You are on page 1of 4

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

MINIT MESYUARAT
KOKURIKULUM BIL 2/2019

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT PATAH

Tarikh : 18 Ogos 2019

Masa : 2.00 Petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Parit Patah

Pengerusi : Puan Zarina binti Sidik

Kehadiran(Bilangan) : 17/18

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1 PERUTUSAN PENGERUSI

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir. Mesyuarat

dimulakan dengan bacaan Al-fatihah dan doa.

Tindakan: Makluman

2 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

2.1 Sambutan Bulan Kemerdekaan

2.2 Program Selangkah Ke Alam Remaja

2.3 Hal-hal lain

3 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT

3.1 Sambutan Bulan Kemerdekaan

3.1.1 Encik Mohd Haider bin Ab Rahman Guru Penolong Kanan Kokurikulum

memaklumkan tarikh Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah ialah 25 Ogos

2019 sehingga 15 September 2019 dan majlis penutupan Sambutan Kemerdekaan

peringkat sekolah ialah 15 September 2019.

3.1.2 Encik Mohd Haider bin Ab Rahman Guru Penolong Kanan Kokurikulum

menerangkan tentang senarai AJK, persiapan tempat dan aturcara program

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah berpandukan lampiran yang diedarkan

kepada semua guru dan meminta semua guru menyemak serta merujuk kepada

lampiran tersebut.

3.1.3 Encik Mohd Haider bin Ab Rahman Guru Penolong Kanan Kokurikulum

menerangkan aturcara program Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Pada

25 Ogos 2019 merupakan Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah.

Pada 27 Ogos 2019 merupakan kembara berbasikal Merdeka SKPP ke Rumah Haji

Jumiran dan Surau Kampung Parit Patah.

Pada 25 hingga 28 Ogos 2019 waktu pendidikan seni akan diadakan pertandingan

mewarna tahun 1 hingga 3. Pada 12 September 2019 akan diadakan saringan bagi

pertandingan nyanyian solo merdeka. Fesyen Merdeka, pertandingan Hiasan

basikal, pertandingan akhir nyanyian solo merdeka dan majlis penutupan bulan

kemerdekaan akan diadakan pada 12 September 2019

Tindakan:semua guru
3.2 Program Selangkah Ke Alam Remaja

3.2.1 Encik Mohd Haider bin Ab Rahman Guru Penolong Kanan Kokurikulum

memaklumkan tarikh Program Selangkah Ke Alam Remaja ialah 23 November

2019.

3.2.2 Encik Mohd Haider bin Ab Rahman Guru Penolong Kanan Kokurikulum

menerangkan tentang senarai AJK, persiapan tempat dan aturcara Program

Selangkah Ke Alam Remaja berpandukan lampiran yang diedarkan kepada semua

guru dan meminta semua guru menyemak serta merujuk kepada lampiran tersebu.

3.2.3 Encik Mohd Haider bin Ab Rahman Guru Penolong Kanan Kokurikulum

menerangkan setiap peserta berkhatan perlu membuat pembayaran RM 70.00

Tindakan:semua guru

4 HAL-HAL LAIN

4.1 Pengurusan Kentin Sekolah

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.1.1 Puan Hajah Faridah Binti Ibrahim Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

menyatakan sebut harga baru bagi kentin sekolah

4.1.2 Puan Hajah Faridah Binti Ibrahim Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

menyatakan juga sewaan kentin.

4.2 Susu RMT

4.2.1 Puan Hajah Faridah Binti Ibrahim Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

memaklumkan Susu RMT yang murid tidak minum , boleh diletakkan di peti sejuk.

4.3 Solat Hajat 4 penjuru

4.3.1 Encik Mohd Ariffin menerangkan tarikh Solat Hajat 4 penjuru akan diadakan

pada 29 Ogos 2019. Tempat Solat Hajat 4 penjuru ialah Masjid Jamek Bandar

Pontian. Masa7.30 pagi sehingga 9.00 pagi

4.4 Lawatan murid tahun 6 ke Kuala Lumpur.

4.4.1 Encik Mohd Ariffin memaklumkan Surut urusan lawatan sudah dihantar ke

JPN. Urusan pengangkutan iaitu bas telah disediakan. Antara tempat lawatan ialah

Pusat Sains dan Stadium Shah Alam.

4.5 Naik Taraf Pejabat

4.5.1 Puan Zarina binti Sidik Guru Besar SK Parit Patah menerangkan Bilik

Permulihan di pindahkan di bilik J-QAF. Kelengkapan seperti penghawa dingin

disediakan.

4.5.2 Puan Zarina binti Sidik Guru Besar SK Parit Patah menerangkan juga kutipan

RM 20.00 setiap guru digunakan untuk kecerian sekolah.

4.6 YAPIM

4.6.1 Pegawai YAPIM akan datang ke sekolah untuk melihat keberkesanan modul

YAPIM untuk murid tahun 6

Tindakan: semua guru

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PENUTUP

a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat. Mesyuarat ditangguhkan pada jam

4.15 Petang

Disediakan oleh, Disahkan Oleh,

..........................................……… ……...............................……….

Tarikh : (21/08/2019)

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like