You are on page 1of 18

SULIT

Fizik
Kertas 2
2005

JABATAN PELAJARAN PERAK


______________________________________

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2005

FIZIK

Kertas 2 Set 3

JANGAN BUKA KERTAS INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini adalah dalam Bahasa Melayu.

2. Jawab semua soalan.

Kertas soalan ini mengandungi 18 halaman bercetak.

[Lihat sebelah]
Bahagian A
[60 markah]
Jawab semua soalan dalam bahagian ini

Masa yang dicadangkan untuk menjawab bahagian ini ialah 90 minit

1 Ali berjisim 55 kg berjogging sejauh 10 km. Ali berjogging pada halaju seragam pada
2 m s -1. Sepanjang larian itu momentum Ali adalah 110 kg ms -1.

(a) Kelaskan kuantiti fizik yang dinyatakan dalam situasi di atas kepada kuantiti asas
dan kuantiti terbitan.

[2 markah]

(b) Sekira Ali berlari pada kelajuan 10 km j-1. Berapakah kelajuan Ali dalam unit SI?

[2 markah]
2 Suatu bahan X berjisim 0.5 kg dipanaskan dengan menggunakan pemanas 100 W.
Rajah 2.1 menunjukkan graf suhu melawan masa bagi bahan tersebut.

Suhu / 0C
Q R
80

60

40

20
P

0 200 300 500 600 700 800 900 1000 1100 1200
100 400
RAJAH 2.1 Masa / s

(a) Berapakah masa yang diambil oleh bahan X untuk mencapai takat lebur?

………………………………………………………………………………………...……….
[1 markah]

(b) Menggunakan maklumat yang diberi pada graf, hitungkan haba pendam tentu bagi
bahan X

[2 markah]

(c) Terangkan dengan menggunakan teori kinetiik, mengapa tiada kenaikan suhu pada
bahagian QR?

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………
[2 markah]
3. Rajah 3.1 dan Rajah 3.2 menunjukkan dua buah kapal kargo sedang belayar di lautan.

Kapal kargo A Kapal kargo B

RAJAH 3.1 RAJAH 3.2

(a) Bandingkan daya julangan antara kapal kargo A dan kapal kargo B.

…………………………………………………………………………………….
[1 markah]

(b) (i) Namakan dua daya yang bertindak pada kapal kargo semasa terapung di atas
air.

……………………………………………………………………………………...…….
[1 markah ]

(ii) Nyatakan hubungan antara daya-daya di (b).

……………………………………………………………………………………………
[1 markah]

(c) Namakan prinsip yang terlibat di (b) (ii).

………………………………………………………………………………………………….
[1 markah ]

(d) (i) Apakah yang berlaku kepada kapal kargo jika ia belayar di muara sungai.

……………………………………………………………………………………………
[1 markah ]

(ii) Berikan sebab bagi jawapan anda.

……………………………………………………………………………………..……..
[1 markah ]
4. Rajah 4.1 menunjukkan carta pita detik bagi gerakan sebuah troli. Setiap jalur pita
mengandungi keratan pita detik 5 detik. Jangka masa detik mebuat 50 detik sesaat.

panjang/cm Graf panjang/cm lawan masa/s

12.0

10.0

8.0

6.0

4.0

2.0

0
0.1 0.2 0.3 0.4 0.5 0.6 0.7 0.8 0.9 1.0 1.1 Masa/s
A B C

RAJAH 4.1

(a) Huraikan gerakan troli itu yang diwakili oleh bahagian AC.

…………………………………………………………………………………………………

.…………………………………………………………………………………………………
[1 markah]
(b) (i) Hitungkan halaju awal troli itu di A

[1 markah]
(ii) Hitungkan halaju maksimum troli itu di B

[1 markah]

(iii) Hitungkan pecutan troli sepanjang AB.

[2 markah]

(c) Hitungkan halaju purata keseluruhan gerakan troli itu sepanjang AC.

[2markah]
5 Rajah 5.1 menunjukkan keratan rentas sebuah serabut optik.

RAJAH 5.1

(a) Apakah bahan yang digunakan untuk membuat lapisan A dan B?.

……………….……………………………………………………………………………….
[1 markah]

(b) (i) Berikan SATU perbezaan antara lapisan A dan B.

……………………………………………………………………………………………
[1 markah]

(ii) Namakan fenomena cahaya yang terlibat dalam rajah 3.

……………………………………………………………………………………………
[1 markah]

(iii) Terangkan bagaimana fenomena dalam b(ii) di atas terjadi.

……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………
[2 markah]

(c) Kirakan indeks biasan bahan jika sudut genting, c adalah 480.

[2 markah]
(d) Namakan SATU lagi alat optik yang menggunakan prinsip yang sama seperti
serabut optik.

………………………………………………………………………………………………
[1 markah]
6 Gambarajah 6.1 menunjukkan susunan get logik yang terdapat dalam satu alat
elektronik.

A
S
Get logik X
B

RAJAH 6.1

(a) Jadual kebenaran bagi get logik X adalah seperti dalam jadual 6.2

A B S

0 0 0

0 1 1

1 0 1

1 1 0

Jadual 6.1

(i) Nyatakan get logik X

…………………………………………………………………………………………....
[1 markah]
(ii) Lukiskan simbol bagi get logik X

[1 markah]
(ii) Nyatakan get asas yang terdapat dalam get logik X

……………………………………………………………………………......................
[1 markah]
(b) Lengkapkan jadual kebenaran di bawah bagi susunan get logik pada jadual 6.2.

A B S C

0 0

0 1

1 0

1 1

Jadual 6.2 [3 markah]

(c) Berdasarkan jadual kebenaran di soalan (b) nyatakan fungsi susunan get logik
ini.

……..…………………………………………………………………………………….…
[1 markah]

7 Rajah 7.1 menunjukkan susunan radas bagi satu exsperimen gelombang cahaya.

Lubang
kecil

mentol

Kad hitam

RAJAH 7.1

Pemerhati dapat melihat bentuk gegelang dalam eksperimen tersebut

(a) Apakah nama bagi fenomena yang kelihatan

………………………………………………………………………………………………………
[1 markah ]
(b) Apakah kesimpulan yang boleh di buat?

…………………………………………………………………………….. ……………………….
[ 1 markah ]
(c) Lukiskan apa yang kelihatan

[ 2 markah ]

(d) Apakah yang berlaku kepada imej jika

(i) saiz celah dibesarkan beberapa kali

…………………………………………………………………………………...……………
[ 1 markah ]
(ii) jika kad hitam diganti dengan sisip kaca bercelah tunggal lukiskan imej yang
kelihatan?

[ 1 markah ]

(e) Jika lampu dalam eksperimen di atas digantikan dengan sebuah pen laser yang
mengeluarkan cahaya merah dan kad hitam digantikan dengan sisip dwicelah
dan sebuah skrin diletakan pada jarak 3 m daripada celah.

(i) Lukiskan corak yang terbentuk

[2 markah]

(ii) Terangkan bagaimana corak tersebut terbentuk

.....………………………………………………………………………………….……..

….………………………………………………………………………………………....

...…………………………………………………………………………………………..
[3 markah ]
8 Rajah 8.1 menunjukkan sebuah bekas yang direka khas untuk menyimpan suatu bahan
yang merbahaya .

RAJAH 8.1

(a) (i) Apakah bahan yang tersimpan dalam bekas itu ?

…………………………………………………………………...………………………
[1 markah]

(ii) Nyatakan dua kesan bahaya bahan itu kepada manusia jika ia tidak disimpan
dalam bekas itu .

.. ……………………………………………………...…………………………………

….…...……………………………………………………………………………………
[2 markah]

(iii) Nyatakan dua langkah keselamatan semasa menggunakan bahan dalam


bekas itu untuk menjalankan eksperimen.

....………...……………………………………………………………………………..

......……………………………………………………………………………………..
[2 markah]

(b) Dalam suatu tindak balas nuklear dua atom deuterum dicantumkan untuk
membentuk satu isotop helium seperti yang diwakili oleh persamaan berikut:

2 2 3 1

H + H He + n + tenaga
1 1 2 0
Maklumat tentang zarah-zarah yang terlibat dalam persamaan ini ditunjukkan
seperti yang berikut.

Jisim: H = 2.015 u.j.a.


He = 3.017 u.j.a.
n = 1.009 u.j.a
1 u.j.a.= 1.66 x 10 -27 kg
Halaju cahaya ,c = 3.0 x 108 m s-1

(i) Namakan jenis tindak balas nuklear di atas.

…………………………………………………...…………………………………
[1 markah]

(ii) Apakah syarat yang diperlukan untuk mencetuskan tindak balas nuklear di
atas ?

………..……………………………………………………………………………….
[2 markah]

(c) (i) Berapakah kehilangan jisim dalam unit kg selepas tindak balas ini?

[2 markah]

(ii) Hitungkan tenaga nuklear yang dibebaskan dalam J

[2 markah]
Bahagian B
[20 markah]

Jawab mana-mana satu soalan daripada bahagian ini

Masa yang dicadangkan untuk menjawab bahagian ini ialah 30 mini

.
RAJAH 1.1 RAJAH 1.2

1 Rajah 1.1 di atas menunjukkan satu tiub kaca dengan hujung A tertutup dan
bersambung kepada hujung B yang lebih besar dengan jejarinya dua kali ganda
daripada A. Sedikit udara terperangkap dalam kedua-dua salur kaca itu. Pada mulanya,
kedua-dua isipadu udara yang terperangkap di atas aras merkuri X dan Y adalah pada
tekanan atmosfera. Omboh pada hujung B kemudiannya ditolak supaya isipadu udara
yang terperangkap pada hujung A hanya mempunyai separuh daripada isipadu asalnya
seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.2.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan tekanan dan berikan unit S.I. [2 markah]
(b) Perhatikan Rajah 1.1 dan Rajah 1.2 Bandingkan isipadu udara yang terperangkap
dalam hujung A. Nyatakan hubungan antara isipadu udara yang terperangkap
dengan tekanan udara pada hujung A. [3 markah]
(c) Berapakah jarak tegak yang dituruni oleh aras Y merkuri itu? [3 markah]
(d) Jika tekanan atmosfera adalah 75 cm Hg, berapakah tekanan udara yang
terperangkap dalam hujung B seperti dalam Rajah 1.2 [2 markah]
(e) Termometer merkuri di makmal digunakan untuk mengukur suhu. Kepekaan
termometer diutamakan supaya perubahan suhu yang kecil dapat dikesan dan
ukuran suhu yang dipeoleh adalah lebih jitu.
(i) Dengan bantuan gambar rajah yang sesuai, terangkan bagaimana
sebuah termometer merkuri dapat ditentukurkan. [6 markah]
(ii) Terangkan secara ringkas pengubahsuaian yang perlu dilakukan supaya
kepekaan termometer merkuri yang dibina itu dapat ditingkatkan.
[4 markah]
2 Rajah 2.1 dan 2.2 menunjukkan litar transistor npn yang digunakan sebagai satu suis.
Litar ini mempunyai dua bahagian iaitu litar tapak dan litar pengumpul. Arus dalam litar
tapak dikawal oleh reostat R

cerah M2 Lebih cerah M2

M1 M1

malap cerah

R R

Rajah 2.1 Rajah 2.2

(a) Apakah maksudnya semikonduktor jenis n? [1 markah]

(b) Dengan menggunakan rajah 2.1 dan rajah 2.2 bandingkan kecerahan mentol M1
dengan arus tapak dan kesannya keatas mentol M2 dan arus pengumpul.

Nyatakan hubungan antara arus tapak dengan arus pengumpull [5 markah]

(c) Rajah 2.3 menunjukkan litar transistor digunakan sebagai satu suis.
A
M
R1
R
B 12V

R2

C
RAJAH 2.3

Terangkan mengapa

(i) mentol M bernyala jika R2 > R1.


[2 markah]
(ii) mentol M tidak bernyala jika R2 < R1.
[2 markah]
(d) Anda diberikan satu termister dan satu loceng elektrik untuk membina satu sistem
penggera pengesan kebakaran.

(i) Dengan pengubasuaian litar pada rajah 2.3 terangkan bagaimana anda
membina satu sistem penggera pengesan kabakaran.
[4 markah]

(ii) Sistem penggera ini tidak sesuai kerana loceng akan berhenti berbunyi apabila
api telah merebak ke tempat lain dan tidak dapat dikesan oleh pengesan.
Cadangkan penambahan pada litar supaya loceng akan terus berbunyi
walaupun kebakaran tidak tidak dapat dikesan oleh pengesan.

[2 markah]
Bahagian C
[20 markah]

Jawab mana-mana satu soalan daripada bahagian ini

Masa yang dicadangkan untuk menjawab bahagian ini ialah 30 mini

3 Rajah 3.1 di bawah menunjukkan basikal yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat untuk
digunakan oleh pelumba Malaysia dalam perlumbaan basikal merentasi gurun Sahara.
Basikal itu mudah dikendalikan dan sesuai untuk cuaca panas.

RAJAH 3.1

Jadual di bawah menunjukkan ciri-ciri bahan yang digunakan untuk membuat rangka
basikal itu.

ciri Ketumpatan Kekuatan Kadar pengaratan Kadar


bahan Kgm-3 pengembangan

P 2700 rendah tinggi tinggi


Q 10500 rendah sederhana sederhana
R 5200 tinggi sederhana rendah
S 8400 sederhana Tahan karat sederhana

(a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan pecutan ? [1markah]

(ii) Bagaimanakah cara-cara untuk mengurangkan rintangan udara pada seorang


pelumba basikal ? [4 markah]
(iii) Anda ditugaskan untuk mengkaji ciri-ciri bahan dalam dalam Jadual untuk
digunakan bagi membuat rangka basikal .

Terangkan kesesuaian setiap ciri dalam jadual dan seterusnya tentukan bahan yang
paling sesuai untuk membuat rangka basikal tersebut.
Berikan sebab untuk pilihan anda [10 markah]

(b) Rajah menunjukkan seorang pelumba basikal berjisim 50 kg sedang menuruni


sebuah jalan yang condong pada 30° kepada ufukan.
30 °

(i) Tentukan komponen berat pelumba basikal sepanjang jalan.


(ii) Tentukan rintangan yang dihasilkan oleh permukaan jalan jika pelumba itu
menuruni jalan dengan pecutan 2ms-2 . [5 markah]

4 Jadual 4.1 menunjukkan empat radioisotop ,W , X , Y dan Z yang memancarkan sinar


beta sahaja. Anda sebagai penyelidik ditugaskan mengkaji ciri-ciri radioisotop pada
Jadual untuk digunakan sebagai unsur penyurih bagi mengesan tumor otak seorang
pesakit.

Ciri Nombor Nombor atom , Z Setengah hayat, T !/2


Radioisotop nukleon, A
W 207 81 4.8 minit
X 214 82 27 minit
Y 131 53 8 hari
Z 90 38 28 tahun

JADUAL 4.1
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan setengah hayat suatu bahan radioaktif ?
[1 markah]

(b) Terangkan kesesuaian ciri-ciri radioisotop dalam Jadual unsur dijadikan penyurih
bagi pesakit tumor otak itu.Seterusnya ,tentukan radioisotop yang paling sesuai
untuk dijadikan unsur penyurih itu dan berikan sebab bagi pilihan anda.
[10 markah]

(c) Seseorang penyelidik yang menjalankan eksperimen dengan menggunakan sumber


radioaktif perlu dilindungi daripada bahaya keradioaktifan.

(i) Apakah bahaya keradioaktifan yang mungkin dihadapi oleh penyelidik itu
[1 markah]

(ii) Cadangkan dua cara yang boleh mengurangkan bahaya keradioaktifan itu.
[2 markah]
(d) Sejumlah N atom isotop fosforus – 32 menyusut dengan setengah hayat 15 hari
menjadi sulfur -32 yang bukan radioaktif.

(i) Apakah jenis sinaran radioaktif yang mungkin dipancarkan oleh


isotopfosforus-32?
[2 markah]
(ii) Hitungkan dalam sebutan N ,bilangan atom isotop fosforus-32 yang mereput
pada hari ke-60
[4 markah]

You might also like