You are on page 1of 7

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

1. Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik


2. Tahun : 4 Titanium
3. Bilangan Murid : / 24 orang
4. Tarikh : 3 Januari 2024
5. Hari : Rabu
6. Masa : 9:40 pagi hingga 10:10 pagi
7. Unit : Unit 6: Larian Riang Ria
8. Fokus Modul : Modul 2: Kemahiran Muzik
9. Kemahiran Fokus : Irama – Penjarian not G, A, B, C’ dan D’

10. Standard Kandungan


2.4 Rekorder

11. Standard Pembelajaran


2.4.1 Memainkan rekorder mengikut tempo dengan ton yang baik dengan:
(i) Penjarian not G, A, B, C’ dan D’ yang betul
(ii) Membaca dan memainkan not

12. Objektif Pembelajaran


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:
i. Memainkan rekorder mengikut tempo dengan ton yang baik bagi not G, A, B, C’ dan D’

13. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


i. Mengaplikasi: Murid aplikasi pembelajaran rekorder.
14. Pengisian Kurikulum (Elemen Merentas Kurikulum)
Nilai Murni: keyakinan, keberanian, peka
Kemahiran Insaniah (KI): Kemahiran komunikasi, kemahiran kerja berpasukan

15. Penerapan Nilai

i. Kerjasama: Murid memberi kerjasama yang baik semasa aktiviti dijalankan.


ii. Berdisiplin: Murid dapat mengikut arahan guru dengan baik sepanjang
pelaksanaan aktiviti.
iii. Kerajinan: Murid menunjukkan semangat dan minat untuk belajar rekorder.

16. Bahan Bantu Mengajar

Bil. Perkara Jumlah


1. Rekorder 24
2. Komputer riba 1
3. Skor latihan rekorder 1
4. Pembesar suara 1
5. LCD 1

17. Pengetahuan Sedia Ada

Murid boleh memainkan rekorder bagi not G, A, B, C’ dan D’.


Fasa / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Pengurusan Memastikan murid dalam keadaan 1. Memastikan jumlah murid yang
Bilik darjah bersedia sebelum belajar hadir ke kelas.
(3 minit) 2. Murid dalam keadaan bersedia.
3.Guru memulakan kelas dengan Nilai:
sokongan sosial bagi meningkatkan berdisiplin
semangat murid-murid untuk
memulakan pembelajaran.
Set Induksi Tayangan Video
(5 minit) I. Guru menayangkan video
bermain rekoder lagu “Titanic”.
II. Murid diminta untuk mendengar
dan menoton tayangan video BBM:
tersebut. Komputer riba,
III. Guru menghubung kait video LCD, pembesar
tersebut dengan isi pelajaran pada suara
https://youtu.be/TAaMiT7ZUgc hari ini.
Nilai:
kerjasama
Langkah 1 Memainkan rekorder bagi not C’ I. Murid akan menjalankan latihan
(10 minit) dan D’
ulang semula bagi not-not yang
telah dipelajari iaitu not G, A, B.
II. Murid diperkenalkan
dengan penjarian bagi not BBM: Rekorder
C’ dan D’.
III. Murid akan melihat guru Nilai:
membuat penjarian pada Kerjasama,
kerajinan
rekorder dan murid akan
mengikut membuat penjarian
pada rekorder masing- masing.
IV. Guru akan membimbing
murid untuk memainkan not
C’ dan D’ dengan penjarian,
perlidahan, pernafasan dan
postur yang betul.
Langkah 2 Memainkan not C’ dan D’ mengikut 1. Setelah murid mempelajari not C’
(10 minit) skor latihan. dan D’, murid akan memainkan
rekorder berdasarkan skor latihan yang
disediakan.

2. Murid akan dibimbing untuk


membaca skor terlebih dahulu
dengan corak irama yang betul. BBM: skor
latihan rekorder
Skor latihan not C' dan D' 1
3. Murid akan melihat guru memainkan
rekorder untuk not C’ dan D’ dengan Nilai:
Murid perlu mengaplikasikan Kerajinan,
corak irama yang betul berdasarkan skor
kerjasama
pembelajaran not C’ dan D’ latihan.
berdasarkan skor latihan rekorder di
atas. 4. Setelah melihat demo daripada guru,
murid akan memainkan rekorder untuk
not C’ dan D’ dengan corak irama yang
betul berdasarkan skor latihan yang
disediakan.
Penutup Penutup Kognitif 1. Murid diminta untuk menyebut
(2 minit) - Membuat rumusan terhadap isi semula tentang perkara yang telah
pelajaran dipelajari iaitu perkenalan bagi not C’
dan D’ dalam permainan rekoder.
Penutup Sosial KI: Kemahiran
- Memberikan pujian kepada murid 2. Guru memberikan pujian atas komunikasi
atas usaha yang diberikan ketika sikap-sikap positif yang ditonjolkan
sesi PdP murid ketika sesi pembelajaran seperti
bekerjasama antara satu sama lain,
berdisiplin mengikut arahan guru dan
menunjukkan kerajinan serta minat
untuk mempelajari rekorder dalam
Pendidikan Muzik.
18. REFLEKSI RPH
Sesi PdP tidak dapat dijalankan berikutan minggu persediaan menghadapi peperiksaan dan minggu
peperiksaan. Oleh itu, sesi PdP ini akan ditangguhkan pada kelas yang seterusnya yang bertarikh 17
Januari 2024 pukul 9:40-10:10.

19. ULASAN GURU PEMBIMBING / PENSYARAH PENYELIA


LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2

You might also like