You are on page 1of 15

SULIT 4541/1

4541/1

Kimia

Kertas 1
2006
1¼ jam JABATAN PELAJARAN PERAK

LEARNING TO SCORE 2006

KIMIA

Kertas 1 Set 1

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 50 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Rajah tidak dilukis mengikut skala kecuali dinyatakan.

4. Penggunaan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan adalah


dibenarkan.
2

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D.


Pilih satu jawapan yang betul atau terbaik bagi tiap-tiap soalan.

1 Rajah menunjukkan simbol atom fosforus

31
P
15

Antara berikut yang manakah benar berdasarkan simbol di atas.

Nombor proton Nombor nukleon Bilangan elektron


A 15 16 15
B 15 31 15
C 16 31 16
D 31 15 31

2 Sebuah balang gas diisi dengan campuran gas hidrogen dan gas argon.
Yang manakah antara rajah berikut mewakili susunan zarah-zarah dalam balang
gas tersebut.
Petunjuk:

atom argon

atom hidrogen

A C

B D

2
3

3 Berikut adalah jisim atom relatif bagi unsur karbon dan magnesium

Jisim atom relatif unsur karbon : 12


Jisim atom relatif unsur magnesium : 24

Berdasarkan kepada maklumat di atas, yang manakah antara berikut benar tentang
atom unsur karbon dan unsur magnesium?

A Jumlah bilangan elektron dan proton dalam atom magnesium ialah 24


B Jisim satu atom karbon ialah 12g manakala jisim satu atom magnesium ialah
24g
C Jisim satu atom magnesium adalah dua kali ganda jisim satu atom karbon
D Ketumpatan satu atom magnesium adalah dua kali ganda ketumpatan satu
atom karbon

4 Antara berikut yang manakah mewakili susunan elektron bagi atom unsur kumpulan
2.

A B

C D

5 Formula suatu sebatian ialah Y2SO4. Ia mempunyai jisim formula relatif 142.
Berapakah jisim atom relatif bagi Y?
[ Jisim atom relatif: S, 32 ; O, 16 ]

A 23
B 24
C 27
D 40

3
4

6 Seorang kanak-kanak membeli belon di pasar malam yang diisi dengan 5.0 dm3
gas helium.
Berapakah jisim gas helium yang telah dimasukkan ke dalam belon tersebut?
[ Jisim atom relatif : He, 4 ;
1 mol gas menempati 24 dm3 pada suhu dan tekanan bilik]

A 0.21 g
B 0.83 g
C 2.08 g
D 20.00 g

7 Pilih pernyataan yang benar mengenai unsur-unsur dalam kumpulan 17

A Fluorin lebih mudah menerima elektron berbanding dengan klorin


B Bromin lebih elektronegatif berbanding dengan klorin
C Iodin wujud dalam bentuk cecair pada suhu bilik
D Bilangan elektron dalam atom iodin kurang daripada atom fluorin

8 Apabila merentasi suatu kala dalam Jadual Berkala Unsur dari kiri ke kanan, sifat
unsur akan berubah.
Antara berikut yang manakah perubahan sifat itu?

A Takat didih bertambah


B Kebesan oksida unsur bertambah
C Kekonduksian elektrik bertambah
D Sifat keelektronegatifan bertambah

9 Unsur P berada dalam kala 3 Jadual Berkala Unsur. Nombor proton P mungkin

A 4
B 6
C 10
D 15

10 Bahan R mempunyai sifat-sifat berikut,


- mempunyai takat lebur dan takat didih yang tinggi
- tidak larut dalam air atau pelarut organik
- tidak mengalirkan arus elektrik dalam semua keadaan fizik
Bahan R mungkin,

A Logam
B sebatian ion
C sebatian kovalen struktur raksasa
D sebatian kovalen molekul ringkas

11 Naftalena mempunyai takat lebur yang rendah kerana

A naftalena mudah meruap, bersifat lembut dan licin.


B daya tarikan antara molekul-molekul naftalena adalah lemah.
C karbon dalam molekul naftalena membentuk ikatan yang lemah
D ikatan kovalen antara atom dalam molekul naftalena adalah lemah.

4
5

12 Semasa elektrolisis suatu larutan berair bagi sesuatu garam, ion-ion yang tertarik
ke katod ialah

A semua anion
B semua kation
C ion-ion logam sahaja
D ion-ion bukan logam sahaja

13 Hasil-hasil yang diperolehi di anod dan katod semasa elektrolisis larutan berair
natrium nitrat dengan menggunakan elektrod-elektrod karbon ialah

Katod Anod

A Natrium Oksigen
B Hidrogen Nitrogen
C Hidrogen Oksigen
D Hidrogen Nitrogen dioksida

14 Antara litar berikut, yang manakah mentolnya akan menyala?

A B

Plumbum(II) bromida
lebur

C D

15 Antara elektrolit dan elektrod berikut yang manakah boleh digunakan untuk
mendapatkan kuprum tulen daripada kuprum tak tulen?
Elektrod
Elektrolit Anod Katod

A Larutan kuprum(II) sulfat Kuprum tulen Kuprum tak tulen


B Larutan kuprum(II) sulfat Platinum Kuprum tak tulen
C Larutan kuprum(II) nitrat Kuprum tak tulen Kuprum tulen
D Asid sulfurik cair Kuprum tak tulen Platinum

5
6

16

RAJAH

Elektrod
Bacaan Voltmeter /V
R S
Kuprum Ferum 0.8
Zink Magnesium x
Ferum Zink 0.2
Kuprum Magnesium 2.6

Rajah menunjukkan susunan radas satu eksperimen di mana pasangan elektrod


logam R dan S, dicelupkan dalam larutan kuprum(II) sulfat. Jadual menunjukkan
bacaan voltmeter yang diperoleh apabila eksperimen itu diulangi dengan
menggunakan pasangan elektrod R dan S yang berlainan. Berapakah nilai x?

A 1.4
B 1.6
C 2.4
D 3.6

17 Antara pasangan bahan tambah makanan dan fungsinya yang manakah benar ?

Bahan kimia Fungsi


A Lesitin perisa
B Sakarin pewarna
C asid benzoik pengawet
D asid askorbik pengemulsi

18 Bahan kimia tertentu ditambah pada detergen untuk meningkatkan keberkesanan


pembersihannya.
Apakah bahan tambah yang boleh menanggalkan kotoran darah ?

A Bahan fosfat
B Agen pemutih
C Enzim biologi
D Bahan pendarflour

6
7

19
Campuran dua atau lebih logam untuk menghasilkan bahan baru
yang lebih keras

Apakah bahan yang berkaitan dengan pernyataan di atas ?

A Aloi
B Kaca
C Seramik
D Bahan komposit

20 Penggunaan polimer sintetik dapat mengakibatkan pencemaran alam sekitar.


Antara berikut yang manakah sifat polimer sintetik yang menimbulkan masalah
tersebut ?

I Tidak mereput
II Mudah terkakis
III Pembakaran polimer menghasilkan gas beracun
IV Mudah bertindak balas dengan oksigen di udara

A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

21 Antara berikut yang manakah contoh bahan komposit ?

I Gentian kaca
II Kaca fotokromik
III Bahan superkonduktor
IV Konkrit yang diperkukuhkan

A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II, III dan IV sahaja

22 Menurut teori perlanggaran

A semua perlanggaran antara zarah menghasilkan tindak balas kimia


B apabila suhu bahan tindak balas bertambah tenaga kinetik zarah bertambah
C apabila kepekatan bahan tindak balas bertambah bilangan zarah per unit
ispadu tidak berubah
D frekuensi perlanggaran berkesan antara zarah-zarah bahan tindak balas tidak
berubah apabila mangkin positif ditambahkan

7
8

23 Namakan tenaga minimum yang diperlukan oleh zarah bahan tindak balas untuk
bertindak balas supaya menghasilkan hasil tindak balas.

A Tenaga haba
B Tenaga kinetik
C Tenaga keupayaan
D Tenaga pengaktifan

24 Antara berikut yang manakah merupakan sumber utama hidrokarbon ?

A Air
B Arang kayu
C Petroleum mentah
D Tumbuhan yang sedang mereput

25 Rajah di bawah menunjukkan graf jumlah isipadu gas karbon dioksida terbebas
melawan masa bagi tindak balas antara serbuk marmar dengan asid hidroklorik cair.
Isipadu gas karbon dioksida/ cm3

½V

5 10 15 20 Masa/ saat
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar ?

A Kadar maksimum pembebasan gas ialah pada saat ke 20


B Jumlah isipadu gas yang terkumpul dalam eksperimen ini ialah V cm3
C Jumlah isipadu gas yang terkumpul bagi 10 saat pertama ialah ½ V cm3
D Kadar tindak balas pada saat ke 5 adalah lebih rendah daripada kadar tindak
balas pada saat ke 10

8
9

26 Jadual di bawah menunjukkan isipadu gas hidrogen yang dibebaskan pada satu sela
masa apabila serbuk zink berlebihan bertindak balas dengan 15 cm3 asid hidroklorik 0.1
mol dm-3.

Masa/ minit 0 1 2 3 4 5

Isipadu gas
0.0 15.0 25.0 30.0 33.0 33.0
hidrogen/ cm3

Berapakah kadar tindak balas purata dalam minit ketiga ?

A 3.0 cm3 min -1


B 5.0 cm3 min -1
C 6.6 cm3 min -1
D 8.3 cm3 min -1

27
Nama bahan Takat lebur /0C Takat didih / 0C
Etana -183 -88
Butana -138 -1
Propena -187 -44
Pentana -130 36

Merujuk kepada jadual di atas, hidrokarbon yang wujud sebagai cecair pada suhu bilik
ialah :

A Etana
B Butana
C Propena
D Pentana

28 Formula molekul bagi alkena yang mempunyai 12 atom karbon ialah

A C12 H22
B C12 H24
C C12 H25
D C12 H26

9
10

29 Butana terbakar lengkap dalam oksigen berlebihan mengikut persamaan berikut :

X C4H10 + YO2 8 CO2 + Z H20

Nilai-nilai untuk X, Y dan Z ialah


X Y Z
A 1 6 4
B 1 13 5
C 2 13 8
D 2 13 10

30 2 –metilbut-1,3-diena mempunyai struktur molekul seperti berikut :

H H CH3 H
| | | |
H–C=C–C=C–H

Berapakah bilangan atom bromin yang diperlukan untuk menghasilkan satu sebatian
tepu dari sebatian ini ?

A Dua
B Tiga
C Empat
D Enam

31 Tindak balas antara larutan kalium dikromat, K2Cr2O7, berasid dengan larutan
ferum(ll) sulfat ialah tindak balas redoks.
Dalam tindak balas ini nombor pengoksidaan kromium berubah daripada

A +5 kepada -1
B +6 kepada +2
C +6 kepada +3
D +7 kepada +3

32 Antara perubahan berikut, yang manakah tindak balas penurunan?

A Atom sulfur kepada ion sulfida


B Ion ferum(ll) kepada ion ferum(lll)
C Ion iodida kepada molekul iodin
D Atom natrium kepada ion natrium

10
11

33
G
Rod karbon M Rod karbon N

Larutan kalium
Larutan manganat (VII)
Kalium
iodida
Asid sulfurik
cair

Rajah di atas menunjukkan susunan radas bagi satu eksperimen. Selepas 30


minit , apakah warna yang dapat diperhatikan di hujung rod karbon M dan rod
karbon N di dalam tiub-U itu.

Hujung M Hujung N
A Tak berwarna Ungu
B Tak berwarna Kuning
C Perang Tak berwarna
D Perang Kuning

34 Antara persamaan berikut, yang manakah mewakili tindak balas redoks?

A 2Fe + 3Cl2 Æ 2FeCl3


B NaCl + AgNO3 Æ AgCl + NaNO3
C Ca(HCO3)2 Æ CaCO3 + H2O + CO2
D CH3COOH + NaOH Æ CH3COONa + H2O

35 Dalam tindak balas manakah antara yang berikut asid nitrik cair bertindak
sebagai agen pengoksidaan?

I MgCO3 + 2HNO3 Æ Mg(NO3)2 + H2O + CO2


Il Ca(OH)2 + 2HNO3 Æ Ca(NO3)2 + 2H2O
Ill CuO + 2HNO3 Æ Cu(NO3)2 + H2O
IV Zn + 2HNO3 Æ Zn(NO3)2 + H2

A IV sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

11
12

36
Bahan kimia Larutan kalium iodida Larutan kalium klorida
+ air bromin + air bromin
Pemerhatian Kuning keperangan Tiada perubahan

Jadual di atas menunjukkan pemerhatian apabila air bromin ditambahkan kepada


larutan kalium iodida dan kalium klorida. Antara berikut yang manakah benar
tentang pemerhatian di atas ?

A Klorin kurang reaktif daripada bromin


B Bromin lebih elektronegatif daripada klorin
C Bromin adalah agen pengoksidaan yang lebih lemah berbanding iodin
D Klorin lebih mudah menerima elektron daripada bromin

37 Persamaan berikut menunjukkan penurunan ferum(III) oksida oleh karbon.

3C + 2Fe2O3 → 3CO2 + 4Fe

Antara pernyataan berikut, yang manakah adalah benar?


I Karbon lebih reaktif daripada besi.
II Karbon bertindak sebagai agen penurunan
III Nombor pengoksidaan karbon berubah daripada sifar kepada +4
IV Karbon bertindak balas dengan menerima electron

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II, III dan IV

38 Rajah menunjukkan susunan radas bagi penurunan kuprum (II) oksida oleh gas
hidrogen kering.
Nyalaan hidrogen
berlebihan
Kuprum (II) oksida

Hidrogen
kering

Kertas asbestos

panaskan

Antara oksida logam berikut, yang manakah dapat menggantikan kuprum (II) oksida?
A Zink oksida
B Magnesium oksida
C Aluminium oksida
D Plumbum (II) oksida

39 Antara berikut, yang manakah menunjukkan susunan siri kereaktifan yang betul?

A Mg, Al, C, Zn, H, Fe, Sn, Pb


B Mg, Al, H, Zn, C, Fe, Sn, Pb
C Mg, Al, C, Zn, Fe, Sn, Pb, H
D Mg, Al, Zn, C, Fe, H, Sn, Pb

12
13

40 Dalam sebuah sel kering, bahan yang bertindak sebagai agen pengoksidaan ialah

A logam zink
B rod karbon
C mangan (IV) oksida
D ammonium klorida

41 Dalam suatu eksperimen, satu campuran serbuk ferum, stanum (IV) oksida dan
aluminium oksida dipanaskan sehingga tiada perubahan berlaku lagi. Antara berikut,
yang manakah dihasilkan daripada tindak balas yang berlaku?
A Ferum(III) oksida dan stanum
B Stanum dan aluminium oksida
C Ferum(III) oksida dan stanum(IV) oksida
D Ferum(III) oksida, stanum dan aluminium

42 Pengumpalan lateks boleh dipercepatkan dengan mencampurkan

A air
B asid
C alkali
D alkohol

43
H O H
H – C – C – O- C - H
H H
Rajah menunjukkan formula struktur bagi suatu ester. Nama IUPAC bagi ester itu ialah

A Metil metanoat
B Metil etanoat
C Etil metanoat
D Etil etanoat

44 Seorang pelajar telah dibekalkan sebanyak 2.40g pepejal natrium hidroksida bagi
menyediakan satu larutan piawai 0.12 mol dm-3.
Saiz kelalang isipadu yang diperlukannya ialah
[Jisim atom relatif: Na,23; O,16; H,1]

A 200 cm3
B 250 cm3
C 500 cm3
D 1000 cm3

13
14

45

RAJAH
Rajah menunjukkan eksperimen penyediaan gas Y daripada butanol.
Antara yang berikut, yang manakah pernyataan yang betul bagi eksperimen itu ?

A Gas Y ialah butana


B Proses pengoksidaan butanol berlaku
C Gas Y menyahwarnakan air bromin
D Butanol perlu dipanaskan sebelum serpihan porselin dipanaskan dengan kuat.

46

Kalium iodida
-- -- -- -- -- --
-- -- -- -- -- -- Kacau ---- ---- ---- ---- ---- ----
--- --- --- --- --- --- -- -- -- -- -- --
Plumbum(II) nitrat ------ Mendakan

Mendakan yang terhasil berwarna

A biru
B putih
C jingga
D kuning

47 25.0 cm3 larutan 0.1 mol dm-3 natrium sulfat, Na2SO4 dimasukkan ke dalam bikar yang
mengandungi 25.0 cm3 larutan 0.1 mol dm-3 kalsium nitrat, Ca(NO3)2. Larutan dikacau
sehingga mendakan kalsium sulfat, CaSO4 terbentuk.

Hitungkan jisim mendakan tersebut.


[Jisim atom relatif: Ca,40; S,32; O,16]

A 0.34g
B 0.68g
C 0.94g
D 1.36g

14
15

48 Tenaga
C3 H8 (g) + 5O2 (g)

∆H = - 2 200 kJ mol-1

3CO2 (g) + 4H2O(ce)

RAJAH

Berapakah jisim propana yang perlu dibakar untuk membebaskan 100 kJ haba?
[Jisim atom relatif: H; 1 , C; 12]

A 0.1 g
B 0.5 g
C 1.0 g
D 2.0 g

49 50 cm3 larutan kalsium nitrat 1.0 mol dm-3 dicampurkan kepada 50 cm3 larutan natrium
karbonat 1.0 mol dm-3. Penurunan suhu maksimum campuran sebanyak a ºC
dicatatkan.

Berapakah penurunan suhu maksimum jika 50 cm3 larutan kalsium nitrat 0.5 mol dm-3
dicampurkan kepada 50 cm3 larutan natrium karbonat 0.5 mol dm-3 ?

A 2a ºC
B a ºC
C a ºC
2
D a ºC
4

50 Haba peneutralan ialah

A Haba yang dibebaskan apabila 1 mol air terbentuk


B Haba yang dibebaskan apabila suatu garam terhasil
C haba yang dibebaskan apabila suatu asid bertindak balas dengan suatu alkali
D Haba yang terbebas apabila 1 ion hidrogen bertindak balas dengan 1 ion
hidroksida

KERTAS SOALAN TAMAT

15

You might also like