You are on page 1of 5

1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI MANGGIS

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK


BIL 1 / TAHUN 2017

Tarikh : 28 DISEMBER 2016 (RABU)


Masa : 10.40 pagi
Tempat : Kantin
Pengerusi : En. Mohd Saharudin bin Osman (Ketua Panitia Matematik)
Kehadiran(Bilangan) : 8 orang
Nama Yang Hadir : 1. Pn Norhaliza binti Yahaya
2. En Mohd Saharuddin bin Osman
3. En Lim Chin Hean
4. Cik Norliyana binti Daud
5. Cik Nur Maizan binti Ismail
6. En Raduan bin M. Saad
7. Pn Siti Suzana binti Shamsuri
Nama Yang Tidak Hadir : 1. Pn Infila binti Ahamad Kamal (Bersebab)
2. Pn Annis Rosmiza binti Annuar (Bersebab)
3. Pn Tee Kim Cheng (Bersebab)
4. Pn. Nurafika binti Mohamad
Turut Hadir (Jika ada) : Pn Rose Zarina binti Abu Hanet (GKMP Sains dan Matematik)

1 PERUTUSAN PENGERUSI (En Mohd Saharudin bin Osman – Ketua Panitia


Matematik)

1.1. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran ahli mesyuarat.
Makluman

1.2. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan memberi peringatan kepada semua


guru supaya sentiasa peka dengan transformasi pendidikan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Gelombang 1(2013-2015),
Gelombang 2 (2016-2020), Gelombang 3 (2021-2025).
1.3. Guru juga perlu tahu tentang 5 Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia, 6
Aspirasi Murid, 11 Anjakan Strategi dan 25 Initiatif Utama dalam PPPM
Makluman

2 PEMBENTANGAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS

Tiada pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat kerana ini adalah mesyuarat
Panitia Matematik kali pertama bagi tahun 2017.
Makluman

3 PERKARA BERBANGKIT / MAKLUM BALAS


Tiada perkara berbangkit dibincangkan kerana ini adalah mesyuarat Panitia
Matematik kali pertama bagi tahun 2017 dan semua isu mesyuarat lepas telah
diselesaikan pada tahun 2016 .
Makluman

4 PERKARA BAHARU (En. Mohd Saharudin bin Osman)

4.1 Perancangan Strategik 2017 – 2020

4.1.1 Pengerusi memaklumkan Perancangan Strategik perlu dirancang dan


disediakan bagi tahun 2017-2020.
2

4.1.2 Ahli mesyuarat memutuskan 3 program yang akan dilaksanakan dan


dimasukkan dalam Pelan Taktikal 2017 iaitu:

1. Program Berterusan Kualiti Keputusan PT3 dari Kumpulan 1 KSSM (3


tahun).
Program ini fokus kepada murid tingkatan 1 dan tingkatan 2 2017 dan
diharapkan agar pencapaian dalam peperiksaan bagi subjek matematik
dapat ditingkatkan untuk Murid T2 2017 (PT3 2018), (SPM 2020) dan
murid T1 2017 (PT3 2019), (SPM 2021). Oleh itu murid dikelaskan kepada 3
kategori iaitu ‘Excellent, Moderate, dan Lulus. Satu module penilaian yang
merangkumi semua topic tingkatan 1 dan 2 akan disediakan untuk
memastikan murid ini dapat menguasai topik yang sepatutnya

2. Program Bijak Sifir (Tingkatan 1-5)


Program Bijak Sifir akan dilaksanakan 5 minit sebelum pdp/perhimpunan
harian. Satu senarai semak disediakan untuk memastikan murid telah
menguasai sifir. Boleh dilaksanakan semasa waktu relief .

3. Program Pemantapan Algebra dan Formula Asas Matematik (Menengah


atas- Tingkatan 3,4,dan 5).

4.1.3 En Mohd Saharudin bin Osman memaklumkan kepada guru-guru agar


kenalpasti topik yang boleh dikuasai oleh murid dan melaksanakan
penilaian berterusan dengan menggunakan soalan-soalan PT3 yang
lepas. Ini penting untuk mendedahkan dan membiasakan murid-murid
dengan format soalan sebenar.

4.1.4 En. Mohd Saharudin bin Osman turut memaklumkan bahawa setiap murid
akan dibekalkan dengan satu set buku formula matematik yang telah
disediakan oleh En Mohd Saharudin bin Osman dan Pn Nurafika binti
Mohamad.

Tindakan: Ketua Panitia dan Semua Guru

4.2 Rancangan Pelajaran Tahunan

4.2.1 Ketua Panitia memaklumkan bahawa guru-guru yang mengajar matematik


mengikut kelas bagi sesi 2017 adalah seperti berikut:

Nama Guru Kelas Diajar


Cik Nur Maizan binti Ismail KAA, 1M, 1N, 2Z
Cik Norliyana binti Daud 2B, 2M, 2N, 2I, 2R
En. Raduan bin M. Saad 1B, 1Z, 1R, 2D
Pn. Siti Suzana binti Shamsuri 1D, 1I
Pn Annis Rosmiza binti Annuar 3B, 3Z, 3N
En. Mohd Saharudin bin Osman 3D, 3M, 3I, 5 TEK 1, 5 TEK 2
Pn. Norhaliza binti Yahya 4S, 5S
En Lim Chin Hean 4PA, 4 TEK 1, 4 TEK 3, 5SPN, 5 ERT
PN. Infila binti Ahamad Kamal 5 PA
Pn. Tee Kim Cheng 4 TEK 2
Pn Nurafika binti Mohamad 4 SPN , 4 ERT
Tindakan : Makluman
3

4.2.2 Mesyuarat memutuskan guru yang perlu menyediakan Rancangan Pelajaran


Tahunan adalah seperti berikut:

Tingkatan Nama Guru


Tingkatan 1 Cik Nur Maizan binti Ismail
Tingkatan 2 Cik Norliyana binti Daud
Tingkatan 3 Pn Annis Rosmiza binti Annuar
Tingkatan 4 En Lim Chin Hean
Tingkatan 5 En Mohd Saharudin bin Osman

Tindakan: Semua guru

4.3 Belanjawan Panitia

4.3.1 Ahli mesyuarat telah berbincang tentang peruntukan yang diperlukan untuk
pembelajaran murid dan juga peruntukkan kewangan yang diperlukan untuk
menjalankan Program peningkatan prestasi panitia.
4.3.2 Ketua Panitia turut memaklumkan bahawa antara peralatan yang telah dibeli
pada tahun 2016 adalah seperti kalkulator 20 unit, jangka lukis besar(guru), set
jangka lukis (murid), papan graf, dan kertas graf.
4.3.3 Semua guru boleh menggunakan bahan/peralatan panitia yang akan
ditempatkan dimakmal sains blok Cempaka.

Tindakan: Ketua Panitia

4.4 Jadual Penggubal soalan

Peperiksaan Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5


UB1 Pn Siti Cik
Suzana binti Norliyana
Shamsuri binti Daud
PPT En Raduan Cik
bin M. Saad Nurmaizan
bint Ismail
Percubaan
PT3
Percubaan
SPM
PAT Cik Nur Cik
Maizan binti Norliyana
Ismail binti Daud
Tindakan : Semua Guru

4.5 Penetapan Buku Latihan/Tambahan

4.5.1 Ahli Panitia juga telah memutuskan bilangan buku latihan dan buku tambahan
lain yang diguna pakai oleh guru mata pelajaran.

Tingkatan 1 2 buah buku latihan


Tingkatan 2 2 buah buku latihan
Tingkatan 3 2 buah buku latihan dan set latih tubi
Tingkatan 4 2 buah buku latihan
Tingkatan 5 2 buah buku latihan dan set latih tubi
Tindakan : Semua Guru
4

4.6 Penetapan Bilangan Latihan

4.6.1 Ahli panitia menetapkan bilangan minimun latihan yang perlu diberi kepada
murid bagi satu waktu mengajar untuk setiap tingkatan (tingkatan 1-5) adalah
sebanyak 5 soalan.
4.6.2 Ketua panitia turut memaklumkan bagi kelas peperiksaan PT3 dan SPM latihan
latih tubi yang secukupnya perlu diberi kepada murid-murid.
Tindakan : Semua Guru

4.7 Analisis PT3 dan Akhir Tahun

4.7.1 En. Mohd Saharudin bin Osman memaklumkan bahawa analisis PT3 2016 bagi
subjek matematik adalah menurun. Peratus lulus yang dicapai hanya 26% dan
peratus gagal adalah 74%. Manakala gred purata adalah 5.48. Berikut adalah
bilangan murid mengikut pencapaian gred.

Gred A B C D E F
Bilangan 3 3 2 8 17 93
Murid

4.7.2 Ketua Panitia turut memaklumkan daripada hasil pemerhatian didapati calon-
calon PT3 2016 terlalu ‘santai’. Mereka tidak mengambil berat berkaitan PT3
yang akan diambil dan ini menyumbang kepada keputusan PT3 2016 yang
menurun.
4.7.3 Selain itu, faktor penguasaan murid yang lemah bagi topik tingkatan 1 dan 2
juga didapati menyumbang kepada pencapaian murid yang tidak memuaskan.
Hal ini demikian kerana, format soalan PT3 matematik turut melibatkan topik
tingkatan 1 dan tingkatan 2. Oleh itu guru-guru tingkatan 1 dan 2 diminta agar
mengenalpasti penguasaan dan pencapaian murid sebenar agar tindakan
susulan boleh diambil
Tindakan : Makluman

5 HAL-HAL LAIN

5.1 Pn Norhaliza binti Yahya mencadangkan agar satu program berimpak tinggi yang
melibatkan murid-murid dilaksanakan pada tahun ini dengan kerjasama panitia
Sains dan boleh juga berkolaborasi dengan agensi luar. Aktiviti yang
dilaksanakan melibatkan aplikasi matematik dan sains agar dapat melahirkan
murid yang lebih berketrampilan dalam bidang ini.
5.2 Pn Norhaliza binti Yahya turut mencadangkan agar setiap hasil kerja murid
termasuk ketika pdp dalam kelas dipamir dan didokumentasikan. Hal ini penting
agar penilaian terhadap kerja guru dan murid dapat diberi dengan lebih baik-
seperti kenaikan pangkat.
5.3 En. Raduan bin M.Saad mencadangkan agar satu program mesra matematik
diwujudkan. Contoh, pamirkan maklumat berkaitan matematik disudut-sudut
yang sesuai agar murid menjadi rapat dengan matematik.
5.4 En. Lim Chin Hean mencadangkan agar kelas tambahan tidak perlu diteruskan
bagi kelas peperiksaan. Hal ini kerana murid tidak hadir ke kelas tambahan pada
masa sepatutnya dan hanya guru sahaja yang hadir. Sekiranya murid memberi
fokus semasa pdp di dalam kelas pencapaian yang lebih baik juga blh dicapai.
5.5 En Mohd Saharudin bin Osman memaklumkan kepada semua guru bahawa satu
ladap ‘Collaborative Learning” akan dilaksanakan oleh Cik Nur Maizan binti
Ismail pada masa yang sesuai akan datang.
5

6. RUMUSAN

6.1 Semua tugas perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin oleh semua guru.

6.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerja buat dan kerjasama semua guru
dalam usaha meningkatkan prestasi subjek Matematik di SMKSM.

6.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.15 tengahari .

Disediakan oleh,

........................................

(CIK NORLIYANA BINTI DAUD)


Setiausaha Panitia Matematik

Disemak dan disahkan oleh,

........................................
(EN. MOHD SAHARUDIN BIN OSMAN)
KETUA PANITIA MATEMATIK

You might also like