You are on page 1of 3

KELESTARIAN ALAM SEKITAR

Menurut  Kamus Dewan Edisi Keempat, lestari membawa maksud tidak


berubah-ubah, kekal, atau tetap. Oleh itu, bumi yang lestari dapat digambarkan
sebagai persekitan bumi yang kekal bebas daripada sebarang unsur
kerosakan alam. Walau bagaimanapun, kemajuan era teknologi pada masa
kini memperlihatkan kerakusan manusia mengeksplotasi alam sekitar secara
berleluasa dan tanpa kawalan. Alam sekitar dieksplotasi secara rakus untuk
melaksanakan pelbagai projek pembangunan. Sebenarnya, terdapat
beberapa kesan terhadap alam sekitar yang berpunca daripada
pengeksplotasian manusia secara besar-besaran dan langkah untuk
membendung gejala ini.

Antaranya, menjejaskan habitat flora dan fauna. Pengeksplotasian


alam sekitar yang melibatkan kerja-kerja penebangan hutan atau pembukaan
baru kawasan hutan mendatangkan ancaman yang serius terhadap habitat
flora dan fauna. Menurut Kamus Bahasa Melayu Edisi Kedua (1996), flora
membawa maksud tumbuh-tumbuhan yang terdapat pada satu-satu daerah
atau pada suatu masa, manakala fauna pula bermaksud seluruh binatang
yang hidup di suatu tempat. Oleh itu, kepupusan flora dan fauna membawa
maksud kebinasaan atau kepupusan habitat haiwan dan tumbuh-tumbuhan
dari kawasan asal. Pengeksplotasian alam sekitar ini juga menyebabkan
haiwan yg mendiami sesuatu kawasan terpaksa berpindah ke kawasan lain.
Hal ini menyebabkan kitaran kehidupan flora dan fuana ini terjejas. Oleh itu,
pengeksplotasian alam sekitar mampu membawa kesan kepada kemusnahan
habitat flora dan fauna.

Selain itu, pengeksplotasian alam sekitar  turut membawa kesan


terhadap fenomena pemanasan global.  Menurut laporan
daripada Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC),  menyatakan
bahawa peningkatan suhu global yang terjadi sejak pertengahan abad ke-20
berpunca daripada pelepasan gas berbahaya ke atmosfera yang disebabkan
oleh aktiviti manusia. Pengeksplotasian alam sekitar menyebabkan kawasan
hutan diteroka dan dimusnahkan secara besar-besaran. Apabila pokok-pokok
ditebang, cahaya matahari akan terus sampai ke permukaan bumi tanpa ada
halangan daripada tumbuhan yang rendang. Hal ini akan menyebaban gas
karbon dioksida yang dilepaskan oleh manusia dan haiwan terbebas dan
terkumpul di dalam udara kerana ketiadaan pokok yang berfungsi sebagai
penyerap gas karbon dioksida dan pembebas gas oksigen. Fenomena ini akan
menyebabkan berlakunya peningkatan suhu setempat yang menyumbang
kepada fenomena pemanasan global.

Di samping itu, pengeksplotasian sumber alam secara besar-besaran


juga menyebabkan berlakunya fenomena bencana alam. Misalnya, fenomena
banjir kilat. Apabila kawasan hutan di tebang, maka tumbuhan yang berfungsi
sebagai pengalir air hujan akan hilang. Hal ini akan menyebabkan hujan akan
terus sampai ke permukaan bumi tanpa ada halangan dan mengcungkil
struktur tanah seterusnya dibawa air hujan sebagai  larian air permukaan ke
dalam sungai dan menyebabkan mendapan sungai yang boleh
mengakibatkan berlaku banjir kilat. Kejadian tanah runtuh juga boleh berlaku
apabila tanah kehilangan cengkaman daripada akar-akar pokok.

Antara langkah yang boleh diambil untuk membendung isu


pengeksplotasian alam sekitar secara rakus oleh manusia ialah
dengan memperkasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Akta ini perlu
ditambah baik dengan memperketatkan larangan dan kawalan mengenai
pencemaran, penerokaan hutan dan sebagainya. Hukuman yang berat perlu
dilaksanakan ke atas mereka yang didapati bersalah dalam kegiatan
pengeksplotasian alam sekitar secara haram. Hal ini penting agar induvidu
atau golongan ini serik untuk mengulangi kesilapan mereka pada masa akan
datang.

Seterusnya, melalui aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan


hutan. Pengeksplotasian alam sekitar sememangnya menyebabkan hutan di
musnahkan dengan giat. Pemeliharaan hutan seperti penanaman semula
pokok-pokok dapat dijadikan tempat serapan air hujan yg lebih berkesan bagi
mengelakkan berlaku fenomena banjir kilat. Penanaman semula pokok-pokok
juga dapat membekalkan gas oksigen yang cukup untuk penghuni bumi. Hal
ini akan menjadikan bumi lebih hijau dan tidak terlalu panas.
Kesimpulannya, kegiatan mengeksplotasi sumber alam sekitar haruslah dibendung
dengan lebih giat agar kegiatan ini tidak membawa kesan negatif terhadap kelestarian bumi.
Semua pihak terutamanya pihak kerajaan menerusi Jabatan Alam Sekitar haruslah
memainkan peranan penting dan aktif dalam membendung masalah ini. Penglibatan pelbagai
pihak sememangnya akan membawa kesan positif terhadap usaha membendung masalah
alam sekitar ini.

You might also like