


5.1: Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Iktisas Bil 4 / 1986 .
5.2: Kejayaan murid dalam mata-mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam , motivasi dan bakat adalah berkait rapat
dengan keberkesanan pengajaran guru di dalam kelas. Oleh itu semua panitia mata pelajaran hendaklah berfungsi
dan digunakan dengan optimum untuk saling bekerjasama, saling membantu , berkongsi fikiran, pengalaman dan
kepakaran untuk memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengajaran.
5.3: Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada TOV dan ETR dalam pengurusan
prestasi mata pelajaran.
5.4: Semua panitia mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi-strategi pengajaran yang inovatif dan
boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar untuk belajar dengan lebih baik.
5.5: Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat kurikulum dan mesyuarat
panitia ini mestilah dihadiri oleh pentadbir sebagai penasihat. Satu salinan minit mesyuarat panitia hendaklah
disampaikan kepada Guru Besar melalui Setiausaha Kurikulum.
5.6: Setiausaha panitia hendaklah menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat
menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan dengan panitia sambil diselia oleh ketua panitia.
6.0 SISTEM FAIL
6.1: Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha.
6.2: Semua fail panitia diletakkan di Bahagian Pentadbiran Sekolah (Fail Rasmi – putih).
6.3: Sebarang aktiviti untuk mengambil dan menyimpan fail ke dalam almari khas mestilah di
bawah pengetahuan dan mendapat keizinan pihak pentadbiran sekolah.

7.0 PAKEJ MATA PELAJARAN


7.1: Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3 ) - Sepuluh ( 10 ) Mata Pelajaran.
7.2: Tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6 ) -Tiga belas ( 14 ) Mata Pelajaran.

8.0. SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN


8.1: Sukatan Pelajaran ( SP ),Huraian Sukatan Pelajaran ( HSP ),Rancangan Pelajaran
Tahunan ( RPT ) dan Rancangan Pelajaran Harian ( RPH ) adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa
dirujuk oleh setiap guru apabila merancang proses pengajaran dan pembelajaran.
8.2: Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah diperoleh dan
disimpan oleh setiap guru.
8.3: Satu salinan SP,HSP dan RPT mestilah disimpan di dalam fail panitia.
8.4: Guru mestilah dapat menghayati ,mengenalpasti dan boleh menterjemahkan objektif
mata pelajaran yang tercatat di dalam HSP kepada objektif pentaksiran dan juga mempraktikkanny dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,dengan itu setiap guru harus mahir tentang konstruk-konstruk
peperiksaan awam bagi mata-mata pelajaran yang diajar.
8.5: Salinan Rancangan Pelajaran Tahunan bagi setiap mata pelajaran yang diajar oleh guru yang telah disahkan oleh
Guru Besar mestilah dilampirkan bersama di dalam Buku Rekod Mengajar .
8.6: Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di dalam Buku Rekod Mengajar hendaklah mengikut format yang
telah ditetapkan dalam Mesyuarat Panitia bagi mata pelajaran masing-masing atau paling minimina mengikut
pekeliling yang ditetapkan.
8.7: Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran Harian di dalam Buku Rekod Mengajar sebelum masuk
ke dalam kelas bagi tujuan pengajaran. Oleh itu, Buku Rekod Mengajar mestilah lengkap dan dibawa masuk ke
kelas setiap waktu pengajaran.
8.8: Ruangan impak haruslah ditulis setiap kali selesai aktiviti pengajaran untuk menilai tahap
pembelajaran murid dan tahap keberkesanan pengajaran guru bagi tujuan penambahbaikan pada masa hadapan.
8.9: Buku Rekod Mengajar mestilah dihantar kepada pihak pentadbiran sekolah setiap hari Jumaat persekolahan minggu
berkenaan untuk disemak dan disahkan.
8.10: Semua guru mesti membawa buku rekod persediaan mengajar setiap kali masuk ke kelas
8.11: Setiap guru mestilah menghabiskan Sukatan Pelajaran sebelum bulan Oktober setiap tahun.
8.12: Pendidikan Bestari – Kaedah pengajaran hendaklah terarah kepada student centered /
berpusatkan murid dan menggunakan ABM serta kemudahan ICT yang disediakan. Kualiti
pengajaran guru haruslah dipertingkatkan dengan guru juga harus menguasai kaedah-kaedah
terkini pengajaran yang didedahkan setiap masa melalui aktiviti perkembangan staf.

9.0. JADUAL WAKTU


9.1: Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan 1996.
9.2: Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan
persetujuan dalam mesyuarat kurikulum.
9.3: Dasar pengagihan mata pelajaran ,keutamaan diberikan kepada guru opsyen dan
kepakaran guru.
9.4: Agihan kelas cemerlang, sederhana dan lemah adalah secara adil.
9.5: Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 30 waktu seminggu
9.6: Kelas Komputer untuk mata pelajaran teras diwujudkan setiap minggu dan jadual penggunaan
makmal komputer turut disediakan.
9.7: Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit dan bercuti rehat ataupun menjalankan tugas
rasmi di luar kawasan akan diisi dengan Jadual Waktu Guru Ganti . Guru yang bercuti ini mestilah menyediakan
Modul Kelas Ganti yang akan digunakan oleh pelajar semasa Jadual Waktu Ganti tersebut .Tugasan dalam Modul
Kelas Ganti ini akan dijalankan oleh guru ganti yang terpilih.
9.8: Jadual Waktu Mengajar dan Jadual Waktu Ganti akan diurus dan disediakan oleh Pihak Pentadbiran Sekolah.
9.9: Jadual Waktu penggunaan Bilik-bilik Khas mestilah disediakan oleh guru pengawas Bilik-bilik Khas tersebut
apabila Jadual Waktu Induk Guru telah siap.Satu salinan jadual mestilah diserahkankan kepada pihak pentadbiran
sekolah dan guru-guru mata pelajaran terlibat. Bilik-Bilik khas yang terlibat untuk proses pengajaran dan
pembelajaran adalah Pusat Sumber, Makmal komputer,Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup,Surau, Bilik J-
Qaf,Bilik Seni ,Bilik APD dan Pusat Akses.
9.10: Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi yang akan menyokong proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas dan juga budaya pembelajaran kendiri pelajar dalam meningkatkan ketrampilan dan
potensi diri murid-murid. Oleh itu matlamat perancangan strategik pusat sumber oleh Guru Penyelaras Media
mestilah mempunyai tujuhala ke arah tersebut dan semua guru penolong kanan beserta ketua - ketua panitia adalah
tertakluk kepada perancangan tersebut dan perlu memainkan peranan masing-masing dengan baik.

10 PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


10.1: Program PPSMI akan dimansuhkan pada tahun 2016.Justeru,Pengajaran dan Pembelajaran bagi mata pelajaran
Sains dan Matematik dilaksanakan menggunakan Bahasa Melayu.
10.2: Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan berkualiti selaras dengan perkembangan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ) atau (ICT).
10.3: Menekankan kemahiran mengaplikasi ICT bagi menghasilkan pelajar yang berkemahiran dalam ICT. Oleh itu
penggunaan peralatan ICT adalah amat digalakkan dan menjadi keutamaan di dalam menyokong pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah dengan bantuan Bahan Bantu Mengajar yang lain.
10.4: Memperluaskan program peningkatan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris selaras dengan dasar baru
Kementerian Pelajaran iaitu MBMMBI iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan Bahasa Inggeris.
10.4: Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi
meningkatkan ketrampilan guru,seterusnya meningkatkan ketrampilan murid dan pada masa yang sama
meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan awam . Ini adalah kerana pengajaran yang berkualiti akan
menghasilkan pembelajaran yang berkualiti .
10.5: Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dinilai oleh guru mata pelajaran ,
pelajar dan barisan pentadbir di akhir sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
penguasaan pengetahuan, kemahiran , penglibatan dan daya tumpuan pelajar di dalam kelas .
10.6: Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mestilah menggabungkan pelbagai kaedah dan kemahiran
berdasarkan aras kebolehan murid. Oleh itu setiap orang guru mestilah berusaha meningkatkan ketrampilan diri
dengan meningkatkan kemahiran-kemahiran di atas secara berterusan.
10.7: Guru matapelajaran dan ketua panitia mestilah sentiasa memantau prestasi pencapaian mata pelajaran setiap murid
seperti yang telah ditetapkan oleh sekolah dan berusaha membuat tindakan susulan untuk mencapai sasaran
tersebut . Oleh itu pengurusan ’Headcount Mata bilik darjah digalakkan dan akan dikembangkan secara berterusan.
10.9: Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas juga mesti memantapkan budaya membaca, belajar cara
belajar, penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan penerapan budaya cintakan ilmu.Murid-murid juga
digalakkan belajar melalui Pembimbing Rakan Sebaya (PRS ).
10.10: Guru juga mestilah mendedahkan pelajar-pelajar dengan soalan- soalan bercapah ataupun HOTS – Higher Order
Thinking Skills Questions.

11.0 GURU GANTI


11.1: Mana-mana guru yang berkursus,bercuti sakit atau diluluskan untuk Cuti Rehat Khas perlu
memaklumkan kepada Guru Besar atau pihak pentadbiran sekolah lebih awal untul disediakan
guru ganti bagi kelas guru tersebut.
11,2: Guru yang dipanggil berkursus perlu menyediakan bahan pengajaran untuk kelas yang ditinggalkan.
11.3: Guru yang terpilih menggantikan kelas haruslah masuk ke kelas seperti yang telah diarahkan.

12.0 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN


12.1: Ujian Pengesanan - 2 kali setahun
12.2: PKSR - 2 kali setahun
12.3: Semua urusan peperiksaan yang dijalankan haruslah menepati prinsip ekuiti dalam pendidikan
12.4: Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan semua pelajar bagi peperiksaan yang ditetapkan di bawah Akta
Pendidikan 1996.
12.5: Sistem Peperiksaan Kebangsaan hendaklah dilaksanakan berlandaskan pentaksiran berpusat serta penekanan kepada
penilaian formatif.
12.6: Pentaksiran sekolah ataupun peperiksaan dalaman dilaksanakan berdasarkan prosedur dan
mekanisme yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling Peperiksaan peringkat sekolah Bil 02/2008
pindaan ( rujuk lampiran kurikulum 4 ) yang memperincikan bilangan peperiksaan dan ujian
seragam setahun , dasar peratusan markah untuk semua tahun,format peperiksaan,jadual
pengawasan,rekod markah,syarat lulus,jadual spesifikasi ujian,’content skill’ dan post mortem
peperiksaan menggunakan program yang telah ditetapkan .
12.7: Jawatankuasa ’Headcount Sekolah’ dipertanggungjawabkan untuk menguruskan semua data yang berkaitan
dengan peperiksaan dengan mengkaji ’take off value’ dan meletakkan ’ETR’ bagi peperiksaan awam.

12.8: Format Peperiksaan


12.8.1: Ujian Pengesanan – Mengikut kesesuaian tajuk yang telah diajar.
12.8.2: PKSR – Mengikut kesesuaian tajuk yang telah diajar.
12.8.3: Masa mengikut Kertas Sebenar Peperiksaan Awam.
12.8.4: Format – Mengikut format soalan kertas peperiksaan awam bagi semua murid yang berasaskan
KSSR
.
12.9 Jadual Pengawasan
12.9.1: Ujian diadakan serentak selama seminggu bagi semua tahun.
12.9.2: Jadual pengawasan disediakan oleh pihak pentadbiran sekolah.
12.9.3: Masa : mengikut keperluan peperiksaan awam.

12.10 Rekod Markah


12.10.1: Markah Peperiksaan dimasukkan dalam komputer melalui sistem SAPS.
12.10.2: Laporan prestasi mata pelajaran murid-murid diserahkan kepada ibu bapa untuk
ditandatangani dan perbincangan tentang prestasi mata pelajaran murid-murid diadakan
semasa Hari Terbuka Sekolah yang dijalankan selepas peperiksaan.

12.11 Gred Pencapaian


12.11.1: Semua murid ( Tahun 1 hingga 6 ) - mengikut keputusan jawatankuasa Kurikulum dan gred yangtelah ditetapkan
iaitu:

80 - 100 markah : Gred A


65 - 79 markah : Gred B
50 - 64 markah : Gred C
40 - 50 markah : Gred D
0 - 39 markah : Gred E

12.12 Jadual Spesifikasi Ujian


12.12.1: Semua penyedia soalan ujian / peperiksaan penggal diminta menyediakan JSU mengikut tahap kesukaran yang
logik untuk para pelajar.
12.12.2: JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada ujian berikutnya.
12.12.3: Bagi soalan objektif,analisis item melalui program SP Chart/ PEDIA mesti disediakan setiap kali
selepas ujian / peperiksaan.
12.12.4: Semua soalan mesti disahkan oleh Ketua Panitia atau Penolong Kanan Pentadbiran sebelum
dicetak.
 12.13 Post- mortem Untuk Peperiksaan
12.13.1: Post Mortem secara bertulis harus disediakan oleh Ketua Panitia bagi mata pelajaran masing-
masing setiap kali peperiksaan dijalankan.
12.13.2: Kekuatan dan kelemahan soalan mahupun masalah murid-murid hendaklah dikenal pasti bagi
tujuan pemulihan dan pengukuhan.
12.13.3 Semua guru diminta mengisi borang NKRS+W seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan
diserahkan kepada PK Pentadbiran.

13.0 PEMANTAUAN
13.1: Pengajaran dan Pembelajaran
13.1.1: Pengajaran dan Pembelajaran Guru / murid di bilik darjah akan dicerap dua kali dalam setahun
secara rasmi.
13.1.2Jawatankuasan Penyeliaan dan Pemantauan dipertanggungjawabkan untuk menyusun jadual
barisan pentadbir dan ketua-ketua panitia untuk menyelia dan memantau bagi memastikan
pelaksanaan dan keberkesanan program-program sekolah yang telah dirancang.
13.1.3: Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah bertujuan untuk meningkatkan kualiti
proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan mencari kesalahan.Oleh itu adalah penting guru tidak membuat
’judgement statement ’ tetapi mestilah membuat ’ statement berdasarkan observation ’ supaya penambaikan boleh
berlaku.
13.1.4: Pengurusan dan program-program panitia juga akan dipantau dan diselia dua kali setahun oleh
guru-guru penolong kanan.
13.1.5: Buku latihan dan penggunaan buku kerja juga dipantau dua kali setahun bagi memastikan Dasar Latihan Minimum
dipatuhi dan penggunaan buku kerja dioptimumkan.
13.1.6: Mekanisma dan proses kerja penyeliaan buku kerja,buku latihan dan hasil kerja pelajar
ditetapkan oleh Jawatankuasa dan satu rekod penyeliaan mestilah diurus dengan baik oleh pihak pentadbiran
sekolah.
13.1.7: Jawatankuasa Penyeliaan dan pemantauan mestilah membuat pelaporan lengkap pertengahan dan akhir tahun
tentang skop kerja yang telah dipertanggungjawabkan oleh
Guru Besar untuk dimaklumkan dalam Mesyuarat Kurikulum Sekolah seterusnya diperbincangkan dalam
mesyuarat panitia bagi tujuan penambahbaikan .
13.1.8: Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar / Penolong-penolong Kanan atau oleh Ketua -ketua
Panitia.Manakala semua Penolong Kanan akan dicerap oleh Guru Besar.
13.1.9: Guru dinasihatkan berbincang dengan pencerapuntuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk dicerap.

13.2: Pengurusan Panitia


13.2.1: Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Guru Kanan Pentadbiran.
13.2.2: Penolong kanan akan menyelia semua perjalanan panitia sepanjang tahun.
13.2.3: Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dan diletakkan di pejabat.
13.2.4: Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal,dan Pelan Operasi.
13.2.5: Semua Panitia mesti menentukan sasaran kelulusan peperiksaan setiap tahun berdasarkan
TOV,ETR dan headcount murid.
13.2.6: Pentadbiran sekolah perlu memastikan panitia membelanjakan peruntukan PCG secara
berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.

 13.3 Peperiksaan dan Penilaian


13.3.1: Penolong Kanan akan bertanggungjawab sepenuhnya membantu Guru Besar dalam pengurusan dan penyeliaan
peperiksaan dan ujian.
13.3.2: Jawatankuasa Unit Penilaian dan Peperiksaan sekolah dibentuk seperti dalam senarai tugas
tahunan.

13.4 Bilik-bilik Khas


13.4.1: Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang bertanggungjawab berdasarkan Buku Panduan
Pengurusan Sekolah.
13.4.2: Penyeliaan adalah untuk bilik-bilik seperti berikut :
Bilik Mesyuarat
Pusat Sumber
Bilik Perkembangan Staf
Stor-stor yang telah dikhaskan
Bilik J-Qaf
Surau
Makmal Komputer
Bilik SPBT
Bilik Rawatan
Bilik Bimbingan dan Kaunseling
Bengkel Kemahiran Hidup.
Makmal Sains
Bilik Pengawas
Bilik Seni
Bilik Operasi PIBG
Bilik Bahan Bantu Mengajar
13.4.3: Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa bilik-bilik khas ini mestilah
diwujudkan.
13.4.4: Keselamatan bahan dan peralatan hendaklah diutamakan pada setiap masa.

 13.5 Jawatankuasa Pemantauan


13.5.1: Guru Besar.
13.5.2: Guru-guru Penolong Kanan.
13.5.3: Ketua Panitia dan Penyelaras yang dilantik

 13.6 Penyediaan Buku Latihan Murid


13.6.1: Tugasan dan buku latihan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali setahun bagi
memastikan penyemakan dilakukan secara konstruktif.
13.6.2: Semua guru akan menyerahkan semua buku murid mengikut jumlah bilangan murid di dalam
setiap kelas yang diajar untuk semakan pihak pentadbiran sekolah.
13.6.3: Semua Penolong Kanan akan menyerahkan buku latihan murid mengikut kelas yang diajar
kepada Guru Besar untuk semakan.

14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA


14.1: Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan Sekolah.
Setiap Panitia boleh mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan bahan bantu
mengajar kepada Penolong Kanan Pentadbiran dengan mengisi borang Nota Minta.
14.2: Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti mengikut
Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.
14.3: 5-10% peruntukan untuk tahun semasa perlu direzab untuk pembelian ABM bagi
kegunaan awal tahun berikutnya.
14.4: Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa yang ada.

15.0 BUKU TEKS,BUKU KERJA,BUKU LATIHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN
15.1: Buku teks yang dibekalkan haruslah dimaksimumkan penggunaannya oleh setiap pelajar dan
guru-guru bagi mendedahkan konsep-konsep dalam mata pelajaran.Maklumat dan pengetahuan asas dalam topik-topik
hendaklah ditegaskan kepada pelajar.
15.2: Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat tidak menggantikan Buku Teks dan
mematuhi SPI Bil 10/1991 bertarikh 2 Oktober 1991.
15.3: Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun oleh guru bertanggungjawab dan dibantu oleh
Pengawas SPBT.
15.4: Buku Rekod Amali mestilah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains selaras dengan SPI Bil 7/1989
bertarikh 31 Mei 1989.Buku Rekod Amali ini mengandungi halaman yang bergaris dan halaman yang kosong yang
digunakan untuk merekod sebarang data, maklumat, pemerhatian, dan kesimpulan apabila pelajar menjalankan kajian atau
eksperimen.Halaman yang kosong boleh
digunakan untuk melukis gambarajah ,graf dan sebagainya.Penggunaan buku ini dapat
memperkembang kemahiran saintifik dan kemahiran komunikasi murid dalam bentuk penulisan .
15.5: Guru mestilah memberikan latihan-latihan bertulis secara topikal di dalam kelas ataupun sebagai
kerja rumah untuk tujuan pengukuhan Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik darjah.Guru
mata pelajaran mestilah memastikan pelajar-pelajar membuat latihan ini dan disemak mengikut
tempoh yang telah ditetapkan .
15.6: Pelajar yang gagal membuat latihan merupakan satu perkara yang serius dan panitia atau guru
terlibat mestilah menangani perkara ini secara berhemah dengan mengenalpasti masalah yang
menyebabkan perkara tersebut berlaku serta mengambil tindakan susulan.Pelajar yang
melaksanakan tugasan dengan cemerlang mestilah dihargai dengan apa juga cara yang telah
dibincangkan dalam mesyuarat panitia .
15.7: Jumlah buku latihan bagi setiap mata pelajaran diputuskan dalam mesyuarat panitia.

16.0 LATIHAN MINIMUM


16.1: Latihan pelajar adalah penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan proses pengkayaan
dalam topik-topik yang diajar.Oleh itu latihan minimum yang disasarkan mestilah dilaksanakan
oleh semua murid dan disemak oleh semua guru matapelajaran.
16.2: Jumlah latihan minimum mata pelajaran telah diputuskan dan diterima di dalam mesyuarat panitia pertama setiap
tahun.
16.3: Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana dan tinggi mengikut
tahap kebolehan murid-murid.

17.0 PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN RUJUKAN


17.1: PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu P & P bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris untuk Program NILAM.
17.2: Guru-guru yang menerima jadual kelas ganti bagi guru yang tidak hadir digalakkan membawa
murid ke Pusat Sumber Sekolah untuk mencari maklumat atau menonton video berkaitan
pelajaran.
17.3: Program NILAM di Pusat Sumber akan dijalankan sepenuhnya oleh guru-guru Bahasa Melayu
untuk tempoh 6 bulan pertama persekolahan dan oleh guru-guru Bahasa Inggeris untuk 6 bulan
berikutnya.
17.4: Penyemakan buku NILAM murid dilakukan juga oleh guru Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
secara bergilir-gilir.
17.5: Buku Rekod Data bagi Program Nilam haruslah dilengkapkan oleh guru terlibat dan diserahkan
kepada Guru Penyelaras Pusat Sumber mengikut tarikh yang ditetapkan .
17.6: Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia.

18.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK


18.1: Semua program utama yang berlangsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran dibuat berdasarkan keperluan
panitia dan oleh itu Dasar Kurikulum Sekolah perlulah menyokong sepenuhnya semua program peningkatan
akademik yang berfokus ke arah kecemerlangan dan ketrampilan diri serta sahsiah murid.
18.2: Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik merupakan nadi yang membantu semua panitia dalam merancang dan
melaksanakan program akademik di peringkat sekolah.
18.3: Skop program kecemerlangan akademik ini mestilah dapat membantu murid mengingat dan menguasai fakta
Dan maklumat asas dalam topik-topik mata pelajaran ,menajamkan kemahiran berfikir pelajar supaya item-item aras
kognitif tinggi boleh dikuasai,dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi murid-murid terutamanya melalui
penulisan,meningkatkan penguasaan dan pemerolehan ilmu pengetahuan,meningkatkan motivasi dan minat murid-
murid untuk terus belajar .
18.4: Program kecemerlangan akademik jangka panjang atau program utama adalah program yang meningkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan pada masa yang sama dapat meningkatkan
ketrampilan diri murid-murid.Dilaksanakan sepanjang tahun dengan bimbingan guru.Manakala program jangka
pendek adalah program-program yang dirancang dalam tempoh masa yang singkat bagi menyediakan murid untuk
peperiksaan awam yang lebih berfokus kepada latihtubi,pendedahan teknik dan ’practice make perfect ’ juga
’practice make permanent ’.
18.5: Penglibatan HEM dan guru kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan keberkesanan dan
kelancaran Program Kecemerlangan Akademik .
18.6: Jawatankuasa atau pengurus program dikehendaki menyediakan kertas cadangan yang relevan dan membuat pelaporan
pelaksanaan dan impak program kepada Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
18.7: Semua program utama yang berlangsung dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan keperluan panitia.
18.8: Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang bertunjang
ke arah kecemerlangan murid.
18.9: Jawatankuasa Kecemerlangan akademik adalah nadi yang akan membantu semua Panitia dalam merancang dan
melaksana program peningkatan akademik.
18.10:Penglibatan HEM dan Unit Bimbingan Kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan dan kelancaran Program
Peningkatan Akademik.

19.0 PERKEMBANGAN STAF


19.1: Kursus Dalaman
19.1.1: Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas kepada Guru Besar /
Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus dengan menggunakan format minit curai.
19.1.2: Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan budi bicara
Pengetua / Penolong Kanan apabila dirasakan perlu atau atas arahan penganjur kursus.
19.1.3: Bahan kursus boleh diperbanyak untuk keperluan guru lain sekiranya perlu.

19.2 Kursus Perkembangan Staf / Konsultasi


19.2.1: Dilaksanakan bagi mematuhi pekeliling perkhidmatan bil. 7 2003. Setiap kakitangan awam wajib
menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari / 42 jam setahun.Dirancang mengikut permintaan
guru berdasarkan keperluan.
19.2.2: Lawatan ke sekolah cemerlang boleh diadakan dalam kumpulan yang kecil untuk mendapatkan
maklumat dan perkongsian pintar.
19.2.3: Lawatan boleh dirancang oleh panitia dan kelab guru.

19.3 Bahan-bahan Ilmiah Kursus


19.3.1: Diperbanyak untuk keperluan guru lain berdasarkan keperluan.
19.3.2: Disimpan untuk rujukan panitia.

20.0 KAJIAN TINDAKAN


20.1: Semua Panitia mata pelajaran diwajib membuat satu kajian tindakan setiap tahun.
20.2: Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk penyertaan sekolah.

21.0 DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PEPERIKSAAN
21.1: Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan.
21.2: Percetakan 100 helai ke bawah hendaklah menggunakan mesin fotostat.
21.3: Bahan untuk cetakan 100 helai ke atas hendaklah direzo -Tempoh serahan mestilah 3 hari
sebelum penggunaannya.
21.4: Guru dilarang mencetak atau fotostat sendiri di bilik cetak.
21.5 Guru diminta mencatat bahan yang perlu dicetak dalam buku mengikut format yang disediakan
bagi tujuan kawalan.
22.0 TARGET PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN
22.1: UPSR - Semua murid lulus setiap mata pelajaran ( Sekurang-kurangnya dengan pangkat D )
22.2: Sasaran 10% orang murid untuk pencapaian 6A dalam UPSR.
22.3: Peperiksaan Dalaman – semua murid lulus setiap mata pelajaran.

23.0 PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK


23.1: Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan berbentuk akademik di peringkat Daerah, Negeri
dan Kebangsaan.
23.2: Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan yang
dianjurkan oleh agensi-agensi luar ke arah memartabatkan nama sekolah.

24.0 PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM


24.1: Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga berlaku keperluan pendidikan
negara .
24.2: Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan pentadbir melalui
mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum.

             

DASAR AM PENGURUSAN HAL EHWAL MURID


SK TANAH MERAH
DASAR 1 :  TENAGA PENGAJAR
1.1   Semua guru di sekolah ini adalah merupakan ibubapa kedua kepada semua pelajar.
1.2   Sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan pelajar dalam semua bentuk   
tindakan dan keputusan yang dibuat.
1.3   Semua guru perlu melayan semua pelajar dengan adil, saksama, bertimbang rasa,
dan kasih  sayang

DASAR 2  : PENDAFTARAN MURID


2.1 Sekolah ini menerima kemasukan pelajar dari pelbagai kaum tanpa sekatan.2.2 Setiap maklumat pelajar akan
didaftarkan ke dalam buku rekod pendaftaran dan ke   dalam Sistem Maklumat Murid (SMM).
2.3 Setiap pelajar akan di tempatkan di kelas-kelas berdasarkan prestasi akademik.
2.4    Takwim pendaftaran murid;
2.4.1 Pendaftaran sepanjang bulan  Mac           - 1 hingga 31 Mac
2.4.2 Pemberitahuan kelulusan permohonan      - hujung bulan Julai
2.4.3 Pengesahan pendaftaran Ibu bapa              - sepanjang bulan Ogos
2.4.4        Pendaftaran murid dan taklimat ibu bapa- akhir Disember/awal Januari

DASAR 3 :  PELANTIKAN PENGAWAS


3.1   Diadakan pada penghujung  tahun untuk tahun berikutnya.
3.2   Pemilihan oleh guru berdasarkan pemilihan oleh semua guru.
3.3   Penentuan pengawas, Ketua dan Penolong Pengawas dibuat oleh Guru-guru Lembaga Disiplin Sekolah.
3.4  Ibu bapa diberitahu tentang pemilihan pada hujung untuk persediaan pakaian murid.
3.5   Pengawas yang baru dilantik akan diberi tempoh perubaan selama sebulan.

DASAR  4 : PENGURUSAN DISIPLIN


4.1   Setiap murid mesti mempunyai Buku Peraturan Sekolah dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
4.2   Mempunyai Lembaga disiplin yang terdiri daripada Guru Besar dan Semua Penolong Kanan serta guru-guru yang
menjadi AJK Disiplin.
4.3   Semua masalah disiplin direkod dan dilaporkan ke PPD.
4.4   Pelajar yang sering melanggar peraturan sekolah, akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin.
4.5   Ibu bapa dipanggil hadir bagi membincangkan masalah disiplin anak untuk yang serius  atau berulang melebihi 4
kali
4.6   Sekolah akan mengamalkan pendekatan “Nasihat Dan Bimbingan” dalam menangani permasalahan disiplin pelajar.
4.7   Ibubapa atau penjaga kepada pelajar yang tidak hadir ke sekolah, perlu memaklumkan atau menulis surat kepada
pihak sekolah.
4.8   Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama tiga hari berturut-turut dikira ponteng sekolah.

DASAR 5 :  KEBAJIKAN
5.1 Pelajar-pelajar yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu  
             melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk di peringkat sekolah.
5.2   Pihak sekolah akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin memberikan
apa jua bentuk bantuan kepada pelajar disekolah ini. 5.3  Pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi pelajar
yang bermasalah demi   menjaga maruah pelajar tersebut.
5.4  Memastikan murid yang layak mendapat bantuan diberikan bantuan berikut;
RMT dan SUSU      - pendapatan kurang daripada RM450.00 atau purata RM110.00
KWAPM    - murid yang tercicir dari persekolahan (pendapatan kurang daripada RM750 atau perkapita RM170)
SPBT                      - semua murid layak menerima mulai tahun 2008
Bantuan Khas OKU- bagi murid kurang upaya.
5.5   Pemilihan berdasarkan maklumat SMM dan diputuskan oleh AJK Kebajikan.
5.6   RMT dijalankan waktu rehat dan susu 1M diberi sebelum waktu balik.
5.7   Bekalan makanan RMT disediakan oleh Pengusaha Kantin bagi memastikan tahap kebersihan dan mutu makanan
mudah dipantau.
5.8   AJK memantau penyediaan makanan dan menyelia murid makan semasa waktu rehat.

DASAR 6 :  KAUNSELING
6.1   Mendapat khidmat guru bimbingan yang dilantik.
6.2   Guru bimbingan bekerjasama dengan pihak pentadbir dan AJK Disiplin bagi menjayakan kursus, bengkel,  ceramah
dan mewujudkan perhubungan erat dengan Badan-badan luar yang berkaitan.

DASAR 7 : KESELAMATAN
7.1   Keselamatan pelajar akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah pada waktu
persekolahan.
7.2   Ibubapa atau penjaga, yang ingin membawa pelajar keluar perlu menulis nama di dalam  Buku Kebenaran Keluar
yang terletak pejabat.
7.3   Semua pelajar dilindungi dengan Skim Insurans Takaful Malaysia.
7.4   Alat pemadam api disediakan di tempat-tempat strategik.
7.5   Alat pemdam api diselia dan diganti 2 kali setahun.
7.6   Latihan kebakaran dijalankan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
7.8   Kawalan keselamatan oleh pengawal Keselamatan 24 jam sehari. Seorang pengawal pada waktu siang dan 2 orang
pada waktu malam.

DASAR  8:  KESIHATAN


8.1   Sekolah akan memastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa baik melalui program-
program yang dirancang  seperti :
         •  Pemeriksaan Gigi dan Mata sekali setahun
         •  Pemeriksaan Kesihatan bagi Tahun 1 dan Tahun 6
         •  Program RMT
         •  Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan
         •  Ceramah dan Kempen
8.2   Mendapatkan maklumat tahap kesihatan pelajar daripada ibu bapa / penjaga.
8.3 Penjaga akan dihubungi sekiranya pelajar didapati tidak sihat semasa berada di sekolah.
8.4 Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital, tanpa menghubungi penjaga terlebih ddahulu terhadap
kes-kes yang kronik.
8.5 Pihak sekolah akan berusaha membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah Kesihatan.
8.6 Mendapatkan khidmat bantuan semburan nyamuk dari agensi yang bertanggungjawab sekurang-kurangnya sekali
setahun.

DASAR 9 :  KECERIAAN & KEBERSIHAN


9.1   Diwujudkan jadual tugas bagi setiap murid  bagi mematikan kelas berada dalam keadaan bersih dan sesuai  untuk
proses pembelajaran berlaku.
9.2   Terdapat pekerja membersihkan kawasan sekolah.
9.3   Mengadakan program keceriaan dan gotong royong sekurang-kurangnya sekali setahun.
9.4   Bilik tandas dikhaskan satu kelas satu tandas.

DASAR 10: DATA  & REKOD


10.1 Semua kemasukan murid direkod dalam Buku Pendaftaran Murid.
10.2 Maklumat peribadi murid yang disediakan oleh ibu bapa disimpan dalam Sistem  Maklumat Murid (SSM)
10.3 Buku Jadual Kedatangan Murid sentiasa  disimpan di pejabat setelah dicatat  
     kehadiran oleh guru kelas selewat-lewatnya satu jam selepas loceng pertama.
10.4 Semakan Buku Kedatangan dibuat akhir bulan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal  Murid.
10.5 Semua data berkaitan disimpan dalam fail sebagai rujukan.

DASAR KO KURIKULUM
SK TANAH MERAH

DASAR   1   :    DASAR-DASAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.1               Pipak sekolah akan mematuhi segala dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia bagi menjalankan kegiatan kokurikulum di sekolah.

DASAR   2   :    TENAGA PENGAJAR

2.1            Guru-guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti kokurikulum


2.2            Semua guru akan melibatkan diri dalam satu jenis kegiatan bagi setiap bidangerikut :
2.2.1         Unit Beruniform
2.2.1.1       Pengakap
2.2.1.2       Bulan Sabit Merah
2.2.1.3       Tunas Kadet Remaja Sekolah
2.2.2         Kelab dan Persatuan
2.2.2.1       Persatuan Bahasa
2.2.2.2       Persatuan Sains Dan Matematik
2.2.2.3       Persatuan Agama Islam
2.2.3         Sukan dan Permainan
2.2.3.1       Kelab Bola Tampar
2.2.3.2       Kelab Ragbi
2.2.3.3       Kelab Sofbol
2.2.4         Rumah Sukan
2.2.4.1       Rumah Biru
2.2.4.2       Rumah Kuning
2.2.4.3       Rumah Merah

2.3             Semua guru yang terlibat dengan setiap kegiatan perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut:
2.3.1         Menggubal perlembagaan
2.3.2         Melantik jawatankuasa
2.3.3         Merancang aktiviti tahunan
2.3.4         Merekod kehadiran pelajar
2.3.5         Melaksanakan aktiviti harian
2.3.6         Membuat penilaian
2.3.7         Menyediakan laporan

DASAR   3   :    PENYERTAAN PELAJAR

3.1             Semua pelajar Tahun 4, 5, dan 6 diwajibkan menyertai setiap satu kegiatan bagi ketiga-tiga bidang berikut
:
3.1.1         Unit Beruniform
3.1.2         Kelab dan Persatuan
3.1.3         Sukan dan Permainan
3.2            Semua pelajar tahun 3 diwajibkan menyertai satu kegiatan unit beruniform.
3.3            Semua pelajar diwajibkan menyertai satu rumah sukan yang berikut :
3.3.1         Rumah Biru
3.3.2         Rumah Kuning
3.3.3         Rumah Merah
3.4            Semua pelajar diberikan kebebasan untuk memilih kegiatan yang ingin disertai berdasarkan pilihan-pilihan
yang ditawarkan oleh sekolah.
3.5            Penentuan pemilihan pelajar akan diputuskan oleh GPK Kokurikulum.
3.6            Semua pelajar diwajibkan hadir pada hari-hari kegiatan dijalankan.

DASAR   4   :    PENJADUALAN KEGIATAN

4.1          Takwim kegiatan kokurikulum sepanjang tahun persekolahan disediakan.


4.2            Kegiatan Unit beruniform dan Kelab dan Persatuan, Sukan dan Permainan serta latihan rumah sukan
dijalankan pada ketetapan berikut :
4.2.1         Unit beruniform dan Latihan Rumah Sukan
4.2.2         Kelab dan Persatuan serta Kelab Sukan dan Permainan
4.2.3         Kegiatan tersebut dijalankan pada setiap hari Selasa (dua minggu sekali).
4.2.4         Unit beruniform bagi tahun 3 akan dijalankan pada hari Khamis ( dua minggu sekali ).
4.3             Waktu kegiatan adalah seperti berikut :
4.3.1         Unit beruniform / Kelab dan persatuan bermula pada jam 04.00 petang hingga 05.00 petang.
4.3.2         Latihan Rumah Sukan dan Kelab Sukan dan Permainan bermula pada jam 05.00 petang hingga 06.00
petang.
4.3.3         Unit beruniform tahun 3 akan bermula pada jam 12.35 tengah hari hingga 01.35 tengah hari.
4.4             Kegiatan atau aktiviti kokurikulum boleh juga dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad, seperti Pertandingan
Larian Merentas Desa pada hari Sabtu dan Perkhemahan Unit Beruniform pada hari Sabtu dan Ahad.
4.5                          Kegiatan akan ditangguhkan atas sebab-sebab berikut :
4.5.1         Cuaca buruk (hujan lebat atau ribut petir)
4.5.2         Ada aktiviti besar yang berlangsung di sekolah
4.5.3         Ujian Bulanan dan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun.
4.5.4         Atas arahan Guru Besar atau Guru Penolong Kanan Kokurikulum

DASAR   5   :    PENYERTAAN KEGIATAN LUAR SEKOLAH

5.1              Penyertaan pasukan sekolah dalam mana-mana kegiatan peringkat Kawasan , Daerah, atau Negeri
tertakluk kepada persiapan dan kesediaan sesebuah pasukan.
5.2           Sekolah tidak memfokuskan kepada kegiatan tertentu untuk dijadikan Program Sasaran.
5.3            Sekolah sentiasa berusaha mencungkil dan memperkembangkan bakat pelajar ke tahap tertinggi melalui :
5.3.1         Latihan yang bersistematik
5.3.2         Kelengkapan yang sempurna
5.3.3         Pertandingan dalaman
5.3.4         Penyertaan yang aktif

DASAR   6   :    PENILAIAN

6.1            Setiap penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum akan dinilai dengan menggunakan kaedah dalam
buku ‘Panduan Penilaian Aktiviti Kokurikulum Sekolah Menengah’. terbitan Bahagian Sekolah, Kementerian
Pelajaran.
6.2             Pihak sekolah juga akan menggunakan kaedah ‘Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum’ (PAJSK) yang diterbitkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia.

DASAR   7   :    PENGHARGAAN

7.1                          Memberikan pelbagai bentuk penghargaan kepada pelajar yang mengharumkan nama sekolah
melalui pelbagai kegiatan kokurikulum berbentuk :
7.1.1         Barangan atau wang tunai
7.1.2         Sijil Penghargaan
7.2                          Mewujudkan Anugerah Tokoh Kokurikulum kepada pelajar yang cemerlang pencapaian dalam
bidang kokurikulum.
 

You might also like