You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 2/2016 SJK(T) KUALA TERLA

TARIKH : 6.4.2016
MASA : 12.45 tengah hari
TEMPAT : Bilik Guru SJK(T) Kuala Terla
KEHADIRAN:
1. En.P.Balan (Pengerusi)
2. Pn.S.Selva Ranee (Setiausaha)
3. Pn.R.Kaveri Naidu
4. Cik S. Deepa
5. Cik P.Thenmathy
Agenda:

1.0 Ucapan Pengerusi


Pengerusi menyatakan rasa penghargaan atas kehadiran guru ke mesyuarat. Pengerusi
meminta semua ahli panitia sains untuk memberikan pandangan dan pendapat untuk
menjayakan aktiviti panitia.

Tindakan : Pengerusi

2.0 Pembentangan Minit Mesyuarat Lepas

Minit mesyuarat Bil 1/2016 dibentangkan. Pengesahan minit mesyuarat dicadangkan oleh Cik
P.Thenmathy dan disokong oleh Cik S. Deepa.
Tindakan : Setiausaha

3.0 Perkara Berbangkit

Tiada

4.0 Perkara-perkara yang dibincangkan


4.1 Pencapaian Murid dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah 1
4.1.1 Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains dari Tahun 1 hingga
Tahun 6 dibincangkan. Guru sains mengenal pasti masalah pelajar dalam
mata pelajaran sains dan merancangkan program yang bersesuaian untuk
mengatasi masalah tersebut.
4.1.2 Program intervensi untuk Tahun 6 mula dilaksanakan seperti yang
dirancangakan. ( Rujuk pada program intervensi)
Tindakan : Guru Sains
4.2 Pemeriksaan Buku Latihan Sains

4.2.1 Ketua Panitia meminta guru sains menghantar buku latihan sains
pelajar untuk diperiksa mulai minggu ini.
4.3 Pelaksanaan Peka Sains
4.3.1 Guru dikehendaki menjalankan Peka Sains bagi Tahun 3 hingga Tahun 6.
Pencapaian pelajar hendaklah direkodkan dalam Borang Rekod Amali.
Kerja Amali boleh dilaksanakan sepanjang tahun. Kerja Amali Sains bagi
Tahun 6 dimulakan pada bulan Februari dan tamat pada 31 Julai 2015.
Guru besar hendaklah membuat pengesahan sebelum markah diserahkan
pada PPD.
4.3.2 Guru sains hendaklah menyimpan eviden murid berkaitan pentaksiran
Peka Sains yang dijalankan.
Tindakan: Guru Sains

4.4 Karnival Sains Peringkat Daerah Sekolah-sekolah SJKT


4.4.1 Sekolah akan mengambil bahagian dalam Karnival Sains yang
berlangsung pada bulan Mei di SJK(T) Mentakab, Pahang.
4.4.2 Perancangan dan agihan tugas diadakan. Tajuk dipilih dan akan
didaftarkan secara online.
4.4.3 En. Balan menerangkan pelaksanaan aktiviti yang dipilih.
4.4.4 Latihan untuk karnival sains akan diadakan mulai minggu depan.
4.4.5 Hanya pelajar Tahun 5 yang terlibat dalam program ini.

Tindakan : Guru Sains dan pelajar


4.5 Karnival Sains Peringkat Sekolah
4.5.1 Karnival Sains peringkat sekolah akan diadakan pada bulan Jun.
4.5.2 Setiap kelas akan menjalankan eksperimen mengikut tahap mereka.
Tindakan : Guru Sains dan pelajar

5 Ujian Pengesanan Tahun 6


5.1 Sekolah akan menyediakan satu set soalan untuk Ujian Pengesanan Tahun 6.

6 Penangguhan Mesyuarat
Mesyuarat ditangguh pada 1.45 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………… ……………………………..
(S.SELVA RANEE) (P.BALAN)
Setiausaha Ketua Panitia
Panitia Sains Panitia Sains
SJK(T) Kuala Terla SJK(T) Kuala Terla

You might also like