You are on page 1of 4

1.

0 PENGENALAN

Kemahiran berfikir ini merangkumi proses untuk membuat kajian, analisis serta membuat
kesimpulan berdasarkan pemahaman sendiri. Selain itu, pemikiran secara kreatif dan kritis
juga diberi perhatian dalam diri setiap individu bagi membincangkan bagaimana cara untuk
memperkembangkan dan memperluaskan daya imaginasi, kreativiti dan inovasi seseorang
itu untuk mendapatkan dan mencetuskan banyak idea baru dengan menggunakan pelbagai
teknik dan kreativiti masing – masing. Hal ini demikian kerana, pemikiran ini selaras dengan
perkembangan teknologi semasa, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah
memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pendidikan yang
bertujuan untuk mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran. Maka, dengan
wujudnya sistem Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini, pelajar akan lebih tertumpu pada
penggunaan teknologi maklumat dalam pembelajaran. Sehubungan dengan itu, menurut
Swartz et, al. (2010), beliau menyatakan bahawa alat berfikir ini dapat mengukuhkan cara
pemikiran sambil merangsang pembelajaran yang bermakna. Oleh yang demikian, KPM
telah menjadikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sebagai salah satu elemen penting
dalam sesi pembelajaran dalam bilik darjah. Hal ini bertujuan melatih pelajar untuk berfikir
secara luar kotak dalam mendapatkan sesuatu maklumat.

2.0 TEKNIK MENYOAL ARAS TINGGI

Teknik menyoal aras tinggi ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu penyoalan sokratik,
soalan bertumpu dan mencapah serta lingkaran soalan.

2.1 PENYOALAN SOKRATIK

Konsep utama dalam pembelajaran kaedah Sokratik ini adalah guru mengutarakan
pelbagai jenis soalan kepada pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana, kaedah ini
mampu mendorong pelajar untuk berfikir secara meluas dalam mendapatkan
jawapan bagi menjawab soalan – soalan yang diberikan kepada mereka. Menurut
Tikva (2010), beliau telah menekankan aspek yang perlu diberi perhatian dalam
pembelajaran kaedah Sokratik, iaitu mendorong pelajar berfikir untuk membina
konstruk dalam mempelajari sesuatu. Apabila pelajar kerap berfikir, secara tidak
langsung akan menimbulkan sifat inkuiri atau dengan lebih jelas lagi ialah sifat ingin
tahu yang tinggi dalam diri setiap pelajar.

Menurut Krohn (2004), dialog juga merupakan salah satu kaedah dalam
pembelajaran Sokratik. Hal ini dikatakan demikian kerana, kebiasaannya dialog ini
adalah interaksi antara dua individu tetapi apabila berlaku pembelajaran di dalam
kelas, guru akan mengubahnya kepada interaksi secara berkumpulan. Oleh itu, guru

1
– guru haruslah memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi kumpulan tersebut
serta memastikan kumpulan itu sentiasa berdialog dan bersoal jawab sehingga
segala kemusykilan dan ketidakfahaman dapat diselesaikan.

2.2 SOALAN BERTUMPU DAN MENCAPAH

Soalan bertumpu (convergent question) merupakan soalan yang memerlukan pelajar


untuk memberikan jawapan yang terhad dan tepat. Sebagai contohnya, ya atau tidak,
betul atau salah, pelbagai pilihan dan definisi. Selain itu, soalan bertumpu ini juga
merujuk kepada soalan aras rendah yang kebanyakannya berbentuk kefahaman dan
pengetahuan. Hal ini demikian kerana, guru ingin melihat sejauh mana pengetahuan
dan kefahaman para pelajar dalam menjawab soalan – soalan tersebut. Di samping
itu, soalan bertumpu ini merupakan soalan tertutup dan lebih bersifat objektif. Oleh
yang demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan kertas
khas bagi menjawab soalan aneka pilihan iaitu kertas OMR yang bertujuan
memudahkan para pelajar untuk menjawab soalan – soalan yang terdapat dalam
kertas soalan aneka pilihan tersebut.

Soalan mencapah (divergent question) pula merujuk kepada soalan yang


mempunyai pelbagai jawapan, lebih analitik dan berbentuk sintesis. Selain itu,
soalan mencapah ini merupakan soalan aras tinggi yang secara lazimnya berbentuk
analisis, sintesis dan penilaian. Hal ini demikian kerana, guru ini bertujuan untuk
mendidik dan melatih para pelajar untuk berfikir secara meluas dalam mendapatkan
maklumat dan menjawab soalan – soalan tersebut. Seterusnya, ia juga merupakan
soalan terbuka dan lebih bersifat subjektif. Oleh yang demikian, para pelajar perlu
menganalisis terlebih dahulu soalan yang diutarakan agar dapat menjawabnya
mengikut kefahaman masing – masing.

2.3 LINGKARAN SOALAN

Menurut Julia Y. (2013), lingkaran soalan ini dapat ditakrifkan sebagai soalan yang
diutarakan secara berturutan. Objektif utama teknik lingkaran soalan ini adalah untuk
memperoleh idea dan pandangan ahli panel yang pakar dari pelbagai perspektif.
Selain itu, teknik lingkaran soalan ini juga bertujuan untuk menghindari perasaan
kekitaan dalam sesuatu komuniti dan ingin menyelesaikan isu yang berkaitan dengan
perkara tersebut. Bilangan ahli panel yang terlibat ialah 4 hingga 7 orang manakala
peserta konferen dalam perbincangan berkenaan ialah 10 hingga 1000 orang. Ahli
panel dan moderator akan berada di atas pentas agar semua peserta yang terlibat
dapat memberikan tumpuan kepada ahli panel.

2
3.0 BAGAIMANA TEKNIK INI MEMBANTU PELAJAR DI IPG

Teknik menyoal aras tinggi ini dapat membantu pelajar di IPG untuk berfikir dengan
lebih luas dan spesifik dalam mendapatkan jawapan bagi soalan – soalan yang
diutarakan. Selain itu, kemahiran mengambil dan membuat nota amat berkait rapat
dengan teknik menyoal aras tinggi yang sememangnya membantu pelajar dalam
mendapatkan maklumat mengikut kaedah masing – masing. Pelajar boleh
menggunakan pelbagai jenis kaedah untuk membuat nota yang ringkas tetapi padat
dan amat berkesan sebagai rujukan pembelajaran. Contohnya, nota rumusan, peta
minda dan sebagainya. Oleh yang demikian, pelajar mampu untuk menghafal isi – isi
penting yang telah dicatat dalam nota tersebut. Sehubungan dengan itu, teknik ini
juga membantu pelajar untuk lebih bersedia dalam menghadapi peperiksaan akhir
pada setiap hujung semester.

Di samping itu, teknik ini dapat membantu pelajar sebagai alat mencetus idea
serta menyusun maklumat untuk penulisan dan lisan. Hal ini demikian kerana, pelajar
dapat mencetuskan idea dengan mudah dah berkesan melalui maklumat yang telah
dicatat dalam nota – nota tersebut. Oleh itu, teknik tersebut sememangnya
membantu memudahkan pelajar dalam mengumpul maklumat dan membuat nota
bagi tujuan pembelajaran.

RUMUSAN

Kesimpulannya, teknik menyoal aras tinggi ini merupakan salah satu teknik yang sangat
berkesan dalam meningkatkan kefahaman seseorang pelajar dalam pembelajaran. Hal ini
demikian kerana, para pelajar akan membaca, memahami dan menulis semula apa yang
dibaca dalam bentuk peta minda. Sehubungan dengan itu, wujudnya teknologi maklumat
dan komunikasi, seseorang individu seharusnya menanam sikap untuk meneroka teknologi
tersebut melalui penghasilan peta minda yang kreatif. Mereka juga sewajarnya
menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi ini untuk mencari maklumat
dan menambah ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, penghasilan peta minda dan
kewujudan teknologi maklumat dan komunikasi ini juga mampu merangsang pelajar untuk
membaca dan mengumpulkan maklumat yang berkesan bagi meningkatkan kecemerlangan
pencapaian pelajar. Tegasnya, teknik menyoal aras tinggi ini seharusnya diberikan perhatian
dalam pembelajaran kita sebagai seorang pelajar.

3
RUJUKAN

Mohd Azhar Abdul Hamid. (2004). Pengenalan pemikiran kritis & kreatif. Skudai:
Penerbit UTM.

Nurulhuda Abd Rahman dan Md Nasir Ibrahim. (2013). Tanjong Malim: Reka Cetak Sdn.
Bhd.

Poh Swee Hiang. (2005). Kemahiran Berfikir: Kurikulum Kursus Persediaan Program
Sarjana Muda Pendidikan. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Rosinah Edinin. (2014). Kemahiran Belajar. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

You might also like