You are on page 1of 2

KOTA KINABALU: Usaha untuk mengembalikan tanggungjawab kewangan

Kerajaan Persekutuan berkaitan tuntutan Sabah dan Sarawak dalam Perjanjian


Malaysia 1963 (MA63) berjalan lancar seperti dirancang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr
Maximus Ongkili, memberi jaminan perkara itu tidak akan diabaikan, sebaliknya
usaha terus diambil menerusi Majlis Khas MA63 yang ditubuhkan Kerajaan Pusat.

Beliau berkata, kerajaan Sabah dan Sarawak sudah bersetuju dengan pembentukan
Jawatankuasa Perundingan Bersama yang bertanggungjawab meneliti tuntutan
kedua-dua negeri berkaitan soal kewangan.

Katanya, jawatankuasa itu akan memberi tumpuan kepada usaha menyemak


semula pemberian geran khas termasuk bayaran balik 40 peratus hasil yang
diperuntukkan kepada Sabah seperti ditetapkan dalam Perkara 112 (D)
Perlembagaan Persekutuan.

DISYORKAN UNTUK ANDA

 Mesyuarat jawatankuasa khas berkaitan MA63 bulan depan


 Majlis Khas semak MA63 dalam peringkat akhir penubuhan
 WARISAN salah tafsir tujuan Perjanjian Malaysia 1963
 PRN Sabah: Laksanakan segera Majlis Khas MA63

"Saya sudah mengadakan beberapa pertemuan dengan Menteri Kewangan, Tengku


Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung perkara ini dan kita sudah bersetuju
mengenai terma rujukan termasuk senarai ahlinya," katanya dalam kenyataan, di
sini.

Sebelum ini, pemimpin di Sabah antara lain menyuarakan tuntutan 40 peratus hasil
Sabah yang dikutip Kerajaan Persekutuan di negeri ini dikembalikan.

Maximus berkata, Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Masidi Manjun mengetuai ahli
jawatankuasa itu bagi Sabah yang turut dianggotai Setiausaha Kerajaan Negeri
Sabah, Datuk Safar Untong; Peguam Besar Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof
dan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah, Rusdin Riman.

Bagi Sarawak, katanya, mereka diwakili Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar
Awang Tengah Ali Hassan selaku ketua; manakala ahli lain ialah Peguam Besar
Sarawak, Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid dan Setiausaha Kewangan Sarawak,
Datuk Amar Ahmad Tarmizi Sulaiman.

Beliau yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), berkata wakil Kerajaan Pusat
pula diketuai Tengku Zafrul, manakala ahli lain termasuk beberapa pegawai tinggi
Kementerian Kewangan.

"Jawatankuasa itu ditugaskan menyemak peruntukan undang-undang berkaitan soal


kewangan yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan MA63, selain
meneliti jumlah geran tahunan serta geran lain seperti dinyatakan dalam MA63,
termasuk bayaran terdahulu.

"Jawatankuasa ini juga diberi kepercayaan mengemukakan resolusi mengenai


bayaran geran tahunan yang dituntut Sabah dan Sarawak seperti dinyatakan dalam
Majlis Khas MA63," katanya.

Selain itu, Maximus berkata, jawatankuasa berkenaan juga ditugaskan untuk


mewujudkan formula bayaran seimbang, adil dan wajar selari dengan status dan
sumber kewangan negara.

Katanya, jawatankuasa itu dijangka mengadakan pertemuan selepas mesyuarat


Majlis Khas MA63 yang dijadualkan pada 13 April ini dan akan dipengerusikan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya sendiri akan mempengerusikan Jawatankuasa Perundingan Bersama


mewakili Majlis Khas MA63," katanya.

You might also like