You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU SERAI

23000 DUNGUN, TERENGGANU


NO. TEL: 09-848 1672 NO. FAX: 09-848 1672

Ruj. Kami : SKPSD100/11/2 Jld II ( )


Tarikh : 18 April 2018

Ibu bapa / Penjaga,


Sekolah Kebangsaan Pulau Serai,
23000 Dungun, Terengganu.

Tuan,

Taklimat Pembestarian dan Pengaktifan ID Virtual Learning Environment (VLE)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan / puan telah terpilih untuk menghadiri satu taklimat ringkas
tentang pembestarian dan tatacara pengaktifan ID VLE atau dikenali sebagai Frog VLE dalam kalangan
ibu bapa anjuran pihak sekolah dengan kerjasama pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri
Terengganu.

3. Sehubungan itu, tuan / puan diminta hadir ke program tersebut seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 22 April 2018 ( Ahad )


Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Dewan Rajawali SK Pulau Serai

Kerjasama tuan / puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“Memperkasakan Transformasi Pendidikan”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

( MOHD APANDI BIN OMAR BAKI )


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Pulau Serai,
23000 Dungun, Terengganu.

Sk:
1. Fail sekolah
2. Fail Frog VLE

You might also like