You are on page 1of 14

SULIT

1511/1
Sains
Set 1 Kertas 1
Mei
2005
1 14 jam
JABATAN PELAJARAN PERAK

LEARNING TO SCORE

SAINS

Kertas 1

Satu Jam Lima Belas Minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Kertas soalan ini mengandungi 14 mukasurat


SAINS SPM 2005
SET 1 KERTAS 1

1 Apabila cecair yang sedang mendidih terus dipanaskan, suhu cecair akan

A. tetap
B. meningkat
C. menurun
D. meningkat kemudian tetap

2 Unsur-unsur dalam jadual berkala disusun mengikut tertib pertambahan

A. nombor nukleon
B. bilangan elektron
C. bilangan proton
D. bilangan neutron

3 Kehadiran benda asing

A. menurunkan takat kondensasi air


B. meninggikan takat lebur air
C. menurunkan takat didih air
D. menurunkan takat beku air

4 Antara pernyataan berikut, yang manakah adalah betul tentang perbezaan


koordinasi saraf dengan koordinasi endokrin

Koordinasi saraf Koordinasi endokrin


A.
Isyarat dihantar dalam bentuk Isyarat dihantar dalam bentuk
denyutan elektrik hormon
B. Gerak balas perlahan Gerak balas cepat
C. Kesan kekal lama Kesan tidak kekal lama
D. Hanya melibatkan otak Melibatkan otak dan jantung
sahaja

5 Bahagian sistem saraf yang mengawal dan menyelaraskan kedudukan dan


keseimbangan badan ialah

A. serebrum
B. serebelum
C. medula oblongata
D. saraf tunjang

6 Dadah memberi kesan buruk yang paling ketara ke atas

A. jantung
B. perut
C. otak dan jantung
D. hati

LEARNING TO SCORE HALAMAN2


UNIT KURIKULUM JPN PERAK
SAINS SPM 2005
SET 1 KERTAS 1

7 Rajah menunjukkan satu ovum disenyawakan oleh satu sperma. Jika zigot
yang terhasil terbahagi dua, tentukan sifat anak yang akan dihasilkan

A. Kembar seiras lelaki


B. Kembar seiras perempuan
C. Kembar tak seiras lelaki dan perempuan
D. Kembar tak seiras lelaki dan perempuan

8 Berapakah peratus kemungkinan bagi Muthu dan isterinya mendapatkan anak


perempuan

A. 25 ℅
B. 75 ℅
C. 50 ℅ C
D. 100 ℅

9 Pembahagian sel secara meiosis melibatkan

A. penghasilan spora
B. penggantian sel yang sudah mati
C. penghasilan butir debunga C
D. penambahan ketinggian pokok

10 Penyakit baka yang berkaitan dengan darah ialah

I anemia sel sabit


II hemofilia
III leukimia

A. III sahaja D
B. I sahaja
C. II dan III
D. I dan II

11 Bahan radioaktif ialah unsur-unsur yang memancarkan

A. Proton
B. sinaran radioaktif
C. cahaya
D. haba

12 Unsur radioaktif mempunyai atom dengan nukleus

A. kecil
B. mengandungi bilangan proton yang lebih daripada bilangan neutron
C. mengandungi bilangan elektron yang lebih daripada bilangan neutron
D. tidak stabil

LEARNING TO SCORE HALAMAN3


UNIT KURIKULUM JPN PERAK
SAINS SPM 2005
SET 1 KERTAS 1

13 Rajah menunjukkan proses pereputan radioaktif .

Unsur B

Unsur A Pereputan
(Atom radioaktif
dengan
nukleas
yang tidak
stabil) Sinaran
radioaktif

Apakah ramalan yang dapat dibuat tentang atom unsur B?.

A. Atom dengan nukleas yang lebih besar


B. Atom dengan nukleas yang masih tidak stabil
C. Atom dengan nukleas yang sama sebelum berlakunya
D. Atom dengan nukleas yang lebih stabil

14 Antara berikut yang manakah betul tentang tindak balas eksotermik?

A. Suhu larutan meningkat semasa tindak balas


B. Haba diserap dari persekitaran
C. Tindak balas menyebabkan udara sekeliling menjadi sejuk
D. Hasil tindak balas mengandungi lebih tenaga daripada bahan tindak balas

15 Maklumat menunjukkan tindak balas penyesaran logam.

• Logam kalsium dan logam kuprum dapat menyesarkan


logam P daripada oksida logamnya
• Logam Q dapat menyesarkan kalsium daripada oksida
logamnya
• Logam kalsium dapat menyesarkan logam R daripada
oksida logamnya
• Logam kuprum tidak dapat menyesarkan logam R daripada
oksida logamnya

Susunan secara menurun bagi logam-logam P, Q dan R ialah

A Q, R, P
B P, Q, R
C P, R, Q
D Q, P, R

LEARNING TO SCORE HALAMAN4


UNIT KURIKULUM JPN PERAK
SAINS SPM 2005
SET 1 KERTAS 1

16 Rajah di atas menunjukkan keratan rentas sebuah sel kering.

Penutup logam

Rod karbon
Kertas kedap

Mangan(IV) oksida + serbuk karbon


Bekas zink

Aluminium klorida

Antara berikut, yang manakah benar mengenai sel itu?

I Rod karbon adalah kutub negatif sel kering


II Bekas zink adalah kutub positif sel kering
III Ammonium klorida adalah elektrolit bagi sel kering

A I sahaja
B III sahaja
C I dan II sahaja
D I, II dan III

17 Rajah menunjukkan suatu objek yang diletakkan di hadapan cermin satah dengan
jarak objek 10 cm.

Paksi utama
Objek

10 cm

Cermin satah

Berapakah jarak di antara imej dengan objek sebenar ?.

A. 20 cm
B. 10 cm
C. 15 cm
D. 40 cm

LEARNING TO SCORE HALAMAN5


UNIT KURIKULUM JPN PERAK
SAINS SPM 2005
SET 1 KERTAS 1

18.
Kanta penumpu
Objek

20 10 10 20
15 cm

Rajah di atas menunjukkan suatu objek diletakkan 15 cm dari pusat optik suatu
kanta penumpu yang berjarak fokus 10 cm. Di antara pernyataan berikut yang
manakah BENAR mengenai ciri-ciri imej yang terbentuk.

A. Tegak dan lebih kecil


B. Tertonggeng dan lebih besar
C. Tegak dan sama saiz
D. Tertonggeng dan sama saiz

19. Spektrum warna terbentuk apabila sinar cahaya putih ditujukan ke atas suatu prisma
kaca. Cahaya putih telah mengalami,

A. pembiasan dan pantulan


B. pembiasan dan pantulan dalam penuh
C. pembiasan dan penyebaran
D. pembiasan dan penyerakkan

20 Jadual menunjukkan ciri imej A dan ciri imej B masing-masing yang dapat
dihasilkan oleh dua alat optik yang berbeza.

Ciri imej A Ciri imej B


Maya Maya
Sama saiz Lebih besar
Tegak Tegak

Padanan di bawah yang manakah BENAR?.


Imej A Imej B
A Kanta cembung Cermin satah
B Cermin satah Kanta cekung
C Kanta cembung Kanta cekung
D Cermin satah Kanta cembung

LEARNING TO SCORE HALAMAN6


UNIT KURIKULUM JPN PERAK
SAINS SPM 2005
SET 1 KERTAS 1

21 Aloi superkonduktor ialah bahan yang mempunyai kecekapan pengaliran eklektrik


yang tinggi. Kecekapan ini disebabkan oleh

A. ia adalah sejenis aloi yang keras dan kuat


B. rintangan dalamannya sangat kecil
C. kebolehannya mengalirkan arus elektrik pada suhu -146°C
D. keupayaannya mempunyai sifat magnet yang kuat

22 Gas yang dihasilkan melalui pencernaan biojisim basah oleh mikroorganisma


anaerobik ialah

A. oksida nitrogen
B. karbon monoksida
C. metana
D. butana

23 Antara berikut yang manakah merupakan bahan pencemar yang terhasil dari industri
pertanian getah

I garam fosfat
II protein getah
III asid sulfurik

A. II sahaja
B. III sahaja
C. I dan II sahaja
D. II dan III sahaja

24 Jadual menunjukkan fakta yang digunakan oleh seorang pelajar untuk mentakrif
suatu vektor.

Fakta 1 Haiwan yang membawa penyakit


Memindahkan patogen dari satu organisma
Fakta 2
ke organisma yang lain
Fakta 3 x

X paling sesuai diisi dengan

A. menyebabkan jangkitan penyakit


B. tetrdiri daripada serangga bersayap
C. patogen yang dipindahkan terdiri daripada bakteria sahaja
D. boleh dihapuskan sepenuhnya melalui kaedah kawalan biologi

LEARNING TO SCORE HALAMAN7


UNIT KURIKULUM JPN PERAK
SAINS SPM 2005
SET 1 KERTAS 1

25. Pernyataan yang benar mengenai bakteria ialah

I tidak mempunyai bahan nukleus yang sebenar


II terdiri daripada tumbuhan kerana mempunyai dinding sel
III bakteria yang hidup secara simbiosis dalam perut lembu dan
mengeluarkan enzim selulase

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. I , II dan III

26. Rajah menunjukkan sejenis mikroorganisma.

Jenis dan ciri bagi organisma tersebut ialah

Jenis Ciri

A. Protozoa organisma yang menggunakan flagela untuk bergerak


B. Alga organisma parasit yang mempunyai nukleus nyata
C. Protozoa organisma unisel yang mempunyai kloroplas
D. Alga organisma unisel yang mensintesis makanan sendiri

27 Isoprena adalah monomer bagi

A. getah asli
B. kanji
C. polistirena
D. politena

28 Maklumat berikut adalah kegunaan bahan P.

• Bahan api
• Pelarut
• Antiseptik

Apakah P?

A. Petrol
B. Etanol
C. Ester
D. Minyak sawit

LEARNING TO SCORE HALAMAN8


UNIT KURIKULUM JPN PERAK
SAINS SPM 2005
SET 1 KERTAS 1

29 Antara proses berikut yang manakah boleh menghasilkan polimer?

A. Campuran etanol dan asid etanoik dididihkan


B. Minyak sawit dipanaskan dengan natrium hidroksida
C. Petroleum disuling kepada beberapa pecahannya
D. Lauroil peroksida ditambah kepada hasil sulingan perspek

30 Rajah menunjukkan struktur molekul sabun.

Yang manakah antara pernyataan berikut benar mengenai sabun?

I Bahan yang boleh mengurangkan tegangan permukaan air


II Garam natrium asid lemak
III Bahagian ekor hidrokarbon sangat larut dalam minyak

A. I sahaja
B. I dan II sahaja D
C. II dan III
D. I, II dan III

31
X
Propena Polipropena

Apakah proses X yang menukarkan propena kepada polipropena pada rajah di atas ?

A. Pemvulkanan
B. Pempolimeran
C. Hidrolisis
D. Penapaian

32 Apakah sifat pada getah asli yang membolehkannya digunakan untuk membuat alas
jambatan dan bangunan yang tahan gempa bumi ?

A. Tidak mudah terbakar


B. Tidak mudah diresapi gas
C. Kebolehan menyerap gegaran
D. Penebat haba yang baik

33 Termoplastik lebih banyak digunakan berbanding plastik termoset kerana


termoplastik

A. tidak dapat berubah bentuk setelah diacu


B. lebih keras dan lebih tahan terhadap renjatan
C. lebih senang diuruskan dan dikitar semula
D. tidak bertindakbalas dengan bahan-bahan kimia

LEARNING TO SCORE HALAMAN9


UNIT KURIKULUM JPN PERAK
SAINS SPM 2005
SET 1 KERTAS 1

34 Penyakit Kwasyiorkor disebabkan kekurangan dalam kelas makanan

A. protein
B. lemak
C. vitamin
D. karbohidrat

35 Jadual menunjukkan gejala kekurangan nutrien bagi tumbuhan.

Bahagian tumbuhan Gejala


Daun Ungu
Akar Pertumbuhannya kurang

Namakan nutrien tersebut

A. nitrogen
B. fosforus
C. kalium
D. zink

36 Rajah menunjukkan kitar nitrogen.

Nitrogen di atmosfera

P
Sebatian ammonium S

Nitrat dalam tanah

Proses manakah melibatkan pengikatan nitrogen.

A. P
B. Q
C. R
D. S

LEARNING TO SCORE HALAMAN10


UNIT KURIKULUM JPN PERAK
SAINS SPM 2005
SET 1 KERTAS 1

37

Menjemur

Mengalirkan udara
Pendehidratan panas

Pengeringan Vakum

Rajah menunjukkan beberapa cara yang digunakan untuk memproses makanan


melalui pendehidratan. Y ialah

A. Pengeringan sembur
B. Pendidihan berterusan
C. Kondensasi
D. Pempasteuran

38
Kangkung
Jagung
Kacang

Kunyit
tanah

Rajah menunjukkan kaedah pengurusan tanah yang cekap bagi tujuan pertanian.
Kebaikan kaedah ini ialah

A. mengurangkan masalah perosak tanaman


B. mengekalkan kesuburan tanah
C. dapat mengelakkan daripada hakisan tanah
D. mengurangkan kuantiti air siraman

LEARNING TO SCORE HALAMAN11


UNIT KURIKULUM JPN PERAK
SAINS SPM 2005
SET 1 KERTAS 1

39 Pengemulsi ialah bahan yang ditambah kepada makanan untuk

A melambatkan proses pengoksidaan lemak


B memperbaiki dan menstabilkan keadaan makanan
C membaurkan bahan-bahan yang tidak terlarut campur
D memberi rasa tertentu kepada makanan

40 Pendidikan pengguna membantu orang ramai dari segi

I memberi kesedaran tentang hak sebagai pengguna


II menyedarkan orang ramai tentang tanggungjawab terhadap
alam sekitar
III memberi bimbingan tentang hak dan kebolehan memilih semasa
membeli

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D I , II dan III

41 Rajah menunjukkan pita detik yang diperoleh daripada satu eksperimen untuk
mengkaji gerakan sebuah troli menggunakan jangkamasa detik yang menghasilkan
50 detik sesaat.

• • • • • • • •

20 cm

Berapakah halaju troli itu ?

A 20 cms-1
B. 200 cms-1
C. 100 cms-1
D. 70 cms-1

42 Sebuah kenderaan yang bergerak di atas jalan raya diberhentikan dengan menekan
breknya. Antara faktor berikut, yang manakah tidak mempengaruhi jarak untuk
berhenti bagi kenderaan itu ?

A. Laju kenderaan
B. Jisim kenderaan
C. Pecutan graviti kenderaan
D. Daya geseran yang bertindak ke atas kenderaan

LEARNING TO SCORE HALAMAN12


UNIT KURIKULUM JPN PERAK
SAINS SPM 2005
SET 1 KERTAS 1

43 Sebuah kereta dibina supaya bahagian hadapan dan bahagian belakang kereta itu
mudah remuk semasa perlanggaran. Tujuan binaan struktur sedemikian ialah untuk

I mengurangkan daya yang bertindak ke atas penumpang


II menambahkan masa perlanggaran
III menambahkan momentum kereta itu

A. I sahaja
B. III sahaja
C. II dan III sahaja
D. I dan II sahaja

44 Maklumat menunjukkan pengelasan gelombang X.

Gelombang mikro
Gelombang UHF
Gelombang VHF

Apakah gelombang X

A. gelombang radio
B. gelombang cahaya
C. sinar-X
D. inframerah

45 Rajah menunjukkan sebuah litar penerima radio ringkas. Apakah komponen yang
diwakili oleh M?
aerial
M

Pembesar induktor
suara

bumi
A. Diod
B. Kapasitor
C. Perintang
D. Transistor

46 Gendang yang dipalu menghasilkan bunyi berfrekuensi 10 Hz dengan panjang


Rajah menunjukkan sebuah litar penerima radio ringkas. Apakah komponen yang
diwakili oleh gelombang 2 m . Berapakah halaju gelombang itu ?

A. 2 ms-1
B. 20 ms-1
C. 100 ms-1
D. 150 ms-1

LEARNING TO SCORE HALAMAN13


UNIT KURIKULUM JPN PERAK
SAINS SPM 2005
SET 1 KERTAS 1

47

Rumput Æ belalang Æ katak Æ ular

Manakah antara pernyataan berikut adalah benar mengenai rantai makanan di atas?

A. Semua organisma di atas adalah pemangsa.


B. Tenaga dalam rantai makanan berasal daripada matahari.
C. Tiada kehilangan tenaga daripada peringkat rumput kepada ular.
D. Bilangan katak mesti kurang daripada ular.

48 Antara berikut, yang manakah tidak dapat mengurangkan hakisan tanah ?

A. Menanam tanaman tutup bumi.


B. Membina teres lereng bukit untuk penanaman.
C. Mengamalkan cara penanaman secara bergilir.
D. Menanam tanaman di sepanjang garis kontur.

49 Antara aktiviti manusia berikut, yang manakah akan menyebabkan kepupusan


spesies ?

I Perhutanan semula
II Tumpahan minyak
III Perlombongan kuari

A. II sahaja
B. I dan II
C. II dan III
D. I, II dan III

50 Kesan rumah hijau adalah disebabkan oleh kandungan gas X yang tinggi dalam
atmosfera. Gas X ialah

A. nitrogen dioksida
B. sulfur dioksida
C. klorin
D. karbon dioksida

LEARNING TO SCORE HALAMAN14


UNIT KURIKULUM JPN PERAK

You might also like