You are on page 1of 9

KERTAS PEPERIKSAAN SPM 2003

KERTAS 1(masa : 1 jam 15 minit)

1. Rajah 1 menunjukkan symbol atom klorin.

Antara berikut, yang manakah benar berdasarkan simbol dalam Rajah 1?

Nombor proton Nombor nukleon Bilangan elektron


A 17 37 17
B 17 20 17
C 20 37 20
D 37 17 37

2. Rajah 2 menunjukkan susunan radas untuk menentukan formula empirik suatu oksida logam.

Antara oksida logam berikut, yang manakah sesuai digunakan dalam Rajah 2?

A. Zink oksida. C. Aluminium oksida.


B. Magnesium oksida. D. Kuprum(II) oksida.

3. Butana yang terdapat dalam gas untuk memasak terbakar membebaskan gas karbon dioksida. Kedua-dua gas
butana dan karbon dioksida adalah

A. sebatian ion. C. sebatian kovalen.


B. sebatian organik. D. sebatian hidrokarbon.

4. Antara bahan berikut, yang manakah elektrolit?

A. Etanol tulen. C. Tetraklorometana.


B. Naftalena lebur. D. Asid etanoik cair.

5. Antara berikut, yang manakah benar mengenai asid lemah?

A. Tidak boleh meneutralkan alkali.


B. Nilai pH lebih besar daripada 7.
C. Boleh menukarkan warna kertas litmus merah kepada biru.
D. Mengion separa dalam air untuk menghasilkan ion hydrogen.

6. Antara sifat berikut, yang manakah tidak menunjukkan bahawa aloi adalah lebih baik daripada logam
tulennya?

A. Lebih keras. C. Lebih mulur.


B. Lebih kuat. D. Lebih tahan kakisan.

7. Persamaan berikut mewakili tindak balas penyediaan etanol secara industri.

A. Platnium. C. Aluminium oksida.


B. Asid fosforik. D. Asid hidroklorik pekat.
8. Pernyataan yang manakah benar bagi kedua-dua methanol dan etanol?

A. Kedua-duanya mempunyai kumpulan berfungsi yang berlainan.


B. Semua sifat fiziknya sama.
C. Semua sifat kimianya berbeza.
D. Kedua-duanya boleh diwakili oleh satu formula am yang sama.

9. Antara fornula am dan siri homolog berikut, yang manakah dipadankan dengan betul?

Formula am Nama siri homolg


A CnH2n alkana
B CnH2n + 2 alkena
C CnH2n + 1 OH alkohol
D CnH2n + 1 COOH ester

10. Hidrokarbon adalah sebatian kimia yang terdiri daripada

A. unsur karbon dan oksigen sahaja.


B. unsur karbon dan hidrogen sahaja.
C. unsur karbon, hidrogen dan oksigen sahaja.
D. unsur karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen sahaja.

11. Di bawah adalah setengah persamaan bagi satu tindak balas.

2Br- Br2 + 2e

Apakah yang dimaksudkan dengan tindak balas pengoksidaan berdasarkan persamaan itu?

A. Elektron diterima oleh bromin. C. Elektron diterima oleh ion bromida.


B. Elektron diderma oleh brominn. D. Elektron diderma oleh ion bromida.

12. Antara berikut, yang manakah menyerap haba dari persekitaran?

A. Mencampurkan asid kepada alkali.


B. Mencampurkan asid pekat kepada air.
C. Melarutkan pepejal ammonium klorida dalam air.
D. Melarutkan kuprum(II) sulfat kontang dalam air.

13. Pesakit psikiatrik sentiasa resah dan biasanya mengalami masalah sukar untuk tidur. Ubat yang manakah
sesuai digunakan untuk merawat pesakit tersebut?

A. Asprin. C. Barbiturat.
B. Kodeina. D. Streptomisin.

14. Rajah 3 menunujukkan model satu atom.


Antara berikut, yang manakah benar mengenai model atom ini?
I Dikemukakan oleh Neils Bohr.
II Dibina berasaskan kewujudan neutron.
III Menunjukkan elektron bergerak dalam orbit mengelilingi nucleus.
IV Ditemui melalui eksperimen bedilan zarah alfa ke atas kerajang emas.

A. I dan III sahaja. C. I, II dan III sahaja.


B. II dan IV sahaja. D. I, II, III dan IV.
15. Rajah 4 menunjukkan susunan radas satu eksperimen untuk menentukan formula empirik oksida plumbum.

Antara berikut, yang manakah merupakan kesilapan pemasangan radas bagi eksperimen ini?
I Tiada penunu Bunsen. III Kedudukan corong tisel.
II Pemasangan gabus. IV Kedudukan salur penghantar.

A. I dan III sahaja. C. I, II dan III sahaja.


B. II dan IV sahaja. D. I, III dan IV sahaja.

16. Apakah hasil tindak balas antara asid etanoik dengan natrium karbonat?
I Air. III Karbon dioksida.
II Etil etanoat. IV Natrium etanoat.

A. I dan III sahaja. C. I, II dan III sahaja.


B. II dan IV sahaja. D. I, III dan IV sahaja.

17. Antara pasangan bahan yang mewakili oleh formula berikut, yang manakah boleh bertindak balas?
I HCl(ak) + KOH(ak). III H2SO4(ak) + CuSO4(ak).
II HNO3(ak) + NaNO3(ak). IV CH3COOH(ak).

A. I dan IV sahaja. C. I, II dan IV sahaja.


B. II dan III sahaja. D. I, II, III dan IV sahaja.

18. Antara berikut, yang manakah dapat menentukan kadar tindak balas?
I Pembebasan gas per unit masa.
II Perubahan keamatan warna per unit masa.
III Pembentukan mendakan per unit masa.
IV Penambahan jisim bahan tindak balas per unit masa.

A. I dan II sahaja. C. I, II dan III sahaja.


B. III dan IV sahaja. D. II, III dan IV sahaja.

19. Antara berikut, yang manakah agen pengoksidaan?


I Zink. II Larutan kalium iodida.
II Air bromin. III Larutan kalium manganat(VII) berasid.
A. I dan II sahaja. C. I, II dan III sahaja.
B. II dan IV sahaja. D. I, II dan IV sahaja.

20. Rajah 5 menunjukkan tabung uji X dan Y yang digunakan dalam eksperimen untuk mengkaji kesan
magnesium dan kuprum ke atas pengaratan besi.
Antara berikut, yang manakah benar mengenai eksperimen itu?
I Larutan fenolftalein di dalam kedua-dua tabung uji berfungsi untuk mengesan kehadiran ion
hidroksida.
II Larutan agar-agar panas di dalam kedua-dua tabung uji berfungsi untuk memastikan kehadiran oksigen
dalam campuran.
III Larutan kalium heksasianoferat(III) di dalam tabung uji X berfungsi untuk mengesan kakisan
magnesium.
IV Larutan Kalium heksasianoferat(III) di dalam tabung uji Y berfungsi untuk mengesan kehadiran ion
ferum(II).

A. I dan IV sahaja. C. I, II dan IV sahaja.


B. II dan III sahaja. D. I, II, III dan IV.

21. Rajah 6 menunjukkan lengkung penyejukan bagi gas X.


A. Dari 0 hingga t1 tenaga haba diserap.
B. Dari t1 hingga t2 daya tarikan antara zarah diatasi.
C. Dari t2 hingga t3 tenaga kinetic zarah bertambah.
D. Dari t3 hingga t4 tenaga haba yang dibebaskan sama dengan tenaga haba yang hilang di persekitaran.

22. Ion sulfida dan ion klorida mempunyai sama bilangan


[Nombor proton: S, 16; Cl, 17]

A. cas. C. neutron.
B. elektron. D. proton.

23. Unsur Y berada di bawah kalium dalam kumpulan yang sama pada Jadual Berkala. Tentukan formula hasil dan
kereaktifan tindak balas Y dengan klorin berbanding tindak balas antara kalium dengan klorin.

Formula hasil Kereaktifan


A YCl2 Kurang reaktif
B YCl2 Lebih reaktif
C YCl Kurang reaktif
D YCl Lebih reaktif

24. Jadual 1 menunjukkan takat lebur dan jenis zarah empat bahan.

Bahan Takat lebur /0C Jenis zarah


pepejal
G 80 Molekul
J 320 Ion
L 780 Ion
M 3000 Atom
Jadual 1

Berdasarkan Jadual 1, bahan pepejal yang manakah menjadi elektrolit apabila dipanaskan sehingga suhu
3500C?

A. G. C. L.
B. J. D. M.

25. Rajah 7 menunjukkan susunan radas bagi elektrolisis larutan ferum(II) sulfat.
Apakah yang terbentuk di elektrod karbon X?

A. Ferum. C. Sulfur dioksida.


B. Oksigen. D. Gas hydrogen.

26. Antara berikut, yang manakah menunjukkan susunan atom dalam suatu aloi?

27. Persamaan di bawah menunjukkan tindak balas untuk menghasilkan gas hydrogen.

2HCl + Zn ZnCl2 + H2
Antara berikut , yang manakah akan meningkatkan kadar penghasilan gas hidrogen?
A. Menambahkah masa tindak balas.
B. Menambahkan isi padu asid.
C. Menambahkan saiz ketulan zink.
D. Meningkatkan suhu campuran.

28. Di bawah adalah suatu persamaan ion.

X(p) + Y2+(ak) X2+(ak) + Y(p)


Antara berikut, yang manakah benar mengenai persamaan itu?
A. Y2+ dioksidakan. C. X2 adalah agen penurunan.
B. X adalah agen pengoksidaan. D. X menderma elektron kepada Y2+.

29. Larutan ion Fe3+ boleh ditukarkan kepada ion Fe2+ dengan mencampurkan sebuk zink. Antara berikut, yang
manakah dapat menggantikan sebuk zink dalam tindak balas ini?
A. Air bromin. C. Larutan kalium heksasianoferat(II)
B. Larutan kalium iodida. D. Larutan kalum manganat(VII) berasid.

30. Rajah 8 menunjukkan satu gambar rajah aras tenaga.

Berdasarkan Rajah 8, boleh disimpulkan bahawa


A. haba peneutralan ialah -57 kJ mol-1.
B. 57 kJ tenaga diperlukan untuk tindak balas ini.
C. hasil tindak balas mengandungi lebih banyak tenaga daripada bahan tindak balas.
D. suhu pada akhir tindak balas lebih rendah daripada suhu awal tindak balas.

31. Rajah 9 menunjukkan struktur ion sabun.


Berdasarkan Rajah 9, pernyataan yang manakah betul?
A. Bahagian X dan Y terlarutkan dalam air.
B. Bahagian X dan Y terlarutkan dalam gris.
C. Bahagian X dan terlarutkan dalam gris dan Y terlarutkan dalam air.
D. Bahagian X dan terlarutkan dalam air dan Y terlarutkan dalam gris.

32. Jadual 2 menunjukan nombor proton bagi unsur P dan Q.

Unsur Nombor proton


P 3
Q 11
Jadual 2
Manakah antara pernyataan berikut adalah benar mengenai unsur dalam Jadual 2?
I Q lebih reaktif daripada P.
II Saiz atom Q lebih besar daripada P.
III Kedua-dua unsur P dan Q boleh mengkonduksikan elektrik.
IV P dan Q terletak dalam kumpulan yan sama dalam Jadual Berkala Unsur.

A. I dan II sahaja. C. II, III dan IV sahaja.


B. I dan IV sahaja. D. I, II, III dan IV.

33. Jadual 3 menunjukkan keputusan eksperimen bagi tiga sel kimia.

Sel kimia Pasangan logam Terminal Voltan sel/V


X P dan R R 11.9
Y R dan S S 0.8
Z Q dan R R 0.3
Jadual 3

Antara berikut, Yang manakah boleh disimpulkan dari Jadual 3?


I Voltan sel adalah 1.6 V apabila P dan Q digunakan sebagai elektrod.
II Voltan sel adalah 1,1 v apabila P dan S digunakan sebagai elektrod.
III Elektron mengalir dari terminal Q ke terminal S dalam pasangan logam Q dan S.
IV P berfungsi sebagai terminal positif apabila ia dipasangkan dengan Q, R atau S dalam sel.

A. I dan IV sahaja. C. I, II dan III sahaja.


B. II dan III sahaja. D. I, II, III dan IV.

34. Maklumat mengenai dua larutan adalah seperti berikut:

Kepekatan larutan barium hidroksida = 0.5 mol dm-3.


Kepekatan ammonia akueus = 0.5 mol dm-3.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar berdasarkan maklumat di atas?


I Ammonia akueus adalah alkali yang lebih lemah daripada larutan barium hidroksida.
II Nilai pH bagi larutan barium hidroksida lebih tinggi daripada ammonia akueus.
III Darjah penceraian barium hidroksida dalam air lebih tinggi daripada ammonia.
IV Kepekatan ion OH- dalam larutan barium hidroksida lebih tinggi daripada ammonia akueus.

A. I dan III sahaja. C. I, II dan III sahaja.


B. III dan IV sahaja. D. I, II, III dan IV.

35. Berikut adalah satu persamaan bagi tindak balas:

2Fe2+ + Cl2 2Fe3+ + 2Cl-


Hijau Perang

Dalam tidak balas yang diwakili oleh persamaan di atas didapati perubahan warna hijau kepada perang
adalah lebih cepat apabila campuran bahan tindak balas dipanaskan. Ini disebabkan

I tenaga pengaktifan direndahkan.


II frenkuensi perlanggaran berkesan bertambah.
III tenaga kinitek bagi ion ferum(II) dan molekul klorin bertambah.
IV frenkuensi perlanggaran antara ion ferum(II) dengan molekul klorin bertambah.

A. I dan II sahaja. C. I, II dan IV sahaja.


B. II dan III sahaja. D. II, III dan IV sahaja.

36. Antara berikut, yang manakah isomer bagi butena?

A. I dan III sahaja. C. I, II dan III sahaja.


B. II dan IV sahaja. D. I, II, III dan IV.

37. Persamaan di bawah mewakili tindak balas untuk mengekstrak aluminium daripada aluminium oksida?

2Al2O2 4Al + 3O2

Berapakah jisim aluminium yang boleh diekstrakkan daripada 102g aluminium oksida?
[Jisim atom relatif: O, 16; Al, 27]
A. 3.5 g . C. 54.0 g.
B. 27.0 g . D. 108.0 g.

38. XCO3 XO + CO2

Persamaan di atas menunjukkan tindakan haba ke atas garam karbonat logam X. Berapakah bilangan mol
XCO3 yang diperlukan untuk menghasilkan 4.0 g oksida X?
[Jisim atom relatif: C, 12; O, 16; X, 64]

A. 0.03 C. 0.08
B. 0.05 D. 0.09

39. Dalam Jadual Berkala, Y berada di bawah Z dalam kumpulan yang sama. Jika nombor proton atom Z ialah
12, apakah susunan electron bagi atom Y?

A. 2.8.2 C. 2.8.8.2
B. 2.8.6 D. 2.8.8.6

40. Susunan elektron bagi atom E ialah 2.8.7 dan atom G mempunyai empat elektron valens. Apakah formula
sebatian yang terbentuk antara E dengan G?

A. GE C. G2E
B. GE2 D. G4E

41. Asid sulfurik yang digunakan sebagai elektrolit di dalam sebuah bateri kereta mempunyai kpekatan 0.5 mol
dm-3. Berapakah bilangan mol bagi 100 cm3 asid sulfurik itu?

A. 0.025 C. 0.1
B. 0.05 D. 0.5

42. Rajah 10 menunjukkan susunan radas bagi proses pentitratan larutan kalium hidroksida dengan asid
sulfurik.
Berapakah jumlah isi padu campuran di dalam kelalang kon pada takat akhir pentitratan dalam Rajah 10?
A. 10 cm3 C. 30 cm3
B. 20 cm3 D. 40 cm3

43. Keluli nirkarat yang digunakan untuk membuat pisau pembedahan mengandungi 71.5% ferum, 18.0%
kromium, 8.0% nikel, dan 2.5% unsur-unsur lain. Jika jisim suatu pisau pembedahan ialah 60.0 g,
berapakah jisim ferum di dalamnya?

A. 4.8 g C. 42.9 g
B. 10.8 g D. 71.5 g

44. Jadual 4 menunjukkan jumlah isi padu gas yang terkumpul pada sela masa tertentu dalam suatu tindak
balas.

Masa/s 0 30 60 90 120 150 180 210


Isi padu gas /cm3 0 2.0 3.7 5.2 6.4 7.3 8.6 8.6
Jadual 4
Berapakah kadar tindak balas purata dalam minit kedua?

A. 0.040 cm3 s-1 C. 0.053 cm3 s-1


B. 0.045 cm3 s-1 D. 0.062 cm3 s-1

45. Antara hidrokarbon berikut, yang manakah paling sesuai digunakan sebagai gas memasak?
[Jisim atom relatif: H, 1: C, 12]

A. C3H6 C. C4H10
B. C4H8 D. C6H6

46. Rajah 11 menunjukkan gambar rajah aras tenaga


Berdasarkan Rajah 11, berapakah kenaikan suhu larutan jika serbuk J berlebihan ditambah kepada 50 cm3
larutan garam T 0.2 mol dm-3?
[Muatan haba tentu larutan: 4.0 J g-1 OC-1]

A. 4.4OC C. 8.8OC
B. 5.5OC D. 11.0OC

47. Antara kuantiti bahan berikut, yang manakah mengandungi 6 x 1022 molekul?
[Jisim atom relatif: H, 1; C, 12; 0, 16; Pemalar Avogadro: 6 x 1023 mol-1]

I 1.8 g air III 3.2 g gas oksigen


II 1.0 g gas hidrogen IV 4.4 g karbon dioksida

A. I dan II sahaja C. I, III dan IV sahaja


B. III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

48. Persamaan di bawah mewakili tindak balas penguraian larutan hydrogen peroksida.

2H2O2(ak) 2H2O(ce) + O2(g)

Antara berikut , yang manakah terhasil apabila 1 mol larutan hydrogen peroksida terurai dengan
lengkapnya?
[1 mol gas menempati 24 dm3 pada keadaan bilik;
Pemalar Avogadro; 6.0 x 1023 mol-1]

I 2 mol air III 3 x 1023 molekul oksigen


II 12 dm3 gas oksigen IV 1.2 x 1024 molekul air

A. I dan III sahaja C. II dan III sahaja


B. I dan IV sahaja D. II dan IV sahaja

49. Rajah 12 menunjukkan susunan radas untuk menentukan haba tindak balas.
Berdasarkan Rajah 12 pernyataan berikut yang manakah benar?

I Proses pembentukan ikatan berlaku.


II Suhu meningkat semasa tindak balas berlaku.
III Nilai ∆H dalam tindak balas ini adalah postif.
IV Kandungan tenaga hasil tindak balas lebih tinggi daripada kandungan tenaga bahan tindak balas.

A. I dan II sahaja C. I, II dan IV sahaja


B. III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

50. Persamaan di bawah menunjukkan tindak balas penyesaran dan haba tindak balasnya.

Mg + Fe2+ Mg2+ + Fe ∆H = -189 kJ mol-1

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang tindak balas yang diwakili oleh persamaan di atas?

I Magnesium dioksidakan.
II Tindak balas adalah eksotermik.
III Suhu menurun semasa tindak balas.
IV Haba yang dibebaskan oleh 0.2 mol ion ferum(II) ialah 37.8 kJ.

A. I dan II sahaja. C. III dan IV sahaja.


B. II dan IV sahaja. D. I, II dan IV sahaja.

You might also like