You are on page 1of 2

Nama: Mohamad Faizal Bin Mohamad Nasir

Kelas: Tahun 2 SVM ETE


Tajuk: Soalan 3
Hari: Isnin
Tarikh: 4 Januari 2021

Pada zaman yang moden ini, semangat kejiranan sesama jiran semakin sirna seiringnya
kemajuan teknologi negara. Perkara sedemikian tidak boleh dipandang enteng kerana boleh
mendatangkan dampak yang negatif pada masa akan datang. Oleh itu, setiap masyarakat mestilah
cakna akan hal tersebut. Terdapat pelbagai ulsub yang boleh diambil untuk mencegah perkara ini
daripada semakin bobrok.
Antara kaedah yang boleh kita ambil ialah menziarahi jiran sebelah pada masa yang sesuai.
Biasanya ziarah-menziarahi jiran berlaku pada hari perayaan bagi setiap kaum. Hal ini kerana,
penduduk yang tinggal di suatu penempatan biasanya terdiri daripada berbilang kaum. Oleh itu,
masa tersebut mestilah digunakan sebaik mungkin untuk mengeratkan wasilah antara jiran.
Contohnya, mengunjungi jiran Melayu yang menyambut Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai bagi
jiran Iban dan sebagainya. Terbuktilah bahawa cara ini boleh memupuk semangat kejiranan yang
mulai punah.
Selain itu, menolong jiran yang kurang tenaga kerja. Hal seperti ini biasanya terjadi semasa
jiran kita yang baru pindah. Banyak peralatan dan perkakas yang perlu mereka bawa masuk ke
dalam rumah. Pembersihan juga diperlukan bagi mendapatkan suasana rumah yang bersih dan
selesa. Oleh itu, jiran-jiran yang lain boleh menghulurkan bantuan kepada jiran baru tersebut.
Contohnya, mengankat barang-barang dari lori bagi meringankan kerja yang berat tadi. Cara ini
membuktikan bahawa kaedah ini boleh diguna pakai bagi memupuk semangat kejiranan.
Di samping itu, mengadakan gotong-royong di kawasan penempatan. Hal ini juga boleh
dikatakan efisien kerana ramai penduduk yang akan melakukan kerja-kerja membersih dan
membaikpulih kawasan penempatan dalam skala yang besar. Setiap kerja yang dilakukan
memerlukan tenaga kerja yang sangat besar. Oleh hal yang demikian, tanpa bersinergi, mereka
akan keletihan apabila melakukan suatu tugas. Pada masa inilah mereka akan berbual-bual bagi
menghilangkan rasa bosan dan penat semasa dan selepas bekerja. Contohnya, membersihkan
longkang yang tersumbat akibat sampah sarap dan menanam tumbuhan hijau di sekitar
penempatan. Terbuktilah bahawa cara ini boleh memupuk semangat kejiranan yang mulai punah.
Konklusinya, intisari dari karangan ini ialah semangat kejiranan amatlah penting kerana boleh
mendatangakan efek positif kepada semua pihak. Untuk mewujudkan semangat ini, kesemua
pihak mestilah membuang jauh-jauh sifat egosentrik iaitu sifat yang mementingkan diri sendiri.
Hal ini kerana, sifat tersebut ialah hambatan yang paling besar dalam mewujudkan perkara ini.
Oleh itu, sebagai negara yang terdiri daripada berbilang kaum, marilah kita merealisasikan
perkara tersebut supaya boleh diwarisi generasi akan datang.

You might also like