You are on page 1of 19

MODUL G-CAKNA KIMIA 2014

1. Aktiviti yang manakah berikut mempunyai kadar tindak balas yang paling tinggi?
A Penyesaran logam daripada larutan garamnya
B Tindak balas logam dengan asid lemah
C Tindak balas logam alkali dengan air sejuk
D Melebur serbuk asetamida dengan menggunakan kukus minyak

2. Persamaan kimia manakah diseimbangkan dengan betul?

A 2Na + O → Na2O

B Na + Cl2 → NaCl

C Mg + HCl2 → MgCl2 + H2

D Mg + H2SO4 → MgSO4 + H2

3. Antara berikut, yang manakah mempunyai formula empirik yang sama dengan propena,
C3H6?
A C3H8
B C4H12
C C5H10
D C6H10

4. Antara berikut , yang manakah berlaku semasa proses penurunan?


A Menerima oksigen
B Menerima elektron
C Menderma hidrogen
D Penambahan nombor pengoksidaan

5. Antara isotop berikut, yang manakah digunakan dalam rawatan kanser?


A Karbon-14
B Iodin-131
C Natrium-24
KERTAS 1 SET 3 Page 1
MODUL G-CAKNA KIMIA 2014

D Kobalt-60

6. Apabila pepejal iodin dipanaskan, gas berwarna perang akan terhasil.

Berdasarkan kepada kenyataan di atas, padanan manakah yang tepat untuk menjelaskan
tindak balas yang berlaku.

Perubahan tenaga haba Proses


Haba diserap Pemejalwapan
A
Haba diserap Peleburan
B Haba dibebaskan Pemejalwapan
C Haba dibebaskan Peleburan

7. Terdapat piala yang dibuat daripada piuter. Apakah logam utama dalam piuter?
A Ferum
B Kuprum
C Stanum
D Magnesium

8. Antara ubat analgesik berikut yang manakah tidak sesuai digunakan oleh pesakit
Gastrik.
A Parasetamol
B Aspirin
C Kodeina
D Streptomisin

9. Jadual 1 menunjukkan susunan elektron atom-atom unsur W, X, Y dan Z.

Atom W X Y Z
Susunan elektron 1 2 2.6 2.7
Jadual 1
Antara unsur-unsur berikut, yang manakah zarahnya molekul pada suhu bilik?
A W, Y dan Z sahaja

KERTAS 1 SET 3 Page 2


MODUL G-CAKNA KIMIA 2014

B Y dan Z sahaja
C X, Y dan Z sahaja
D W, X, Y dan Z

10. Antara bahan yang berikut, yang manakah ialah hidrokarbon?


A Etanol
B Etil etanoat
C Asid etanoik
D Pentena

11. Antara yang berikut, yang manakah agen penurunan.


A Larutan kalium iodida
B Air klorin
C Kalium manganat (VII) berasid
D Larutan ferum (III) sulfat

12. Persamaan ion berikut menunjukkan tindak balas antara ferum dengan kuprum (II)
sulfat.
Fe(p) + Cu2+(ak) → Fe2+(ak) + Cu(p)
Apakah perubahan nombor pengoksidaan bagi ferum?
A +3 kepada +2
B +1 kepada +2
C 0 kepada +2
D +2 kepada 0

13. Unsur Y mempunyai dua isotop yang diwakili oleh dan . Bagaimanakah

berbeza daripada .

A mempunyai lebih 2 proton, tetapi bilangan elektron yang sama dengan

KERTAS 1 SET 3 Page 3


MODUL G-CAKNA KIMIA 2014

B mempunyai lebih 2 neutron dan lebih 2 elektron daripada

C mempunyai lebih 2 proton dan lebih 2 elektron daripada

D mempunyai lebih 2 neutron, tetapi bilangan elektron yang sama dengan

14. Mengapakah asid sulfurik dikenali sebagai asid diprotik.


A Asid sulfurik boleh dineutralkan oleh dua jenis bes
B Satu mol asid sulfurik mengion dalam air menghasilkan dua mola ion hidrogen
C Satu mol asid sulfurik mengandungi dua mol atom hidrogen
D Terdapat dua atom hidrogen dalam satu molekul asid sulfurik

15. Berikut menunjukkan satu persamaan kimia bagi tindak balas antara suatu asid
dan alkali.

HCl + NaOH → NaCl + H2O


Mengapakah tindak balas di atas adalah tindak balas eksotermik?
A Lebih banyak ikatan yang terurai daripada yang terbentuk
B Lebih banyak ikatan yang terbentuk daripada yang terurai
C Tenaga yang terlibat dalam penguraian ikatan adalah lebih banyak daripada tenaga
yang terlibat dalam pembentukan ikatan
D Tenaga yang terlibat dalam pembentukan ikatan adalah lebih banyak daripada tenaga
yang terlibat dalam penguraian ikatan

16. Unsur X dan Y membentuk sebatian dengan formula XY 3. Sebatian ini wujud sebagai
cecair pada suhu bilik. Apakah susunan elektron yang betul untuk atom X dan Y?

X Y
2.8.5 2.8.7
A
2.8.3 2.7
B 2.1 2.8.3
C 1 2.3

KERTAS 1 SET 3 Page 4


MODUL G-CAKNA KIMIA 2014

17. Ammonium klorida mempunyai struktur seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.

+ -
Cl
Rajah 1
Apakah jenis ikatan yang wujud dalam sebatian ini.
A Ikatan ion sahaja
B Ikatan kovalen sahaja
C Ikatan logam sahaja
D Ikatan ion dan logam

18. Pada tahun1828 Johahn Wolfgang Dӧbereiner telah menyusun unsur dalam kumpulan
yang dikenali sebagai ‘Triad’. 3 unsur yang mempunyai sifat yang serupa akan
diletakkan dalam kumpulan yang sama. Contoh susunan yang telah dihasilkan oleh
beliau ialah
Kalsium, Strontium, Berilium
Klorin, Bromin, Iodin

Berdasarkan kepada contoh di atas, tentukan unsur X di dalam senarai di bawah.


Litium, X, Kalium
A Hidrogen
B Magnesium
C Natrium
D Aluminium

19. Rajah 2 menunjukkan susunan radas bagi tundak balas antara larutan P dan pita
magnesium.

KERTAS 1 SET 3 Page 5


MODUL G-CAKNA KIMIA 2014

Rajah 2
Antara berikut, yang manakah larutan P?
A Asid etanoik pekat
B Asid etanoik glasial
C Asid etanoik dalam metilbenzena
D Hidrogen klorida yang dilarutkan dalam propana

20. Rajah 3 menunjukkan susunan elektron bagi atom Y. Y bukan simbol sebenar unsur itu.

Rajah 3
Antara berikut yang manakah menerangkan ciri-ciri unsur Y dengan tepat.
I Y adalah unsur bukan logam
II Y berada dalam Kumpulan 2 dan Kala 3
III Y adalah gas dwiatom
IV Y terbakar dalam gas oksigen membentuk sebatian dengan formula YO

A I dan II sahaja
B I dan III sahaja

KERTAS 1 SET 3 Page 6


MODUL G-CAKNA KIMIA 2014

C II dan III sahaja


D II dan IV sahaja

21. Rajah 4 menunjukkan formula struktur suatu sebatian karbon

Rajah 4
Antara tindak balas berikut, yang manakah menghasilkan sebatian karbon ini?
A Asid propanoik dan propanol
B Asid propanoik dan etanol
C Asid etanoik dan etanol
D Asid etanoik dan propanol

22 Perubahan warna air daripada tidak berwarna kepada warna biru apabila hablur kuprum
(II) sulfat diletakkan ke dalam air. Ini disebabkan kerana
I Terdapat ruang kosong antara zarah-zarah
II Zarah-zarah yang halus dan diskret
III Zarah-zarah halus bergerak secara rawak dengan sendiri
IV Zarah-zarah mempunyai kandungan tenaga yang berbaza

A I, II dan III sahaja


B II, III dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV

23. Rajah 5 menunjukkan gambar rajah profil tenaga bagi suatu tindak balas.

KERTAS 1 SET 3 Page 7


MODUL G-CAKNA KIMIA 2014

Rajah 5
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang gambar rajah tersebut?
A Tindak balas tersebut ialah tindak balas eksotermik
B Haba tindak balas ialah +y kJ
C Kehadiran mangkin meningkatkan nilai x
D Tenaga pengaktifan ialah x kJ

24. Antara faktor berikut, yang manakah boleh mengurangkan bilangan zarah bahan tindak
balas per unit isi padu?
A Pengurangan dalam jumlah luas permukaan bahan tindak balas
B Pengurangan suhu bahan tindak balas
C Pengurangan dalam kepekatan bahan tindak balas
D Penambahan mangkin yang sesuai

25. Kenyataan manakah berikut paling tepat menerangkan bahawa detergen lebih baik
daripada sabun sebagai bahan pencuci dalam air laut.
A Detergen mengandungi banyak bahan tambah seperti enzim biologi dan bahan
pemutih
B Detergen tidak membentuk kekat apabila bertindak balas dengan air laut
C Anion detergen tidak bertindak balas dengan ion Ca2+ dan ion Mg2+
D Detergen mengurangkan ketegangan permukaan air laut

26. Mendakan perang terbentuk apabila logam W dicelup dalam larutan kuprum (II) sulfat.
Apakah logam W?
A Magnesium
KERTAS 1 SET 3 Page 8
MODUL G-CAKNA KIMIA 2014

B Kuprum
C Argentum
D Merkuri

27. Jadual 2 menunjukkan takat lebur dan takat didih bahan W, X, Y dan Z.

Bahan Takat lebur/ °C Takat didih/ °C


W -187 -126
X 75 130
Y 114 444
Z -79 68
Jadual 2
Bahan yang manakah cecair pada suhu 60°C?
A W
B Z
C X
D Y

28. Andaikan satu unsur baru yang dinamakan ‘Plarin’ (simbol Pn) ditemukan dan terletak
di atas florin dalam Kumpulan 17dalam jadual Berkala Unsur. Antara penyataan
berikut, yang manakah menerangkan sifat ‘Plarin’.
I Merupakan suatu logam
II Merupakan unsur paling reaktif dalam Kumpulan 17
III Merupakan unsur yang paling elektronegatif dalam Kumpulan 17
IV Berkemungkinan besar adalah dalam keadaan cecair pada keadaan bilik

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV

KERTAS 1 SET 3 Page 9


MODUL G-CAKNA KIMIA 2014

29. Antara berikut, yang manakah paling tepat dan sesuai menerangkan Proses Haber?
A Mangkin yang digunakan ialah ferum
B 1 mol gas nitrogen bertindak balas dengan 3 mol gas hidrogen
C Penggunaan mangkin meningkatkan isi padu ammonia yang terhasil
D Hanya 98 peratus hidrogen dan nitogen dari udara bertindak balas untuk
menghasilkan ammonia

30. Rajah 6 menunjukkan pengekstrakan aluminium daripada leburan bijihnya.

Rajah 6
Antara setengah persamaan berikut, yang manakah mewakili tindak balas di anod dan katod?

Katod Anod
2H+ + 2e → H2 Al → Al3+ + 3e
A
2H+ + 2e → H2 2O2- → O2 + 4e
B Al3+ + 3e → Al 4OH- → O2 + 2H2O + 4e
C Al3+ + 3e → Al 2O2- → O2 + 4e

31. Suatu eksperimen dijalankan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7

KERTAS 1 SET 3 Page 10


MODUL G-CAKNA KIMIA 2014

Rajah 7
Tindak balas redoks berlaku selepas seketika. Antara yang berikut, yang manakah
kemungkinan besar larutan Q.
A Larutan kalium manganat (VII) berasid
B Air bromin
C Air iodin
D Larutan kalium bromida

32. Rajah 8 menunjukkan graf suhu melawan masa untuk pemanasan bahan X.

Suhu/°C

Rajah 7
Antara yang berikut, yang manakah tepat untuk menerangkan bahan X pada minit ke-6?
A Molekul dan atom bergerak bebas
B Molekul adalah tersusun rapat dan atom bergerak bebas
C Sebilangan molekul tersusun rapat manakala sebilangan molekul bergerak
bebas
D Semua molekul bergerak bebas

33. Persamaan yang berikut menunjukkan tindak balas pembakaran propanol.

wC3H7OH + xO2 → yCO2 + zH2O


Berapakah nilai w, x, y dan z?

w x y z
A 1 9 3 4

KERTAS 1 SET 3 Page 11


MODUL G-CAKNA KIMIA 2014

B 1 5 3 4
C 2 9 6 8
D 2 5 6 8

34. Hitung jisim kalium klorida yang diperlukan unutk menyediakan larutan dengan 250 cm 3
2.0 mol dm-3.
[JAR : K, 39; Cl, 35.5]
A 22.4 g
B 28 g
C 56 g
D 112 g

35. Antara berikut, yang manakah nombor pengoksidaan kromium, Cr yang sepadan dengan sebatiannya?

K2Cr2O7 Cr2O72- CrO42-


+6 +3 +5
A
+4 +2 +6
B +6 +5 +3
C +6 +6 +6

36. Unsur G bertindak balas dengan unsur L untuk membentuk suatu sebatian kovalen yang
mempunyai formula GL2. Susunan elektron bagi atom G ialah 2.4. Antara yang berikut,
yang manakah susunan elektron yang mungkin bagi atom L?
A 2.1
B 2.6
C 2.2
D 2.7

37. 5.4 g logam M bertindak balas dengan gas oksigen untuk menghasilkan 10.2 g oksida M
dengan formula M2O3. Apakah Jisim Atom Relatif M.
[JAR : O, 16]
A 51

KERTAS 1 SET 3 Page 12


MODUL G-CAKNA KIMIA 2014

B 34
C 27
D 54

38. Rajah 9 menunjukkan eksperimen untuk menentukan formula empirik ferum oksida.

Rajah 9
Keputusan eksperimen adalah seperti berikut :
Jisim tabung pembakaran : 262.20 g
Jisim tabung pembakaran + ferum oksida : 264.92 g
Jisim tabung pembakaran + ferum : 263.32 g

Apakah formula empirik ferum oksida.


[JAR : Fe, 56; O, 16]
A Fe2O3
B Fe3O4
C Fe2O5
D FeO

39. Rajah 10 menunjukkan label pada sebotol jus oren.

KERTAS 1 SET 3 Page 13


MODUL G-CAKNA KIMIA 2014

Rajah 10
Bahan yang manakah akan menambah rasa dan bau jus oren tersebut?
A Sulfur dioksida
B Asid askorbik
C Oktil etanoat
D Tatrazina

40. 1.3 g serbuk zink bertindak balas dengan asid hidroklorik berlebihan . Hitung isi padu
gas yang terbebas pada suhu bilik.
[JAR : H, 1; C, 12; O, 16; Cl, 35.5; Zn, 65; 1 mol gas menempati 24 dm 3 pada suhu
bilik]
A 0.02 dm3
B 0.48 dm3
C 22.5 dm3
D 31.2 dm3

41. Konsep peneutralan banyak digunakan dalam pelbagai bidang. Berikut adalah
merupakan proses yang melibatkan konsep peneutralan kecuali
A petani yang menabur kapur tohor (kalsium oksida) pada tanah berasid
B pesakit gastrik yang mengambil ubat anti-asid yang mengandungi aluminium
hidroksida
C Larutan ammonia yang dicampur kepada lateks untuk mengelakkan penggumpalan
lateks
D pengambilan larutan magnesium sulfat bagi pesakit yang memerlukan X-ray pada
bahagian usus.

42. Gas klorin bertindak balas dengan gas hidrogen apabila campuran tersebut terdedah
kepada cahaya matahari. Persamaan tindak balas diberi seperti di bawah.

H2(g) + Cl2(g) → 2HCl(g) ∆H = -72 kj mol-1


Antara pernyataan yangberikut, yang manakah betul tentang tindak balas ini?
A Tenaga yang terbebas semasa pembentukan ikatan melebihi tenaga yang diserap
semasa penguraian ikatan
KERTAS 1 SET 3 Page 14
MODUL G-CAKNA KIMIA 2014

B Penguraian 1 mol ikatan H-H memerlukan 72 kJ tenaga haba


C Penguraian 1 mol ikatan Cl-Cl memerlukan 72 kJ tenaga haba
D Pembentukan 1 mol ikatan H-Cl membebaskan 72 kJ tenaga haba

43. Persamaan kimia yang berikut menunjukkan tindak balas antara zink dengan asid
hidroklorik.

Zn(p) + 2HCl(ak) → ZnCl2(ak) + H2(g)


Apakah jisim garam yang terbentuk apabila zink berlebihan ditambah kepada 100 cm3
asid hidroklorik 1.0 mol dm-3?
[JAR : Zn, 65; Cl, 35.5; H, 1]
A 3.25 g
B 3.40 g
C 6.80 g
D 13.60 g

44. Bahan manakah yang mengandungi bilangan atom yang sama dengan 0.32 g oksigen?
[JAR : He, 4; C, 12; N, 14; O, 16; Cl, 35.5]
A 0.04 g gas helium 0.71 g gas klorin
B 0.44 g gas karbon dioksida
C 0.14 g gas nitrogen
D 0.71 g gas klorin

45. Rajah 11 menunjukkan susunan radas untuk menyadur sebuah sudu besi dengan logam
argentum. Eksperimen itu tidak berjaya.

KERTAS 1 SET 3 Page 15


MODUL G-CAKNA KIMIA 2014

Rajah 11
Antara berikut yang manakah sepatutnya diperbetulkan supaya eksperimen itu berjaya
dijalankan?
I Menterbalikkan terminal bateri
II Menggntikan larutan natrium klorida larutan argentum nitrat
III Menggantikan ammeter dengan voltmeter
IV Membersihkan plat argentum dengan menggunakan kertas pasir

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

46. Suatu eksperimen dijalankan untuk menentukan perubahan haba bagi pembakaran 2.3 g
propanol, C3H7OH. Keputusan eksperimen ditunjukkan di bawah :

Isipadu air = 250 cm 3

Suhu awal air = 29°C

Suhu maksimum air = 59°C


Berapakah haba yang terbebas bagi pembakaran propanol, C3H7OH?
[Muatan haba tentu air = 4.2 Jg-1°C-1 ; Ketumpatan air = 1 g cm-3]
A 0.29 kJ
B 46.20 kJ
C 31.50 kJ
D 289.80 kJ

47. Jadual 3 menunjukkan maklumat tentang tiga sel kimia.

Pasangan logam Voltan/v Terminal negatif


R dan kuprum 0.44 R
S dan kuprum 1.70 S
T dan kuprum 0.53 Cu
Jadual 3
KERTAS 1 SET 3 Page 16
MODUL G-CAKNA KIMIA 2014

Apakah voltan bagi pasangan logam S dan T?


A 0.97 v
B 2.23 v
C 2.14 v
D 2.67 v

48. Antara bahan berikut, yang manakah mengandungi 1.806 x 1024 atom?
A 1 mol gas Oksigen, O2
B 1 mol Argon, Ar
C 1 mol ammonia, NH3
D 1 mol air, H2O

49. Rajah 12 menunjukkan lengkung P yang diperoleh daripada penguraian 50 cm 3 larutan


hidrogen peroksida 1 mol dm-3, dimangkinkan oleh 0.5 g mangan (IV) oksida pada suhu
50°C.

Rajah 12
Antara eksperimen yang berikut, yang manakah akan menghasilkan lengkung Q?

Isipadu H2O2/ cm3 Kepekatan H2O2/ mol dm-3 Suhu / °C


A 150 1.00 30
B 100 0.50 30
C 200 0.50 50
D 50 0.50 60

50. Bahan P mempunyai ciri-ciri yang berikut :


KERTAS 1 SET 3 Page 17
MODUL G-CAKNA KIMIA 2014

 Keras tetapi rapuh


 Lengai secara kimia
 Legap dan berliang
 Tahan terhadap mampatan
 Penebat haba dan elektrik yang baik

Antara yang berikut, yang manakah bahan P?


A Seramik
B Konkrit
C Plastik
D Bahan komposit

KERTAS SOALAN TAMAT

Skema SET 3

KERTAS 1 SET 3 Page 18


MODUL G-CAKNA KIMIA 2014

1. C 11. A 21. B 31. A 41. D

2. D 12. C 22. A 32. C 42. A

3. B 13. D 23. D 33. C 43. C

4. B 14. B 24. C 34. B 44. D

5. D 15. D 25. B 35. D 45. A

6. A 16. A 26. A 36. B 46. C

7.C 17. D 27. B 37. C 47. B

8.B 18. C 28. C 38. A 48. D

9. A 19. A 29. B 39. C 49. B

10. D 20. D 30. D 40. B 50. A

KERTAS 1 SET 3 Page 19

You might also like