You are on page 1of 3

MESYUARAT UNIT 3K KALI KETIGA 2017

SEK. MEN. KEB PADANG PAK AMAT


16800 PASIR PUTEH
KELANTAN
BIL 3 TAHUN 2017

Mesyuarat : Mesyuarat Jawatankuasa 3K kali 3 /2017


Tarikh : 8 Ogos 2017
Masa : 2.00 petang-3.30 petang
Tempat : Kantin SMKPPA
Pengerusi : En. Abdul Rahim b. Husin
Kehadiran : 5 orang
Nama yang hadir :
1 En. Abdul Rahim b. Husin
2 Pn Nurul Shariza Bt Mohd Nasir
3 En. Wan Mohd Suhaimi B. Wan Mohamad
4 Pn. Fauziyah Bt Mat Zain
5. En. Azami B. Nor

1. UCAPAN PENGERUSI (PK HEM)

1.1 Ucapan alu-aluan dari pengerusi majlis dan seterusnya memulakan majlis dengan
bacaan Ummulkitab Al Fatihah.

1.2 Beliau mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kehadiran semua jawatankuasa 3K.
Beliau menyatakan jawatankuasa 3K dibina untuk membentuk keperibadian dan sahsiah
dalam kalangan pelajar.

1.3 Berharap piawaian 3K yang dibuat mengikut standard yang telah ditetapkan mencakupi
aspek kebersihan, sistem keselamatan berfungsi dan persekitaran yang selamat (Contoh :
Tempat pembiakan nyamuk aedes)

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 En. Wan Mohd Suhaimi B. Wan Mohamad mengesahkan minit mesyuarat dan disokong
oleh Pn. Fauziyah Bt Mat Zain

3. LAPORAN UNIT KEBERSIHAN /TANDAS

3.1 SU kebersihan memaklumkan pertandingan keceriaan kelas sudah berakhir dan


pemenang sudah diumumkan minggu lepas

3.2 SU tandas memaklumkan tandas lelaki tersumbat dimana hanya boleh guna 3 urinet
berbanding 6 urinet
Tindakan : SU kebersihan

4. LAPORAN UNIT KESIHATAN

4.1 SU Kesihatan memaklumkan ceramah kesihatan akan diadakan 2 minggu dari sekarang
daripada pejabat kesihatan Pair Puteh
4.2 SU Kesihatan juga memaklumkan Suntikan HPV bagi Ting 1 akan diadakan bulan ni
bagi dos ke dua
4.3 Pemeriksaan denggi kali kedua sudah dijalan kan pada Bulan Julai yang lalu dan terdapat
beberapa kawasan yang potensi kehadiran nyamuk sudah diselesaikan dengan
meletakkan ubat jentik-jentik

Tindakan : SU Kesihatan

5. LAPORAN UNIT KESELAMATAN

5.1 SU Keselamatan memaklumakan latihan kawad kebakaran atau “fire drill” telah
diadakan pada bulan Jun baru-baru ini
5.2 Pemeriksaan kabel-kabel elektrik di seluruh bangunan telah dijalankan bersama pekerja
sekolah dan kabel-kabel yang terjuntai sudah diikat bagi mengelakkan bencana kepada
pelajar
.5.3 Semua guru juga diminta melaporkan tentang kerosakan suis di bilik-bilik darjah dan
makmal-makmal atau bengkel.

Tindakan : SU Keselamatan

6 . HAL-HAL LAIN

6.1 PK HEM berharap semua unit mengemaskinikan sistem fail masing-masing.

6.2 PK HEM menyatakan semua program yang dijalankan harus didokumentasikan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang dengan surah al-Asr.

Disediakan oleh Disemak oleh

…………………………………… ....................................................
(Pn. Nurul Shariza Bt Mohd Nasir ) (EN. ABDUL RAHIM B. HUSIN)
Setiausaha 3K PKHEM,
SMK Padang Pak Amat SMK Padang Pak Amat,
16800 Pasir Puteh 16800 Pasir Puteh
Kelantan Kelantan

You might also like